Bersama kawan sepejabat hubby
Aku dapati bermonolog sangat baik kerana kita boleh bercakap apa sahaja yang minda kita fikirkan dan kemudian kita boleh "lawan cakap" antara satu sama lain. Seolah-olah ada si baik dan si jahat dalam diri kita. Si baik akan sentiasa membawa kita ke jalan kebaikan, beriman pada Allah, redha dengan ketentuanNYA, bersyukur, berbaik sangka dan macam-macam positif vibes, manakala si jahat akan sedaya upaya membalik-balikkan hati kita, menyalahkan Allah, memberi syak wasangka pada kita, menyuruh kita dengki mendengki, iri hati dengan cara yang tidak sihat dan macam-macam lagi. Diri kita yang sebenar ada ditengah-tengah. Ingat tak aku cakap pasal CHOICES? :) Dan di sinilah otak kita memainkan peranan PENTING! WHAT CHOICES WE WANT?? Aku suka sangat bermonolog sebab selalunya si baik dalam diri akan selalu MENANG hasil dari CHOICES yang aku buat! Dan masa tuh, aku dapat rasakan yang si jahat menangis2 tension sebab tak dapat hasut aku dalam misinya. :) |
No comments:
Post a Comment