Yer, sungguh hover aku semasa honeymoon belatar belakangkan Star Cruise hokay!!. Hahaha..
Aksi birah kedua dari aku yg masih rasa kurus & ringan! Wakakaka...
Best oo..kat tengah laut aku sengsorang naik mender alah tuh, semata-mata nak posing. Air jernih tak hengat!!
Aksi birah ketiga di dalam laut! Peluk tak hengatt!!
This is the picture i love most! My hubby "encang" aku, dikelilingi laut yang jernih dan boleh nampak dasarnya tuh, Very amazing!!
Aku akhiri gambar honeymoon aku dengan "pose maut" sebelum Ramdhan menjelma! Wakakaka... Sila buat selepas kahwin sahaja yer! Hahahah..
Ok, aku kena sertakan informasi mengenai gambar-gambar nih, so this is what i need to tell uols...
- Nama tempat: Pulau Redang, Malaysia. Aku pergi honeymoon kat sini selepas beberapa bulan kawin. Semangat laki aku ajak, kononnya nak mengimbas nostalgia time dia ngorat aku dulu. Kalau korang nak tau, hubby aku dulu mengayat aku masa dia bercuti ngan family dia kat Pulau Redang nih. Niat di hati nak ajak aku time tuh tapi malu coz masa tuh baru nak cucuk jarum menggoda, konon takmo lah nampak gelojoh sangat nak ngorat anak dara orang kan...Wakakak.. jadi dia pergi ke Redang dengan hp asyik ditangan, sambil memanjat bukit, mencari line Maxis yang masa tuh, "hidup segan mati tak mahu" kat Redang tu. Siap tandakan "X " lagi kat tanah yang ada line Maxis! Wakakaka...Family dia cam pelik jer tetiba Saiful nih asyik bergayut & the best thing, arwah Mama aku suka!! Suka tgk anak dia gembira & cam dah ada somebody yang boleh buat anak tunggal teruna dia tersenyum kembali. Hehhehe..Sepupu sepapat dia semua pelik dan tertanya, siapalah wanita yang membuatkan si Saiful nih asyik bergayut tak henti-henti! Hahhha., tak lama pas balik Redang tuh, barulah dia kenalkan aku ngan family dia .. Thats y dia nak bawak aku ke Redang sebab dia kata tempat tuh cantik lah sangat ..He want to share the best moments with me! Thank you honey!
- Pergi dengan siapa: Dengan my hubby & kawan baik we all yang baru gak kawin time tu. Ejump & Farah (yang baru-baru nih gi Bandung ngan we all tu....) masa dulu kitaorang pernah double date sesama. Hhehhe.. alhamdulillah, masing2 sampai ke jinjang pelamin, honeymoon pun sesama, sampai dah ada anak, gi holiday bawak anak-anak plak skang. Hheheh.. We really tresure & appreciate our friendship!!
- Kenapa tempat tu di pilih: Selain dari sebab-sebab yang aku dah nyatakan di atas, aku rasa this is the way we support domestic tourism. Memang cantik dan berbaloi pergi Redang. Pencemaran sangat minimum dan korang akan lupakan masalah yang korang hadapi bila kat sana, memang release tension betul! Aku paling kagum tgk air laut di sangat jernih! Korang boleh nampak ikan-ikan berenang di keliling korang! The best thing is, aku siap nampak "baby shark" masa snorkeling kat tepi pantai tu. Bukan jauh sangat pun, but the baby shark is there! Siap amik gambar lagik tau! Bila aku bawak roti dan tabur kat laut, semua ikan-ikan berenang dengan lajunya mengelilingi aku dan makan roti tuh! Sampai aku yang cuak kalau dia termakan jari aku pulak!! Hahhahaa.. I can see all the beautiful fishes around me & that is the best moment i had! kejernihan air laut begitu mengagumkan dan serius cakap, jangan harap korang leh jumpa such scenery kat area KL @ Selangor @ PD sekalipun..dont dream ok... Tak mungkin...hahha.. Tak sesialah korang ke Redang, kena naik bot bagai, bukan senang nak sampai sana, tapi bila dah sampai, memang berbaloi-baloi... but the secret is, jangan lepak lebih dr 4 hari. Hahhaah..If lebih 4 hari, korang akan start boring & start to miss KL badly. Wakaka.. sebab, dalam 4 hari tuh, boleh kata semua tempat korang dah jelajah, semua game korang dah main. & kat Redang takder shopping compleks yer, so memang ur life hanya dekat laut & pantai sahaja. Untuk orang yg nak honeymoon, memang best & romantik sesangat....:)
- Pengalaman menarik/romantik: Alamak, rasanya aku dah tercerita kat atas nih lah. Hahhaa.. Takpe-takper, aku kan suka membebel, so aku sambung lagi bebelan aku yerk! Yang romantiknya, suami aku sambil mandi, sambil meng"encang" bininya yang masa tuh kurus lagik! Hahhaha..korang tgk gambar kat atas, aku dengan bangganya naik bahu my hubby dan Ejump sempat snap the moment. Air laut yang jernih tuh amazing kan!! Dalam laut rasa ringan lah, kalau kat darat, mau patah bahu laki den! Hahhaa.. We jalan tepi laut, amik gambar banyak-banyak, kebetulan plak ada kapal Star Cruise berlabuh, sempatlah we all snap gambar belakang kapal tuh, kunun-kunun aku pun tumpang naik kapal sama. Wakakaka... then ada gambar aku lompat & panjat serta landing kat laki aku! Birah btol yerk!! Hheheh.. memang best & romantik tau the vacation!!
Tu lah antara info-info yang aku kena bgtau uols. So, sesapa nak masuk contest nih, just klik jer logo kat bwah ni ok...
Hadiahnya pula di taja oleh: http://one-drop-fragrance-shoppe.blogspot.com/
So, sementara masih ada masa nih, meh lah join cecapat yerk kengkawan. meh tayang gambar korang paling vogue & birah time muda-muda dulu. Hahahaha.....
My Best Honeymoon Ever,
























Advetise With Us!



























