Monday, February 14, 2011

Stimulasi: Idea Untuk Ibu Bekerjaya :)

Saya selalu menerima sungutan serta keluhan para ibu yang menggunakan "kerjaya" sebagai ALASAN dan HALANGAN UTAMA untuk mereka menstimulasi anak mereka. Menurut mereka, sebagai ibu bekerjaya, masa mereka sangat limited dan mereka jarang bertemu dengan anak. Pagi-pagi, dah sibuk nak bersiap dan hantar ke nursery, balik dah lewat petang. Sampai rumah dah nak dekat Magrib. Mandi, sembahyang, rehat, duduk kejap, anak dah nak tidur. Esok bermula rutin seperti biasa, sampailah hujung minggu barulah ada masa terluang untuk anak. Itupun sedikit, sebab time weekend, banyak pula kerja rumah yang menanti untuk di buat. Lipat kain, gosok baju, kemas rumah dan sebagainya. jadi, masa mereka dengan anak itu memang sangat limited. 
Adoi... macam saya jer kat atas nih ..tapi selalu both anak kat pangku, tangan menaip komputer! Ahaks..

Saya sering memberikan motivasi kepada ibu bekerjaya agar mereka sedar yang mereka boleh menstimulasi anak mereka di mana sahaja. Tidak perlu tunggu waktu yang sesuai untuk menstimulasi anak. Semua masa adalah sesuai. Hanya kita yang perlu kreatif dan mengembangkan idea kita dalam bentuk permainan agar masa "emas" kita dengan anak digunakan sebaiknya. Saya sering menggunakan Seminar ECE dan akan datang, Bengkel Stimulasi sebagai medan untuk saya mencurahkan ilmu dan idea pada para ibu bapa tentang hal-hal sebegini. (Sebab tu lah anda kena register, satu hari suntuk kita borak, main dan jadi budak-budak tau! Ahaks ..) Sekiranya anda tahu yang stimulasi adalah sesuatu yang mudah dan menggembirakan both u & your baby .. there will be NO ARGUMENT at all!:) 


Kalau nak kata bekerjaya, saya pun kerja juga kan? Memang betul saya kerja sendiri, dan ada kaitan dengan ECE, jadi mungkin ada yang merasakan ianya mudah bagi saya. Hmmm..Anda silap juga kalau berfikir begitu. Kalau siapa yang perasan, yang datang Playgroup saya @ Level 4 (Qarissa) atau Level 2 (Zayra), boleh dikatakan hampir setiap minggu, both of my children macam Chips More - Kejap ada, Kejap takder. Bila time yg Qarissa rasa nak keluar dari Seminar Room, dia keluar, kalau tak, Q melepak jer kat dalam Seminar Area layan DVD atau LR. Time Bubbles memang dia kuar lah kan ..giler bubbles si kenit tuh ..ehehhe..Yang Zayra pulak, dia manja nak saya layan dia jer, so sometimes bila dia nangis, maid akan bawak masuk ke Seminar Area. Saya akui, bila time kelas, saya tumpukan perhatian pada student2 lain berbanding anak sendiri. Jadi bila masanya saya nak stimulate anak sendiri pula kan? Haaaa..tu lah saya kata, kita kena kreatif dalam "bermain" dengan anak kita. Kalau nak ikutkan sekarang, masa saya hampir tiada tau! Saya kerja macam takder hari esok, banyak betul saya kena buat, org kerja 8 jam sehari, saya 12 jam pun tak habis-habis lagi. Memang betul lah orang kata kalau bisnes sendiri, memang penat camner pun, kita redah jugak. Hidup mati kita lah kan bisnes ni. Memang letih, tapi tak boleh mengeluh sebab inilah jalan yang dah kita pilih. :) 

Jarang juga saya dapat melayan Qarissa di Art Class ketika Playgroup.. Sedihnya ..:( Tapi saya tebus masa saya di waktu yang lain!:) 

Jadi, saya pun tak mau Mommy-Mommy kat luar tuh mengeluh sebab kerja makan gaji, jadi masa dengan anak kurang. Orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Heheheh.. Saya bagi idea sikit dalam entry ni untuk ibu-ibu yang bekerjaya okeh! Stay at home Mom atau Work at home Mom pun boleh buat ..no hal punya ..! Hehehhe.. Okeh ..bila kita nak hantar anak ke nursery atau time nak balik dari ambil anak di nursery, sapa drive kereta? Kalau kita drive dan anak disebelah, mungkin kita boleh buka any Audio CD dan nyanyi bersama di sepanjang perjalanan menuju ke nursery. kalau dalam kereta ada DVD, kita bukakkan any Education DVD (saya ulang yer ..Education DVD tau .. bukan Ultraman, Ben 10 atau Power Rangers!) dan kita sama-sama berborak pasal cerita itu. Kalau hubby yang drive dan kita pegang anak, lagi best. Lebih banyak akiviti yang kita boleh buat sepanjang perjalanan ke nursery tuh. Tak payah pasang DVD atau Audio CD pun takper. Kita sendiri boleh jadi CLOWN untuk anak kita. :) Contohnya, aktiviti stimulasi yang saya lakukan dengan Zayra ini. 


Anda boleh tiru aksi saya seperti di dalam video yang saya sertakan di bawah ini. Semasa ini, tarikhnya 9 Disember 2010, Zayra baru 8 bulan, me & hubby dalam perjalanan ke satu tempat, saya dah lupa lah ke mana, tapi area Shah Alam la. Jalan jem dan saya mengambil kesempatan untuk menstimulasi Zayra sepenuhnya! Sempat lak tuh hubby amik video tau! Hehehe.. Sambil jalan pelan-pelan redah jem, hubby amik, sib baik pakcik motor besar takder wei! Punyalah suka si Zayra, sampai dia mengekek-ngekek kesukaan. She really enjoy playing with me. Cuba anda perhatikan wajah dan mimik muka saya masa tuh! Huduh kan? Hahahaa.. tapi anak saya suka! Bayi sememangnya suka melihat dan meniru mimik muka yang dia nampak. Makin pelik @ huduh muka kita, makin lah dia suka ..:) Sebab tuh lah anak murid saya yang dalam lingkungan 0-12 bulan terutamanya, cukup suka memandang saya berbanding ibu mereka ketika di kelas Playgroup! Kalau tak percaya tanya mak-mak yang dah join tuh! Sebab Teacher Watie nih the best and hot CLOWN IN TOWN! Ahaks ..! 


Lagu yang saya nyanyikan adalah lagu rhymes - Apples & Bananas. Lagu ni saya suka sebab ianya adalah cara yg paling best nak ajar anak kita vowel sound - AEIOU. Liriknya pun senang nak ikut. Saya pernah buat sekali masa Level 4 dan para ibu bapa pun enjoy dan tergelak2 sebab they have to "crack" their mind to change the letter A for Apples & Bananas to AEIOU. Funny giler masa tuh ..:) No worries, level 2 & 3 pun akan guna the same song juga, cuma pendekatannya berbeza :) Jadi, anda boleh tiru aksi saya bermain dengan anak ini. Bukan hanya mimik muka, dengan mata tertututup dan terbuka, mulut muncung macam ikan dan tertutup kembali, saya juga menggunakan lutut untuk mengangkat Zayra ke atas sedikit dan menurunkannya kembali. :) Memang both of us had fun sangat that day. Dengar Zayra gelak, saya rasa bahagia sungguh! Dan saya tau yang gelak juga sangat baik untuk kanak-kanak. Senaman yang menyihatkan! Bukan senang juga nak bagi anak gelak tau! Harus berusaha lebih sedikit ...:) 

Bahagia sungguh bila sessi peluk-peluk anak dalam Playgroup kan? Suka betul saya bila Qarissa lari mendapatkan saya, dan anak-anak saya yang lain pun sama nak peluk. I feel loved! Hehehehe

Ok Mommy-Mommy semua, enjoy the video, dan jangan lupa cuba buat dengan anak masing-masing okeh! Kalau nak tahu lebih banyakkkkkk lagi stimulasi yang boleh anda praktikkan dengan anak, bolehlah mendaftar ke Bengkel Stimulasi yang akan saya adakan pada awal bulan Mac 2011 ini. Masih belum terlambat untuk anda mendapatkan harga Early Birds. Tarikh tutup pembayaran untuk Early Birds ialah 18 Februari 2011, cuma RM 350 sahaja dan selepas itu, harganya akan menjadi RM 399. :) Berikut adalah  maklumat tentang Bengkel Stimulasi yang akan saya adakan buat pertama kalinya di GBOB : 

Tarikh: 6 Mac 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 18 Feb 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. 

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387




post signature


post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading