Sunday, February 13, 2011

Bengkel Stimulasi Di Tunda ke 6 Mac 2011



Makluman Kepada Semua, 

Bengkel stimulasi yang dijadualkan untuk di adakan pada 6 February 2011 telah ditunda ke 6 Mac 2011 berikutan cuti panjang Hari Raya Cina dari 4-6 Feb 2011 yang lalu. Saya hanya sempat membuat pengumuman tentang penundaan tarikh ini di laman Facebook dan menghantar emel kepada peserta-peserta seminar yang lalu dan kepada mereka yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke Bengkel ini. Maafkan saya kerana tidak sempat membuat pengumuman rasmi di laman blog sehinggalah hari ini akibat kesibukan yg terlampau. :) 

Di sini, saya ingin mengumumkan bahawa bengkel stimulasi ini akan diadakan seminggu selepas Seminar (yang dijadualkan berlangsung pada 27 February 2011) iaitu pada 6 Mac 2011 (Ahad)  di pejabat GBOB. Bagi yang berminat untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini, anda bolehlah membuat penempahan tempat  dengan GBOB dengan kadar segera. Tempahan juga dibuka untuk mereka yg telah pun mendaftarkan diri pada Seminar @ 27 Februari 2011 memandangkan anda telah pun menghadiri Seminar sebelum Bengkel di adakan. Tempahan hanya dibuka untuk 10 orang pertama sahaja dan mereka yang membuat bayaran sebelum 18 Februari 2011 akan mendapat Early Bird Price iaitu RM 350 sahaja/pax. Di bawah adalah maklumat yang berkaitan dengan Bengkel Stimulasi yang akan diadakan itu.

*********************************************************** 

Buat pertama kalinya pihak GBOB akan mengadakan satu Bengkel Stimulasi di GBOB pada awal bulan Mac ini. Bengkel ini akan di adakan dari pagi hingga ke petang. Saya sangat menggalakkan para ibu bapa yang pernah datang ke Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak di GBOB untuk menghadiri Bengkel Stimulasi ini kerana ia merupakan pelengkap kepada apa yang telah anda ketahui dan kuasai semasa Sessi Seminar tersebut. Jika di Sessi Seminar, saya menerangkan dengan jelas dan lengkap berkaitan dengan Kepentingan Pendidikan Awal dan kaitannnya dengan pertumbuhan otak bayi, di dalam Bengkel ini pula, kita akan bersama-sama melaksanakannya. Saya akan mengajar para peserta yang hadir BAGAIMANA STIMULASI boleh dilakukan terhadap bayi dan anak anda. Ia akan dipenuhi dengan aktiviti Role Play, dan syarat utamanya - ANDA TIDAK BOLEH MALU! 

Ini kerana sepanjang sessi tersebut, pada kebanyakan waktu, anda akan bermain dengan anak patung yang akan disediakan oleh pihak GBOB dan anak patung itu akan menjadi "anak" anda pada hari tersebut. Saya tidak menggalakan anda membawa bayi dan anak anda pada Sessi Bengkel kerana dikhuatiri mereka akan keletihan & tantrum kerana Bengkel ini dijalankan dari pagi ke petang. Saya kasihankan bayi anda yang mungkin akan penat dan tidak dapat bertahan menunggu ibunya bermain dengan "anak" yang baru:) Melainkan jika ada sesiapa yang boleh menjaga  anak anda di kawasan Kids Zone sepanjang anda menjalani latihan praktikal di dalam Seminar Area, saya tiada masalah mengenainya. Bukan apa, saya tidak mahu anda rasa rugi menghabiskan wang untuk menghadiri Bengkel ini, sudahnya anda terpaksa duduk sahaja dan tengok tanpa dapat melakukan praktikal kerana melayani kerenah anak. :) 


Di dalam Bengkel Stimulasi ini juga, saya tidak akan menerangkan kembali apa yang telah diterangkan semasa Sessi Seminar dahulu. Saya hanya akan fokus kepada Stimulasi dan kepentingannya serta cara-cara anda boleh menstimulasi otak bayi anda. Its all about HOW, HOW & HOW. Kerana itulah, sangat penting untuk anda menghadiri Seminar ECE dahulu supaya tiada lagi tanda tanya dan persoalan tentang ECE. Apabila anda sudah jelas dan mengerti konsep ini, Insya Allah anda akan melalui sessi Bengkel Stimulasi ini dengan rasa yang gembira dan fikiran yang terbuka. 

Apakah yang anda akan pelajari semasa Sessi Bengkel ini nanti?
  • Pengenalan Stimulasi 
  • Persekitaran Stimulasi 
  • Kepentingan Stimulasi
  • Motor Kasar dan Motor Halus
  • Aktiviti - aktiviti Stimulasi Visual - 9 + 10 Aktiviti akan di ajar serta dilakukan bersama. 
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Pendengaran - 6 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Stimulasi Sentuhan - 5 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Aktiviti-aktiviti Fizikal - 11 Aktiviti  akan di ajar serta dilakukan bersama.
  • Stimulasi Untuk Menggalakkan Anak Membaca 
  • Baby Signing - What Is It?
  • Kebaikan & Faedah Baby Signing 
  • 20 ASL of Baby Signing akan di ajar. 
Selain dari perkara-perkara di atas, anda juga akan menerima:
  • Kit Permulaan Stimulasi - mengandungi beberapa alat bantu stimulasi yang boleh anda gunakan dengan bayi dan anak anda.Simple tapi berkesan. Anda pasti teruja!
  • CD yang mengandungi :
    • Kesemua aktiviti yang diterangkan di dalam Bengkel malah lebih lagi. Mungkin di dalam Bengkel, anda diperkenalkan dengan satu aktiviti tetapi terdapat beberapa aktiviti yang mempunyai tujuan yang sama. Jadi, kami berikan semuanya untuk anda jadi material dan bahan latihan anda akan bertambah. 
    • Kad Visual Stimulasi yang boleh anda cetak dan gunakan serta merta. 
    • Lagu-lagu serta ryhme yang digunakan di dalam Bengkel akan di compilekan di dalam satu folder, jadi mudah untuk anda  berlatih dan menghafalnya di rumah. kebanyakannya adalah ryhme yang saya nyanyikan sendiri :) 
    • Video Aktiviti Stimulasi yang saya rakamkan sejak Qarissa kecil, dan ada juga video dari luar negara. Ada di antara Video ini saya kongsikan di laman blog dan ada juga yang tidak. 
    • Video 20 Baby Sign yang telah di compilekan dalam satu folder untuk anda berlatih menggunakan bersama anak kesayangan anda. 
  • Sijil Kehadiran dari Genius Baby On Board. 
Siapa yang patut hadir? 
  1. Ibu @ Bapa yang mempunyai anak seawal 0-4 tahun . Aktiviti yang saya lakukan di dalam Bengkel ini boleh diguna dan dipraktikkan sehingga anak anda bersusia 4 tahun, dan jika mereka menyukainya, anda boleh gunakannya sampai bila-bila! 
  2. Pengusaha Taska, Nursery & Tadika. - Boleh menghantar pekerja anda untuk menghadiri Bengkel ini agar mereka dapat memberikan stimulasi terbaik kepada bayi dan kanak-kanak dalam jagaan mereka. Ia dapat memberikan nilai tambah untuk Taska @ Tadika yang anda kelolakan. 
  3. Ibu mengandung yang ingin menyiapkan diri dengan memberikan stimulasi maksimum sebaik sahaja anak tersayang dilahirkan. 
  4. Sesiapa sahaja yang berminat untuk menambah ilmu dalam bidang ECE dan Teknik Stimulasi ini. 
Maklumat tentang Bengkel ini:

Tarikh: 6 Mac 2011 (AHAD)
Masa: 10 am - 6 pm 
Tajuk: Bengkel Stimulasi:- Bagaimana Meningkatkan Kepintaran Bayi &Anak 
(Semua Peserta akan diberikan Stimulation Kit, dokumen & material serta VCD berkaitan aktiviti yg dilakukan pada hari tersebut)

Max Participants: 10 orang sahaja.
 (first come first serve basis-with full payment)
Bayaran: RM 399 / Pax ( Early Birds before 18 Feb 2011 cuma RM 350 sahaja)

* Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang akan disediakan. 

Bagi yang berminat untuk menghadiri sessi Bengkel ini, bolehlah menempah tempat dengan menghubungi saya di talian di bawah atau emelkan kepada geniusbabyonboard@gmail.com supaya saya boleh mengemelkan anda borang untuk di isi. Untuk pembayaran pula, anda boleh memasukkan yuran pendaftaran ke dalam akaun yng diberikan di bawah. 

Nama: Genius Baby Resources
CIMB: 1290 000 1364 059
MAYBANK: 5628 4310 1387


post signature


post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading