Showing posts with label Bengkel Stimulasi. Show all posts
Showing posts with label Bengkel Stimulasi. Show all posts

Friday, July 27, 2012

Bagaimana Meningkatkan Fokus & Menstimulasi Mata Bayi?

Salam Ramadhan buat semua. Ini adalah entry pertama saya di bulan mulia ini. Ehem-ehem, mentang2 bulan baik, tamak pahala, rajinlah tulis entry kan ..kekekek.. Nak-nak bila saya dah buat BOTOX dan FACELIFT yang HALAL di blog ni. Semangat lah sikit nak berbelog. This blog masih dalam upgrading version, Insya Allah tak lama lagi siaplah sepenuhnya. Thanks to my dearest Jiji, my loyal Designer yang memang dari dulu dah tolong ai buat design, in fact most of the design memang Jiji yang buat. Kalau uols nak dapat super duper santek punya blog, boleh suruh Jiji "cucuk tanam" kat blog uols, and please contact her kat http://bloggarden.triplecolourlife.coma/. Memang berbaloi! :) 

Hari Jumaat malam ni, Watie nak kongsi pasal Stimulasi mata bayi baru lahir sampai 1 tahun. Agak seronok bila Watie jumpa orang yang tanya about what I'm doing for a living, dan jawapan standard dengan penuh rasa bangga ialah "I'm an Educator". Then, they will definitely ask me, ajar apa? Dan mulalah beralih dari satu pertanyaan kepada satu pertanyaan dan perbualan yang maha panjang mengenai apa yang saya lakukan, siapa yang saya ajar, centre saya di mana, dan akhirnya, mereka tahu saya adalah pemilik Genius Baby On Board.:) Lepas tu, mereka mesti akan tanya, saya ajar kids umur berapa? dan bila saya kata GBOB buat kelas dari New Born - 4 years, pandangan yang saya terima mesti pelik+suprise! Mereka mesti akan tanya, "Apa yang boleh di ajar pada baby baru lahir?" Hmmm...soalan cepu emas tuh! ..


Dalam Playgroup Level 1 (NB - 6 Months) @ GBOB, kami sgt mementingkan pembangunan @ development kelima-lima deria bayi, jadi setiap minggu stimulasi yg kami lakukan adalah untuk memastikan kelima-lima deria ini berfungsi dengan lebih baik menggunakan alat bantu mengajar atau Apparatus yang khas. Level 1 juga adalah lebih kepada Consultation kepada ibu bapa dari segi bagaimana mahu menghabiskan masa2 berkualiti di rumah dengan bayi apabila mereka bangun tidur. Almaklumlah, kebanyakan masa bayi akan tidur dan masa mereka bangun itu tidak panjang, jadi semestinya Mommy2 semua harus tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja anak bangun. Saya rasa, ibu bapa yang menyertai Playgroup Level 1 @ GBOB pasti setuju dan akhirnya menyedari yang mereka tidak punya banyak masa untuk menstimulasi anak selepas datang kelas Playgroup kami. Ini menyebabkan mereka lebih menghargai moment2 apabila anak bangun tidur dan cepat2 melakukan stimulasi yang di ajar di dalam kelas kepada anak mereka dalam usaha memaksimumkan pembangunan otak bayi masing2. Tapi ia semakin mudah dari hari ke hari kerana mereka TELAH TAHU APA YANG PERLU DIBUAT. Playgroup di Level 1 ini juga bertujuan untuk meredakan rasa khuatir dan risau mereka terutamanya bg mereka yang pertama kali menjadi ibu. Perjumpaan antara ibu bapa dalam sessi Playgroup ini sememangnya terbukti membantu mereka bertukar2 pandangan antara satu sama lain. Perkongsian ilmu yang banyak sememangnya memberikan semangat bukan sahaja pada semua para ibu tetapi juga para bapa yang teruja menjadi Ayah buat pertama kali!. Salute uols! 

Ramai juga ibu bapa yang tanya saya mainan apa yang sesuai untuk anak yang baru lahir hingga 1 tahun. Ada byk appratus yang sesuai untuk bayi dan anak anda, dan malam ini, saya nak kongsikan tentang salah satu daripadanya adalah Bubbles. Ada banyak perkara yang anak anda boleh belajar dari Bubbles. Ia bukan hanya menyeronokkan bagi bayi tetapi anda juga. Faedah yang paling nyata apabila menggunakan Bubbles sebagai alat bantu ialah ia menstimulasi mata anak anda dengan maksimum. Anda pasti takut jika saya katakan, sekiranya dalam tempoh 4 bulan - 1 tahun pertama hidup seorang bayi, jika matanya tidak distimulasikan dengan betul, kemungkinan untuk bayi tersebut menjadi BUTA adalah sangat tinggi! Bagaimana Bubbles ini membantu bayi & anak anda? Ia membantu untuk menstimulasikan mata mereka apabila mereka melihat puluhan bubbles di sekitar mereka, di atas, bawah, kiri dan kanan, seterusnya menjadikan anak lebih alert dengan persekitaran mereka. Bukan itu sahaja, ia sgt baik untuk melatih mata bayi dan anak anda untuk mengikuti pergerakan atau lebih dikenali sebagai eye tracking activity. Ini boleh dilakukan dengan cara menghembus @ blow Bubbles yang besar tetapi hanya satu Bubbles pada satu masa dan galakkan anak anda mengikuti arah pergerakan Bubbles tersebut. Bayi anda pasti teruja melihat pergerakan Bubbles, akan leka melihat "Bola Gemok" itu terbang dan tanpa disedarinya, matanya telah dilatih untuk menjadi lebih fokus. Betul tak? Inilah yang saya katakan, "Bermain Sambil Belajar". Dalam apa sahaja permainan, mesti ada tujuan, dan tujuannya mesti dapat membina, mengukuh dan seterusnya meningkatkan kelima-lima deria anak. Permainan ini, jika dibuat selalu, diulang selalu sebagai rutin harian, ia sangat baik untuk deria penglihatan anak menjadi lebih fokus di mana ia dapat membantu mereka apabila mereka beralih ke fasa Toddlers nanti. Nampak mudah tetapi impaknya sgt berbeza kalau kita bandingkan anak yang sering bermain Bubbles dengan yang jarang bermain Bubbles.


Saya sering mendengar luahan hati para ibu, mereka sering mengatakan anak mereka sukar fokus apabila menginjak usia 2 tahun ke atas, bila sudah pandai berlari dan melompat, makin sukar untuk fokus, tapi apabila di soal selidik dan di tanya apa aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan fokus anak, soalan itu selalu tergantung disitu kerana ibu bapa seolah2 "tergujat" dengan soalan saya. :) Ya, saya faham, adalah sgt sukar untuk confront diri sendiri kan? Menyedari dan mengakui kekhilafan diri dalam membesarkan anak2 syurga sehari-hari memang agak sukar jika tiada orang lain yang dapat menyedarkan diri kita ini, sebab itu, dengan niat membantu semata-mata kerana Allah SWT, saya akan mengatakan yang benar walaupun pahit. :) Anda tak perlu risau, kerana apabila anda telah sedar, jalan dan laluan anda akan lebih mudah kerana anda telah membuka pintu hati dan mata hati dah pun celik, jadi apa yang saya nak kongsikan dalam kelas, Insya Allah anda boleh terima dan aplikasikan di rumah. Kalau tak boleh setiap minggu, sekali sekala atau at least di awal2 menyertai kelas Playgroup itu, bawa suami sekali lagi bagus. Biar husband lihat sendiri anaknya dan anak orang. Bukan niat untuk membandingkan, tidak sama sekali, tapi semata-mata untuk membuktikan yang bayi sememangnya genius! Beri peluang pada anak, bantu mereka and you will be suprise! Susah nak gambarkan betapa seronoknya saya melihat muka ayah2 di Level 1 & 2 yang melihat kepintaran anak masing2 yang dapat dicungkil selepas beberapa minggu join kelas. Its priceless tau! Lebih2 lagi bila mereka datang menemani isteri setiap minggu, melihat sendiri dengan mata kepala mereka setiap inci fasa perubahan yang anak lalui, dari menangis takutkan orang, sampailah datang peluk Teacher! :) Sangat mengujakan. Bertuah Mommy2 semua hubby sokong dari belakang, kadang-kadang dari depan juga! Heheheh *hubby join kelas sebab Mommy tak larat ..hhhehehehe* 

Melalui Bubbles ini juga, anak anda akan belajar sebab & akibat (cause & effect). Bagaimana? Dengan mencucuk (poke), menepuk (pop), menghembus (blow) atau mungkin juga menggunakan hidung atau anggota badan yang lain semata-mata untuk melihat bagaimana Bubble itu meletup & hilang dari pandangan. Menarik bukan? Kalau anda bernasib baik (rasanya ramai parents di Playgroup GBOB dapat lihat situasi ini), ada sesetengah pelajar yang mempunyai cara sendiri untuk meletupkan Bubbles yang dihembus di wajah mereka. Sungguh kreatif dan membanggakan. Selepas bosan mencucuk, mereka menciumnya dengan mulut dan hidung dan kadangkala lidah! *lepas tu wat muka pelik...heheh*. Bubbles ni sebenarnya boleh dimainkan dari bayi anda kecil sampailah dah besar 5-6 tahun pun, tapi pendekatan dan kaedah yang diguna pakai  berbeza mengikut umur. Sebab tuh, kita kena kreatif dalam sesuatu permainan, supaya rasa bosan tak wujud dalam diri anak. Saya tahu, cakap memang senang tapi nak aplikasikan memang tak mudah. Sebab tu lah, kita kena rendahkan diri, selami dunia anak, dan segalanya akan menjadi mudah, Insya Allah.


Mengenai kualiti Bubbles pula, ia adalah sesuatu yang perlu anda titik beratkan. Watie memang particular tentang perkara ni, bukan apa, saya pernah terkena so its a good lesson for me. Saya dulu, masa Q kecil, konon2 nak jimat, saya beli lah 1kg punya Bubbles yg dijual di Hypermarket dan main dalam rumah. Adoilah ..memang padan muka saya! Habis lecak satu rumah, dah kena bersihkan satu hal, lepas bersihkan, lantai pulak jadi licin dah jadi dua hal! Tak pasal-pasal nak kena keluar rumah waktu tengahari sebab taknak umah lecak, kena main outdoor. Adoiiii... memang lepas tuh tobat dah tak nak beli! Bukan tu sahaja, Bubbles solutionnya apabila masuk ke mata, menjadi pedih dan saya risau betul ia masuk ke dalam mata Qarissa. Jadi, sudahnya blow jauh2 .. memang tak best! Nak blow depan muka Qarissa *macam dalam video ni* pun rasa cuak tau! Mau menangis anak aku kang! Tak cukup dgn itu, yang paling berangin, bila kita nak guna lagi seminggu kemudian, solutionnya dah takder buih dan tak jadi dah Bubbles tuh! Iskkkk...Bengang btol. Penuh lagi tau, beli 1kg katakan. Tu ah kedekut na nak beli yg mahal tapi bagus, padan muka aku! Hahhaha.. lepas dari kejadian tuh, memang tobat lah saya, saya tak pandang dah Bubbles lain, saya setia sahaja dengan Bubbles dari Gymboree. :) Kalau anda pernah jumpa Bubbles jenama lain yang ada ciri-ciri di bawah ni tapi lagi murah, boleh ah bgtau saya so saya boleh try. Hehehhe..



Bubbles with Tray & Wand: RM 39.90+ 6 Courier (Sem) @ RM 10 (Sabah/Srwk).

Bubbles dari Gymboree nih pada pendapat peribadi saya, adalah Bubbles terbaik yang pernah saya jumpa. Ianya telah dipatenkan, dan kualitinya memang sukar nak jumpa di Bubbles yang lain. Ia boleh dimainkan dalam rumah, ruang tamu anda tidak akan lecak, tidak akan bersepah, dan ada akan terkejut, selepas lama habis main, anda masih boleh nampak belon2 di keliling anda masih tak meletup2 lagi! Lepas tuh, bila anda letupkan, tangan anda tak basah pun! Anda nak blow the bubbles dekat2 ngan muka anak pun tak takut, Kalau bubbles masuk mata sekalipun, anak mungkin agak terkejut sedikit tapi takkan rasa pedih, so tiada tangisan! Yang paling best, ia sangat menjimatkan kerana anda cuma perlu letak selapisan solution sahaja dalam tray khas, dan gunakan wand, tekankan wand dalam tray dan tiup! Beratus-raus Bubbles akan beterbangan di udara! Tak payah tuang banyak2. memang jimat! Akhir sekali, ia juga tahan sangaaaaattttt lamaaaa! Walaupun berbulan-bulan! Tak payah risau Bubblesnya tak jadi jika lama tak pakai, memang takder masalah! Silap-silap boleh tahan 3-4 bulan kalau main setiap hari. :)

Refills

Jika anda berminat nak try this Bubbles, bolehlah dapatkannya di Genius Baby On Board. Anda boleh beli pek permulaan yang terdiri daripada Bubbles Solutions, Wand dan Tray dengan harga RM 39.90 sahaja *excluding courier*. Lepas Bubblesnya habis, anda hanya perlu beli refillsnya sahaja. :) Memang jimat dan menguntungkan walaupun harganya nampak mahal. But believe me, sekali beli, memang rasa sukar nak tukar ke Brand lain, unless dapat cari yang sama kualitinya dan lagi murah. Hehhehee..Selamat berbubbles dengan anak genius anda! Saya sertakan sekali video kenangan saya dan Qarissa bermain Bubbles ketika Qarissa masih kecil. Ohhhh! Kenangan yang sungguh indah bila saya melihat kembali video ini. Sememangnya berblogging adalah perkara hebat yang pernah saya lakukan. Tak payah tunggu tua, 3 tahun lebih pun saya dah rasa syahdu melihat betapa cepatnya masa berlalu. Anak yang dahulu duduk di Bumbo Seat kini sudah berjalan, berlari, melompat malah berayun di palang besi! Memang best bila dapat imbas kembali apa yang berlaku sepanjang kita membesarkan anak-anak syurga ini kan. Hmmmm... saya ada banyak koleksi video dengan Zayra masa kecik yang belum sempat saya kongsikan. Insya Allah, ada rezeki, saya kongsi dengan anda semua yer .. :) Kita tgk Zayra masa kecik bijaknya macam mana .. hehehehe :


Yang paling mahal adalah kakinya yang bergerak2 tuh ..Cam BIG BOSS jer tau!


post signature

Monday, March 7, 2011

Di Sebalik Tabir IKS: Kelajuan Kuasa Kuda Seorang Watie!


Hahaha.. Aku takmo tulis banyak lah hari nih ..sebab lepas korang tgk Sessi temuramah nih, korang mesti mengah punya .. So, baik aku tak yah bebel panjang2 yer! Wakakakak.. Dalam masa kurang dr 9 minit, aku cover 3 soalan yang sering mak bapak tanyakan .. :) So check this out bebeh! No script, no nothing .. all sepontan jer! Hu hu .. Bila nak cakap selowwwww nih?????




Bersedia untuk melihat video "berkuasa kuda!"

post signature

post signature

Sunday, March 6, 2011

What's Hot @ GBOB On February & Mac?

* entry ini merupakan entry melekatmemikat dan terpikat sehingga 6 Mac 2011. Sila skroll page di bawah untuk melihat entry terbaru kami. Terima Kasih * 


*************************************************************************

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung dari Februari - Mac 2011 di Genius Baby On Board dan Bling Lustre (Scriptory Box). Memandangkan banyak aktiviti setiap minggu di Wisma Bling Lustre, saya mengambil keputusan untuk membuat satu link khas seperti yang anda lihat ini bagi memudahkan para pembaca blog mengikuti perkembangan aktiviti ini dengan lebih mudah dan membaca maklumat berkaitan dengan aktiviti-aktivi yang bakal berlangsung ini melalui link-link yang disertakan (jika ada). Link akan diberikan  di bawah adalah untuk entry yang telah pun disediakan sebelum Majlis berlangsung untuk memudahkan anda menyertainya jika berminat. Ada juga aktiviti yang tidak saya sertakan link, seperti Playgroup @ GBOB kerana ia sememangnya diadakan setiap minggu untuk Level 1, 2 dan 4 dan hanya apabila kelas untuk minggu tersebut selesai, baru saya akan updatekan maklumatnya di laman blog ini. begitu juga dengan aktiviti di Scriptory Box, kadangkala ada entry yg saya akan buat dan kadangkala ada yang tidak.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti di bawah, baik di GBOB atau di Scriptory Box,  anda boleh mengubungi saya untuk menempah tempat anda dengan kadar segera. :) 

Sila scroll down ke bawah untuk melihat entry terkini di Genius Baby On Board :) 
*****************************************************************

What's Happening @ GBOB & Bling Lustre on February & Mac 2011

Genius Baby On Board 

12 Februari 2011 (Saturday) : Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 3.30 pm)
19 Februari 2011 (Saturday): Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 1 pm)
26 Februari 2011 (Saturday): Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 3.30 pm)
5 Mac 2011 (Saturday): Playgroup Level 1, 2 dan 4 (9.30 am - 1 pm)


Scriptory Box @ Bling Lustre 


post signature
post signature

Monday, February 14, 2011

Stimulasi: Idea Untuk Ibu Bekerjaya :)

Saya selalu menerima sungutan serta keluhan para ibu yang menggunakan "kerjaya" sebagai ALASAN dan HALANGAN UTAMA untuk mereka menstimulasi anak mereka. Menurut mereka, sebagai ibu bekerjaya, masa mereka sangat limited dan mereka jarang bertemu dengan anak. Pagi-pagi, dah sibuk nak bersiap dan hantar ke nursery, balik dah lewat petang. Sampai rumah dah nak dekat Magrib. Mandi, sembahyang, rehat, duduk kejap, anak dah nak tidur. Esok bermula rutin seperti biasa, sampailah hujung minggu barulah ada masa terluang untuk anak. Itupun sedikit, sebab time weekend, banyak pula kerja rumah yang menanti untuk di buat. Lipat kain, gosok baju, kemas rumah dan sebagainya. jadi, masa mereka dengan anak itu memang sangat limited. 
Adoi... macam saya jer kat atas nih ..tapi selalu both anak kat pangku, tangan menaip komputer! Ahaks..

Saya sering memberikan motivasi kepada ibu bekerjaya agar mereka sedar yang mereka boleh menstimulasi anak mereka di mana sahaja. Tidak perlu tunggu waktu yang sesuai untuk menstimulasi anak. Semua masa adalah sesuai. Hanya kita yang perlu kreatif dan mengembangkan idea kita dalam bentuk permainan agar masa "emas" kita dengan anak digunakan sebaiknya. Saya sering menggunakan Seminar ECE dan akan datang, Bengkel Stimulasi sebagai medan untuk saya mencurahkan ilmu dan idea pada para ibu bapa tentang hal-hal sebegini. (Sebab tu lah anda kena register, satu hari suntuk kita borak, main dan jadi budak-budak tau! Ahaks ..) Sekiranya anda tahu yang stimulasi adalah sesuatu yang mudah dan menggembirakan both u & your baby .. there will be NO ARGUMENT at all!:) 


Kalau nak kata bekerjaya, saya pun kerja juga kan? Memang betul saya kerja sendiri, dan ada kaitan dengan ECE, jadi mungkin ada yang merasakan ianya mudah bagi saya. Hmmm..Anda silap juga kalau berfikir begitu. Kalau siapa yang perasan, yang datang Playgroup saya @ Level 4 (Qarissa) atau Level 2 (Zayra), boleh dikatakan hampir setiap minggu, both of my children macam Chips More - Kejap ada, Kejap takder. Bila time yg Qarissa rasa nak keluar dari Seminar Room, dia keluar, kalau tak, Q melepak jer kat dalam Seminar Area layan DVD atau LR. Time Bubbles memang dia kuar lah kan ..giler bubbles si kenit tuh ..ehehhe..Yang Zayra pulak, dia manja nak saya layan dia jer, so sometimes bila dia nangis, maid akan bawak masuk ke Seminar Area. Saya akui, bila time kelas, saya tumpukan perhatian pada student2 lain berbanding anak sendiri. Jadi bila masanya saya nak stimulate anak sendiri pula kan? Haaaa..tu lah saya kata, kita kena kreatif dalam "bermain" dengan anak kita. Kalau nak ikutkan sekarang, masa saya hampir tiada tau! Saya kerja macam takder hari esok, banyak betul saya kena buat, org kerja 8 jam sehari, saya 12 jam pun tak habis-habis lagi. Memang betul lah orang kata kalau bisnes sendiri, memang penat camner pun, kita redah jugak. Hidup mati kita lah kan bisnes ni. Memang letih, tapi tak boleh mengeluh sebab inilah jalan yang dah kita pilih. :) 

Jarang juga saya dapat melayan Qarissa di Art Class ketika Playgroup.. Sedihnya ..:( Tapi saya tebus masa saya di waktu yang lain!:) 

Jadi, saya pun tak mau Mommy-Mommy kat luar tuh mengeluh sebab kerja makan gaji, jadi masa dengan anak kurang. Orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Heheheh.. Saya bagi idea sikit dalam entry ni untuk ibu-ibu yang bekerjaya okeh! Stay at home Mom atau Work at home Mom pun boleh buat ..no hal punya ..! Hehehhe.. Okeh ..bila kita nak hantar anak ke nursery atau time nak balik dari ambil anak di nursery, sapa drive kereta? Kalau kita drive dan anak disebelah, mungkin kita boleh buka any Audio CD dan nyanyi bersama di sepanjang perjalanan menuju ke nursery. kalau dalam kereta ada DVD, kita bukakkan any Education DVD (saya ulang yer ..Education DVD tau .. bukan Ultraman, Ben 10 atau Power Rangers!) dan kita sama-sama berborak pasal cerita itu. Kalau hubby yang drive dan kita pegang anak, lagi best. Lebih banyak akiviti yang kita boleh buat sepanjang perjalanan ke nursery tuh. Tak payah pasang DVD atau Audio CD pun takper. Kita sendiri boleh jadi CLOWN untuk anak kita. :) Contohnya, aktiviti stimulasi yang saya lakukan dengan Zayra ini. 


Anda boleh tiru aksi saya seperti di dalam video yang saya sertakan di bawah ini. Semasa ini, tarikhnya 9 Disember 2010, Zayra baru 8 bulan, me & hubby dalam perjalanan ke satu tempat, saya dah lupa lah ke mana, tapi area Shah Alam la. Jalan jem dan saya mengambil kesempatan untuk menstimulasi Zayra sepenuhnya! Sempat lak tuh hubby amik video tau! Hehehe.. Sambil jalan pelan-pelan redah jem, hubby amik, sib baik pakcik motor besar takder wei! Punyalah suka si Zayra, sampai dia mengekek-ngekek kesukaan. She really enjoy playing with me. Cuba anda perhatikan wajah dan mimik muka saya masa tuh! Huduh kan? Hahahaa.. tapi anak saya suka! Bayi sememangnya suka melihat dan meniru mimik muka yang dia nampak. Makin pelik @ huduh muka kita, makin lah dia suka ..:) Sebab tuh lah anak murid saya yang dalam lingkungan 0-12 bulan terutamanya, cukup suka memandang saya berbanding ibu mereka ketika di kelas Playgroup! Kalau tak percaya tanya mak-mak yang dah join tuh! Sebab Teacher Watie nih the best and hot CLOWN IN TOWN! Ahaks ..! 


Lagu yang saya nyanyikan adalah lagu rhymes - Apples & Bananas. Lagu ni saya suka sebab ianya adalah cara yg paling best nak ajar anak kita vowel sound - AEIOU. Liriknya pun senang nak ikut. Saya pernah buat sekali masa Level 4 dan para ibu bapa pun enjoy dan tergelak2 sebab they have to "crack" their mind to change the letter A for Apples & Bananas to AEIOU. Funny giler masa tuh ..:) No worries, level 2 & 3 pun akan guna the same song juga, cuma pendekatannya berbeza :) Jadi, anda boleh tiru aksi saya bermain dengan anak ini. Bukan hanya mimik muka, dengan mata tertututup dan terbuka, mulut muncung macam ikan dan tertutup kembali, saya juga menggunakan lutut untuk mengangkat Zayra ke atas sedikit dan menurunkannya kembali. :) Memang both of us had fun sangat that day. Dengar Zayra gelak, saya rasa bahagia sungguh! Dan saya tau yang gelak juga sangat baik untuk kanak-kanak. Senaman yang menyihatkan! Bukan senang juga nak bagi anak gelak tau! Harus berusaha lebih sedikit ...:) 

Bahagia sungguh bila sessi peluk-peluk anak dalam Playgroup kan? Suka betul saya bila Qarissa lari mendapatkan saya, dan anak-anak saya yang lain pun sama nak peluk. I feel loved! Hehehehe

Ok Mommy-Mommy semua, enjoy the video, dan jangan lupa cuba buat dengan anak masing-masing okeh! Kalau nak tahu lebih banyakkkkkk lagi stimulasi yang boleh anda praktikkan dengan anak, bolehlah mendaftar ke Bengkel Stimulasi yang akan saya adakan pada awal bulan Mac 2011 ini. Masih belum terlambat untuk anda mendapatkan harga Early Birds. Tarikh tutup pembayaran untuk Early Birds ialah 18 Februari 2011, cuma RM 350 sahaja dan selepas itu, harganya akan menjadi RM 399. :) Berikut adalah  maklumat tentang Bengkel Stimulasi yang akan saya adakan buat pertama kalinya di GBOB : 

Tarikh: 6 Mac 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 18 Feb 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. 

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387




post signature


post signature

Sunday, February 13, 2011

Bengkel Stimulasi Di Tunda ke 6 Mac 2011



Makluman Kepada Semua, 

Bengkel stimulasi yang dijadualkan untuk di adakan pada 6 February 2011 telah ditunda ke 6 Mac 2011 berikutan cuti panjang Hari Raya Cina dari 4-6 Feb 2011 yang lalu. Saya hanya sempat membuat pengumuman tentang penundaan tarikh ini di laman Facebook dan menghantar emel kepada peserta-peserta seminar yang lalu dan kepada mereka yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke Bengkel ini. Maafkan saya kerana tidak sempat membuat pengumuman rasmi di laman blog sehinggalah hari ini akibat kesibukan yg terlampau. :) 

Di sini, saya ingin mengumumkan bahawa bengkel stimulasi ini akan diadakan seminggu selepas Seminar (yang dijadualkan berlangsung pada 27 February 2011) iaitu pada 6 Mac 2011 (Ahad)  di pejabat GBOB. Bagi yang berminat untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini, anda bolehlah membuat penempahan tempat  dengan GBOB dengan kadar segera. Tempahan juga dibuka untuk mereka yg telah pun mendaftarkan diri pada Seminar @ 27 Februari 2011 memandangkan anda telah pun menghadiri Seminar sebelum Bengkel di adakan. Tempahan hanya dibuka untuk 10 orang pertama sahaja dan mereka yang membuat bayaran sebelum 18 Februari 2011 akan mendapat Early Bird Price iaitu RM 350 sahaja/pax. Di bawah adalah maklumat yang berkaitan dengan Bengkel Stimulasi yang akan diadakan itu.

*********************************************************** 

Buat pertama kalinya pihak GBOB akan mengadakan satu Bengkel Stimulasi di GBOB pada awal bulan Mac ini. Bengkel ini akan di adakan dari pagi hingga ke petang. Saya sangat menggalakkan para ibu bapa yang pernah datang ke Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini kerana ia merupakan pelengkap kepada apa yang telah anda ketahui dan kuasai semasa Sessi Seminar tersebut. Jika di Sessi Seminar, saya menerangkan dengan jelas dan lengkap berkaitan dengan Kepentingan Pendidikan Awal dan kaitannnya dengan pertumbuhan otak bayi, di dalam Bengkel ini pula, kita akan bersama-sama melaksanakannya. Saya akan mengajar para peserta yang hadir BAGAIMANA STIMULASI boleh dilakukan terhadap bayi dan anak anda. Ia akan dipenuhi dengan aktiviti Role Play, dan syarat utamanya - ANDA TIDAK BOLEH MALU! 

Ini kerana sepanjang sessi tersebut, pada kebanyakan waktu, anda akan bermain dengan anak patung yang akan disediakan oleh pihak GBOB dan anak patung itu akan menjadi "anak" anda pada hari tersebut. Saya tidak menggalakan anda membawa bayi dan anak anda pada Sessi Bengkel kerana dikhuatiri mereka akan keletihan & tantrum kerana Bengkel ini dijalankan dari pagi ke petang. Saya kasihankan bayi anda yang mungkin akan penat dan tidak dapat bertahan menunggu ibunya bermain dengan "anak" yang baru:) Melainkan jika ada sesiapa yang boleh menjaga  anak anda di kawasan Kids Zone sepanjang anda menjalani latihan praktikal di dalam Seminar Area, saya tiada masalah mengenainya. Bukan apa, saya tidak mahu anda rasa rugi menghabiskan wang untuk menghadiri Bengkel ini, sudahnya anda terpaksa duduk sahaja dan tengok tanpa dapat melakukan praktikal kerana melayani kerenah anak. :) 


Di dalam Bengkel Stimulasi ini juga, saya tidak akan menerangkan kembali apa yang telah diterangkan semasa Sessi Seminar dahulu. Saya hanya akan fokus kepada Stimulasi dan kepentingannya serta cara-cara anda boleh menstimulasi otak bayi anda. Its all about HOW, HOW & HOW. Kerana itulah, sangat penting untuk anda menghadiri Seminar ECE dahulu supaya tiada lagi tanda tanya dan persoalan tentang ECE. Apabila anda sudah jelas dan mengerti konsep ini, Insya Allah anda akan melalui sessi Bengkel Stimulasi ini dengan rasa yang gembira dan fikiran yang terbuka. 

Apakah yang anda akan pelajari semasa Sessi Bengkel ini nanti?
  • Pengenalan Stimulasi 
  • Persekitaran Stimulasi 
  • Kepentingan Stimulasi
  • Motor Kasar dan Motor Halus
  • Aktiviti - aktiviti Stimulasi Visual - 9 + 10 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama. 
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Pendengaran - 6 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Sentuhan - 5 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Fizikal - 11 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Stimulasi Untuk Menggalakkan Anak Membaca 
  • Baby Signing - What Is It?
  • Kebaikan & Faedah Baby Signing 
  • 20 ASL of Baby Signing akan di ajar. 
Selain dari perkara-perkara di atas, anda juga akan menerima:
  • Kit Permulaan Stimulasi - mengandungi beberapa alat bantu stimulasi yang boleh anda gunakan dengan bayi dan anak anda.Simple tapi berkesan. Anda pasti teruja!
  • CD yang mengandungi :
    • Kesemua aktiviti yang diterangkan di dalam Bengkel malah lebih lagi. Mungkin di dalam Bengkel, anda diperkenalkan dengan satu aktiviti tetapi terdapat beberapa aktiviti yang mempunyai tujuan yang sama. Jadi, kami berikan semuanya untuk anda jadi material dan bahan latihan anda akan bertambah. 
    • Kad Visual Stimulasi yang boleh anda cetak dan gunakan serta merta. 
    • Lagu-lagu serta ryhme yang digunakan di dalam Bengkel akan di compilekan di dalam satu folder, jadi mudah untuk anda  berlatih dan menghafalnya di rumah. kebanyakannya adalah ryhme yang saya nyanyikan sendiri :) 
    • Video Aktiviti Stimulasi yang saya rakamkan sejak Qarissa kecil, dan ada juga video dari luar negara. Ada di antara Video ini saya kongsikan di laman blog dan ada juga yang tidak. 
    • Video 20 Baby Sign yang telah di compilekan dalam satu folder untuk anda berlatih menggunakan bersama anak kesayangan anda. 
  • Sijil Kehadiran dari Genius Baby On Board. 
Siapa yang patut hadir? 
  1. Ibu @ Bapa yang mempunyai anak seawal 0-4 tahun . Aktiviti yang saya lakukan di dalam Bengkel ini boleh diguna dan dipraktikkan sehingga anak anda bersusia 4 tahun, dan jika mereka menyukainya, anda boleh gunakannya sampai bila-bila! 
  2. Pengusaha Taska, Nursery & Tadika. - Boleh menghantar pekerja anda untuk menghadiri Bengkel ini agar mereka dapat memberikan stimulasi terbaik kepada bayi dan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ia dapat memberikan nilai tambah untuk Taska @ Tadika yang anda kelolakan. 
  3. Ibu mengandung yang ingin menyiapkan diri dengan memberikan stimulasi maksimum sebaik sahaja anak tersayang dilahirkan. 
  4. Sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu dalam bidang ECE dan Teknik Stimulasi ini. 
Maklumat tentang Bengkel ini:

Tarikh: 6 Mac 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 18 Feb 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. 

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387


post signature


post signature

Monday, January 31, 2011

Stimulasi: Pentingnya Anak Mendengar Sebutan Yang Betul.

Hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kepentingan memberikan anak anda stimulasi pendengaran yang baik. Apa yang saya maksudkan dengan stimulasi pendengaran yang baik? As simple as this : Apa yang anak anda dengar dari persekitarannya, dari sekelilingnya, dari orang yang terdekat dengan mereka dan dari apa yang mereka tonton atau dengar. Kita sebagai ibu bapa adalah memastikan anak kita mendengar sesuatu perkataan itu, tidak kira bahasa Melayu, bahasa Inggeris  atau apa sahaja bahasa yang ada di dunia ini dengan jelas sebutan dan pengucapannya. Jangan kerana anak kita masih kecil, kita bercakap ikut sedap rasa, ikut sedap mulut atau mungkin pelat bayi. Sesekali mungkin okeh, yer satahu baby memang sangat kiut & we tend to cakap pelat2 kan? Hehehe, saya pun macam tuh jugak, tapi bila teringat kembali, cepat2 saya kontrol and change my voice intonation and pronounciation. 

Kenapa ia penting? kalau anda tgk, tagline GBOB adalah ALL BABIES ARE GENIUS! Dan saya sangat berpegang kepada tagline tersebut. Bayi sememangnya sangat genius sehingga mereka boleh menyerap apa sahaja yang mereka dengari menggunakan deria pendengaran dan menyimpan maklumat tersebut di dalam otak mereka sehingga tiba masa yang sesuai untuk mengucapkannya. Just imagine apabila anda "memberi makan" kepada otak anak anda dengan perkataan-perkataan yang tidak memberi sebarang makna, atau pelat, atau bahasa pasar, atau bahasa daerah malah lebih teruk lagi kalau anak anda tumpang sama tgk VCD atau movie kat TV yang penuh dengan sumpah seranah (sebab satu keluarga bergaduh berebut harta). Sedikirt sebanyak anda anda akan menyerap maklumat tersebut di dalam otak genius mereka. 

Saya memang gediks! 

Tetapi, cuba bayangkan jika anda memberikan anak atau lebih tepat lagi bayi anda (yer, sedari bayi..) mendengar sesuatu yang baik dan memberikan manfaat, contohnya mendengar Al-Quran, Muqaddam, DVD Education, Nursery Rhyme dan sebagainya yang bermanfaat, inilah yang akan diserap oleh anak anda ke dalam otaknya. Secara mudah: Apa yang kita bagi @ feed, itulah yang akan di "makan" oleh anak. Jangan salahkan anak kalau mereka sukakan Ben 10 @ Ultraman @ Strawberry Shortcake kalau itu yang anda tunjukkan pada mereka. Anak kita tak tahu apa-apa, malah kewujudan cerita tersebut pun dia tak tahu, kita yg gatal tgn gi bukak tunjuk kat dorang dengan harapan kerja-kerja kita dapat diselesaikan tanpa gangguan kan? Hmmm.. Ingat saya tak tahu? Hheheheh....Ckp pasal Strawberry Shortcake, dah 2 tahun setengah hidup Qarissa, baru saya tunjuk DVD tuh padanya, dan sekarang..hambek ko! Sikit-sikit Straw, be be beryyyy...Straw be be beryyyyyy!!! Dia nyanyi lagu tuh jer ... Hhehehe.. 

Dan, saya percaya ramai ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak yang menguasai bahasa Inggeris dengan sangat baik tanpa perlu bersusah payah mengajar mereka, betul tak? Semuanya hasil bantuan channel-channel luar negara dan Astro seperti 613, Disney Channel dan sebagainya. Balik-balik kerja jer, terus terkejut dan bangga sebab anak sebut perkataan bahasa Inggeris dengan sangat betul, petah malah siap accent yang "berhabuk" lagi. Memang kalah lah mak dia... :) Itulah yang saya maksudkan stimulasi pendengaran yang baik. Anak kita akan menyerap segala apa yang mereka dengar dan mengucapkan kembali tanpa rasa susah langsung! With no effort at all! Secara semulajadi sahaja. Tapi kalau kita? Ya Allah, 10 kali dengar belum tentu boleh betul. Kalau betul pun, accent mesti orang kata ngada-ngada, nak sebut cam mat salleh celup kekdahnya! Hahahaha... 

Kerana itulah sangat penting kita memberikan anak kita mendengar bunyi dan sebutan yang jelas, baik, betul dan kalau nak ajar English misalnya, janganlah kita memberikan DVD (walaupun DVD Education) yang accentnya berbunyi seperti English + Cina. Kalau nak ajar Cina, pastikan bahasa dan sebutan itu disebut dengan jelas dan betul. Bahasa Mandarin lebih mencabar kerana ada 4 bunyi @ intonasi yang harus dipelajari. Susah giler noksss... tapi si Qarissa belajar (belajar mender, main jerrrr) dengan sangat gembiranya. Ntah hapa yang dia suka pun aku tak paham. Bila tgk Mandarin file -  Toung Chuo' punya file kat LR tuh, tergelak2 macam tgk sarkis kekdahnya, padahal mender yang sama jer dengan English punya file. Tapi terer btol dia sebut semua perkataan walaupun saya belum PLAY file tuh! Saya sampai sudah tak hafal2. Otak tepu mak dia nih! 

Saya juga ingin berkongsi cerita dengan anda, salah seorang participant saya di Seminar yang lalu, Kak Nur memberitahu bahawa anaknya yang sebelum ini membesar di New Zealand, English mestilah berhabuk kan, siyes beb, suka saya dengar anak dia cakap English. Menurut Kak Nur, bila di Malaysia dan mula bercampur gaul dengan rakan-rakan yang lain, dan mungkin juga penggunaaan Bahasa Inggeris di sekolah anaknya more to Chinese English, bila balik rumah, anak Kak Nur tend to use the Chinese English slang. English tapi berbunyi Cina, padahal masa kat New Zealand Dairy Board tuh, her English was fantastic! Di sini, bolehlah kita simpulkan, betapa mudahnya otak anak kita menyerap segala maklumat yang mereka dengari dan mengaplikasikannya dengan mudah tanpa effort at all! Siap boleh ikut persekitaran dia membesar lagi! Jadi, terpulanglah pada kita bagaimana kita ingin membentuk anak kita melalui stimulasi pendengaran ini .:) 

Saya akhiri entry kali ini dengan video Qarissa membaca menggunakan LR. Kalau uols nak tau video ni saya amik guna my BB jer. Dan file LR tuh memang takder suara dan gambar. Cuma perkataan semata-mata, sebab file tu merupakan file yang saya guna untuk kelas Playgroup saya. Saya gunakan LR sebagai alat bantu untuk membuat material semasa kelas dengan lebih mudah dan file ini adalah file Opposite.:) Si kenit ni pulak, bila saya tgh-tengah test file tuh, sibuk duk baca-baca, mula-mula excited, dah nak akhir2 tuh bunyi pun macam malas jer. Bak kata Lyna, anak ko pun dah boring tgk perkataan ni tak mencabar minda langsung nak baca! Ekekeke.. Aku tak suruh pun, dia yg sibuk-sibuk nak baca!. Dah lama juga file ni dalam simpanan saya, saya dah lupa pun, sampailah baru-baru ni bila kat KLCC, saya nak tunjuk demo pada client, saya jumpa file nih, dan terus berniat nak kongsikan entry pasal sebutan ni dengan pembaca blog saya. Saya nak ajak pembaca semua dengar sebutan yang keluar dari mulut Qarissa. Perkataan-perkataan seperti THICK, BACK, BLACK, CLOSE, OPEN, SIT, DIRTY, CLEAN dan sebagainya. Banyak naaa aku pun dah lupa apa si Q ni bebel. Hahahhaa.. Tapi yang penting, deengar sebutannya. Very precise and jelas untuk budak bawah 2 tahun setengah kan? Penggunakan ck, cl, dir dalam bahasa Inggeris mengikut Phonics yang sangat baik saya rasa. Dan dia belajar tanpa effort langsung! Saya pun tak sebut jelas macam tu kot?? Semuanya melalui apa yang dia dengar di file Little Reader selama ini. Ada 3 suara berbeza dan suara tuh sangat jelas dengan accent yang sangat baik. Dan, inilah hasilnya! Tak bermakna anda tiada LR, anak anda tak boleh mempunyai accent seperti ini, ada banyak sumber lain. No worries, yang penting, apa yang anda beri kepada anak anda untuk mereka dengar! :) kalau boleh, carilah VCD yang berkualiti dan baik, dapat British punya  lagik best ooo.. jatuh cinta saya dengan accent British. Ekekekeke.. hover noksss!



post signature

post signature

Wednesday, January 26, 2011

Bengkel Stimulasi: How To Develop Your Baby's Brain.

Buat pertama kalinya pihak GBOB akan mengadakan satu Bengkel Stimulasi di GBOB pada awal bulan Februari ini. Bengkel ini akan di adakan dari pagi hingga ke petang. Saya sangat menggalakkan para ibu bapa yang pernah datang ke Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini kerana ia merupakan pelengkap kepada apa yang telah anda ketahui dan kuasai semasa Sessi Seminar tersebut. Jika di Sessi Seminar, saya menerangkan dengan jelas dan lengkap berkaitan dengan Kepentingan Pendidikan Awal dan kaitannnya dengan pertumbuhan otak bayi, di dalam Bengkel ini pula, kita akan bersama-sama melaksanakannya. Saya akan mengajar para peserta yang hadir BAGAIMANA STIMULASI boleh dilakukan terhadap bayi dan anak anda. Ia akan dipenuhi dengan aktiviti Role Play, dan syarat utamanya - ANDA TIDAK BOLEH MALU! 

Ini kerana sepanjang sessi tersebut, pada kebanyakan waktu, anda akan bermain dengan anak patung yang akan disediakan oleh pihak GBOB dan anak patung itu akan menjadi "anak" anda pada hari tersebut. Saya tidak menggalakan anda membawa bayi dan anak anda pada Sessi Bengkel kerana dikhuatiri mereka akan keletihan & tantrum kerana Bengkel ini dijalankan dari pagi ke petang. Saya kasihankan bayi anda yang mungkin akan penat dan tidak dapat bertahan menunggu ibunya bermain dengan "anak" yang baru:) Melainkan jika ada sesiapa yang boleh menjaga  anak anda di kawasan Kids Zone sepanjang anda menjalani latihan praktikal di dalam Seminar Area, saya tiada masalah mengenainya. Bukan apa, saya tidak mahu anda rasa rugi menghabiskan wang untuk menghadiri Bengkel ini, sudahnya anda terpaksa duduk sahaja dan tengok tanpa dapat melakukan praktikal kerana melayani kerenah anak. :) 

Di dalam Bengkel Stimulasi ini juga, saya tidak akan menerangkan kembali apa yang telah diterangkan semasa Sessi Seminar dahulu. Saya hanya akan fokus kepada Stimulasi dan kepentingannya serta cara-cara anda boleh menstimulasi otak bayi anda. Its all about HOW, HOW & HOW. Kerana itulah, sangat penting untuk anda menghadiri Seminar ECE dahulu supaya tiada lagi tanda tanya dan persoalan tentang ECE. Apabila anda sudah jelas dan mengerti konsep ini, Insya Allah anda akan melalui sessi Bengkel Stimulasi ini dengan rasa yang gembira dan fikiran yang terbuka. 

Apakah yang anda akan pelajari semasa Sessi Bengkel ini nanti?
  • Pengenalan Stimulasi 
  • Persekitaran Stimulasi 
  • Kepentingan Stimulasi
  • Motor Kasar dan Motor Halus
  • Aktiviti - aktiviti Stimulasi Visual - 9 + 10 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama. 
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Pendengaran - 6 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Sentuhan - 5 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Fizikal - 11 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Stimulasi Untuk Menggalakkan Anak Membaca 
  • Baby Signing - What Is It?
  • Kebaikan & Faedah Baby Signing 
  • 20 ASL of Baby Signing akan di ajar. 
Selain dari perkara-perkara di atas, anda juga akan menerima:
  • Kit Permulaan Stimulasi - mengandungi beberapa alat bantu stimulasi yang boleh anda gunakan dengan bayi dan anak anda.Simple tapi berkesan. Anda pasti teruja!
  • CD yang mengandungi :
    • Kesemua aktiviti yang diterangkan di dalam Bengkel malah lebih lagi. Mungkin di dalam Bengkel, anda diperkenalkan dengan satu aktiviti tetapi terdapat beberapa aktiviti yang mempunyai tujuan yang sama. Jadi, kami berikan semuanya untuk anda jadi material dan bahan latihan anda akan bertambah. 
    • Kad Visual Stimulasi yang boleh anda cetak dan gunakan serta merta. 
    • Lagu-lagu serta ryhme yang digunakan di dalam Bengkel akan di compilekan di dalam satu folder, jadi mudah untuk anda  berlatih dan menghafalnya di rumah. kebanyakannya adalah ryhme yang saya nyanyikan sendiri :) 
    • Video Aktiviti Stimulasi yang saya rakamkan sejak Qarissa kecil, dan ada juga video dari luar negara. Ada di antara Video ini saya kongsikan di laman blog dan ada juga yang tidak. 
    • Video 20 Baby Sign yang telah di compilekan dalam satu folder untuk anda berlatih menggunakan bersama anak kesayangan anda. 
  • Sijil Kehadiran dari Genius Baby On Board. 
Siapa yang patut hadir? 
  1. Ibu @ Bapa yang mempunyai anak seawal 0-4 tahun . Aktiviti yang saya lakukan di dalam Bengkel ini boleh diguna dan dipraktikkan sehingga anak anda bersusia 4 tahun, dan jika mereka menyukainya, anda boleh gunakannya sampai bila-bila! 
  2. Pengusaha Taska, Nursery & Tadika. - Boleh menghantar pekerja anda untuk menghadiri Bengkel ini agar mereka dapat memberikan stimulasi terbaik kepada bayi dan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ia dapat memberikan nilai tambah untuk Taska @ Tadika yang anda kelolakan. 
  3. Ibu mengandung yang ingin menyiapkan diri dengan memberikan stimulasi maksimum sebaik sahaja anak tersayang dilahirkan. 
  4. Sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu dalam bidang ECE dan Teknik Stimulasi ini. 
Maklumat tentang Bengkel ini:

Tarikh: 6 February 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 30 Jan 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. Ada yang menghubungi saya bertanyakan tentang sessi Seminar seterusnya, Insya Allah, saya akan mengadakannya pada 27 February 2011 dan akan kongsikan maklumat tersebut esok. 

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387


post signature

post signature

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading