Me & Irfan. Penat aku senyum lebar-lebar tapi bff aku cuma puji baju ngan mekap jer?? Ingat nak puji aku cun ker hapa kan? Hahahha...
- Sebelum korang mulakan perniagaan internet, tengok dulu apa korang nak jual. Tengok SUPPLY & DEMAND tentang produk tu. Dalam DEMAND, korang tgk, ada market tak? Ada org nak tak? Berbaloi ker jual kalau DEMAND tak banyak? Dalam SUPPLY pula, korang tgk, berapa ramai orang SUPPLY produk tu di seluruh dunia, atau mungkin di Malaysia & negara sekitar macam Singapore & Brunei sahaja (tgk lah korang bajet nak pasarkan kat mana). Banyak tak orang SUPPLY produk tu. Berapa puluh, ribu, ratus atau juta orang korang kena fight utk pastikan customer beli produk korang. Dari hasil kajian yg korang buat nih, sedikit sebanyak ia akan membantu korang buat keputusan whether its a good idea or not untuk buat bisnes tu. Irfan juga cadangkan kita gunakan reverse way untuk tengok DEMAND ni. Iaitu dengan cara menggunakan Adwords Tool dari Google iaitu : https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal. Dengan menggunakan cara nih, kita dapat lihat berapa banyak perkataan itu di cari di dalam internet. Hari tuh, Irfan bg contoh batik. Dia taip word batik, dan di isikan ruangan security word, pastu cek berapa banyak word batik yang di cari di internet. Mak aiii.. satu juta orang satu dunia buat carian menggunakan nama batik dalam tempoh sebulan! Memang bisnes yang baik oooo..Dalam local market pula, dalam 74,000 orang buat carian guna nama batik. Then adalah pecahan dia macam batik cloting, batik art , batik fabrics dan sebagainya. Dari sinilah kita mungkin dapat kembangkan dan fikirkan semula tentang perniagaan kita. Mana yang lebih demand dan yang lebih orang cari.
- Lepas tuh, dalam SUPPLY pula, kita buat carian biasa di Google, tengok berapa ramai pula maklumat tentang batik yang ada di internet. Hambek ko... ada 17 juta 100 ribu maklumat tentang batik yang ada di internet! Maknanya, korang akan "berperang" dengan 17 juta orang ni lah dalam memasarkan produk batik korang tuh. Di sinilah datangnya kepentingan SEO iaitu Search Engine Optimization. Cait.. sebut macam pandai sangat si Watie nih ..Wakakakak.. Macam pandai naaaa bidang Internet Marketing. Baru terkial2 nak wat iklan Nuffnang, baru dapat dua puluh lima
ribusen dalam akaun Nuffnang ada hati nak ajar orang yerk! Wakakakak.. Wei wei wei.. aku bgtau apa Irfan bgtau yer.. bukan aku nak tunjuk pandai . Kalau tak suka, korang jangan baca ah .. Kalau dah pandai sgt, bagilah yg tak pandai baca info ni. Sian dorang, dorang pun nak tambah pendapatan maaa.. Apa yang aku merepek nih syaitoonnn.Ok, serius balik. Jadi, korang kena pastikan website jualan korang berada di muka surat pertama atau at least 3 page teratas. Ini kerana, kalau page korang terletak di muka surat 77 ribu, takder sapa nak jumpa website korang kan?
Ada paham tak Puan Watie ni membebel bagi pihak saya, tuan-tuan & puan-puan?
- Soalannya sekarang, macam mana nak bg page kita kat tempat teratas, di muka surat pertama atau mungkin kedua @ ketiga? Ada banyak cara sebenarnya, tapi dalam tempoh masa yang sedikit tuh, Irfan sempat sharekan perkara ni. Irfan tanya we all, sekarang aku pulak tanya korang, hehehe.. Apa yang korang cari di Internet? Korang cari MAKLUMAT kan? Sekarang semua zaman maklumat, semua maklumat berada dihujung cari kita. Taip jer kat search, Insya Allah dapat lah info tu. Jadi, kita kena pastikan website kita tuh penuh dengan maklumat yang berkaitan dengan produk yang kita jual. Sebagai contoh batik. Irfan siap buat perbandingan website antara page-page yang ada kat ranking PERTAMA, KETIGA dan yang belakang-belakang tak tahu page mana. Hehhehe.. Apa beza antara website-website ini? Memang obvious nampak, adalah MAKLUMAT di laman web dorang. Yang 1st page, maklumat tentang batik kemain banyak. Dari history, apa itu batik, beza2 batik, semualah pasal batik, ada kat depan page dia. Website kat page seterusnya, ada gak maklumat, tapi tak sebanyak website yang pertama. Dan yang kebelakang ntah page berapa tuh pulak, siap ada flash gambar batik kekdahnya. Memanglah cantik, tapi melambatkan page tuh nak donwload. Maklumat tak banyak, lum sempat bukak maklumat, orang dah blah sebab flash tuh kemain slow lagik wei! .Kesimpulannya, pastikan website kita banyak maklumat yang berguna mengenai apa yang kita nak jual. :)
- Dari Google Adwords tu jugak, kita boleh tau apakah keyword yg orang cari, berapa banyak orang cari guna keyword tuh, dan dari sini kita boleh gunakan key word yang sama masa kita nak buat website page kita. The tag, meta tag dan sebagainya. Inilah salah satu cara untuk naikkan page kita, sebab kita dah masukkan info tentang website kita, apa fokus website kita.:)
Aku suka gaya dia time nih..Comel lah awak nih IK!
- Menurut Irfan lagi, Social Media adalah salah satu marketing tools yang sangat ampuh kala ni. Kita kena gunakan sepenuhnya teknologi tuh. Tapi jangan salah guna yer. Jangan tag orang sesuka hati. Aku yg jenis baik tak sampai hati nak remove orang pun cukup menyampah kalau orang nak request jadi member, bila dah accept, terus dia tag kita dengan produk2 yang dia jual. Korang hangin tak kalau korang gi rumah orang, belum sempat bukak mulut bagi salam dia dah tonyoh mulut korang dengan makanan-makanan yang ada? Tonyoh tau, bukan ajak elok2 atau borak-borak dulu. Mesti hangin kan? Cam tulah orang akan rasa kalau kita tag orang sesuka hati. Memang kena remove lah jawabnya. Salah satu contoh Social Media adalah Facebook. Ada banyak lagi cam You Tube, Friendster, My Space dan sebagainya. Tapi yang difokuskan hari tuh adalah Facebook. Pada Irfan, Facebook itu sendiri membawa makna yang tersendiri atau ada akronimnya. :) Apakah maknanya? Dia siap eloborate lagi satu-satu makna F.A.C.E.B.O.O.K tuh tau! Korang nak tau tak ..? Nak tak? Hehhehehe... Kalau nak tau ..korang kena skroll ke bawah ni dulu .hehehe.. Sedap naaa baca kan ..wat exercise sket yer...:)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Maknanya ialah ..:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Korang kena datang lagi lah geng .. Jenguk lagi blog nih sebab aku lupa dah! Wakakakakakakenabeb!! (sambil gelak guling2 ..) Aku wat entry ni kat umah, azimat Irfan tuh kat opis daaaa.. Yang kat atas ni aku ingat habis tau ..dah hafal dah ..terer kan? Tapi yang Facebook tuh baru lah beb . Lagipun Irfan yang reka mender tu. Aku ingat secara keseluruhan tapi kalau ikut F.A.C.E.B.O.O.K punya akronim yang diberikan Irfan tuh, aku dah lupa apa dia. Hhehehe...Nanti aku share okeh ..Janganlah marah sayanggg.. nanti datang lagi okeh!.Kang aku pakai belasah akronim aku sendiri kang, Irfan saman aku plak. Hhahaha.. Lagipun aku nak lah bg betul2 info kat korang, kang tak complete plak, rasa tak syok lah kan. :) Nanti aku cek balik Azimat senoi tuh, then aku wat entry kedua. Ada sesapa nak suggestkan tajuknya? Irfan Khairi Semakin Berahi ker?, atau Berahi ker? Laki aku lagi hot kot? atau lain-lain cadangan, sila kemukakan komen anda di bawah! Hahahhaha...
Kat sini jugak aku nak share yang Irfan Khairi akan buat satu Seminar yang GEMPAK selama 2 hari kat tempat yang GEMPAK juga, sama tempat di mana akudating jumpa dengan dia iaitu KLCC Convention Centre. Tajuknya, Revolusi Perniagaan Internet pada bulan April ini. Masih sempat lagi kalau nak kumpul duit nih. Dalam tempoh 45 minit pun aku dah rasa cam byk jer dia kongsi, apatah lg kalau 2 hari kan. Ni tengah nak jek-jek hubby aku lah nih. Suruh dia cover separuh ker kan, tapi rasa cam gagal jer sebab aku dah kata hubby orang lain Memberahikan! Hahahahhaha...Mesti dia nak boikot aku nanti.. Hu hu ..Takper, nanti aku pujuk. Heheh. Kalau korang nak tahu pasal ni dgn lebih lanjut, atau nak join this Seminar, korang leh click kat bawah nih. Semua maklumat pasal the Seminar ada :)
Kesian uols kena kelentong ngan si Watie nih. Jahat dia kan....:) Korang dtg balik lah yer!
Kat sini jugak aku nak share yang Irfan Khairi akan buat satu Seminar yang GEMPAK selama 2 hari kat tempat yang GEMPAK juga, sama tempat di mana aku
Ok geng, nanti aku sambung lagi apa yang Irfan share kat seminar masa Karnival 1nita tu yer. Rajin2 singgah lah yerk. Kalau takut terlepas, korang subscribe lah rss feed blog nih. Dan kalau korang rasa artikel memberahikan ni leh bagi manfaat kat orang lain, korang sharelah maklumat ni kat mana2 yang patut. Facebook ker, Blog ker, Twitter ker ..click jer mana-mana button yg bersesuaian yang ada dalam entry nih..:) Kita jumpa lagi di waktu dan hari yang sama minggu hadapan! yer kawan-kawan ..:) Aku akhiri posting kali ni dengan gambar jari -jemariku yang runcing sambil memegang kad Karnival 1nita yang penuh inspirasi dan - feeling ala-ala buah hati Khairul Fahmi Che Mat, Elia si jejariruncing.blogspot.com. Wakakakkakorok lu Watie!
Lihat jejariku..Runcing kan!! (Sila buat intonasi ala-ala iklan nak kurus badan tuh)
No comments:
Post a Comment