Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Saturday, January 22, 2011

Sapa nak FREE SEAT ke Seminar GBOB?

Ok, hari ni aku dengan bermurah hatinya, ekekek.. (poyo giler) nak bagi FREE SEAT untuk My ECE Seminar kepada sesiapa yang berminat nak mendapatkannya secara PERCUMA. Ada 2 cara mudah untuk korang dapatkan FREE SEAT ni. Aku himpunkan dalam ni jadi senang korang boleh pilih salah satu atau kedua-duanya okeh! 

  • Beli Majalah Pa&Ma edisi Februari 2011. Buka mukasurat 141. Baca maklumat tentang GBOB di muka surat tersebut dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Jawapan dia sangatlah mudah dan ada dalam artikel tersebut. Korang nak jawab sebiji sebutir macam apa yang dah ditulis pun okeh, kalau tak cukup tempat jawapan tu, korang gunalah kertas EXTRA. Ekekekkee... Lepas tu letakkan slogan apa pun yang korang rasakan cantik & sesuai okeh. Jgn lupa hantarkan jawapan peraduan pada pihak Pa&Ma secepat yang mungkin dan Pemenang akan dipilih oleh pihak Karangkraf. Harap maaf sebab saya tak terlibat langsung dalam pemilihan para pemenang untuk Contest ini yer. Hehehe. Jadi takder maknanya nak ada kroni moni dalam pemilihan para pemenang. Hehehe. (dah macam parti politik lah pulokkk...). Ada 10 pemenang yang bakal di pilih untuk menghadiri Seminar PERCUMA bernilai RM 199 ini. Bukan itu sahaja, anak anda juga akan memenangi 2 kelas Playgroup PERCUMA bernilai RM 70. Hmmm.. best kan? Sapa nak bagi bender FREE skang yeop .. ? So better be hurry okeh! .
Beli majalah PaMa bulan Februari tau!
Total worth of prize given : RM 2690. Jangan korang gi beli Magnum plak! Dosa besar tu!

  • Me & Haszuraidah dari Ma Belle Histoire mengadakan satu pertandingan di blog beliau iaitu Pertandingan Cute Baby With A Book Contest . Hadiah untuk bakal pemenang pertama yang ditawarkan adalah FREE SEAT ke Seminar ECE ini dan juga produk pendidikan @ permainan serta perfume dari PFA. Ada 2 jenis pertandingan yang dilakukan oleh Has dan another contest is The Best Entry Of Ma Belle Histoire, tapi hadiah yang ini ditaja oleh PFA & Bonita Club. So, uols boleh masuk salah satu atau kedua-dua contest ini, up to you, but kalau nak menang hadiah FREE SEAT, memang wajib masuk contest yang pertama. :) Ha , apa lagi geng? Carilah gambar baby uols dengan buku yang paling vogue, comey, kiut, miut dan sebagainya untuk tatapan saya dan Has. Ekekekke. Uols kena follow sebijik-sebijan apa yang Has mahukan dan syarat-syarat penyertaan ada ditulis dengan jelas di blog beliau. So, bolehlah meng"skodeng" page Has tu dan ikuti arahan yang tertulis di sana. :) 
Comeynya baby nih ... geram naaaa... ni yg jeles nih ..ai pun nak letak gambar anak ai with book jugak ah! Hehehhehe
Q: (sambil menunjuk jari telunjuk) Ha Anty-anty semua! Copeklah masuk mana2 pertandingan sekalipun, kalau nak dgr mak saya membebel 6 jam tanpa henti! Hehheheh.. 
Zayra: Copekk lah bukak buku tuh kakak! Poyo lah kakak nih...
Q: Hishhh.. jgn kepoh org tua tengah cakap neh!

post signature
post signature

Wednesday, November 24, 2010

GBOB & PFA Penaja Utama @ Adrinis Anniversary Contest!

Alhamdulillah, kali ni GBOB & PFA menjadi penaja utama untuk contest yang diadakan sempena ulangtahun PERTAMA penubuhan website Adrinis iaitu www.adrinis. com. Vast ko Nini...diam tak diam, dah setahun dah usia bisnes yer? Kejap jer masa berlalu kan? Tahniah dude.. am proud of uuuu!

Aku takmo bebbel panjang2 sebab banyak giler kerja tgh pending ni. Aku kena siapkan banyak info utk upload dalam website baru GBOB, so memang terkejar2 dibuatnya. Lagipun aku cuma nak tekankan kat sini- Sapa tak masuk contest ni memang rugi besarrrrrr!!! Sebab, ianya senang dan hadiahnya sungggguuuuuhhhhh LUMAYANNNNNN!! Serius beb!

Antara hadiah yang GBOB Sponsor ialah FREE SEAT FOR E.C.E SEMINAR @ GBOB worth of RM 199! Haaaa.. bestkan? Bukan susah pun nak wat contest tuh.. senang jer dude! Then PFA bg lots of perfume tau! Plus, semua contestant yang join akan dapat kupon diskaun RM 5 untuk menghadiri Playgroup @ GBOB. Instead of paying RM 35, korang bawak kupon yang akan diberi oleh Nini, korang akan dapat RM 30 jer for the Trial Session tuh ..:) Jgn tak bawak plak kupon tuh time datang ..kang dah tak dapat jimat RM 5 plak.. ekekeke :) Bonita Club, my aksesori punya blog tu pun ada sponsor satu anklet ..:) Tuh blum masuk hadiah dari penaja2 lain .. mmg sngguh banyak beb..Seriusssss....

So, sapa nak join tuh, boleh ah terjah ke blog Nini sekarang! Klik gambar kat bawah nih .. Dan again, if ada mana-mana bloggers yang nak buat contest atau give away di blog masing2 dan inginkan pihak PFA atau GBOB sponsor hadiah, bolehlah emel pada Watie. Kita leh bincang apa hadiah yang sesuai dan boleh ditaja oleh pihak kami. :)

Till then, selamat bercontest-contestan semuaaaaa....!

www.adrinis.com/blog

Rasa cam nak join tapi nanti disqualified! Hahahhaa....


Wednesday, November 10, 2010

My Bling Moment : Breastfeeding

Yezzzaaa, setelah sekian lama aku tak masuk pertandingan di mana2 blog kali ni aku dengan penuh rajinnya telah memasukkan diri sendiri ke dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Mommy Lyna ni, sebagai tanda menyokong pertandingan tuh, dengan harapan menang tempat pertama dan dapat jadi duta Bling Buubies ... hahahahhaa.. direct jer cakap terus terang yang aku nak menang ..tak tau malu btol .. wkakakaka... yerlah, nak jadi artis atau duta mana2 produk lum tentu laku lagi muka aku nih kan .. so mana lah tau kot2 ngan Bling Buubies nih muka aku leh tersangkut plak kan? Hahhaha... best ooo baju menyusu dorang, aku dah tempah 2 helai masa raya dulu, memang selesa pakai, ko singkap jer terus nyoootttt! Hahahha.. Kalau korang nak tau, baju masa aku punya pelancaran GBOB dulu tuh, baju dari Bling Buubies lah tuh! (agak2 dapat markah lebih tak aku tulis camni? Hahhaa... keji giler dowh ... taklah ...seriuss beb, kalau kalah pun aku tetap ngaku yg baju menyusu tuh mmg sangat selesa!)

Disebabkan semangat yg menyala, aku korek semua CD2 lama aku yang aku burn dulu (sebab Lappy dah penuh) dan save balik gambar2 aku tgh BF. Hehhehe.. rajin kan? Nak-nak aku tgh sibuk nak preparekan diri for my Playgroup session, sempat lagi aku masuk this pertandingan. Hhehehe.. tu lah namanya semangat yang membara ..wakakakaka.... Last pertandingan yang aku masuk tuh My Romantic Moment anjuran Nini, aku menang tempat pertama hokay...! Dont play2...tak sesia letak gambar birah ngann hubby time hanimoon dulu ..ekkekeke...

Aku harap dengan adanya gambar ni, bakal-bakal ibu yang tengah preggy tuh akan berusaha dan menanam tekad utk breastfeed kan anak selama yang mungkin. Simpan daalam hati dan cakap setiap hari yg korang nak bg anak susu dari tubuh sendiri, Insya Allah akan berjaya. Serius dude, korang akan save banyak okeh ... aku dulu masa BF kan si Q setahun, mmg jimat giler, sekarang nak beli susu Q pun nak tercirit. Satu tin RM 118! Skang dah naik jadi RM 138 Pediasure tuh wei! Mmg sure kopak punya. Lepas Pediasure, aku try bagi Q susu murah Fernleaf, Q suka jer, tapi kesian sebab bila nak berak susah bangat! Meneran2 bukan main, tapi poo poo nya langsung tak keluar. Bila jadi camtuh, aku tukar ke Gain IQ pulak. Less than RM100 tapi masih dalam lingkungan RM90++ lah, takder choice sebab tuh jer nampak ok sket poo poo dia dan ala2 jer utk poket aku ngan hubby ..hu hu ..kalau ada yg murah dan Q pun okeh with it.. mmg akan aku beli sebab tak larat nak bayar duit susu dah .. hadoiii! Skang ni zayra pun alhamdulillah, masih nyusu badan. Jimatlah sikit, nanti dah cukup time, nak bagi susu botol, pening lah jugak kot, bertambahlah belanjanya .. hmmm.. mmg untung sapa fully BF tau!


Oklah, sesapa yang nak join this competition, bolehlah klik link kat bawah nih yer:


anjuran bersama

susu ibu

dan penaja utamanya


Dan, gambar aku kat bawah ni lah aku akan pertandingkan for this contest. Hehhehe..Budget lawa lah nih konon! Wakakakka..Perasan gilerrrr!

Susu badan anugerah Allah, pada ibu untuk anaknya, menyusu badan sangatlah mudah, boleh dilakukan di mana sahaja. Proses menyusu semakin mudah, dengan Bling Buubies gaya terserlah, ibu bergaya bayi gembira, Allah suka,pahala kita pun berganda! Ewahhhh....:)



Susu badan penuh khasiat, anak bijak ibu pun ramping!



Saturday, October 23, 2010

GBOB & PFA Penaja Utama Dalam My Belle Giveaway!

Yer, seperti yang telah dicanang seantero dunia sebelum ini, PFA & GBOB berhasrat nak sponsor mana2 contest yang dibuat oleh bloggers btol tak? Its a very good step sebab lepas tuh, aku dapat few emel's bertanyakan hal penajaan untuk blog mereka. :)

The first one is Has, yang kini ada kat oversea, but she is so good & still want to do the contest, bangga jugak dengan usaha dia ..:) Siap bg aku idea nak wat contest or giveaway .. and few other suggestion..:) Aku ikut jer lah .. dah namanya tak reti sgt nak buat contest.. beza contest ngan giveaway pun aku cam blur-blur jer nih .. hahha..masuk contest ok lagik... nak buat tuh yang pening sket, so, jadi penaja pun ok apa ... heheheh...Once dah discuss kat emel, dengan segeranya has terus buat entry dan buat giveaway hingga 21 November nih! Cepat kan .. I likeeee.... Siap buat untuk bloggers & facebookers lagi tau! So, sapa yang takder blog, boleh join thru FB. :)

(sila baca ala-ala ahli politik tgh kempen untuk Pilihanraya Galas)

Jadi, dengan bangganya..saya ingin menyeru semua para bloggers dan facebookers untuk sama-sama memeriahkan Give Away yang dianjurkan oleh Has di blognya bermula sekarang hingga 21 November 2010 ini.. Jangan risau, kerana saya tidak menyeru anda untuk menderma dara... tetapi jika anda hendak menderma, dermalah darah ... (wakaka..apa yg ko merepek ni Watieee....pepagi buta di hari Sabtu ni haaa...?)

Ok geng, aku cuma promosikan the link dan ajak korang sama2 join, tapi once korang dah buat apa yang diminta oleh Has dalam giveaway dia, make sure korang tinggal komen kat blog tuh okeh, sebab segala-galanya tentang giveaway dan bab-bab monitoring nih, Has yang buat, (kan aku dah bgtau aku ni lembab sket dalam hal-hal nak monitor contest nih, tak tahu sgt pun yer .. ni ngah nak belajar lah pelan2 nih ..wakkakaak) . So, sebagai penaja rasmi, aku galakkan korang join dan aku wat entry kat blog as my promotion & support towards the Give Away..:)

Memang banyak hadiah yang menanti.. Dan .. hmmm..tu baru Give Away tau, belum Contest lagi. We're planning to do a Contest in time to come, maybe next month dan hadiahnya sudah pasti akan lebih umphhhh! Hhehhee, so apa tunggu lagik! Copek2 lah korang klik gambar kat bawah ni okeh .. Karang melepas pulak.. dah rugi kan? Hhehhehe



Marilah memeriahkan majlis,

Tuesday, October 19, 2010

Sapa Nak Aku Sponsor Hadiah For Contest?

Memandangkan aku ni tak pernah wat contest menerusi laman web atau blog ni, jadi, aku dengan murah hatinya nak buat iklan terus kat blog ni khas utk bloggers yang rajin buat contest kat blog dorang. Kalau nak harap aku buat contest, aku pun tak tahu bila agaknya .. Lagipun, aku lum sempat nak pikir contest apa aku nak buat. Ekekek..sungguh lemauuuu!

Aku respek gak ah dengan bloggers yang rajin buat contest kat blog dorang sebab nak monitor satu2 contestant yang join bukan mudah kan .. Nak pilih pemenang lagik pening!!! Hhehehhe.. Korang memang kreatif lagi inovatif lahhh.. Gua respek lu beb .. Hhehehe..

Jadi, buat masa nih, selagi aku lum wat contest sendiri, aku bercadang nak offer SPONSORSHIP untuk hadiah2 yang bakal korang berikan tuh... Hheheh.. Kita wat lain dari yang lain sket kan .. Menongkah arus orang kata .. hehehhe .. Instead of orang message aku mintak SPONSORSHIP, aku wat iklan bgtau nak sponsor korang punya contest!! Best tak gitu utk para bloggers yang giler buat contest, mahupun para bloggers yang suka join contest??? Hhehehe...

Antara yang aku boleh sponsor adalah Perfume dari yang size kecik 2cc sampailah besar 8cc... aksesori wanita yang ada dalam stok aku, produk pendidikan dan permainan kanak-kanak di GBOB serta seminar @ bengkel yang bakal aku adakan dan lagi ..(iskkk..banyak gak erk.. wakkak..berapa kali dan, serta & atau yg aku guna nih?? berterabur habissss...) kelas Playgroup di GBOB. Hmmmm..Menarik tak agak2 korang? :))))




Tak banyak pun aku mintak as balasan meng'sponsor' hadiah2 untuk contest korang tu...:) Cuma:

  • Korang wat lah at least 1 entry pasal Perfume For All dan Genius Baby On Board dalam blog korang. Apa yang PFA buat, dan apa yang GBOB lakukan. Antara produk, servis dan perkhidmatan yang kedua-dua syarikat ini tawarkan pada pelanggan. Wat entry tuh biar ikhlas yerk .. takmo lah terlebih bodek (dah macam iklan melampau2) atau terlalu singkat macam terpaksa jer buat sebab aku dah sponsor kan? Hu hu ..Tak syok ah cam tuh.. Buat seikhlas hati, lebih baik lagi kalau korang sendiri pernah guna produk tuh (macam PFA) atau pernah dapatkan perkhidmatan perundingan atau beli produk GBOB. So, lagi senang korang nak citer pasal this 2 company kat blog korang kan? Hehhee.. Just say what u have in mind & share with other readers & bloggers kay ..:) Jangan lupa bgtau aku bila entry dah siap, aku nak simpan wat kenangan .. :)
  • Kalau boleh, korang jadilah follower kat blog Genius Qarissa & Genius Baby On Board coz both blog insya allah ada manfaat masing2 .. :) Dan ajak jugak ur contestant jadi follower this 2 blogs. Senang kan??

Hmmmm... tu jer lah .. tak susah kan? Hhehhee.. So, kalau agak2 korang nak wat contest bila2 masa dari sekarang dan perlukan sponsorship, just emel me at geniusbabyonboard@gmail.com untuk perbincangan lanjut atau terus call aku kat 016 - 20 333 40. Insya Allah, aku akan jadi penaja untuk contest tersebut ..:) Okeh friends .. :)

Bestnya bercontest!!!

Sunday, August 16, 2009

Contest Baju Raya Sedondon

Hahahah.. Memang hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti penyertaan contest lah aku rasa. Tak pernah aku masuk contest sekaligus banyak camni! Tu lah pasal, hubby mak kerja hujung minggu noks...jadi mak buhsan duk umah, puas melayan si kenit + wat perfume, mak pun merajinkan diri menghilangkan kebohsanan dengan menyertai pelbagai contest yg rakan-rakan blog buat! Hhehehe..best giler rasa masuk contest bebanyak gini. Wakakakak..

Contest nih aku tau dr blog Anis. Anis join this contest. Aku tgk tajuk cam menarik giler. Aku terus lah masuk ke blog Ibu Rikazz dan terus tinggal msg bgtau nak join. Semangat giler hokay..Aku tak tgk pun hadiah apa yg bakal dimenangi. Yang penting masuk dulu. Hadiah belakang kira! Hahahah...Aku terus wat entry nih sebab skang aku ada kat my SOHO Opis. Kat PC ni banyak gambar time raya & pakai baju sedondon. Kat Lappy aku kurang sket gambar, so aku dengan segeranya menulis entry menggunakan PC instead of Lappy & semangat kumpulkan semua gambar me & hubby yg sedondon! Hehhehe..Hoverrr giler koo.....

As usual, kat dalam syarat takder dinyatakan berapa keping gambar leh masukkan, jadi aku dengan bangganya nak menayang kat korang semua betapa "SEDONDON BUAH KEDONDONGNYA" aku & hubby setiap kali ada acara yang kami sekeluarga raikan. Aku ni kira bertuah juga sebab my hubby yang semangat suka pakai baju sedondon setiap kali ada function keluarga. Ada juga aku perasan sesetengah suami tak suka pakai baju sesama color, konon malulah, nampak ngada-ngadalah & bg alasan2 yg tak munasabah (tapi time bercinta boleh plak pakai baju sesama, geli jerr..wakakkaka), tapi aku personally rasa its very good that as a family, kita pakai baju sedondon bila ada function. Selain dari menggambarkan yang keluarga kita bersatu hati & bahagia, aku yakin otak kita akan mengeluarkan satu cecair yg dinamakan "endorfin" yang menyebabkan kita rasa gembira selalu. Hehhehe.. Dah masuk kelas biologi lah plak..Wakakak.. But frankly cakap, aku suka sgt tgk family sedondon bila ada function coz nampak sehati sejiwa, bahagia & seri muka terpancar di wajah masing-masing. Alhamdulillah, kami sekeluarga memakai pakaian sedondon dengan hati terbuka dan rela tanpa ada paksaan mana-mana pihak samada dari aku sendiri @ Saiful. Both of us is very happy to be sedondon all the time..:)

Ada jugak kawan-kawan blog tegur pasal "kesedondonan" kami sekeluarga dan aku dengan gembiranya bgtau its a tradition in our family. Kalau tak percaya @ ingat aku reka-reka cerita, meh kita tgk gambar-gambar kat bawah ni berserta penerangannya sekali! Hahhaa..Jgn terkejut...bertahun aku simpan gambar ni dalam PC tau .. penat aku korek & gali! Hhehehe..Bukan setakat time raya jer sedondon, time tak raya pun sama jer..Wakakaka.. Meh kita TERJAHH...!! Aku susun siap ikut kronologi lagi tau! Ikut tarikh gambar di ambil. Best gak kan? Boleh mengimbau kenangan lama & tengok perubahan muka aku dr anak dara, sampai tunangan orang, isteri orang dan akhirnya mak orang!! Hahahha

Time ni Asiah one of my UTM best friend- Asiah kahwin. Date dia 19/12/2004. Lama dah kan? Aku masa ni mas GF Saiful. Menunggu hari pertunangan on 28/12/2004. Hehhehe. Dah start nak pakai sedondon. Walaupun dia takder baju melayu hijau, kemeja hijau pun jadilah, janji sama warna. Hehehhee..
Time ni, me & Saiful nak ke majlis kahwin kawan UTM- Bahiyah. Di ambil pada 30/1/2005. Masa ni we all dah bertunang. Kemeja hijau gak, nak samakan dengan kebaya hijau aku. Tgklah rambut laki mak cam mat rempit noks. Wakkak.Dia teringin nak color rambut. Aku layankan jer. Hahahha
Ni adalah semasa majlis perkahwinan best friend a.k.a room mate aku @ UTM dulu- Raja Intan. Dia kahwin selang seminggu pas majlis sanding aku. Kira inai kat jari aku pun masih merah lagi. Hehheehe. Tarikh dia 3/12/2005. Tema kali ni, hijau pucuk pisang. Kalau korang perasan, baju yg aku pakai nih sama cam kat atas, cuma Saiful jer pakai baju lawa sket, batik warna sedondon.
Ni pulak di ambil pada 5/2/2006 masa best friend aku @ UTM-Basyeer kawin. Aku masa ni dah jadi isteri Saiful. Dan tema untuk kali ni adalah beach kecoklatan. Baju yg aku pakai tuh adalah baju nikah aku. Dan Saiful pakai baju kemeja ala-ala Ketua Pemuda PKR tak jadi. Wakakkaa...
Ni pulak, raya pertama aku sebagai isteri orang. Di ambil pada 24/10/2006. Kalau korang perasan, baju ni adalah baju yg sama aku pakai masa kahwin Asiah tahun 2004. Bangga weh, dah 2 tahun, masih leh pakai baju yg sama. Hehehhe. Bukan kitaorang jer sedondon tau! Dengan arwah mak mertua aku sekali join kesedondonan we all. Masa ni lum ada baby. Manja kan aku posing ngan Mama! Sayu aku tgk gambar nih, rindu kat arwah Mama . Tahun ni 1st time we all raya tanpa Mama di sisi. Mesti sedih. Raya dah tak sama lagi macam dulu. :(
Ni pula, Raya Haji 2006. Di ambil pada 31/12/2006. Tema kali ni, maroon. Time ni pun belum ada anak lagi. So aku berdua jer ngan hubby tersayang..
Bukan we all jer sedondon tau! Dengan Mak, Abah & adik aku Irfan pun join sama sedondon masa Raya Haji tu. Sehati sejiwa katakan. Sila abaikan anak buah aku danish yg masih bayi dan tak ikut warna tema tu kay. Dia memang nak overshadow we all sekeluarga, sebab tuh mak dia sengaja takmo ikut tema! Wakakaka..
Ni pula adalah hari bersejarah Qarissa. Majlis Cukur Jambul yg diadakan pada 30/8/2008. Umur dia time nih 2 bulan 4 hari. Me & Saiful pakai baju maroon gelap. Qarissa is too small untuk we all belikan baju kurung. Lagipun, dia kena jadi Princess hari tuh, jadi memang WAJIB pakai baju princess untuk menyerlahkan "kejelitaan" anak kesayangan kami tuh. Hahaha.
Gambar ni pula adalah hari bersejarah di mana kami sekeluarga buat pertama kalinya menyambut dengan "orang baru". Tarikh gambar di ambil adalah pada 1/10/2008 - Hari Raya Pertama. Tema kali ni adalah warna oren. masa ni Qarissa baru berusia 3 bulan. Memang tak dapat buatkan dia baju kurung sebab dia kecik sangat. Tapi, aku tetap sedondonkan dia dengan membelikan dress yang bewarna oren! Memang rabak duit time raya tahun lepas sebab banyak berhabis untuk baju Qarissa! Excited terlebey sudaaa...
Ha! Korang jgn tak tahu! We all sedondon bukan Hari Raya Pertama jer tau! Hari Raya Kedua pun tetap sedondon! Selagi ada baju yang sama color, belasah aja! Hahhaa. Masa ni kat Melaka, tengah melawat saudara-mara sempena Hari Raya. Tarikh gambar di ambil adalah pada 2/10/2008. Tema Hari Raya Kedua - Lilac Purple. Dengan Qarissa pun pakai Purple gak. Stokin pun purple hokay...Hehhhee
Yer, memang hover kami sekeluarga! Bukan Raya Kedua jer, raya ke 4 pun masih nak sedondon! Wakakakak! Masa ni we all dah sampai ke Singapore. Raya belah family aku pulak. Tarikh gambar di ambil - 4/10/2008. Tema kali ni hitam putih. Aku tak pernah ada baju raya color hitam, ni kira 1st time lah ni. Qarissa pulak, pakai warna putih, lambang anak yg suci murni kononnya...mana ada dress hitam daa...Hahahah.Kalau ada pun aku takmo beli. Huduh!
Ni pula masa B'day Qarissa yang PERTAMA! Tarikh gambar di ambil adalah pada 27/6/2009. Tema malam tuh, hitam putih. Aku pakai dress hitam, Saiful pulak pakai kemaja hitam putih. Q pun pakai dress hitam yang ada lace putih+silver. Sedondonlah sangatttt kononnya ..Hehhehe...
Time ni pulak, we all pergi majlis kawin my ex-staff kat Keramat-Alang & Shikin pada 5/7/2009 yang lalu. Temanya hitam putih jugak. Aku pakai kemaja hitam dan hubby pakai kemeja putih hitam. Ni kemeja favourite dia sebab dia kataa selesa gilosss dan sejukk....
Ni pula adalah gambar TERBARU kami sekeluarga mendondonkan diri masing-masing. Tema kali ni adalah warna coklat gelap sempena Majlis Perkahwinan adik bongsu Saiful pada 8/8/2009 yang lalu. Baju ini jugalah yang akan kami pakai pada Hari Raya nanti. Untuk Qarissa, ni adalah baju kurung dia yang KEDUA. Nampak comey giler sebab dia dah pandai jalan. So lah chumel bila terkedek-kedek dengan baju kurung dia yg sedondon with Mummy & Daddy. Kain amik Daddy punya, Lace amik Mummy punya!! Hehhehe..

Dan, dalam banyak-banyak gambar yang aku tayang dalam ni, gambar kat bawah ni adalah YANG PALING SPECIAL sekali. Sebabnya??? Inilah kali PERTAMA Qarissa memakai baju kurung dalam hidupnya! Aku teruja giler hokayyy!! Tambahan lagi, dalam banyak-banyak baju, inilah baju PALING SEDONDON SEHATI SEJIWA TAK HENGAT PUNYA (jimat kos pun ya ..wakakaka...). Tak caya meh tengok.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar ni di ambil pada 8/12/2008 sempena Hari Raya Haji 2008. Tema dia adalah purple. Aku telah mengkreatifkan diri dengan membeli 2 set kain yang sama, satu set buat baju aku, dan satu set lagi buat kemeja Saiful (2 meter) & baju kurung Qarissa (2 meter). Bijak kan!! Hhehehe..
Design pun aku suruh Taylor buat sama macam kemeja Saiful. Corak kain ni abstrak, aku suka sangat. Bosan jugak kalau asyik bunga-bunga jer. Baju aku tuh design nampak macam kebaya, tapi sebenarnya baju kurung, aku suruh Taylor rapatkan corak dia dan jahit kat tengah, pastu letak beading. Lepas siap, nampak mahal tau! Padahal, bukan mahal sangat pun kain ni. Hehehhe.. Murah gilos...
Qarissa punya set baju kurung sebijik macam kain aku, Saiful punya kemeja pulak, sebijik macam bahagian atas baju kurung aku! Hehehhe..Memang bermakna Raya Haji 2008 sebab inilah kali terakhir kami menyambutnya dengan arwah Mama. Sempatlah Oni Qarissa tengok cucu dia bergaya dengan baju kurung. Sayunya rasa hati. Hu hu....

Untuk tahun nih, TEMA kami sekeluarga adalah COKLAT GELAP, iaitu baju yang dipakai masa Majlis Perkahwinan adik bongsu Saiful baru-baru ni. Ekonomi meleset, so we all tak mau membazir beli baju baru sedangkan baju tuh, baru sekali di pakai. Tapi dalam-dalam nak berjimat tuh, ada 10 set baju+ seluar yang sedang menunggu untuk aku pakai time raya nanti! Wakakaka.. Baju yg aku beli kat Bandung lah, apa lagi kan. Tak sabar nak sarung wei .. dah ada anak nih, aku rasa leceh ah pakai baju kurung, nak kena kejar si kenit ni keliling kampung kang. Wakakaka.. pakai seluar senang sikit kot. Hhehehehe..

Hmmm...apa lagi? Korang tak jeles ker tgk kedondonan aku & family nih? Hhahha.., kalau jeles, mehlah masuk sekali join, tayang baju korang sket! Hahha..saja kasik bakar kawan2 blogger aku suh masuk gak contest ni ..!!! Meh klik sini sapa nak masuk contest ni hokay...

Klik Jgn Tak Klik!!

Sedondon Buah Kedondong,

Saturday, August 15, 2009

Contest Jom Main Air Bersama

Ok, masih dalam mood contest. Sebelum terlupa dan terlepas tarikh tutup, baik aku cepat2 masukkan entry nih. Kebetulan pula, memang ada gambar Qarissa tengah swimming buat pertama kali dalam hidupnya! Hehehhe.. So, memang sesuai lah aku masukkan wajah dan tubuh badan anakku yang gebu dan gemok masa nih. Bila tgk balik gambar dia time nih, rasa cam best jer .. Sejak Qarissa pandai berjalan, si kenit nih dah makin kurus, peha pun dah lembik. Hu hu.. kalau dulu, bukan main pejal, lemak berkrim disukai ramai tauuuuu..Wakakakak..

Sapa yang nak join contest nih, meh klik Logo kat bawah nih..:)
So, inilah gambar2 yang aku pertandingkan untuk Contest Anjuran Kak Yong ini. Terima kasih Kak Yong sebab menjemput Watie menyertai Contest ni..Mesti masuk sebagai tanda sokongan kawan-kawan blog! Yeeha .. :) Dalam blog Kak Yong, takder pula dinyatakan hanya satu gambar yang perlu dipertandingkan, jadi as usual, aku yg tamak ini akan tayang gambar-gambar perut, kaki dan lemak-lemak Qarissa dengan banyak dalam contest ini hokay!! Hahhaha..

Nama Peserta: Rania Qarissa Rizal bt Saiful Rizal
Umur masa Join Contest ni: 1 tahun 1 bulan 2 minggu & 5 hari.

Qarissa dengan lemak yang terbonjol sedang menahan sejukkkk...
Happy Mummy & Baby @ swimming pool.
Dalam air pun masih jelas lemak nya kelihatan kat peha tuh. Berketul2 hokay! Baju terpaksa di ikat sebab londeh! Hahahhaa..
Yehaaa..This is the way i swim! Lemak berlapis kat badan tak tahannn....
Peminat-peminat Qarissa : Dari kiri - Irfan adik bongsu aku (7 tahun), Dania anak buah aku (4 tahun), Lieya adik aku (16 tahun), Aku tgh dukung si Q (4 bulan++) dan my maid yang dah balik Indonesia- Seri.
Daddy pun nak join sama main air ngan Qarissa tau!!
One happy family @ swimming pool!

Ok, aku kena cerita pasal gambar-gambar yang ada kat atas ni. So here it goess...
  • Masa ni, aku semangat giler nak bawak Qarissa swimming untuk pertama kali dalam hidupnya. Umur dia time ni around 4 months ++, belum masuk 5 bulan lagi. Aku punya semangat, sampai belikan baju mandi yang sungguh sexy tuh kat Jusco sehari sebelum Pesta Swimming bermula. Perancangan awal kononnya nak bawak family aku & family akak aku ke Sunway Lagoon, tapi akhirnya semua perancangan tak jadi, akhirnya we all melepak di swimming pool umah akak aku jer! Wakakaka.. kat Pantai Hill Park Phase 3. Anak buah & adik bongsu aku sememangnya hard core dalam bidang swimming nih, jadi dorang memang suka giler dapat join Qarissa swimming sesama. Qarissa plak, sampai lebam-lebam bibir dia kesejukan. Kesian anak Mummy. Tapi apa pun, lemak-lemak yang bersepah di badanmu tetap menjadi pojaan hati ibu sayang.. Hahahaha..
Tips menarik minat si kecil bermain air.
  • Kalau aku, aku belikan toys dalam air yang boleh menarik perhatian Qarissa to stay longer and have fun dalam pool tu. Ada juga aku belikan buku Bath Time dan masa Nor mandikan dalam tub, dia akan belek-belek buku tuh sambil splash-splash air. Aku rasa in order to make the kids enjoying themselves in the water, kita pun kena join sama kot, and pretend to be as happy as we can walaupun kesejukan tak hengattt... Tak kesahlah, asalkan anak kita happy & have fun main dalam air tu. Penting juga untuk anak kita tau berenang supaya senang untuk dia di kemudian hari. Aku ada plan juga nak sned Qarissa to swimming class memandangkan sepupu my hubby is a swimming instructor tapi maybe not now. Sekarang banyak penyakit, so i dont want to take any risk. Hehehhe..
Tips keselamatan semasa bermain air.
  • Aku rasa, pelampung yang sesuai adalah penting untuk bayi & kanak-kanak semasa mereka berada di dalam air. Mak bapak atau penjaga mesti bersama sepanjang masa untuk memastikan keselamatan bayi & kanak-kanak. I will never believe anybody walaupun my maid to take care of my baby masa dalam pool. Aku akan pastikan aku berdekatan dengan Qarissa setiap masa, jadi aku tau what happen to her in the swimming pool. Bila dia dah besar sikit, dan dah pandai jalan & lari dengan stabil, baru aku pelan-pelan perhatikan dia dari jauh so that dia tak rasa terkongkong sangat. Pastikan anak mandi di pool yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan bukannya ke pool untuk orang dewasa. Manalah tau kan, time-time tgh sibuk main air tuh, anak kita di ajak oleh kakak atau abang-abang yg lebih besar utk test power kat pool yg lebih advance, dan kita plak kebetulan takder kat tempat kejadian, adui, mintak dijauhkan bala macam tu. Thats y aku kata, kita mesti sentiasa ada di tempat anak kita berada. Meyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian, memang tak guna weiii...
Ok, ni pula adalah penaja-penaja hadiah untuk Contest Kak Yong nih. Wahh..memang banyak penaja weh ..bertuah bakal-bakal pemenang nih...:)








Giler Contest Nampak? Hehehhe

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading