KUASA OTAK ANAK: BAGAIMANA MENINGKATKAN KEPINTARAN MEREKA TANPA TEKANAN?
Antara Topik Utama Yang Akan Dibincangkan:
# Psikologi Bayi & Kanak-Kanak
# Bila Seharusnya Bermula Untuk Mengajar Anak?
# Mengapa Mesti Bermula Seawal Usia?
# Anatomi Otak & Kaitannya Dengan Fasa Perkembangan Anak
# Bagaimana Otak Anak Berkembang?
# Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Anak Dengan Mudah?
# Kuasa Otak Anak & Potensinya
# Pengendalian anak-anak yang mempunyai isu tingkah laku
Objektif UTAMA Seminar & Motivasi ini:
1: MENGUBAH secara TOTAL pandangan Ibu Bapa tentang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak dan betapa PENTINGNYA STIMULASI dalam 6 tahun PERTAMA hidup seseorang anak itu.
2: Memberi kesedaran Ibu Bapa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak bukan setakat Alif Ba Ta, 123 dan ABC sahaja, ia lebih besar dari apa yang kita semua sangkakan.
Output Seminar:
1: Peserta yang hadir akan melihat "PENDIDIKAN AWAL" ini dengan dimensi yang berbeza dari apa yang mereka fahami selama ini dan Insya Allah, mengubah diri menjadi Ibu Bapa yang lebih bersemangat dan bermotivasi dalam menggunakan masa yang "sedikit", yang masih ada, untuk menstimulasi anak syurga masing-masing.
2: Tidak menjadikan alasan "sibuk bekerja" untuk tidak menunaikan HAK anak dalam menerima pendidikan di rumah kerana telah mengetahui teknik-teknik yang boleh diaplikasikan serta merta untuk meningkatkan kepintaran anak dengan cara yang mudah, menyeronokkan dan berkesan.
3: Setelah memahami fungsi otak & psikologi anak dlm seminar ini, para peserta akan menginsafi bahawa: Untuk melihat perubahan berlaku pada diri anak, Ibu Bapa yang WAJIB BERUBAH DAHULU! Insya Allah, melalui penerangan yang detail, para Ibu Bapa akan lebih menghormati anak, sabar dan merendah diri setiap kali bermain dengan anak kerana sudah memahami fitrah sebenar anak mereka.
Tarikh & Lokasi: 1 Mei 2013 (Rabu), 9 pg - 5pm, Dewan Kuliah KISMEC (Kedah Industrial Skills & Management Development Centre), Sungai Petani, KEDAH.
Harga:
RM 170 seorang (Harga Early Bird sblm 30 Mac 2013)
RM 199 seorang (Harga bermula 1 April 2013)
RM 350 (harga suami isteri /psgn bermula 1 April 2013)
*untuk harga suami isteri / psgn sebelum 30 Mac 2013, sila gunakan harga Early Bird RM 170 untuk pendaftaran.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Watie 016-2033340 atau emel ke geniusbabyonboard@gmail.com. Sila isikan borang di bawah selepas pendaftaran dibuat bagi memudahkan semakan.
Sana sini orang bercerita tentang Bajet 2013. Yang mana dapat faedahnya, akan tersenyum gembira dan bersyukur. Yang mana tak terkena tempiasnya...harus tetap bersyukur kerana kita masih dikurniakan nikmat pendengaran oleh Allah SWT untuk"mendengar"Bajet yang dibentangkan itu. Yer, kita mesti sentiasa ada sebab untuk bersyukur walaupun saya tahu ramai yang kurang berpuas hati dengan Bajet 2013 ini terutama mereka yang bekerja sendiri atau swasta. :) Kalau ditanyakan pendapat peribadi saya terhadap Bajet 2013 ini, cukuplah kalau saya katakan yang saya inginSEMUA rakyat dpt menikmati segala faedah yg diberikan secara terus, tanpa melalui org tengah atau kerenah birokrasi dan bukan hanya rakyat terpilih seperti dalam kes BR1M. Ketahuilah bahawa rakyat dlm golongan"medium income"baik di luar bandar apatah lagi di bandar besar yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi sekarang dengan inflasi yg mencanak-canak naiknya. Nak ke kiri tak layak, nak ke kanan pun tak lepas..Sudahnya..MELEPASSS, lepas tuhSESAK NAFASSS... hehehe..:)
Saya tidak mahu bercerita panjang pasal POLITIK di sini kerana saya ada agenda yang lebih penting. Saya ingin mencatatkan Bajet Bayangan 2013 yang saya harapkan sebagai seorang IBU dan seorang PENDIDIK. Memandangkan saya berkecimpung dalam bidang Pendidikan Awal Bayi & Kanak-Kanak, maka seharuslah Bajet Bayangan yang ingin saya bentangkan ini berkaitan dengan Pendidikan Awal juga. Tetapi, saya yakin..cukup yakin SEMUA IBU BAPA di Malaysia akan mendapat manfaat YANG PALING BESAR sekiranya kerajaan merealisasikan Bajet Bayangan ini. Dari golongan yang berpendapatan rendah, sederhana tinggi atau tinggi akan mendapat manfaatnya. Bukan hanya ibu bapa, tetapi juga para pelajar dan guru-guru Taska & Tadika, baik swasta mahupun kerajaan akan mendapat manfaatnya secara terus. Insya Allah.
Mari kita lihat Bajet Bayangan 2013 saya. Sebelum saya terus menaip, saya ucapkan - SELAMAT BERANGAN. Yakinlah yang satu REALITI bermula dengan hanya ANGAN-ANGAN. Selepas anda membaca dan melihat sendiri gambar-gambar REALITI yang saya paparkan ini, anda akan merasakan apa yang saya minta sebagai seorang ibu & pendidik adalah sedikit, sangat sedikit dari apa yang kerajaan boleh sediakan sebenarnya. Semoga satu hari nanti PM kita akan dapat melihat sendiri apa yang Ibu & Bapa inginkan. Amin.
**********************************
1. Sebagai ibu, saya merasakan yg PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAKseawal bayi SANGAT PENTING kerana anak-anak inilah yg akan mencorakkan masa depan negara dan ia bermula dari dalam kandungandan bukannya 5 tahun. Mereka adalah aset negara yang paling berharga. Siapakah orang ORANG LUAR PERTAMA yang akan mengasuh dan mendidik anak-anak ini selepas ibu bapa mereka? Yer, pihak Taska & Tadika lah menjadi pihak yang PERTAMA akan menyentuh hati dan perasaan anak-anak syurga ini dalam proses pembesaran mereka. Kita semua tahu yang 6 tahun PERTAMA usia anak adalah SANGAT KRITIKAL dari segi pembanguan mental, fizikal, rohani, jasmani dan sahsiah diri seorang anak. Maka dengan itu, saya merasakan yang perhatian yang sewajarnya haruslah diberi kepada mereka yang berkecimpung dalam bidang ini. SEMUA Taska dan Tadika kerajaan harus di naik taraf dari semua segi, baik dari modul pembelajaran, persekitaran dan yg paling penting tenaga kerja yang profesional dan berilmu, bukannya mereka yg menjadikan kerjaya Guru Taska atau Tadika sebagai kerja part-time sementara mendapat tawaran yang lebih baik. Turn over yg tinggi dlm sektor pendidikan awal ini adalah tidak baik untuk perkembangan emosi bayi dan kanak-kanak. Apa yang dapat dilihat, kerja Guru Taska dan Tadika di Malaysia ini dipandang sebelah mata, remeh dan enteng, tidak seperti tadika-tadika di negara luar seperti USA @ Jepun. *sekadar memberi beberapa contoh*
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School In Japan
2. Untuk memastikan tenaga kerja profesional berminat dalam bidang pendidikan awal ini, layanlah mereka dengan profesional juga. Treat them like one. Naikkan gaji dan tetapkan satu tangga gaji untuk guru Taska dan Tadika yang tinggi agar turn over dikalangan guru-guru taska dan tadika ini dpt dikurangkan. Hantar mereka ke pelbagai kursus yang berkaitan dengan Pendidikan Awal, Psikologi Bayi & Kanak-Kanak, Bagaimana berurusan dengan Special Needs Baby & Toddlers atau yang sewaktu dengannya. Lakukan On Job Training jangka pendek di pelbagai Institusi di dalam dan luar negara untuk menambah dan mengaplikasikan ilmu tersebut, yang mereka dapati melalui pengalaman sebenar dan bukan setakat pembacaan. Kursus ini bolehlah dilakukan 2 bulan sekali agar ilmu mereka semakin bertambah mengikut suasana semasa. Untuk memastikan komitmen mereka dlm kerajaan, mereka yg dihantar berkursus mesti ada menandatangani perjanjian bertulis dgn Kerajaan yg mereka harus bekerja untuk satu tempoh masa yg ditetapkan. Ini bagi mengelakkan mereka berhenti kerja atau mencari kerja baru di tempat lain. *tetapi rasanya, jika gaji telah dinaikkan dan langkah-langkah proaktif dilaksanakan bagi meletakkan profession ini ditempat yang tinggi dan sepatutnya, tidak akan ada masalah turn over yang berlaku, jika ada, mungkin ianya sangat sedikit dan kes-kes yang terpencil sahaja*
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School In Japan
3. Modul pembelajaran di Tadika yg ada sekarang harus diperhalusi dan dilakukan perubahan mengikut keadaan semasa. Modul ini bolehlah bermula dari anak berusia 4 tahun-6 tahun. Sebarang modul yg tidak sesuai lagi harus dikeluarkan dan digantikan dgn modul atau subjek yg lebih efektif mengikut zaman. Modul yg ada haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin. Modul ini pula wajib disemak setahun @ 2 tahun sekali bagi memastikan ianya up to date dan sesuai dgn keadaan semasa.
Leimondo Nursery School In Japan
Leimondo Nursery School In Japan
4. Modul pembelajaran di Taska harus diperkenalkan di mana setiap bayi baru lahir hingga 2 tahun yg dihantar ke Taska kerajaan harus mempunyai aktiviti-aktiviti yg konsisten dan terancang agar stimulasi untuk memantapkan kelima-lima deria mereka dijalankan dgn sempurna. Sama seperti Tadika, Taska juga perlu mempunyai modul sendiri dan aktiviti yg berasaskan permainan stimulasi dan tidaklah bayi ini hanya makan, minum dan tidur sahaja setiap hari tanpa ada aktiviti khusus utk merangsang otak dan deria mereka. Bagi anak yang berusia 2-4 tahun, mereka juga mempunyai modul khas yang dapat diaplikasikan mengikut tahap umur mereka sebelum mencecah 4 tahun. Fasa 0-4 tahun ini SANGAT KRITIKAL sebelum mereka memasuki Tadika yang sudah tentu modul pembelajarannya lebih sistematik dan terancang. Sekali lagi, modul ini haruslah berasaskan permainan @ belajar sambil bermain dan menggunakan keempat-empat unsur semulajadi iaitu api, air, tanah dan angin.
Leimondo Nursery School In Japan
Fagerborg Kindergarten
5. Persekitaran Taska dan Tadika kerajaan harus diubah supaya ianya kelihatan ekslusif, ceria, penuh stimulasi, tahap keselamatan maximum dgn cctv, keselesaan optimum dengan aircond dan ruang yang luas di dalam dan diluar kelas agar anak2 ini dpt meneroka persekitaran mereka dengan baik. Lebih molek lagi jika semua Taska dan Tadika kerajaan ini didirikan dalam satu kawasan khas @ built for purpose atau banglo 2 tingkat yg selesa untuk anak bermain sambil belajar.
Kindergarten @ Nagaoka Japan.
Kindergarten Kekec, Slovania
7. Kemudahan Taska 1st class dengan ruang tempat tidur khas menggunakan stackable cot dan bagi bayi menggunakan baby cot. Susun atur barang-barang dan reka letak alat bantu mengajar harus selaras dan sama utk semua Taska dan Tadika kerajaan, seolah-olah konsep Francais, jadi setiap Taska dan Tadika Kerajaan rekabentuknya sama dari sekecil-kecil mainan hinggalah sebesar-besar rumah @ bangunan. Dengan ini, sudah pasti Taska dan Tadika kerajaan dipandang tinggi dan meletakkan ianya ke satu tempat yang dihormati dan di kagumi. Secara tidak langsung, ini akan "memaksa" Tadika Swasta bekerja keras bagi memastikan tempat mereka setanding dengan Tadika & Taska Kerajaan bagi menarik perhatian golongan masyarakat kelas tinggi untuk menghantar anak mereka belajar di situ. Sudah pasti ketika ini SEMUA Ibu Bapa berebut-berebut mahu ke TASKA dan TADIKA @ KEMAS milik kerajaan. Bayarannya murah dan mampu bayar dengan fasiliti kelas pertama. Siapa yang mahu menolaknya kan? :)
Timayui Kindergarten, Columbia
8. Ratio guru dengan pelajar yang rendah supaya guru boleh fokus dan memastikan setiap anak murid mendapat perhatian sewajarnya. Satu kelas terhad pd 10 pelajar dengan 2 guru. Jika ruang luas, bolehlah diambil sehingga maximum 50 pelajar dengan 10 guru. Jika ruang tidak begitu luas, paling maksimum 30 pelajar dalam satu Taska @ Tadika dengan 6 guru terlatih dan profesional. Ini bagi memastikan guru dapat memberi perhatian yang lebih kepada setiap pelajar mereka, membuat lebih banyak 1 to 1 session serta mengenalpasti sekiranya terdapat murid-murid mereka yang perlukan perhatian khusus dengan lebih awal seperti simptom Slow Learner, Dislexia, HyperActive, ADHD, Austism (Mild, Middle & Severe) atau lain-lain isu pembelajaran dengan lebih cepat. Ini bagi membolehkan guru memberikan maklum balas kepada ibu bapa anak-anak ini agar mereka dirujuk kepada Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dengan segera dan jika perlu, di hantar ke Sekolah Taska @ Tadika Khas (Special Needs) milik Kerajaan yang mempunyai Fasiliti yang lebih canggih dan Guru-guru yang lebih terlatih khas untuk membantu anak-anak syurga ini.
Sarragueimines Nursery, France
9. Adakan subjek tambahan seperti Iqra, Kelas Hafazan, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Mental Aritmetik, Kelas Renang, Kelas Drama, Kelas Piano, Kelas Pengucapan Awam, dan sebagainya mengikut kecenderungan dan minat anak dalam modul sedia ada bagi anak-anak berusia 4-6 tahun di Tadika agar pelajar dapat memaksimumkan potensi mereka, menjadi anak-anak yang lebih berwibawa dan berdaya saing serta mampu berhujah dengan fakta sedari kecil lagi. Sudah tentu semuanya ini berasaskan bermain sambil belajar dan bukannya terlalu menekankan akedemik. ITS ALL ABOUT PLAY!
School Barvaux-Condroz, Belgium
10. Dengan semua kemudahan dan modul yang ada untuk Taska, Tadika Kerajaan ini, sudah pasti SEMUA ibu bapa ingin menghantar anak ke tempat-tempat ini. Taska dan Tadika kerajaan harus meletakkan satu aras penanda kepada Tadika swasta yang lain dan membuktikan bahawa kerajaan berada dalam kelasnya yg tersendiri. Bayaran bulanan mengikut kawasan tetapi mestilah mampu dibayar dan tidak membebankan ibu bapa. Sbg cth: Di kawasan bandar, harga mungkin RM 100 - RM 150 sebulan atau lebih rendah mengikut kajian yang harus dilaksanakan dahulu sebelum menetapkan bayaran (mungkin boleh mengikut tangga gaji ibu bapa, yang mana agak mampu bolehlah bayar lebih sedikit tetapi maksimum RM 150, yang mana kurang mampu bolehlah bayar antara RM 30-50 sebulan atau yang mana sangat tidak mampu bolehlah diberikan PERCUMA), tetapi dikawasan pedalaman, harganya mestilah lebih murah dengan fasiliti, kemudahan dan tenaga kerja yg mestilah setaraf sama seperti di bandar. Apabila tadika dan taska kerajaan dipandang tinggi dan berjaya meletakkan diri mereka dalam kelasnya yg tersendiri, sudah pasti Tadika Swasta akan bekerja lebih keras lagi untuk memastikan mereka juga harus sekurang-kurangnya sama standard dgn Taska @ Tadika kerajaan. Mereka juga akan memberi gaji lebih tinggi pada staff, memastikan modul mereka menarik tetapi masih mengikut garis panduan yang diberikan kerajaan, kemudahan dan fasiliti yg lebih baik serta persekitaran yg lebih kondusif untuk perkembangan minda kanak-kanak. Dari segi harga pula, mereka mungkin akan meletakkan harga yg mampu milik dan tidak keterlaluan mahal kerana mereka tahu Taska dan Tadika kerajaan lebih baik serba serbi dgn harga yg jauh lebih murah. Ianya persaingan yg sihat.
Kindergarten, Paris, France
The Stockholm Nursery
11. Bagi anak-anak yang memerlukan perhatian khusus @ Special Needs Kids, kerajaan perlu menyediakan prasarana yang mencukupi serta tenaga kerja mahir untuk mengendalikan anak-anak ini. Pusat Rehabilitasi (Rehab Centre) yang lengkap dengan peralatan perubatan perlu dibina bagi menampung keperluan anak-anak ini. Dalam Rehab Centre ini, perlulah mempunyai sekurang-kurangnya seorang Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak dan Paedtrician untuk memantau perkembangan mental dan fizikal anak-anak ini, dibantu dengan pasukan perubatan seperti Physiotherapist (PT), Occupational Therapist (OT), Speech Therapist (ST), Behaviorial Therapist (BT), Special Needs Teacher & Special Needs Assistant Teacher. Semuanya di dalam satu tempat agar lebih mudah kebajikan anak-anak ini dijaga setiap hari. Beberapa kelas EIP @ Early Intervention Programme harus dibuka di Pusat Rehab ini dan pisahkan kelas-kelas ini mengikut tahap anak-anak dan jenis perhatian khusus yang mereka perlukan. Sebagai contoh, mana-mana anak syurga yang perlukan rawatan fisio seperti anak Cereberal Palsy (CP) @ Global Delay Developmental (GDD) *sekadar menyebut beberapa contoh*, bolehlah mendaftar di EIP dan datang ke sini setiap hari seolah-olah mereka datang ke kelas biasa. Selain fisio, mereka juga mungkin perlukan bantuan OT, ST @ BT dan ia perlu dilakukan setiap hari. Sama seperti Taska @ Tadika, masa yang diperuntukkan untuk menjalankan semua terapi-terapi ini adalah selama 4 jam setiap hari. Special Needs Teacher serta Assistant boleh membantu anak-anak ini di dalam kelas dengan panduan dan tunjuk ajar dari Doktor, ST & OT. Aktiviti yg mereka lakukan dalam kelas khas ini mestilah mengikut laporan dan arahan dari Doktor Pakar, OT & ST untuk memastikan perkembangan anak-anak ini mencapai objektif yang telah ditetapkan dalam tempoh tertentu. Begitu juga jika anak-anak ini disahkan Autisme, Slow Learner, HyperActive, Dislexia @ ADHD *sekadar menyebut beberapa contoh*, @ mereka dirujuk oleh Pakar Kanak-Kanak ke Pusat Rehab ini atas apa-apa isu yang berkaitan, mereka juga di tempatkan di kelas-kelas EIP dan datang setiap hari, sama seperti kanak-kanak di Tadika & Taska. Apabila anak-anak ini sudah pulih dan nampak perkembangannya yang positif, bolehlah mereka dimasukkan semula ke Tadika @ Taska kerajaan dan sekali sekala, mengikut jadual yang ditetapkan, dapatkan rawatan pesakit luar di Pusat Rehab ini agar Doktor Pakar dapat memantau perkembangan anak ini dari masa ke semasa. *nampak macam susah direalisasikan, tapi sebenarnya tidaklah sesusah mana. Itulah perlunya BAJET. Kalau gaji yang ditawarkan setimpal dan faedah yang diterima menarik hati sebagai pekerja kerajaan, ramai yang sanggup belajar dan bekerja dalam bidang ini kerana jawatan itu sentiasa ada dan diperlukan. Tenaga kerja mahir seperti PT, OT & ST rasanya ramai di Malaysia, (tapi kebanyakkannya berkerja dengan pihak swasta kerana gaji yang ditawarkan lebih lumayan berbanding kerajaan), cuma Doktor Pakar Pembangunan Kanak-Kanak sahaja yang kurang. Dibandar besar seperti KL & Selangor pun agak sukar nak jumpa dan senarai menunggunya begitu panjang sehingga bertahun! Apatah lagi di bandar-bandar kecil di Malaysia. Menyedari situasi dan senario ini, maka haruslah kerajaan menggalakkan lebih banyak pelajar-pelajar lepasan SPM yang layak untuk mendalami bidang Pembangunan Kanak-Kanak agar kekosongan jawatan itu di isi di setiap bandar dan negeri di Malaysia ini. *
Tromso Kindergarten
12. Memang benar di Malaysia ada persatuan-persatuan seperti NASOM, KINWANIS, DAM, SPASTIK atau lain-lain Persatuan untuk anak-anak Istimewa tetapi kebanyakkannya NGO @ Association dan bukannya direct under government. Alangkah indahnya dunia jika kerajaan sendiri mempunyai Pusat Rehabilitasi canggih bertaraf dunia khas untuk bayi dan kanak-kanak ini di setiap negeri di Malaysia. Sudah tentu harga nya lebih murah berbanding swasta dan golongan miskin dan sederhana boleh menghantar anak mereka ke sini setiap hari. Agak mendukacitakan apabila terapi-terapi yang penting seperti Fisio, Occupational dan Speech di hospital kerajaan hanya dapat dilakukan sebulan sekali atau maksimum 2 kali untuk seorang kanak-kanak. Bagaimana mungkin kita dapat melihat perubahan yang signifikan terhadap kanak-kanak itu jika sessi-sessi Terapi yang penting ini dilakukan sekali-sekala? Dan, masa yang kita ada pun tidaklah panjang. 6 TAHUN PERTAMA sahaja atau mungkin lebih sedikit untuk anak-anak istimewa ini menyerap segala maklumat dengan baik. Stimulasi yang dilakukan secara berterusan sudah pasti akan berlakunya peningkatan ketara terhadap diri anak-anak ini. Saya sudah melihatnya sendiri di depan mata, bagaimana stimulasi khas yang diberikan setiap hari merubah seluruh kehidupan anak-anak menjadi hampir seperti kanak-kanak normal yang lain, Tetapi jika stimulasi yang wajib ini pun jarang mereka terima kerana pelbagai kekangan yang ada, bagaimana mungkin mereka menjadi lebih baik? Bagi ibu bapa yang kaya raya, tiada masalah untuk mereka pergi ke Pusat Rehab swasta kerana mereka lebih dari mampu, tetapi bagaimana pula dengan golongan pertengahan dan bawahan? Kerana itulah, kita melihat ramai anak-anak istimewa ini terlantar tanpa dirawat dengan sewajarnya :(.
Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan.
A Large atrium space gets fully utilised in the Yuyu No-Mori Nursery In Japan- where the children may play among the nets above the heads of their classmate.
Yuyu-No-Mori Nursery School @ Japan.
13. Bagi ibu bapa yang terdiri dari golongan pertengahan, kerajaan bolehlah memberi pilihan atau Option kepada mereka. Merekalah inilah yang paling tersepit dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Untuk lebih memudahkan pemahaman tentang golongan medium income ini, mereka tidaklah miskin sangat dan mereka juga tidaklah kaya sangat. Sebagai contoh, hidup di bandar besar seperti KL & Selangor, dengan pendapatan suami dan isteri jika di campur berjumlah RM 5K - RM 8K sekalipun, belum tentu cukup bagi menampung kehidupan terutama jika mempunyai anak yang ramai. Orang kata, cukup makan pakai dan tidaklah sampai meminta bantuan tetapi untuk bermewah-mewah jauh sekali. Katakan sebagai contoh, jika OT @ ST di Hospital kerajaan jumlah RM 20 sekali datang, untuk menyediakan sebanyak RM400 sebulan (20 hari, 5 kali seminggu) untuk anak syurga mereka melakukan sessi-sessi Terapi ini tidaklah begitu membebankan, rasanya mereka masih mampu menyediakan wang sebanyak itu tetapi untuk datang setiap hari selama 20 hari sebulan adalah sangat mustahil buat masa sekarang, seperti yg saya katakan di atas, dapat buat Terapi 2 kali sebulan pun dah cukup baik :(. Tetapi, untuk mereka ke Pusat Rehab swasta yang dapat memberikan mereka kemudahan itu, harganya cukup tinggi dan sememangnya membebankan, mencecah beribu-ribu ringgit sebulan! Tapi apa pilihan yang mereka ada? Hendak tak hendak, mereka datang juga Pusat Rehab Swasta kerana ia menawarkan apa yang pihak kerajaan tidak dapat tawarkan. Semua orang inginkan yang terbaik untuk anak masing-masing. Ikatlah perut, carilah kerja part time, buatlah 2-3 kerja dalam satu masa, koreklah segala wang simpanan yang ada, demi untuk melunaskan pembayaran setiap bulan di Pusat tersebut. Berbalik kepada Option atau Pilihan tadi, bagi golongan ini, sekiranya mereka memilih untuk ke Pusat Rehab Swasta, kerajaan mungkin boleh membantu dalam bentuk subsidi perubatan, iaitu diskaun seabnyak 40-50% dari jumlah bil yang diterima. Ini dapat membantu meringankan beban para ibu bapa ini, dalam masa yang sama, mereka yang benar-benar kurang mampu dapatlah memenuhi slot Terapi yang ada di Pusat Rehab Kerajaan dengan bayaran yang murah. Walaupun bil bulanan di Pusat Rehab Swasta masih mencecah ribuan ringgit selepas diskaun @ subsidi itu, sekurang-kurangnya ia sangat membantu kewangan keluarga dari golongan berpendapatan sederhana ini. Seperti yang saya katakan, golongan ini tidaklah miskin sangat, mereka bekerjaya, berpelajaran tinggi tetapi mereka juga tidaklah terlalu kaya sehingga memandang wang berjumlah RM 2000 seolah-olah RM 2 ringgit.
Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan
Kindergarten Ring Around A Tree- Tachikawan Japan
14. Dari segi makanan pula, baik Taska, Tadika @ Pusat Rehab Kerajaan ini, haruslah ada tukang masak khas di sekolah yg akan menyediakan makanan mengikut nutrisi yg diperlukan bayi dan kanak kanak itu. Ini sangat penting kerana apa yang dimakan menjadi darah daging kita selama-lamanya. Pastikan semuanya HALALAN TOYYIBAN. Ini bagi memastikan anak-anak ini mendapat khasiat yang cukup untuk perkembangan mental dan fizikal, rohani dan jasmani mereka. Mungkin ada anak-anak istimewa yang perlukan diet khusus dalam makanan harian, maka ibu bapa perlulah membekalkan diet tersebut agar perkembangan anak mereka tidak terjejas.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
Kiddy Shonan C/X Nursery School, Kanagawa Japan.
14. Saya tidak tahu apakah yg saya bayangkan ini relevan atau tidak, boleh diaplikasi atau tidak tetapi jauh disudut hati saya, saya rasa ia boleh dilaksanakan jika Bajetnya ada dan tidak tirus @ bocor. Ia sudah pasti mendapat sokongan padu rakyat jelata dari semua golongan. Jika perancangannya betul, telus dgn bajet yg cukup, ia memang sangat relevan. Pasti ibu bapa tidak risau menghantar anak mereka ke Taska atau Tadika kerana mereka tahu anak mereka mendapat yg terbaik dlm hidup mereka. Tidak lagi mereka risau anak mereka meninggal akibat tersedak susu, pagi hantar bercium beserta senyuman, petang balik bercium beserta tangisan *sedihnya tak dapat saya gambarkan..:'(, semoga Allah SWT memelihara anak-anak syurga kita semua..Amin..* Ibu bapa pasti gembira kerana anak mereka mendapat sekolah Taska & Tadika kelas pertama, Guru kelas pertama, Modul kelas pertama, Fasiliti kelas pertama dan segala-galanya kelas pertama dengan HARGA YANG SANGAT MAMPU BAYAR! Secara tidak langsung, ini juga akan meningkatkan emosi para ibu dan bapa ke tahap yg lebih baik kerana tidak perlu risau akan tahap kesihatan dan keselamatan anak mereka kerana semua guru dan tenaga pengajarnya profesional. Ini sudah tentu akan meningkatkan daya saing mereka dalam bekerja, meningkatkan prestasi dan seterusnya dpt membantu negara meningkatkan ekonomi.
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Komyodai Kindergarten, Osaka Jepun
Saya rasa setakat ini sahaja Bajet Bayangan 2013 yang ingin saya bentangkan ini. Mungkin ia seolah-olah mustahil buat masa ini, tetapi biarlah ia kekal di blog ini selama-lamanya. Siapa tahu, di masa akan datang, apa yang saya tuliskan ini menjadi kenyataan.:) Mungkin Bajet Bayangan 2013 saya ini ada yang kurang di sana sini, atau perlu diubahsuai mengikut keadaan semasa, tetapi objektif dan matlamatnya sama. Dan siapa tahu, mungkin anda yang membaca entry ini mengenali PM kita & Menteri Pelajaran dengan rapat, geng minum kopi @ open table orang kata, dapatlah mencetak entry ini dan berikan terus kepada mereka untuk di baca. Kerana inilah apa yang kami semua mahukan, yang kami harapkan sebagai rakyat Malaysia. Harapan & pandangan ikhlas dari seorang IBU yang juga seorang PENDIDIK anak-anak syurga baru lahir hinggalah 4 tahun..:)
Jika anda rasa apa yang saya tuliskan di atas adalah sesuatu yang TIDAK MUSTAHIL dan anda juga INGINKAN perkara yang sama, KONGSIKAN artikel ini di blog dan di wall FACEBOOK anda. It can do wonders, Insya Allah ..:) Amin..
Alhamdulillah, saya diberi lagi kesempatan untuk berkongsi dengan anda semua tentang apa yang saya lakukan selepas pertemuan dengan Dr Rajini di Sunway Medical Centre. Bagi anda yang pertama kali melayari blog Genius Baby On Board ini, bolehlah membaca entry ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang apa yang berlaku dan tidaklah nanti anda kabur dengan apa yang saya kongsikan ini.
Sebaik sahaja saya selesai bertemu dengan Dr Rajini, saya terus menghubungi Dr. Norizan di Urban Eethos Consultancy @ Seksyen 13 Shah Alam. Memang rezeki saya, kebetulan Dr Norizan dipejabat dan saya sebenarnya telah pun mengenali beliau sebelum ini ketika Dr Norizan memberikan ceramahnya di AlimKids Playgroup lebih kurang setahun yang lepas. Tanpa melengahkan masa, saya terus mengajak hubby menuju ke Urban Eethos untuk berjumpa pula dengan Dr Norizan. Yes! Right after I met Dr Rajini! As if there is no more tomorrow! :) Saya tidak mahu berlengah lagi kerana saya sudah tahu apa yang perlu saya lakukan dan saya perlu lakukannya dengan cepat! Dr Norizan berjumpa saya kira-kira setengah jam dan saya menunjukkan referral letter dari Dr Rajini kepada beliau. Sambil kami berborak, sambil Dr Norizan dan staffnya melihat2 Qarissa bermain dan selepas itu, kami membuat temujanji baru untuk Sessi Penilaian pertama di Urban Eethos.
Alamat: 11, Jln Boling Padang G13/G Sec.13, Shah Alam, 40100, Selangor HP: 03-55111362
Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan saya membuat keputusan untuk mengambil Program Intensif di Urban Eethos, bermakna setiap hari selama 1 jam, saya akan menghantar Qarissa ke Speech Theraphy di sana. Kos terapi untuk Program Intensif agak mahal iaitu RM 1600 selama 20 hari sebulan tetapi saya rasa di antara Speech Theraphy yang ada, ia antara yang termurah. Saya datang secara konsisten setiap hari tanpa henti (kecuali Sabtu & Ahad) dan hasilnya??? Memang membanggakan walaupun 2 hari pertama Qarissa buat juga perangai *nak orang dgr cakap dia tapi dia tak nak dgr cakap Miss Aimie & Mira, dan bila kehendak dia tidak dipenuhi, she start to throw the chair*, tapi this two young lady really know how to handle my Q dan saya sgt berpuas hati kerana saya sememangnya tidak mahu Q dimanjakan lagi. Cukup..cukup sudahhhhhh.. *sila nyanyi ala-ala lagu tuh...heheh*. Yang menariknya, dan saya rasa itulah sepatutnya yang semua guru lakukan kerana saya juga sudah mengamalkannya dan mungkin ada juga para ibu bapa yang datang Playgroup @ GBOB nampak situasi ini - Walaupun Teacher @ Therapist bertegas dengan murid @ patient ketika kelas atau sesi theraphy dan anak seolah2 menangis memberontak atau tidak puas hati, anak itu masih ingin dan suka serta teruja setiap kali datang kelas @ theraphy. Macam pelik kan? Patutnya secara logik, bila kita bertegas *bukan marah tak tentu hala atau tinggi suara melampau2*, budak tak suka kita dan takmo datang lagi tapi ini sebaliknya yang berlaku.
Melalui situasi ini, dapatlah saya simpulkan yang anak-anak ini sememangnya genius dan mereka tahu bezakan antara tegas untuk membetulkan keadaan atau tegas kerana membenci. Dan ibu bapa sepatutnya belajar teknik ini juga. Jujur saya katakan, mula-mula saya nak aplikasikan teknik ni kat kelas Playgroup, saya takut ibu bapa salah anggap yang saya ni garang atau nak marah anak mereka, tapi selepas itu, saya set minda dan set hati, saya katakan, saya dah aplikasikan teknik ni pada Qarissa dan ia berjaya, dan kini saya nak buat untuk student saya pula, saya buat ini untuk kebaikan anak-anak syurga saya dan saya nak buktikan pada parents yang saya boleh buat dan mereka sendiri akan nampak bagaimana anak mereka "hormat" dengan figura seorang Guru dan bukan kerana takut. Dan walaupun selepas ditegur dengan tegas, mereka masih sukakan saya dan tidak jemu-jemu datang setiap minggu. Alhamdulillah...saya berjaya melakukannya. Dan saya rasa anak saya begitu juga. Walaupun pada permulaannya, Qarissa memberontak, tapi dia ingin datang setiap hari! Dr Norizan juga agak impress dengan perubahan Qarissa kerana graf perubahannya meningkat dengan agak cepat. Itulah hasilnya kalau kita konsisten dan datang setiap hari. Saya memang percaya perkara yang satu ini. Buat theraphy setiap hari, sambung buat sendiri di rumah bila saja berkesempatan dan hasilnya pasti EXCELLENT!
Tetapi, bila bercakap tentang wang yang harus dilaburkan, saya faham tidak semua ibu bapa mampu. Nak hantar ke swasta, paling murah dalam RM 80-RM 150 sejam untuk satu sessi Therapi. Kalau nak pergi Hospital kerajaan RM 20 sekali sessi tapi nak dapat appnt sgt susah. Dapat datang sebulan 2x tuh memang dah cukup baik dah! Kadang-kadang sebulan sekali. Bila saya fikirkan nasib anak-anak yang ibu bapanya ada kekangan kewangan, saya rasa kasihan, dan saya secara peribadi merasakan keluarga yang berada dalam graf "medium income" *macam saya lah tuh* yang paling tersepit dalam hal ini. Apa tidaknya, nak pergi hospital kerajaan kena tunggu lama sangat dan tak boleh buat selalu. Kalau RM 20 sekali sessi, kita mampulah nak bayar kalau datang setiap hari, bolehlah juga tepikan RM 400 sebulan utk Theraphy anak syurga kita tapi kalau nak htr ke swasta dan ingin datang konsisten setiap hari, mau puasa selang sehari dan berbuka dengan Maggi Mee je satu family kita! Rehab Centre di Hospital Kerajaan pula dah tentulah tak boleh buat Theraphy setiap hari sebab ada ramai patient dan ada keluarga yang kurang mampu untuk ke swasta, mereka harus ke Hospital Kerajaan, kadang-kadang RM 20 sekali Sessi pun mungkin ada yang rasa berat *isu wang sangat sensitif untuk dibicarakan*. Tapi kalau datang sebulan sekali atau 2x maksimum dalam sebulan, berapa lama masa untuk kita lihat perubahan anak kita sedangkan masa kita semakin suntuk? Itu belum masuk lagi kes-kes yang severe dan perlukan perhatian yang sangat khusus macam anak-anak Autism yang agak severe, anak-anak ADHD, Global Developmental Delay, ASD, Speech Delay dan macam-macam lagi labelnya. Sudah tentu masa yang perlu diperuntukkan untuk membantu anak ini lebih lama lagi. Hmmm..serba salah dibuatnya kan .. Baru fikir dah pening .. belum nak harung lagi tuh! Dan.. untuk tidak memeningkan kepala anda dalam hal kewangan anak syurga ini, UNDI lah saya di PRU 13 akan datang sebagai Menteri Wanita anda ... wkakaka *apa yang ko merepek nih Watie ... hehehhe*. Nantilah, Insya Allah kalau saya FREE, saya kupas sikit pasal isu ini dan mungkin boleh juga di bawa ke tengah kan. Manalah tahu terbuka hati Kerajaan Malaysia nak bagi lebih banyak penyelesaian dan pilihan pada ibu bapa yang berada dalam kumpulan medium income ini. :)
Berbalik pada cerita Qarissa, selain dari ke Urban Eethos, saya juga mengambil kesempatan cuti sekolah 2 minggu pada akhir bulan Mei yang lalu dengan mendaftarkannya ke kelas renang di Pusat Akuatik Shah Alam di bawah kelolaan syarikat Ombak. My first intention hantar Q ke kelas renang adalah BUKAN untuk Q pandai berenang *pelik eh...htr anak kelas renang tapi bukan tujuan utama nak bg dia berenang..mengong mak Q nih.hheheh*, tapi lebih kepada melatih her LISTENING SKILL supaya Q boleh mendengar arahan orang lain dengan lebih baik, lebih fokus, berdikari, yakin diri dan seterusnya lebih berdisplin. Dan saya lihat kelas renang ini adalah salah satu cara terbaik buat masa ini kerana Q memang suka berenang! Tetapi, againnnn..dia suka ikut kepala sendiri, berenang kat mana dia nak, tidak mahu dengar arahan orang lain dan Q juga kurang terdedah kepada persekitaran yang memerlukan dia mendengar arahan orang lain dan mengikut arahan dalam kumpulan kecil. Jadi, saya tetapkan matlamat untuk Q polish her listening skill dahulu. Pandai berenang itu saya tak risau, kerana saya tahu, eventually Q akan pandai berenang juga nanti. Ia matlamat yang terakhir tetapi perjalanan menuju matlamat itu yang lebih penting buat saya. Dua hari pertama di kelas renang, Q boleh bangun dari duduknya ditepi kolam sambil menangis dan berlari ke kolam kecil. Hahhaa. Kelakar bila ingat balik. Kasihan sekali anak syurga itu mendapat ibu yang berasal dari Taliban. Kikiki.. saya angkat dia dan letak balik depan Coach dan pastikan dia ikut arahan! Dalam masa yang sama, di mana-mana sahaja kami pergi dan dalam apa jua keadaan, saya sering bercerita bagaimana seronoknya kelas renang tetapi dia harus mendengar arahan Coach. Alhamdulillah, hanya 2 hari sahaja yang Q perlukan untuk membiasakan dirinya walaupun terpaksa, dan sebagai reward, habis jer kelas, saya akan menunggu Q berjimba di dalam kolam kecil. Apa yang saya perhatikan, dalam kebanyakan situasi, Q adalah anak jenis "Observer". Q sangat suka memerhatikan apa org lain buat dan kemudian, apa yang dia lihat itu, dia akan tiru semula apabila dia berseorangan. Seperti cth berenang ini, setiap kali habis kelas, Q akan berlatih sendiri di kolam kecil apa yang telah diajarkan Coach nya. Senang hati saya melihat Q berlatih sendirian kerana saya tahu anak saya sangat enjoy dengan apa yang dilaluinya kini. *ketika artikel ini ditulis, Q sudah hampir 2 minggu memakai baju swimming Doranya setiap hari sampai tertidur, menunjukkan yang dia sangat rindukan kelas swimming tapi sebab puasa, Pusat Akuatik ditutup sebulan!. Kesian anak saya, mandi dalam bath tub jer tapi tak puas!*
Berlatih sendiri selepas habis kelas
Semangat kan pakai cap sampai dalam keta! Hehe
Video yang sempat saya rakamkan ketika kelas Qarissa @ Pusat Akuatik.
Alhamdulillah, selepas dua minggu berlalu, saya meneruskan kelas renang Qarissa selepas melihat yang Qarissa menunjukkan peningkatan positif terhadap arahan-arahan yang diberikan Coach dan juga arahan-arahan yang saya berikan dirumah. Dan kini, selepas hampir 2 bulan menyertai kelas renang, Q sudah boleh berenang ke tepi dinding, menyelam ke lantai dan mengambil barang yang diminta guru serta berenang dengan jarak dekat. Jangan tak tahu, satu ketika dulu, nak cuci rambut Q pun susah tau! Sekarang dah agak senang. Dulu nak suruh dia menyelam masuk dalam air? Jangan harap, dia akan berenang ala-ala Diva jer ..takmo basah rambut nanti ramos hilang kekdahnya! Tapi sekarang? Itulah yang paling dia suka lakukan! Dulu nak suruh pakai Goggle dan Swimming Cap sikit punya seksa, tapi sekarang tak swimming pun nak pakai Goggle ngan swimming kat rumah, nak hilangkan gian bercuti lama sangat kot! Hehhe.. Syukur alhamdulillah, saya sangat gembira dan yakin telah membuat keputusan yang tepat untuk memastikan Qarissa mendapat yang terbaik.
Enjoying her "me" time after class
Dengan rakan baiknya yang join skali - Khayra yang juga anak genius saya di GBOB, Mommynya my best friend saya, pemilik butik Adrinis.
Yaya tumpang sekaki, peneman saya yang setia. Next year dia pulak join!
Dan, sekali lagi saya membuat satu keputusan yang besar dalam hidup saya dan suami, yang melibatkan bukan hanya wang tetapi juga minyak, masa dan tenaga yang lebih. Setelah berbincang dengan hubby tentang pro & kontranya, kami berdua mengambil keputusan untuk memasukkan Qarissa ke EIP- Early Intervention Programme di WQ Parksecara Intensif selama 5 hari setiap minggu. Saya tidak jadi untuk mengambil Program Intensif di Urban Eethos kerana kekangan masa dan jadual yang tidak begitu flexible, tetapi masih datang seminggu sekali atau 2 kali sahaja, lagipun kami telah membuat keputusan untuk fokus di satu tempat yang semuanya ada untuk Qarissa- Doktor, OT, ST dan Teacher2 yang berpengalaman dan bertauliah untuk melatih Q menjadi lebih becok dan meningkatkan skill motor halusnya. Saya membandingkan harga yang perlu saya bayar di Urban Eethos + Kindy @ Nuh's Ark, jumlah nya lebih kurang RM 1900 sebulan. Sejam di Urban Eethos dan 4 jam di Nuh's Ark. Jika di WQ Park, Q akan menghabiskan masa selama 3 jam setiap hari di samping Doktor, Therapist dan Guru-Guru yang pakar dalam bidang masing-masing dan bayaran bulannya RM 2170, lebih RM 270 tetapi saya rasa ia berbaloi. Dan saya juga tidaklah terkejar-kejar ke 2 tempat dalam satu hari yang sudah pasti memenatkan. Walaupun sedih kerana Q banyak juga belajar di Kindynya, saya berbincang dengan Prinsipal Qarissa untuk cutikan Q dari Nuh's Ark selama 6 bulan hingga 1 tahun supaya saya dapat fokus di EIP @ WQ Park ini dan Q mula bersekolah pada 15 June 2012 yang lalu. Saya tidak nafikan, bil bulanannya sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa yang mendengar senak perut, apatah lagi yang membayarnya, lebih-lebih lagi kita ini adalah golongan "medium income", tetapi demi melihat Qarissa menjadi lebih baik dengan lebih cepat, saya buat keputusan ini. Penat tak payah ceritalah kan..setiap hari travel dari Klang - Setia Alam- Kelana Jaya- Setia Alam - Shah Alam - Klang membuatkan saya lelah kadang-kadang! Salah satu sebab kecil yang menyebabkan blog ni bersawang adalah kesibukan saya menjadi Driver pada anak-anak lah- membawa ke sekolah, ke terapi dan ke swimming class. Jadual memang sangat padat on weekdays and weekends tapi saya sangat happy. Ia masa berkualiti antara saya dengan anak-anak dan melihat perkembangan Q dan Zayra setiap hari adalah satu moment yang indah! Saya seharusnya bersyukur kerana dapat melihatnya berlaku di depan mata. Ada ramai ibu bapa yang tidak dapat melihat banyak "perkara pertama" yang berlaku dalam hidup anak masing-masing lantaran kesibukan dan tuntutan kerja, jadi saya seharusnya lebih bersyukur. :)
Qarissa dengan Teacher Wani kesayangannya. Bergambar selepas balik dr Kidzania!
Happy betul dapat Butterfly kat muka okeh! Dapat naik bas besarrrrrr! Impian Q tercapai setelah beberapa hari asyik cakap, "Kakak nak naik BIG BUS!". Sekali dorang gi Kidzania naik Bas Persiaran! Kelas ko Maria!
Perkembangan Qarissa selama sebulan setengah di WQ Park juga sangat baik. Bolehlah saya katakan, pendidikan, terapi, kemudahan, tenaga pengajar dan semua yang disediakan disana setaraf dengan harganya. Private katakan, dan yang join tuh plak, kebanyakan anak orang berada dan expat pun boleh tahan ramai. Saya ni rajin berborak, jadi bila menunggu Qarissa habis kelas, sempatlah saya borak2 degan parents yang ada. Setakat ni, saya dah jumpa 2 parents yang htr anak di sini, yang berasal dari Maldives! Ibunya sanggup berhenti kerja dan datang ke Msia untuk htr anak ke sini, dan bapanya sekarang ambil cuti kerja untuk bantu isteri dan tengok perkembangan anaknya juga. Jangan tanya saya mana dorang korek duit bayar bil, sebab sampai skang saya masih tertanya-tanya juga. Bapa anak comel itu kata, dari segi pertukaran wang Msia dan Maldives, kos menghantar anak mereka ke WQ Park ini agak mahal juga, tapi saya taklah kepoh sampai tanya mana dorang dapat duit nak bayar bil tiap2 bulan. Hahahaha..
Sambutan hari lahir yang ke 4 di sambut dengan rakan-rakan. Q masih malu-malu sebab baru sangat join masa nih, dah sambut Birthday! Tapi semua cikgu-cikgu Q sangat sporting okay..Siap prepare hiasan-hiasan comey lagi dalam kelas. So sweet! Q tak pakai baju skolah sebab lepas balik terus gi holiday. Kekeke.. kes Mommy malas!
Dan, saya seronok sebab dari mula saya masuk, mereka melayan saya dan Qarissa dengan sangat baik sekali, they really take care and concern about Q's development, nak-nak dapat mak Q yang kepoh asyik tanya apa perkembangan anaknya setiap hari, jadi mereka memang kenal saya. Yang lebih menarik, mereka tidak tahu saya siapa, maksud saya, mereka tidak tahu saya ada ECE Centre sendiri dan tahu serba sedikit tentang ECE ini sehinggalah baru-baru ini saya terkantoi sebab Speech Therapist Q nampak saya melepak di dalam bangunan *selalu saya lepak kat Kafe sambil makan dan buat kerja, tapi skang kan puasa, jadi Kafe tutup, saya lepak kat dalam* dan bertanya saya tak kerja ker? Bila saya kata, saya kerja weekend jer ..dia pun tanya lagi, kerja apa dan sebagainya, saya pun bgtau lah saya kerja apa dan barulah mereka tahu saya pemilik Genius Baby On Board. Kecik betul dunia nih, rakan pada Speech Therapist Q tuh memang kenal dan tahu mengenai GBOB. :) Dan lepas tuh, we all selalulah borak2 pasal ECE. Hehehe...saya harap dan yakin they will help me to help Q walaupun selepas mereka tahu saya owner GBOB. Saya mahu mereka membantu Q sama macam student-student yang lain kerana saya percaya, mereka lebih pakar dari saya dalam hal-hal yang melibatkan fine motor skills, speech dan behaviour ini dan saya perlu banyak belajar cara membantu Q dirumah dan Alhamdulillah, setakat ini saya puas hati dengan apa yang telah mereka lakukan tehadap Qarissa. Ada banyak lagi yang boleh diperbaiki untuk meningkatkan skill motor halus dan perkembangan bahasa Qarissa dan mereka sedang mencapai objektif itu. Sudah pasti saya akan sama-sama menggembleng tenaga dengan Guru & Therapist Qarissa untuk memastikan semua objektif dapat dicapai secepat yang boleh. Yang bagusnya saya rasa, dalam hal ini, saya lebih memahami anak saya, memahami apa yang cuba dikongsi dan disampaikan Guru & Therapist Qarissa setiap kali mereka bermain dalam kelas dan sessi terapi with her. They will share with me dan berkongsi idea bagaimana saya boleh melakukannya dirumah dan saya dengan mudah dapat absorb apa yang mereka cuba sampaikan. Senang citer, perumpamaannya - macam ayam cakap ngan ayam lah .. Baru ngam ..kalau ayam cakap ngan kucing agak susahlah sikit dah digest ..hhehe...
Q with friends. Ni suma dah jadi best friend dia lah nih, Asyik lah duk sebut nama kawan hari-hari sampai saya pun dah naik hafal - Han Jae, Prisha & Amir.
Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat memberikan idea dan membantu anda bagaimana untuk mencari jalan keluar dan membantu anak anda selagi boleh. Ingatlah, lebih cepat anda bertindak, lebih cepat anda dapat lihat hasilnya. Orang melihat saya dengan agak pelik dan ada juga ibu bapa di WQ Park bertanya mengapa saya menghantar Q ke EIP sedangkan dia kelihatannya tidak bermasalah langsung. Saya hanya senyum sambil menerangkan serba sedikit mengapa saya hantar anak kesayangan saya ke sana. Seperti yang saya katakan dalam entry sebelum ini, hanya kita, sebagai ibu dan bapa tahu kekurangan dan kelebihan anak kita. Asah lagi kelebihannya dan bantu dia mengatasi kekurangannya, itu yang lebih penting dari sibuk memikirkan mengapa ini terjadi, mengapa kita, mengapa bukan org lain, serta menyalahkan takdir. Kalau saya tidak berfikiran positif, sudah tentu saya rasa frust kerana kalau nak ikutkan usaha saya selama ini, Q sudah dilatih dari bayi sejak usianya 3 bulan lagi sudah saya bawa ke Gymboree untuk membina skill social dan interaksinya, tetapi sehingga umurnya 4 tahun, nampaknya apa yang saya lakukan masih belum mencukupi. Tetapi, saya tidak memandangnya dari sudut negatif, saya memandangnya dari sudut positif, saya rasa inilah satu peluang yang saya dapat, yang Allah SWT berikan secara LIVE *dari studio1* pada saya agar saya belajar, berfikir, menggali ilmu, mengaplikasikan ilmu seterusnya berkongsi dengan orang diluar sana. Jika saya tidak mengalaminya sendiri, bagaimana mungkin saya jadi GURU yang terbaik untuk anak syurga saya di GBOB? Selepas saya melalui pengalaman ini, bayangkan berapa ribu orang yang membaca artikel ini dan mungkin mendapat semangat dan inspirasi kembali untuk melakukan yang terbaik untuk anak masing-masing tanpa rasa lemah dan kecewa? Yer, kondisi yang dialami Qarissa mungkin sangat remeh, beribu orang yang anaknya lebih hebat dari Qarissa tetapi sikap dan cara saya mencari penyelesaian untuk memperbaiki keadaan itulah yang mungkin dapat memberikan inspirasi pada mereka yang membaca, Insya Allah. Semoga Allah SWT semua merahmati kita dan memudahkan urusan kita di dunia dan akhirat dalam membesarkan amanahNYA. :) Amin..
Salam Ramadhan buat semua. Ini adalah entry pertama saya di bulan mulia ini. Ehem-ehem, mentang2 bulan baik, tamak pahala, rajinlah tulis entry kan ..kekekek.. Nak-nak bila saya dah buat BOTOX dan FACELIFT yang HALAL di blog ni. Semangat lah sikit nak berbelog. This blog masih dalam upgrading version, Insya Allah tak lama lagi siaplah sepenuhnya. Thanks to my dearest Jiji, my loyal Designer yang memang dari dulu dah tolong ai buat design, in fact most of the design memang Jiji yang buat. Kalau uols nak dapat super duper santek punya blog, boleh suruh Jiji "cucuk tanam" kat blog uols, and please contact her kat http://bloggarden.triplecolourlife.coma/. Memang berbaloi! :)
Hari Jumaat malam ni, Watie nak kongsi pasal Stimulasi mata bayi baru lahir sampai 1 tahun. Agak seronok bila Watie jumpa orang yang tanya about what I'm doing for a living, dan jawapan standard dengan penuh rasa bangga ialah "I'm an Educator". Then, they will definitely ask me, ajar apa? Dan mulalah beralih dari satu pertanyaan kepada satu pertanyaan dan perbualan yang maha panjang mengenai apa yang saya lakukan, siapa yang saya ajar, centre saya di mana, dan akhirnya, mereka tahu saya adalah pemilik Genius Baby On Board.:) Lepas tu, mereka mesti akan tanya, saya ajar kids umur berapa? dan bila saya kata GBOB buat kelas dari New Born - 4 years, pandangan yang saya terima mesti pelik+suprise! Mereka mesti akan tanya, "Apa yang boleh di ajar pada baby baru lahir?" Hmmm...soalan cepu emas tuh! ..
Dalam Playgroup Level 1 (NB - 6 Months) @ GBOB, kami sgt mementingkan pembangunan @ development kelima-lima deria bayi, jadi setiap minggu stimulasi yg kami lakukan adalah untuk memastikan kelima-lima deria ini berfungsi dengan lebih baik menggunakan alat bantu mengajar atau Apparatus yang khas. Level 1 juga adalah lebih kepada Consultation kepada ibu bapa dari segi bagaimana mahu menghabiskan masa2 berkualiti di rumah dengan bayi apabila mereka bangun tidur. Almaklumlah, kebanyakan masa bayi akan tidur dan masa mereka bangun itu tidak panjang, jadi semestinya Mommy2 semua harus tahu apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja anak bangun. Saya rasa, ibu bapa yang menyertai Playgroup Level 1 @ GBOB pasti setuju dan akhirnya menyedari yang mereka tidak punya banyak masa untuk menstimulasi anak selepas datang kelas Playgroup kami. Ini menyebabkan mereka lebih menghargai moment2 apabila anak bangun tidur dan cepat2 melakukan stimulasi yang di ajar di dalam kelas kepada anak mereka dalam usaha memaksimumkan pembangunan otak bayi masing2. Tapi ia semakin mudah dari hari ke hari kerana mereka TELAH TAHU APA YANG PERLU DIBUAT. Playgroup di Level 1 ini juga bertujuan untuk meredakan rasa khuatir dan risau mereka terutamanya bg mereka yang pertama kali menjadi ibu. Perjumpaan antara ibu bapa dalam sessi Playgroup ini sememangnya terbukti membantu mereka bertukar2 pandangan antara satu sama lain. Perkongsian ilmu yang banyak sememangnya memberikan semangat bukan sahaja pada semua para ibu tetapi juga para bapa yang teruja menjadi Ayah buat pertama kali!. Salute uols!
Ramai juga ibu bapa yang tanya saya mainan apa yang sesuai untuk anak yang baru lahir hingga 1 tahun. Ada byk appratus yang sesuai untuk bayi dan anak anda, dan malam ini, saya nak kongsikan tentang salah satu daripadanya adalah Bubbles. Ada banyak perkara yang anak anda boleh belajar dari Bubbles. Ia bukan hanya menyeronokkan bagi bayi tetapi anda juga. Faedah yang paling nyata apabila menggunakan Bubbles sebagai alat bantu ialah ia menstimulasi mata anak anda dengan maksimum. Anda pasti takut jika saya katakan, sekiranya dalam tempoh 4 bulan - 1 tahun pertama hidup seorang bayi, jika matanya tidak distimulasikan dengan betul, kemungkinan untuk bayi tersebut menjadi BUTA adalah sangat tinggi! Bagaimana Bubbles ini membantu bayi & anak anda? Ia membantu untuk menstimulasikan mata mereka apabila mereka melihat puluhan bubbles di sekitar mereka, di atas, bawah, kiri dan kanan, seterusnya menjadikan anak lebih alert dengan persekitaran mereka. Bukan itu sahaja, ia sgt baik untuk melatih mata bayi dan anak anda untuk mengikuti pergerakan atau lebih dikenali sebagai eye tracking activity. Ini boleh dilakukan dengan cara menghembus @ blow Bubbles yang besar tetapi hanya satu Bubbles pada satu masa dan galakkan anak anda mengikuti arah pergerakan Bubbles tersebut. Bayi anda pasti teruja melihat pergerakan Bubbles, akan leka melihat "Bola Gemok" itu terbang dan tanpa disedarinya, matanya telah dilatih untuk menjadi lebih fokus. Betul tak? Inilah yang saya katakan, "Bermain Sambil Belajar". Dalam apa sahaja permainan, mesti ada tujuan, dan tujuannya mesti dapat membina, mengukuh dan seterusnya meningkatkan kelima-lima deria anak. Permainan ini, jika dibuat selalu, diulang selalu sebagai rutin harian, ia sangat baik untuk deria penglihatan anak menjadi lebih fokus di mana ia dapat membantu mereka apabila mereka beralih ke fasa Toddlers nanti. Nampak mudah tetapi impaknya sgt berbeza kalau kita bandingkan anak yang sering bermain Bubbles dengan yang jarang bermain Bubbles.
Saya sering mendengar luahan hati para ibu, mereka sering mengatakan anak mereka sukar fokus apabila menginjak usia 2 tahun ke atas, bila sudah pandai berlari dan melompat, makin sukar untuk fokus, tapi apabila di soal selidik dan di tanya apa aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan fokus anak, soalan itu selalu tergantung disitu kerana ibu bapa seolah2 "tergujat" dengan soalan saya. :) Ya, saya faham, adalah sgt sukar untuk confront diri sendiri kan? Menyedari dan mengakui kekhilafan diri dalam membesarkan anak2 syurga sehari-hari memang agak sukar jika tiada orang lain yang dapat menyedarkan diri kita ini, sebab itu, dengan niat membantu semata-mata kerana Allah SWT, saya akan mengatakan yang benar walaupun pahit. :) Anda tak perlu risau, kerana apabila anda telah sedar, jalan dan laluan anda akan lebih mudah kerana anda telah membuka pintu hati dan mata hati dah pun celik, jadi apa yang saya nak kongsikan dalam kelas, Insya Allah anda boleh terima dan aplikasikan di rumah. Kalau tak boleh setiap minggu, sekali sekala atau at least di awal2 menyertai kelas Playgroup itu, bawa suami sekali lagi bagus. Biar husband lihat sendiri anaknya dan anak orang. Bukan niat untuk membandingkan, tidak sama sekali, tapi semata-mata untuk membuktikan yang bayi sememangnya genius! Beri peluang pada anak, bantu mereka and you will be suprise! Susah nak gambarkan betapa seronoknya saya melihat muka ayah2 di Level 1 & 2 yang melihat kepintaran anak masing2 yang dapat dicungkil selepas beberapa minggu join kelas. Its priceless tau! Lebih2 lagi bila mereka datang menemani isteri setiap minggu, melihat sendiri dengan mata kepala mereka setiap inci fasa perubahan yang anak lalui, dari menangis takutkan orang, sampailah datang peluk Teacher! :) Sangat mengujakan. Bertuah Mommy2 semua hubby sokong dari belakang, kadang-kadang dari depan juga! Heheheh *hubby join kelas sebab Mommy tak larat ..hhhehehehe*
Melalui Bubbles ini juga, anak anda akan belajar sebab & akibat (cause & effect). Bagaimana? Dengan mencucuk (poke), menepuk (pop), menghembus (blow) atau mungkin juga menggunakan hidung atau anggota badan yang lain semata-mata untuk melihat bagaimana Bubble itu meletup & hilang dari pandangan. Menarik bukan? Kalau anda bernasib baik (rasanya ramai parents di Playgroup GBOB dapat lihat situasi ini), ada sesetengah pelajar yang mempunyai cara sendiri untuk meletupkan Bubbles yang dihembus di wajah mereka. Sungguh kreatif dan membanggakan. Selepas bosan mencucuk, mereka menciumnya dengan mulut dan hidung dan kadangkala lidah! *lepas tu wat muka pelik...heheh*. Bubbles ni sebenarnya boleh dimainkan dari bayi anda kecil sampailah dah besar 5-6 tahun pun, tapi pendekatan dan kaedah yang diguna pakai berbeza mengikut umur. Sebab tuh, kita kena kreatif dalam sesuatu permainan, supaya rasa bosan tak wujud dalam diri anak. Saya tahu, cakap memang senang tapi nak aplikasikan memang tak mudah. Sebab tu lah, kita kena rendahkan diri, selami dunia anak, dan segalanya akan menjadi mudah, Insya Allah.
Mengenai kualiti Bubbles pula, ia adalah sesuatu yang perlu anda titik beratkan. Watie memang particular tentang perkara ni, bukan apa, saya pernah terkena so its a good lesson for me. Saya dulu, masa Q kecil, konon2 nak jimat, saya beli lah 1kg punya Bubbles yg dijual di Hypermarket dan main dalam rumah. Adoilah ..memang padan muka saya! Habis lecak satu rumah, dah kena bersihkan satu hal, lepas bersihkan, lantai pulak jadi licin dah jadi dua hal! Tak pasal-pasal nak kena keluar rumah waktu tengahari sebab taknak umah lecak, kena main outdoor. Adoiiii... memang lepas tuh tobat dah tak nak beli! Bukan tu sahaja, Bubbles solutionnya apabila masuk ke mata, menjadi pedih dan saya risau betul ia masuk ke dalam mata Qarissa. Jadi, sudahnya blow jauh2 .. memang tak best! Nak blow depan muka Qarissa *macam dalam video ni* pun rasa cuak tau! Mau menangis anak aku kang! Tak cukup dgn itu, yang paling berangin, bila kita nak guna lagi seminggu kemudian, solutionnya dah takder buih dan tak jadi dah Bubbles tuh! Iskkkk...Bengang btol. Penuh lagi tau, beli 1kg katakan. Tu ah kedekut na nak beli yg mahal tapi bagus, padan muka aku! Hahhaha.. lepas dari kejadian tuh, memang tobat lah saya, saya tak pandang dah Bubbles lain, saya setia sahaja dengan Bubbles dari Gymboree. :) Kalau anda pernah jumpa Bubbles jenama lain yang ada ciri-ciri di bawah ni tapi lagi murah, boleh ah bgtau saya so saya boleh try. Hehehhe..
Bubbles dari Gymboree nih pada pendapat peribadi saya, adalah Bubbles terbaik yang pernah saya jumpa. Ianya telah dipatenkan, dan kualitinya memang sukar nak jumpa di Bubbles yang lain. Ia boleh dimainkan dalam rumah, ruang tamu anda tidak akan lecak, tidak akan bersepah, dan ada akan terkejut, selepas lama habis main, anda masih boleh nampak belon2 di keliling anda masih tak meletup2 lagi! Lepas tuh, bila anda letupkan, tangan anda tak basah pun! Anda nak blow the bubbles dekat2 ngan muka anak pun tak takut, Kalau bubbles masuk mata sekalipun, anak mungkin agak terkejut sedikit tapi takkan rasa pedih, so tiada tangisan! Yang paling best, ia sangat menjimatkan kerana anda cuma perlu letak selapisan solution sahaja dalam tray khas, dan gunakan wand, tekankan wand dalam tray dan tiup! Beratus-raus Bubbles akan beterbangan di udara! Tak payah tuang banyak2. memang jimat! Akhir sekali, ia juga tahan sangaaaaattttt lamaaaa! Walaupun berbulan-bulan! Tak payah risau Bubblesnya tak jadi jika lama tak pakai, memang takder masalah! Silap-silap boleh tahan 3-4 bulan kalau main setiap hari. :)
Refills
Jika anda berminat nak try this Bubbles, bolehlah dapatkannya di Genius Baby On Board. Anda boleh beli pek permulaan yang terdiri daripada Bubbles Solutions, Wand dan Tray dengan harga RM 39.90 sahaja *excluding courier*. Lepas Bubblesnya habis, anda hanya perlu beli refillsnya sahaja. :) Memang jimat dan menguntungkan walaupun harganya nampak mahal. But believe me, sekali beli, memang rasa sukar nak tukar ke Brand lain, unless dapat cari yang sama kualitinya dan lagi murah. Hehhehee..Selamat berbubbles dengan anak genius anda! Saya sertakan sekali video kenangan saya dan Qarissa bermain Bubbles ketika Qarissa masih kecil. Ohhhh! Kenangan yang sungguh indah bila saya melihat kembali video ini. Sememangnya berblogging adalah perkara hebat yang pernah saya lakukan. Tak payah tunggu tua, 3 tahun lebih pun saya dah rasa syahdu melihat betapa cepatnya masa berlalu. Anak yang dahulu duduk di Bumbo Seat kini sudah berjalan, berlari, melompat malah berayun di palang besi! Memang best bila dapat imbas kembali apa yang berlaku sepanjang kita membesarkan anak-anak syurga ini kan. Hmmmm... saya ada banyak koleksi video dengan Zayra masa kecik yang belum sempat saya kongsikan. Insya Allah, ada rezeki, saya kongsi dengan anda semua yer .. :) Kita tgk Zayra masa kecik bijaknya macam mana .. hehehehe :
Yang paling mahal adalah kakinya yang bergerak2 tuh ..Cam BIG BOSS jer tau!