Contest nih aku tau dr blog Anis. Anis join this contest. Aku tgk tajuk cam menarik giler. Aku terus lah masuk ke blog Ibu Rikazz dan terus tinggal msg bgtau nak join. Semangat giler hokay..Aku tak tgk pun hadiah apa yg bakal dimenangi. Yang penting masuk dulu. Hadiah belakang kira! Hahahah...Aku terus wat entry nih sebab skang aku ada kat my SOHO Opis. Kat PC ni banyak gambar time raya & pakai baju sedondon. Kat Lappy aku kurang sket gambar, so aku dengan segeranya menulis entry menggunakan PC instead of Lappy & semangat kumpulkan semua gambar me & hubby yg sedondon! Hehhehe..Hoverrr giler koo.....
As usual, kat dalam syarat takder dinyatakan berapa keping gambar leh masukkan, jadi aku dengan bangganya nak menayang kat korang semua betapa "SEDONDON BUAH KEDONDONGNYA" aku & hubby setiap kali ada acara yang kami sekeluarga raikan. Aku ni kira bertuah juga sebab my hubby yang semangat suka pakai baju sedondon setiap kali ada function keluarga. Ada juga aku perasan sesetengah suami tak suka pakai baju sesama color, konon malulah, nampak ngada-ngadalah & bg alasan2 yg tak munasabah (tapi time bercinta boleh plak pakai baju sesama, geli jerr..wakakkaka), tapi aku personally rasa its very good that as a family, kita pakai baju sedondon bila ada function. Selain dari menggambarkan yang keluarga kita bersatu hati & bahagia, aku yakin otak kita akan mengeluarkan satu cecair yg dinamakan "endorfin" yang menyebabkan kita rasa gembira selalu. Hehhehe.. Dah masuk kelas biologi lah plak..Wakakak.. But frankly cakap, aku suka sgt tgk family sedondon bila ada function coz nampak sehati sejiwa, bahagia & seri muka terpancar di wajah masing-masing. Alhamdulillah, kami sekeluarga memakai pakaian sedondon dengan hati terbuka dan rela tanpa ada paksaan mana-mana pihak samada dari aku sendiri @ Saiful. Both of us is very happy to be sedondon all the time..:)
Ada jugak kawan-kawan blog tegur pasal "kesedondonan" kami sekeluarga dan aku dengan gembiranya bgtau its a tradition in our family. Kalau tak percaya @ ingat aku reka-reka cerita, meh kita tgk gambar-gambar kat bawah ni berserta penerangannya sekali! Hahhaa..Jgn terkejut...bertahun aku simpan gambar ni dalam PC tau .. penat aku korek & gali! Hhehehe..Bukan setakat time raya jer sedondon, time tak raya pun sama jer..Wakakaka.. Meh kita TERJAHH...!! Aku susun siap ikut kronologi lagi tau! Ikut tarikh gambar di ambil. Best gak kan? Boleh mengimbau kenangan lama & tengok perubahan muka aku dr anak dara, sampai tunangan orang, isteri orang dan akhirnya mak orang!! Hahahha
Time ni Asiah one of my UTM best friend- Asiah kahwin. Date dia 19/12/2004. Lama dah kan? Aku masa ni mas GF Saiful. Menunggu hari pertunangan on 28/12/2004. Hehhehe. Dah start nak pakai sedondon. Walaupun dia takder baju melayu hijau, kemeja hijau pun jadilah, janji sama warna. Hehehhee..
Time ni, me & Saiful nak ke majlis kahwin kawan UTM- Bahiyah. Di ambil pada 30/1/2005. Masa ni we all dah bertunang. Kemeja hijau gak, nak samakan dengan kebaya hijau aku. Tgklah rambut laki mak cam mat rempit noks. Wakkak.Dia teringin nak color rambut. Aku layankan jer. Hahahha
Ni adalah semasa majlis perkahwinan best friend a.k.a room mate aku @ UTM dulu- Raja Intan. Dia kahwin selang seminggu pas majlis sanding aku. Kira inai kat jari aku pun masih merah lagi. Hehheehe. Tarikh dia 3/12/2005. Tema kali ni, hijau pucuk pisang. Kalau korang perasan, baju yg aku pakai nih sama cam kat atas, cuma Saiful jer pakai baju lawa sket, batik warna sedondon.
Ni pulak di ambil pada 5/2/2006 masa best friend aku @ UTM-Basyeer kawin. Aku masa ni dah jadi isteri Saiful. Dan tema untuk kali ni adalah beach kecoklatan. Baju yg aku pakai tuh adalah baju nikah aku. Dan Saiful pakai baju kemeja ala-ala Ketua Pemuda PKR tak jadi. Wakakkaa...
Ni pulak, raya pertama aku sebagai isteri orang. Di ambil pada 24/10/2006. Kalau korang perasan, baju ni adalah baju yg sama aku pakai masa kahwin Asiah tahun 2004. Bangga weh, dah 2 tahun, masih leh pakai baju yg sama. Hehehhe. Bukan kitaorang jer sedondon tau! Dengan arwah mak mertua aku sekali join kesedondonan we all. Masa ni lum ada baby. Manja kan aku posing ngan Mama! Sayu aku tgk gambar nih, rindu kat arwah Mama . Tahun ni 1st time we all raya tanpa Mama di sisi. Mesti sedih. Raya dah tak sama lagi macam dulu. :(
Ni pula, Raya Haji 2006. Di ambil pada 31/12/2006. Tema kali ni, maroon. Time ni pun belum ada anak lagi. So aku berdua jer ngan hubby tersayang..
Bukan we all jer sedondon tau! Dengan Mak, Abah & adik aku Irfan pun join sama sedondon masa Raya Haji tu. Sehati sejiwa katakan. Sila abaikan anak buah aku danish yg masih bayi dan tak ikut warna tema tu kay. Dia memang nak overshadow we all sekeluarga, sebab tuh mak dia sengaja takmo ikut tema! Wakakaka..
Ni pula adalah hari bersejarah Qarissa. Majlis Cukur Jambul yg diadakan pada 30/8/2008. Umur dia time nih 2 bulan 4 hari. Me & Saiful pakai baju maroon gelap. Qarissa is too small untuk we all belikan baju kurung. Lagipun, dia kena jadi Princess hari tuh, jadi memang WAJIB pakai baju princess untuk menyerlahkan "kejelitaan" anak kesayangan kami tuh. Hahaha.
Gambar ni pula adalah hari bersejarah di mana kami sekeluarga buat pertama kalinya menyambut dengan "orang baru". Tarikh gambar di ambil adalah pada 1/10/2008 - Hari Raya Pertama. Tema kali ni adalah warna oren. masa ni Qarissa baru berusia 3 bulan. Memang tak dapat buatkan dia baju kurung sebab dia kecik sangat. Tapi, aku tetap sedondonkan dia dengan membelikan dress yang bewarna oren! Memang rabak duit time raya tahun lepas sebab banyak berhabis untuk baju Qarissa! Excited terlebey sudaaa...
Ha! Korang jgn tak tahu! We all sedondon bukan Hari Raya Pertama jer tau! Hari Raya Kedua pun tetap sedondon! Selagi ada baju yang sama color, belasah aja! Hahhaa. Masa ni kat Melaka, tengah melawat saudara-mara sempena Hari Raya. Tarikh gambar di ambil adalah pada 2/10/2008. Tema Hari Raya Kedua - Lilac Purple. Dengan Qarissa pun pakai Purple gak. Stokin pun purple hokay...Hehhhee
Yer, memang hover kami sekeluarga! Bukan Raya Kedua jer, raya ke 4 pun masih nak sedondon! Wakakakak! Masa ni we all dah sampai ke Singapore. Raya belah family aku pulak. Tarikh gambar di ambil - 4/10/2008. Tema kali ni hitam putih. Aku tak pernah ada baju raya color hitam, ni kira 1st time lah ni. Qarissa pulak, pakai warna putih, lambang anak yg suci murni kononnya...mana ada dress hitam daa...Hahahah.Kalau ada pun aku takmo beli. Huduh!
Ni pula masa B'day Qarissa yang PERTAMA! Tarikh gambar di ambil adalah pada 27/6/2009. Tema malam tuh, hitam putih. Aku pakai dress hitam, Saiful pulak pakai kemaja hitam putih. Q pun pakai dress hitam yang ada lace putih+silver. Sedondonlah sangatttt kononnya ..Hehhehe...
Time ni pulak, we all pergi majlis kawin my ex-staff kat Keramat-Alang & Shikin pada 5/7/2009 yang lalu. Temanya hitam putih jugak. Aku pakai kemaja hitam dan hubby pakai kemeja putih hitam. Ni kemeja favourite dia sebab dia kataa selesa gilosss dan sejukk....
Ni pula adalah gambar TERBARU kami sekeluarga mendondonkan diri masing-masing. Tema kali ni adalah warna coklat gelap sempena Majlis Perkahwinan adik bongsu Saiful pada 8/8/2009 yang lalu. Baju ini jugalah yang akan kami pakai pada Hari Raya nanti. Untuk Qarissa, ni adalah baju kurung dia yang KEDUA. Nampak comey giler sebab dia dah pandai jalan. So lah chumel bila terkedek-kedek dengan baju kurung dia yg sedondon with Mummy & Daddy. Kain amik Daddy punya, Lace amik Mummy punya!! Hehhehe..
Dan, dalam banyak-banyak gambar yang aku tayang dalam ni, gambar kat bawah ni adalah YANG PALING SPECIAL sekali. Sebabnya??? Inilah kali PERTAMA Qarissa memakai baju kurung dalam hidupnya! Aku teruja giler hokayyy!! Tambahan lagi, dalam banyak-banyak baju, inilah baju PALING SEDONDON SEHATI SEJIWA TAK HENGAT PUNYA (jimat kos pun ya ..wakakaka...). Tak caya meh tengok.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Gambar ni di ambil pada 8/12/2008 sempena Hari Raya Haji 2008. Tema dia adalah purple. Aku telah mengkreatifkan diri dengan membeli 2 set kain yang sama, satu set buat baju aku, dan satu set lagi buat kemeja Saiful (2 meter) & baju kurung Qarissa (2 meter). Bijak kan!! Hhehehe..
Design pun aku suruh Taylor buat sama macam kemeja Saiful. Corak kain ni abstrak, aku suka sangat. Bosan jugak kalau asyik bunga-bunga jer. Baju aku tuh design nampak macam kebaya, tapi sebenarnya baju kurung, aku suruh Taylor rapatkan corak dia dan jahit kat tengah, pastu letak beading. Lepas siap, nampak mahal tau! Padahal, bukan mahal sangat pun kain ni. Hehehhe.. Murah gilos...
Qarissa punya set baju kurung sebijik macam kain aku, Saiful punya kemeja pulak, sebijik macam bahagian atas baju kurung aku! Hehehhe..Memang bermakna Raya Haji 2008 sebab inilah kali terakhir kami menyambutnya dengan arwah Mama. Sempatlah Oni Qarissa tengok cucu dia bergaya dengan baju kurung. Sayunya rasa hati. Hu hu....
Untuk tahun nih, TEMA kami sekeluarga adalah COKLAT GELAP, iaitu baju yang dipakai masa Majlis Perkahwinan adik bongsu Saiful baru-baru ni. Ekonomi meleset, so we all tak mau membazir beli baju baru sedangkan baju tuh, baru sekali di pakai. Tapi dalam-dalam nak berjimat tuh, ada 10 set baju+ seluar yang sedang menunggu untuk aku pakai time raya nanti! Wakakaka.. Baju yg aku beli kat Bandung lah, apa lagi kan. Tak sabar nak sarung wei .. dah ada anak nih, aku rasa leceh ah pakai baju kurung, nak kena kejar si kenit ni keliling kampung kang. Wakakaka.. pakai seluar senang sikit kot. Hhehehehe..
Hmmm...apa lagi? Korang tak jeles ker tgk kedondonan aku & family nih? Hhahha.., kalau jeles, mehlah masuk sekali join, tayang baju korang sket! Hahha..saja kasik bakar kawan2 blogger aku suh masuk gak contest ni ..!!! Meh klik sini sapa nak masuk contest ni hokay...
Klik Jgn Tak Klik!!
Sedondon Buah Kedondong,
18 comments:
Amboi watie "mood contest" ada mariii kaaaa...he he he.
Cantek lah baju2 semua...plg suke tgk yg kaler dark purple dan baju raya tahun nie coklat tu....nice :)
Gud luck kay dear!
ni baru betul meroyan nak bercontest ni...tapi memang betul la kan...dah ada anak yang baru dapat kaki ni,,memang seluar lah pilihan utama...kalau pakai kain...mau koyak rabak nanti...ekeke gud luck ek tuk contest tu
Wah weee... soo sedondon. i like the purple one. Huhuhuuu Good luck dear!!
wah watie memang meriah, good luck ya :)
amboii.. mmg sedondon sakan..
gud luckss :)
Intan, hahahah,,tu lah pasal, hujung minggu takder kerja aku meroyan wat contest .. tapi seronok gak sebab dapat menginbas nostalgia lama, kalau tak wat cam nih, ntah bila lah gambar lama2 tu akan disatukan di bawah satu tema yerk?? hehehhe...
tq dear... i pun suka both baju, cuma yg coklat tuh dia lace, jadi sukalah sgt tercarik-carik, tuh yg leceh sebab kita kan dukung anak, anak lasak habis rosak baju. Baju tuh plak adik ipar i beli kat Bandung masa dia pergi last year ..satu family pakai kain yg sama jenis ...
Haiza, tu lah pasal Haiza, i rasa seluar senang la kita nak gerak, nanti anak dah besar sket baru beralih pada baju kurung balik.. hhahahaa...tq so much dear ..
Momma Mia, hehehhe.. i pun sukaa yg purple akhir tuh, i suh Ibu Rikazz pilih either one of the 3 pictures.. hehehe...
Mummy Alisha, tq dear ..mehlah masuk.. memeriahkan majlis...hehehe
Alycia, hahahhaa..sakan lah sangattt... hover yerk aku nih! wakakaka.. tq so much dear ..
rajin gile ko masuk contest skang..n banyaknye baju sedondon...hahaa aku time raya jela mmg sedondon..time2 lain tgk mood!
Amboi......banyaknyer baju yang sedondon....baby baru sorang, memang syok...jadi macam akak, dah tak larat nak berdondon dah....
mak aiii...sedondon tak hengat....kalo byk kategori, abis ler ko sapu nnti....hahaha
all the best. bb in pink contest ko dah join? Q dah ade pakai sweater pink tu...
Farah, hahahha..tu lah pasal., kalau ada any official function jer, mesti automaik nak pakai baju sama @ hampir sama color.dr dulu lagik .. tapi kalau biasa2 jer on daily life .. takder la sama..hehehe...
kengkadang kalau hubby aku beli T-shirt ker kan, dia ajak aku beli sebijik cam dia, tapi size kecik... senang nak pakai kalau ada apa2 related function dia kata..hehee
mama fieza, hahahha.. kalau anak aramai, kena beli kain pakai kodi gamaknya .. wakakkaa..memang btol, anak sorang larat lagik, kalau dah ramai, nak nak dah besar, semua ada taste sendiri, memang susah sket .. mesti takmo sama ngan mak ayah ..konon2 nak sendiri punya pilihan ..wakakakak..
Naimah, hahahaa..sapulah sgt ..saja jer aku suka2 join ..dah takder kerja dah tu namanya ..
baby in pink tuh lum sempat masuk lagik...tak tahu dah tutup ker belum ntahnya .. hehehe..kena cek ..kalau sempatr ..harus aku join gak lagi tuh ..wkakakakkaka
vah vah vah!byknyee baju sedondon korang yee...ni konpem menang ni..sume sedondon.kekeke!mau juling bijik mata ibu rikazz nk memilih ni.hehe.slamat berjaya taww.. :)
anis, hahahaha.. saja nak wat kenangan..baru aku sedar ada banyak baju sedonodn rupanya i nih... hahahah... tq dear .. u too kay!!
Post a Comment