Saturday, January 22, 2011

Sapa nak FREE SEAT ke Seminar GBOB?

Ok, hari ni aku dengan bermurah hatinya, ekekek.. (poyo giler) nak bagi FREE SEAT untuk My ECE Seminar kepada sesiapa yang berminat nak mendapatkannya secara PERCUMA. Ada 2 cara mudah untuk korang dapatkan FREE SEAT ni. Aku himpunkan dalam ni jadi senang korang boleh pilih salah satu atau kedua-duanya okeh! 

  • Beli Majalah Pa&Ma edisi Februari 2011. Buka mukasurat 141. Baca maklumat tentang GBOB di muka surat tersebut dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Jawapan dia sangatlah mudah dan ada dalam artikel tersebut. Korang nak jawab sebiji sebutir macam apa yang dah ditulis pun okeh, kalau tak cukup tempat jawapan tu, korang gunalah kertas EXTRA. Ekekekkee... Lepas tu letakkan slogan apa pun yang korang rasakan cantik & sesuai okeh. Jgn lupa hantarkan jawapan peraduan pada pihak Pa&Ma secepat yang mungkin dan Pemenang akan dipilih oleh pihak Karangkraf. Harap maaf sebab saya tak terlibat langsung dalam pemilihan para pemenang untuk Contest ini yer. Hehehe. Jadi takder maknanya nak ada kroni moni dalam pemilihan para pemenang. Hehehe. (dah macam parti politik lah pulokkk...). Ada 10 pemenang yang bakal di pilih untuk menghadiri Seminar PERCUMA bernilai RM 199 ini. Bukan itu sahaja, anak anda juga akan memenangi 2 kelas Playgroup PERCUMA bernilai RM 70. Hmmm.. best kan? Sapa nak bagi bender FREE skang yeop .. ? So better be hurry okeh! .
Beli majalah PaMa bulan Februari tau!
Total worth of prize given : RM 2690. Jangan korang gi beli Magnum plak! Dosa besar tu!

  • Me & Haszuraidah dari Ma Belle Histoire mengadakan satu pertandingan di blog beliau iaitu Pertandingan Cute Baby With A Book Contest . Hadiah untuk bakal pemenang pertama yang ditawarkan adalah FREE SEAT ke Seminar ECE ini dan juga produk pendidikan @ permainan serta perfume dari PFA. Ada 2 jenis pertandingan yang dilakukan oleh Has dan another contest is The Best Entry Of Ma Belle Histoire, tapi hadiah yang ini ditaja oleh PFA & Bonita Club. So, uols boleh masuk salah satu atau kedua-dua contest ini, up to you, but kalau nak menang hadiah FREE SEAT, memang wajib masuk contest yang pertama. :) Ha , apa lagi geng? Carilah gambar baby uols dengan buku yang paling vogue, comey, kiut, miut dan sebagainya untuk tatapan saya dan Has. Ekekekke. Uols kena follow sebijik-sebijan apa yang Has mahukan dan syarat-syarat penyertaan ada ditulis dengan jelas di blog beliau. So, bolehlah meng"skodeng" page Has tu dan ikuti arahan yang tertulis di sana. :) 
Comeynya baby nih ... geram naaaa... ni yg jeles nih ..ai pun nak letak gambar anak ai with book jugak ah! Hehehhehe
Q: (sambil menunjuk jari telunjuk) Ha Anty-anty semua! Copeklah masuk mana2 pertandingan sekalipun, kalau nak dgr mak saya membebel 6 jam tanpa henti! Hehheheh.. 
Zayra: Copekk lah bukak buku tuh kakak! Poyo lah kakak nih...
Q: Hishhh.. jgn kepoh org tua tengah cakap neh!

post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading