Monday, February 20, 2012

Faris: Seindah Namamu, Sekuat Itulah Dirimu!!




Satu wajah yang bisa membuatkan mana-mana wanita samada bergelar ibu @ tidak berkata secara spontan "Alahai...comelnya si kecil nih...pandainya bergaya.. so cute!!!" . Itulah bait-bait kata yang terluah dari mulut saya apabila melihat wajah mulus ini. Rasanya, mungkin anda juga kenal akan wajah ini, wajah yang kini hebat diperkatakan di mana2 sahaja seluruk pelusuk Malaysia, dan mungkin juga seluruh dunia. 

Wajah yang anda saksikan ini, yang anda puji & suka lihat ini, kini sedang bertarung nyawa, sedang menghadapi ujian yang maha hebat, sedang bersusaha sekuat yang mampu untuk melawan penyakitnya dan kini sedang terlantar di SDMC, tanpa daya, tanpa suara. Hanya mata yang bisa berkata-kata. Hanya air mata yang mampu meluahkan rasa. 



Saya menulis kisah ini di blog dengan perasaan dan takungan air mata, mencuba sedaya mampu untuk menahan ia dari mengalir, setelah pagi tadi saya gagal, dan sambil bercakap dengan suami di dalam kereta, suara dan air mata saya  mengalir tanpa mampu di tahan lagi. Selain rasa simpati yang menggunung, saya juga rasa bersalah kerana tidak sempat membuat entri di blog minggu lepas selepas mendapat tahu berita ini akibat kesibukan yang melampau.. Hurghhh!! Alasan yang tak boleh nak pakai langsung! Kalau betul nak tolong tulis... mestilah cari masa, looser jer yang akan cari alasan! Yer ..dan saya rasa saya sungguh looser dalam hal ini! Cepat2 saya bagitahu hubby, saya nak balik rumah dan buat entry untuk adik Faris.. and here I am .. writing with all my broken heart ..merayu simpati anda untuk sama-sama menyebarkan berita ini, agar wang dapat dikumpul untuk membantu keluarga Faris menyelesaikan bil di hospital yang khabarnya sudah pun mencecah RM 75,000. 



Tak perlulah saya ulas dan saya harap tak perlulah ada yang bertanya lagi mengapa tak dihantar ke Hospital Kerajaan, ayah Faris sudah pun membuat penjelasan, dan kalau saya berada dalam situasi yang sama, saya juga akan berbuat demikian, malah saya percaya semua ibu bapa juga akan berbuat demikian. Bukan menidakkan  kebolehan Hospital Kerajaan, malah saya juga puji perkhidmatan mereka yang semakin baik, saya rasa adalah sesuatu yang normal bagi ibu bapa yang bekerja swasta menghantar anak mereka ke hospital swasta yang ditanggung bil medicalnya oleh syarikat. Immunisasi yang percuma kita boleh dapat di hospital kerajaan juga kita ambil di hospital swasta kerana syarikat yang cover, apatah lagi kalau anak demam, sakit dan perlukan rawatan khusus. Keluarga Faris juga tidak sangka, disebalik demam dan sawan yang Faris hadapi itu, tersembunyi satu penyakit yang sangat berbahaya dan mengancam nyawanya, dalam bahasa mudahnya, barah darah atau HLH. Adalah sgt berisiko untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan sekarang kerana kondisinya yang kritikal kini. 



Selain doa yang boleh kita titipkan untuk keluarga yang sedang diuji Allah SWT ini, saya sgt berharap agar kita boleh sumbangkan sedikit wang untuk mereka, bagi meringankan beban mereka. Insaf sungguh saya melihat anak kecil ini bertarung nyawa, rasa pecah hati ini dan saya sungguh-sungguh berdoa agar keluarga Encik Shamrulismawi akan tabah menerima dugaan ini. Mengambil Zayra & Qarissa di sekolah tadi, melihat mereka berlari dan memeluk saya, masuk ke dalam kereta dengan gembira sambil Zayra terus mencari nenennya, saya langsung teringatkan adik Faris yang sedang kesakitan di hospital. Dengan usia yang sudah mencecah 6 tahun, sudah tentu berjuta-juta kenangan indah telah dicipta oleh keluarga tersebut ketika Faris masih sihat dan aktif, dan saya dapat rasakan yang ia bukan mudah untuk ibu dan bapa Faris melihat kesengsaraan Faris yang kini berselirat dengan wayar seluruh tubuh. Besar sungguh dugaanMu Ya Allah, semoga adik Faris sentiasa berada di bawa lindunganMu selamanya....Amin..

Kawan-kawan tersayang, sekiranya ada rasa simpati anda melihat anak kecil ini, saya mohon, bantulah mereka. Tidak kira berapa sen sekalipun anda menderma, ia cukup besar maknanya buat keluarga ini. Saya lampirkan di sini maklumat ayah Faris & akaun Maybanknya untuk kita sama-sama menambah saham akhirat kita. Semoga Allah SWT akan merahmati anda dan keluarga dengan sumbangan ikhlas ini. Amin. 

Maybank 1628-5200-2738 @1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail)
Facebook Ayah Faris: http://www.facebook.com/Abahko


Saya sertakan juga surat dari Hospital SDMC untuk tatapan anda semua. Terima kasih kepada saudara Mazidul Akmal yang sentiasa mengemaskini berita tentang adik Faris agar kita sama-sama tahu perkembangan terkini anak comel ini. Gambar2 yang saya sertakan di sini semuanya ihsan dari blog saudara Mazidul Akmal. 




Di saat saya bergembira dengan anak-anak murid saya seawal usia 4-5 bulan sehingga 4 tahun di dalam kelas, ada anak-anak yang tidak dapat berbuat demikian dengan ibu bapa mereka walaupun sebelum ini, itulah aktiviti yang sering mereka lakukan. Insafnya saya, sedihnya saya, sebaknya rasa hati saya. Saya pasti ada hikmahnya semua kejadian ini berlaku, bukan hanya untuk keluarga beliau, tetapi juga untuk kita supaya  menginsafi hakikat satu kehidupan. Saya mohon satu keajaiban berlaku untuk keluarga adik Faris. Hanya Allah SWT yang mempunyai kuasa itu. Amin Ya Rabbal Alamin...

post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading