Thursday, January 20, 2011

Jumpa Kami di Charity Baazar KLCC- TTFC!

Saya menerima maklumat dari partner Bling Lustre mengatakan yang akan diadakan satu Baazar Jualan Amal di TTFC- Twin Tower Fitness Centre di KLCC pada 29 January 2011 (Jumaat ) minggu hadapan. Kami kemudiannya mengadakan perbincangan melalui internet sama ada kami patut menyertainya atau tidak. Selepas beberapa perbincangan dibuat, kami akhirnya setuju untuk membuka sebuah booth di TTFC @ Twin Tower Fitness Centre sempena Charity Bazaar ini. Alhamdulillah, apabila bekerja sebagai satu pasukan, kuranglah sikit beban yang terpaksa ditanggung. Insya Allah, saya dan partners akan berada di sana. Satu hari saja kan, rugi kalau tak pergi sebab saya pun dah lama sangat tak ke KL semenjak pindah ke Subang dan kemudian kee Shah Alam dan yang terkini di Klang. Hheheh... dah takut nak masuk KL gamaknya, kalau tak betul-betul, tak tahan jem ..:) 


Saya dengan gembiranya ingin menjemput kawan-kawan semua untuk menyertai kami di Charity Baazar ini. Memandangkan ianya dilakukan di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, pada hari bekerja pula tuh, hari Jumaat lagi, saya percaya ramai yang akan berehat panjang sekurang-kurangnya 2 jam kan? Hehhehe.. Bolehlah singgah ke booth kami nanti! Untung juga kerana di KLCC ada banyak kemudahan public transport yang laju kan? Cepat jer sampai. Hehehe .. Bukan tu sahaja, Bazaar nih bukak sampai malam tau! So, lepas habis kerja tuh, sebelum balik umah, rajin-rajinkan kaki untuk melangkah ke Charity Bazaar nih. Bukannya selalu diadakan pun. Lagipun kan KL selalu jem. Balik lewat sikit apa ada hal kan? Ekekekeke..


Kami yang bernaung atas nama Bling Lustre akan mengambil booth di bahagian Main Hall iaitu Basketball Court. Insya Alah, kami juga akan diberi peluang untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bling Lustre, dan rasanya macam saya jer yang kena cakap kat pentas tuh. Aderghhh...segannya. Takper takper, saya cuba sehabis baik untuk memendekkan masa semasa bercakap dan pastikan dalam masa yang singkat tuh, saya dapat cover dan memberikan penerangan tentang apa yang Bling Lustre lakukan. Opss.. saya dah share tak berita terkini hiburan sensasi dengan pembaca blog nih? Rasanya belum lah ..mehlah saya share berita ini. Taklah gempak sangat pun, tapi cukup membuatkan saya terharu di atas kepercayaan yang diberikan. Baru-baru ini, pihak Bling Lustre menerusi Pengarah Bling Lustre iaitu Puan  Khairina @ Kay, secara rasminya telah menawarkan saya jawatan Marketing Director untuk Bling Lustre. Wahh..bunyi macam gempak jer yerk! Memang gempak pun ..wkakakakak! 

Saya sememangnya terkejut bercampur terharu juga, tak sangka mereka percayakan kebolehan saya dalam menjadi salah satu "pengemudi" dalam mengambangkan Bling Lustre. Dari hanya menyewa di tingkat atas (juga secara tidak sengaja dan tanpa disangka), menjadi partner & membuat jv dalam beberapa acara seterusnya melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menjadi salah satu warga Bling Lustre secara rasmi. Terima kasih saya ucapkan kerana percaya pada kebolehan saya dalam mengembangkan syarikat bersama-sama. Semoga kita akan sama-sama berjaya membuka mata pihak-pihak tertentu tentang apa yang kita lakukan terhadap masyarakat. Its not about sales & keuntungan semata-mata sahaja kan ..:) Ianya lebih dari itu ..masih jauh lagi perjalan ini saya rasa, tetapi langkah pertama itu perlu dalam apa pun  yang kita lakukan. Tanpa lanngkah yang pertama, kita tidak akan ke mana-mana. We will stuck whereever we are forever. 


Jadi kawan-kawan, sila baca ayat selepas ini, ala-ala ahli politik nak berkempen di Tenang yer .. :) "Saya dengan ini menyeru semua warga-warga Petronas di Tower 1 dan Tower 2, warga pekerja dan pengunjung Suria KLCC dan shopping complex yang berdekatan dengannya untuk sama-sama memeriahkan Charity Bazaar ini. Jangan lupa datang ke booth kami yer. Agak-agak kalau nampak perkataan Bling Lustre tuh, dan seorang wanita yang becok sambil membebel di satu booth tu, ha ..itulah saya kot! Jangan lupa tegur dan say hi ok. Mungkin saya belum kenal anda, belum jumpa anda selama nih, tapi tak bermakna perkenalan tu tak boleh dimulakan kan? So, say hi to me okeh!" 

 

Berikut adalah maklumat tentang Charity Baazar tersebut. 

Date: 28th January 2011 (Friday)
Time: 9:00 am until 8:30 pm
Venue: Twin Towers Fitness Centre ( at Concourse level, nearby Tower 1 lobby) – opposite to Mesra Shoppe and CIMB Preferred
Market: All Petronas staff from both Tower 1 + Tower 2, public who comes to Suria KLCC, and staff from buildings around KLCC



Ok geng, see you there yeah! :) Insya Allah ..


post signature


post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading