Sunday, July 12, 2009

Cerita Sedih & Gembira Q Di Hujung Minggu..

Aku cerita yg gembira dulu lah kay .. hehehe.. kan skang musim kawin-kawin ..(heheh,macam main kawin-kawin time kecik2 dulu lah plakkk..), memang aku banyak undangan sejak minggu lepas. Even after b'day Qarissa pun, we all bergegas ke Keramat sebab my previous staff kawin. Qarissa bantai tidur sampai tak dapat nak snap picture ngan pengantin. Only me & hubby jer yg ambik gambar kenangan ngan Alang & Shikin. To both of them, kalau ada baca blog nih, semoga kekal selamanya ok.. :) Setia selalu tau Alang ..jangan geli-geli..nanti haku sunat lagik!! Shikin mesti bg green lite punya! Hhahaha...

Us with Alang & Shikin. Both is my previous staff @ HBNC dulu.
Me & Along with "gila-gila" pengantin.Hehhehe..Alang nih mmg giloss sket. Hahah.

Then, Hari Sabtu yg baru lepas nih, aku dah plan awal-awal kena gi Johor. Siap bgtau hubby dia kena amik cuti kalau dia kena kerja on weekend. Nasib baik bulan nih my hubby cuti on weekends. Bukan apa, one of my best friend wedding nih. Room mate aku time blajar kat UTM dulu. Aku ingat lagik, time aku kawin, dia datang dr Johor ngan mak dia. Ada few kengkawan yg kawin kat kampung aku tak dapat pergi, sebab jauh sangat, macam Azreen & Naimah. Ralat jugak sebab kawin bukan banyak kali kan. Nasib baik lah dorang memahami, hehehe..Yang penting, hadiah sampai kan? Wakkaka..tapi tak samalah dengan orgnya sampai. Kali nih, kat bandar JB, so aku tau sket-sket jalannya, insya Allah tak sesat, so we all plan nak pergi...

Jauh lagi ooo..Hu hu..

Bertolak dalam kul 10 pagi, sampai dalam pukul 2 pm. Sepanjang jalan, Q layan DVD, main-main dengan Doll dia, happy-happy then half way bantai tidur, Bagusnya anak haku, lama oo dia tidur...tak meragam langsung. Baik jer .. lepas dia tidur, aku plak layan VCD Pangako Sayo Box 6. Hhahahah.. Aku tak tahu nak bawak movie apa, dah kelam kabut nak kuar, VCD Pangoko Sayo jer sempat haku rembat. Korang tau tak, aku tgk VCD nih, dari masa ngandung sampai Q dah setahun lebih, tak habis-habis lagik! Wakakakaka..Ada 15 Box kalau tak silap..satu box ada 10 VCD, ntah bila lah nak khatam aku pun tak tahu ..hahahaa.. paham-paham jer lah drama Filipino, dah macam drama Tamil aku tgk ..macam-macam adooo... hahaha..tapi takpe, sebab Kristene Hermosa & Jericho tuh sungguhlah lawa & hensem .. Dulu aku berangan kalau anak pompuan, nak lawa cam Kristene tuh ..ahahha.. tuh yg duk tgk tetiap hari ..tapi tak habis2 gak ..Wakakaka... Tuh lah agaknya, Q dapat sipi2 jer muka Kristene Hermosa (wallooo...perasannya mak Q ...hahaha) .. kalau aku tgk habis, mesti korang kata Q anak angkat kan? Hhahahaha...(gelak besauuuuuu)...

Happy Qarissa bertepuk tgn tgk DVD dia...
Dah penat layan DVD, terus tidur sepanjang jalan.
Q:" Cantik tak saya.? Mummy tukarkan baju Princess tau!! Nak gi Aunty Aini kawinnnn!!"
My Little Princess ready to go!
Hebat kan hubby aku? Tidur pun leh drive tau! Hahah..
Pose maut dalam keta lepas aku tukar baju (dalam keta gak..) Wakakak..

Dah sampai Dewan Azalea @ JB tuh, aku terus serbu makan dulu. lapar weii...memang puas hati gi makan kenduri kali nih, panas, sedap melekat lauk2 dia ..hubby pun puji!! Tima kasih lah Aini Darling, puas aku makan nasi minyak ko...nasib baik aku vogue pakai kebaya, kalau pakai baju kurung, confirm aku tambah 3 pinggan! Hahhaa..ni aku pakai kebaya kang tercabut lak butang baju, malulah den ..Wakaka.. Siap ada kambing panggang lagi wei...laki mak siap beratur lagi nak hambekk..pantang kambing laki haku tuh ..eheh..

@ Dewan lepas tersenyum kekenyangan. Heheh.Sedappp..!
Q takmo kat Daddy..dia nak jalan jer ..Org baru dapat kaki katakan...
Jalan-jalan seluruh dewan!!

Sempat lah aku bergambar ngan pengantin walaupun laki aku takmo naik pentas. Dia malu katanya ..Aku kan muka tak malu sket ..hahaha..aku naik jer bawak anak aku ke pentas tuh, sebab nak tunggu pentantin makan beradab lama sangat, we all nak gerak dah, so, aku dengan selambanya jumpa makcik yg jadi pengacara tuh dan kata,"Makcik, saya nak naik atas bergambar ngan pengantin, kejapppp jer ...". Makcik tuh plak kata, "Nama sapa?" (konon-konon nak wat announcement). Aku dgn segera menjawab, "Iskk...tak payah makcik, tak payah announce, saya naik kejap jer ..." Caitt, makcik nih nak announce ker ..malu lah haku nanti! Hhahaha.. Dah lah sorang2 jer naik.. hahahaha...

Pengantin perempuan - Aini my rooom mate @ UTM dulu!
Pengantin lelaki - Shahrul. Macho & Botak. Hehehhe
Me & Q with pengantin. Hubby malu nak naik. Happy Wedding my dear friend..!

Sempat jugak aku jumpa kengkawan UTM. Malunya, nama haku dah lupa ah .. ehheh..dorang pun lupa nama aku rasanya. As usual, aku pun tegur dan selamba katak cakap, "Hai, UTM gak kan..I lupa ah nama u..mesti u pun lupa dah nama i..Nama i Watie," dan sessi ...pot pet ..pot pett.... pun bermula. Hhehehe..Mangkuk tul aku nih, Sid pun aku leh lupa muka dia camner ..Tapi betullah Sid, lain btol muka ko...maybe tembam lah, thats y aku tak hengattt ..heheheh.. Dah seronok berbual, gambar pun tak hambekk. Then jumpa gak Sherida kat sana yg dtg from PD. Tapi dalam bebanyak kawan datang, aku lah yg paling jauh kot. Dari KL. Hheheh..bangga mak noks...Wakakak.. Cian Mak Aini penat sgt that day. Ke hulu ke hilir aku tgk ..Tapi yg best .. mak dia pegang banyak angpau ooo... terus aku terkenang arwah Mama masa aku kawin dulu . Dia pun pegang banyak angpau, siap hilang2 lagi. Cian Mama, mesti dia kelam kabut time tuh..

Me & Q with mak pengantin. Cian Aunty penat hari tu..
Lawa giler bunga telur dia wei!! Haku sukaaaa!!

Habis majlis, we all pun bertolak balik. Ingat nak singgah Danga Bay, sekali pergi ada banyak plak reno ngah dibuat, then tempat tuh cam mati jer .. Maybe sebab siang kot, aku pun tak pasti. Terus we all cancel dan teruskan perjalanan ke Melaka. Niat di hati memang nak singgah Melaka sebab family Saiful minggu nih lepak Melaka sebab ada sessi risik-merisik. Sepanjang ke Melaka, Q happy sangat dalam kereta. Siap main Peek A Boo sorang-sorang dengan selimut dia tuh..Comel lah sangat ...Aku siap amik video lagi masa dia main tu..Korang tgk video kat bawah nih ...Then, dia layan diri sorang-sorang dengan memainkan jari-jarinya. Aksi dia membuatkan aku terpikir tentang child early education gak. Nanti aku wat satu entry kat GBOB Blog & masukkan video Q with her fingers kay...
Sessi tilik menilik jari oleh Q. Ada video dia. Nanti haku upload.
Muka boring. Bila nak sampai Melaka nih Daddy???

Video Qarissa Play Peek A Boo! Sukanya hati nampak? Dia gelak besau everytime dia dengar ayar "Qarissa, nenek love u..." sebab dalam software Little Reader yg aku ajar dia tuh, nenek dia gelak besar after saying that word..hehehe..

Sampai Melaka dalam kul 6, we all carik hotel. Then decide dan duduk D'Village @ Ayer Keroh. Lepas cek in, laki aku tidur jap. Cian hubby aku, dia penat sgt drive jejauh tuh .. Sementara Saiful tidur, aku & Nor bawak Q gi makan kat area pool. Happy btol Q tendang-tendang air kat pool tu. Aku tak bg Q mandi sebab Saiful takmo dia selsema. So, just main2 air sikit-sikit jer. Pas makan, we all balik bilik dan siapkan dia utk keluar. Dalam kul 8.30 pm, we all keluar kononnya nak jumpa Saiful's family. Aku ajak Saiful ke TESCO dulu sebab nak beli selipar utk Q sebab lupa bawak. Selipar yg bunyi2 tuh .. Dalam perjalan ke TESCO, bermulalah CERITA SEDIH KAMI & QARISSA..... Hu hu...

Secara tetiba, tanpa ada angin & ribut, sikit lagi nak sampai TESCO, Qarissa tetiba MUNTAH sebanyak-banyaknya!! Menyembur sampai kena muntah tuh kat muka si Nor. Habis semua baju, car seat dia kena muntah. Apa yg dia makan petang tuh semua keluar balik. Aku menggelabah puyuh, terus kuarkan dia dari seat. Saiful terus parking tepi jalan. Nor guna selimut yg tutup kaki Q dalam kereta utk tampung muntah dia. Serius banyak weii... Macam makanan tuh belum hadam tapi dah terkeluar balik. Bau pun tak macam muntah, bau macam makanan baru masuk then terkeluar balik. Wangi jugak lah, bau sayur.

Aku amik Qarissa pas dia muntah pertama kali tuh, bawak ke seat depan sebab nak gosok belakang dia. Baru jer sampai kat aku, baru aku nak gosok, Qarisa MUNTAH LAGI kali kedua!!! Pun banyak sangat, habis basah semua seat aku, baju, seluar, sampai kena kaki & kasut aku dengan muntah! Sampai kena lantai kereta seat depan! Just imagine betapa banyaknya dia muntah!! Memang gabra aku time tuh. Nampak suffer giler anak aku. memang time tuh dah berhenti tepi jalan, aku bawak Q keluar tanpa pakai kasut. Bg dia lega sket ..Bila nampak dia dah stop muntah, lap-lap lebih kurang & we all teruskan perjalan ke TESCO. Aku nak beli baju baru sebab baju aku dah kotor. Nak tukarkan Q baju baru jugak. Saiful ajak balik hotel tapi aku takmo sebab leceh nak ulang-alik.

Sampai TESCO, aku baru jer tutup pintu keta, Nor kata Q muntah lagi!!! Tapi kali nih lendir pulak. Cepat2 aku amik Q dr Nor dan letak dia ke bawah. Duduk lah jap tepi jalan tu sebelum masuk TESCO. Sian sgt tgk dia time nih.. Dia baik tau, tak nangis kuat-kuat, cuma bila muntah, dia merengek sebab tak selesa kot.

Masuk jer TESCO Melaka tu, Ya Allah, gila banyak lautan manusia wei...tandas pun tak bersih sgt. Ramai org. Aku dah start geli. Sudahnya, aku guna tandas OKU utk cuci & bersihkan Q. Aku suruh Nor bersihkan basin tuh sebelum aku bersihkan Qarissa. Time nih, dia boleh gelak-gelak suka lagi. Leh main Peek A Boo lagi depan cermin. Habis tukar baju Q, aku plak nak gi beli baju utk aku. Hubby dah tense sebab ramai org. Dia takut Q sakit lagi. Memang betul pun, baru jalan sikit, Q muntah lagi!! Pun lendir jugak. Seksa betul Q nak kuarkan lendir tuh, sampai aku kena tarik lendir tuh keluar dari mulut dia!! Lepas lega, cepat2 we all keluar dari situ. Hubby takmo masuk TESCO, nak terus blah balik hotel. Aku ingat nak tukar baju kat hotel, sempat lah beli baju & seluar kat kedai-kedai luar TESCO tu. Belikan utk Nor sekali sebab baju dia pun kena muntah. Sementara aku beli, hubby & Nor menuju ke arah bilik susuan kanak-kanak, nak bg Q rilek jap. Tapi bila aku sampai balik, rupanya hubby kat area kafe. Tak masuk pun bilik tuh. Sebab Q muntah lagikkkkkk!!!

Hadoiiii, Tuhan jer tahu, aku dah risau tahap gaban. Anak aku dah nampak lembik time tuh wehhh!!! We all terus keluar dan masa dukung dia, nampak dia dah lemah & mengantuk. Tgk macam tuh, terus we all plan nak balik malam tu jugak. Takmo stay hotel. Aku cam rasa bilik tuh tak bersih sebab masa we all masuk, memang tak selesa sgt bilik tu. Ada habuk-habuk. Q pulak dah boleh jalan, memang lah aku n Nor pegang dia masa jalan tuh, tapi maybe ada benda-benda dia pegang & masuk mulut, sapa tau kan??

Tengah-tengah jalan nak balik, aku suggestkan hubby gi carik klinik terdekat kat Melaka Raya tu. Magkuk tul, satu klinik pun tak jumpa. Aku suh hubby call ING tanya. Dan, yang paling menyakitkan hati, korang tau tak, budak ING nih kata, kalau nak cek klinik terdekat, kena guna POSKOD!!!!! Dia mintak hubby aku poskod Melaka Raya tuh!! Bodoh tak?? Kalau korang jadik hubby aku, ada rasa nak hempuk tak budak tuh? Sungguhlah budus, aku dah lah kira pelancong, manalah nak tau poskod hapa, mangkuk tul sistem ING????? Hubby aku hangin satu badan!! Dia kata kat budak tuh, kalau org tenat, dah mati agaknya kalau cam nilah sistem ING!!!! Carik guna POSKOD? What the F***?? Laki aku berhenti dua tiga kali tanya org. Ada siap tak tahu, yg bagi salah poskod pun yer, sudahnya baru dapat yg betul. Masa lalu-lalu kat situ, aku ada nampak Mahkota Medical Centre. Then aku terus kata kat hubby, kita gi sini jer lah. Sepanjang dalam keta, adalah 3 kali Q muntah lendir. Badan dah lembik, sambil tidur sambil muntah lendir yg seksa giler nak kuar. Few time aku korek mulut dia nak tarik lendir. Then bila bgtau budak tuh, dia kata ok kalau nak ke MMC. Nanti call balik, dia bg GL.

We all masuk MMC, Q dah terlentok keletihan, muka dah start pucat. Aku gabra btol time tu. Kat situ pun dia ada muntah 3 kali kot. Semua lendir. Aku seram sgt sebab muntah dia dah macam warna kuning, maknanya dah bahaya jugak. Aku sempat bg dia nenen dengan harapan khasiat susu ibu akan hapuskan bakteria tu. Syukur sgt, sebab dalam tak selesa tuh, Q masih nak nenen. Then dia ada muntah balik susu tu, tapi takperlah, maybe yg dah masuk dalam perut dia akan mildkan the acid, atau bunuh bakteria...atau apa2 jer lah yg leh watkan anak aku stabil sket. Then the specialist datang, cek2 perut Q dan dia kata jgn bagi Q nenen @ air putih banyak2. Nanti dia muntah lagi. Dia suh tunggu 1/2 jam, then bagi makan ubat yg dia bekalkan. We all memang nak balik KL malam tu gak. Takmo amik risiko stay hotel tu.

Sampai hotel, terus siap2 tukarkan baju Q, aku pun tukar baju tapi tak mandi. Hubby tak bg mandi sebab dia takut air kotor. Korang jgn terkejut, hubby aku nih tahap kerisauan melampau dia tuh memang kronik sket. Hahahaha.. Air hotel yg dah Nor panaskan dan masak pun dia tak bg Q minum. Dia takut. Then, dalam kul 12 ++ midnight, we all gerak balik KL. Sebelum cek out, sempat lah bg Q makan ubat. Nasib baik ubat dia sejuk, jadi Q nak lah makan. Dalam keta, dia muntahkan balik, tapi sikit. Then dia terus tidur.

We all sempat makan kat McD sebab lapar giler dari petang tak makan sampai kul 1 pagi. Lepas makan, terus cabut balik KL. Dlm perjalanan, Q tidur jer. Nampak dia letih sgt. Macam2 ayat lah aku baca nak tenangkan hati aku & semoga Q tak melarat. Sepanjang jalan, alhamdulillah, Q tak muntah. Aku sempat bg dia nenen. Walaupun Doktor kata jangan bg lama-lama, tapi Q hisap lama ooo..Sampai hubby aku tegur suh lepaskan. Tapi aku tak sampai hati nak lepaskan, sebab bila aku tarik nenen, Q carik-carik lagi & merengek-rengek. Aku tawakal jer lah, jangan dia muntah. Alhamdulillah, she's fine & tak muntah. We all sampai umah kul 3 pagi dan terus TIDOOOOO!!! Q pun lelap tak hengat ...

Bangun pagi Ahad...miracle happen....Q bangun dengan segar dan sibuk kejutkan aku ngan hubby yg masih ngantuk gilosssss!! Habis di henyaknya we all suh bangun jugakkkk!! Aku yg masih ngantuk akhirnya bangun layan Q tgk - as usual, DVD Education Brighthening Minds pulakkk...

Alhamdulillah, Q terus sihat macam takder apa2 berlaku. As usual, Q aktif dan excited tgk DVD. Aku peluk cium dia sebab terharu & dalam masa yg sama bersyukur. Sempat lagi we all keluar belikan barang-barang Q yg dah habis. Sempatlah dia "pilihkan" baju Mummy dia utk dipakai petang tuh sebelum dia mandi. Hahaha....We all masih dalam kondisi berjaga-jaga sebab takut it happends again. Aku rasa selain ubat tahan muntah, susu ibu yg Q minum adalah senjata ampuh untuk dia. I believe it, sebab tu kurniaan Allah SWT.. Kan kan kan ..? :)

Sibuk carikan baju utk Mummy pakai di pagi Ahad.
Icha kepoh ah ...Mummy suh mandi tau! Bukan carik baju sayanggg..Hhehehe..

Bersyukur aku Q dah sihat & dalam masa yang sama, aku terfikir - Hebatnya kuasa Tuhan, pagi aku gembira, hubby gembira, Q gembira, dalam sekelip mata, Q boleh muntah, sakit dan lembik, dan dalam sekelip mata juga, Q boleh sihat macam takder apa2 yg jadi sebelumnya. Ya Allah, aku bersyukur kepadamu Ya Allah, kerana memberi ujian yang hanya sedikit ini. Terima kasih kerana menyihatkan Qarissa semula, menceriakan kami ibu & ayahnya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih...besarnya kuasamu Ya Allah, hanya padamu aku berserah!! Aminnnn....

Semoga Q tak sakit lagi,


25 comments:

Farah said...

uishhh..kalau aku pon cuak gile bila anak muntah byk2 ni..dr tak ckp ke sbb ape q muntah2 camtu?

Watie Aziz said...

doktor tak dapat detect sebab aku nak balik KL malam tuh jugak Farah, aku budget kalau Ahad Q tak baik gak, aku nak ke SMC. Tapi paling cuak bila doktor kata takut "intersection"??? aku pun tak paham sitilah tuh ..ejaan ntah betul ntah tak un aku tak tau noks...wakkaka..

tapi dia kata maksudnya usus kecil masuk dalam usus besar!!!! mak ai ..dengar cam tuh, aku cuak gak ..tapi naluri ibu aku kata takder lah teruk sampai cm tuh sekali ..

semalam bila kuar 2 kali Q cam cirit birit..banyak giler taik sampai Mummy Poko pun tak leh cover, bocor beb!! Tapi aku tgk kenit tu rilek jer ..leh gelak2 happy lagik..so aku rasa ok lah kot .. hari nih pun dia ok..:) alhamdulillah ..

azzamoro said...

ko utm dulu course ape eh? batch bile?

samela utmjb..gege

Watie Aziz said...

hehehe..sama lagik? wakakak..aku UTM JB batch 1998, amik course yag tak best tapi banyak membantu , hehe..COMPUTER SCIENCE...

Intan said...

Ya Allah, kesian nya Q sampai muntah teruk macam tu. Terkejut baca n3 watie sampai "banyak" giler cam tu...kalau jadi kat Intan pon mesti naik gabra nye. Sure kelam kabut dan risau tak tentu pasal.

Nasib baik Q dah OK ye watie...alhamdulillah. Terus ceria ye Q esoknya :)

P/s: Syukur sangat kan tak jadi benda yg lebih teruk...berkat SUSU IBU!!!

Watie Aziz said...

Intan, aah yang ..memang i panik, secara tetiba plak tuh! takder angin takder ribut, hambek ko semua terkeluar dr mulut dia..

part lendir2 tuh paling kesian, dah takder apa nak keluar, lendir semua seksa giler nak kuar. member kalau u tgk time tuh mesti kesian ..kepala dah lembik2 nak jatuh, merengek2 jer yg dia mampu .. cian tau i tgk dia .. terus terlentok kat dada i .. hu hu ..

alhamdulillah, lega i dia dah sihat ..i pun rasa BERKAT SUSU IBU, ubat memabntu juga tapi natural nya my BM yang tolong i rasa, janji Allah tuh sentiasa benar kan? ehhee

me n de alisha said...

cian Q...maybe dia pening kot masa jalan jauh tu...tapi sebelum ni pun ada jalan jauh gak kan?? Apalah yang aku merepek ni kan watie...anyway kita pun takut jugak...memang banyak Q muntah..ish kalau jadi kat kita mesti gabra yer..Alisha muntah sikit pun kita dah gabra, inikan pula banyak..Anyway Alhamdullilah Q dah cihat...harap Q tak muntah-muntah lagi yer sayang...

Watie Aziz said...

hehehh..entahlah yang .. i pun tak pasti sebanrnya kenapa .. all this while ok jer ..dah lama Q tak sakit sejak kena tahan wad 4 hari last few months .. dah nasib agaknya .. hu hu ..

tq for ur doa yang .. i pun harap Q akan ok & tak muntah teruk cammni lagik..takut i ...

me n de alisha said...

sabar yer watie...takpe Q ok tu...Q kan good girl...jangan risau tau yang...huhuhu

adianiez AIDA said...

ada ke patut tanyer poskod? if ada tipon number aida, confirm bleh sms. d'village tu aida pun tak pernah gi. hotel tu da lama. sejak aida sekolah dulu. even puteri resort pun tak best. air keroh country resort aida tak pasti. aida gi kursus separuh hari jek...

may be q mabuk agak nyer. abis segala nyer dimuntahkan. tapi, takpe, q da sihat. perhatikan juga. agar cirit birit or muntah takde langsung. check temperature badan nyer...

sian nyer q. tgh malam mummy daddy balik KL. sian nyer... sure penat giler yek...?

Watie Aziz said...

Tq so much As, really appreciate it ..:) alhamdulillah, hari nih pun ok..dia dah stop makan ubat tahan muntah ...she act normal jer today ..cam hari2 lain ..hehehe...thank god semua dah selamat ...harap2 tak berulang ..

Watie Aziz said...

aida, tu lah pasal..mangkuk kan? aku tak dapat bygkan kalau i kat obersea dan dia cakap cam tuh ..stupid tul..

tu lah, kalau tau mesti watie msg aida kan ..ehehhe.. tak sangka lak aidaa ke sana .. bgslah aida nih ..rajin ..:)tu lah, bilik dia tak berapa selesa. next time kalau gi melaka, nak duduk hotel yang betul2 hotel lah .. takmo cam resort2 nih .. selalu tak selesa..heheh..

alhamdulillaah, so far Q ok, tak demam dan tak muntah dah ..cirit birit jer sikit 2 kali semalam tapi dia maintain cool. hari nih tak cirit plak..

mmg penat my hubby whole day asyik drive ..sian dia .. tapi dia sanggup drive asalkan tidur rumah ..dia dah cuak anak dia muntah2 tuh ..heheh..

tq for ur concern aida.. really appreciate it ,:)

defina said...

watie,
aku pun sampai x dapat nak imagine kan betapa banyaknya Q muntah. kalu kita pn munah banyak tu, xtau blh bangun ke tak. aku yg baca pun naik risau.

tapi syukur Alhamdulillah, Q dah ok dengan pantas, mujur tak melarat. mungkin berkat susu ibu.

Allah nak duga, masa tu kene betul2 kuatkan hati, banyak berdoa dan bertawakkal. mujur jugak korang tak kalut. dapat handle saat2 cemas tu.

pe2 pn, smg Q betl2 smbuh n happy sokmo...

yaya said...

memang panik kalau anak muntah berkali-kali, tapi next morning tu Q dah cergas seperti biasa, kira kuat dan hebat la anak ko tu. Good girl!

Ummi Salsabila said...

Ye ke.siannye Q..mmg cuak 7 risau kan bila ank kite muntah2.aufa pun pnah cmtu.tpxla byk kali sgt mcm Q.da riso.nak nangis dah.sian kan...Alhamdulillah.Q da bek..strong girlla Q ni..

comella men peek a boo tu.gelak mcm mummy dia.excited! hahaha.
eee...i pun suke doll tu..lum beli lg..(ummi ke aufa nak men ni?)hahaha

isabelle said...

kesiannya Q.musti kau& saiful gelabah kan?

aku pun ahad kemarin adam demam blk. dah la siap batuk segala.
aku mula la suspek yg bukan2...

bwk pi DEMC, Dr tu ckp xde mende. alang2 tu aku tanya la ttg nak p bandung nnt...kena kuarantin ke, nak amik jap utk seasonal flu tu ke, etc.

Dr ckp...alaa... org kita je gabra lebih, sbnrnya xde mende pun swine flu tu.

blk umah, jenuh paksa adam mkn 4 jenis ubat+antibiotik. alhamdulillah...ptg smlm je dah ok.
arini, batuk je yg dgr mcm chesty sikit.

so, plan utk hoyeh2 hjg bulan ni..insyaallah jadi la...hahaha

Lovely Mommy... said...

kena food poisoning tak? diya dulu pun mcm tu gak tetiba muntah teruk sampai masuk hospital. lagi pulak makan kat rumah jer bukan makan kat luar pun. tapi masa aku dulu doc suh bagi susu, takper kalau muntah balik asal dia nak minum susu. and betul la mcm ko ckp tu besok kat hospital dia bangun ceria jer. tapi start cirit2 pulak la. so sampai skang aku sgt berhati2 kalau bagi dia makan especially kat kenduri.

Watie Aziz said...

Naimah, tuh lah pasal yang ..mmg banyak gilos ... aku rasa sampai perut dia kosong lah kot..takder apa nak kuar dah ..sampai lendir2 kuning kuar semua ...

tqvm for ur concern yang...alhamdulillah, dia dah ok..tapi lain lak jadik hari nih ..serabut tul lah ...adehh..

Watie Aziz said...

yaya,heheh..kuat lah sangaaaattt..aku risau gak nih tapi as lng as dia tak muntah lagik...ok lah kot ...tqvm yang ..

Watie Aziz said...

US, heheheh...aah, i pun rasa Q ni kuat, walaupun lembik2, dia masih ceria & the next day ..act like nothing happend .. ehhehe

heheh..tulah .. i pun suka time peek a boo tuh .. bukan main lagik dia layan sorang2 .. mula2 i nampak tapi ta terpikir nak ambik video ..that i tot baik ambik..leh wat kenangan ..wakkaka..

doll yg Q pegang tuh hadiah b'day dia ..i pun suka ..warna dia very ceria kan ...hehee

Watie Aziz said...

Isabelle, alamak?? sama lagik lah kita ..mmg ada jodoh sungguh tuh ..wakkaka..aku pun ke jakarta bandung hujung bulan nih .. tgh berkira2 nak gi ker tak .. tapi since ko dah kata gitu, lega lah sket aku ...hehehe

ni Q punya jab setahun pun lum wat ..laki aku takut nak ke spital ...

lucky jgk adam tak apa2 kan .. hope he's getting better ...:)

Watie Aziz said...

sue, ha betul lah yang ...esoknya qarissa pun cirit birit gak ..tapi riak muka dia ok jer ...sampai bocor momy poko tuh ..jus imagine lah banyak mana najis dia ..gilos tul...aku gabra gak tapi member rilek jer .. 2 kali lah aku perasan dia cirit ..but now dah ok...

aku rasa cirit dia dah menjangkit ngan aku lah .. hahaha...

pasni aku kena lebih hati2 lah pasal kebersihan hotel...

salzahari said...

siannya dgr Q muntah2..food poisoning kot? aku dulu kan time Aliah 4 bln kot pernah kena F.P ni, memulas perut ..mencucuk perut dgn angin..dah habis membuang, muntah2 lak kuar daun segala mcm kucing muntah2 tu! (bila masa ntah aku makan daun).

nasib time tu Aliah jenis tido lama dari 8mlm-4pagi-straight). so tgh mlm kul 2-3 pagi dok memulas tu, mmg terus gie klinik tinggal je dia kat PIL.

tp PIL ingat kita kena F.P susu kita pun F.P...so dia dah mula nak campur susu :p nasib ada EBM. heee!

ehh..crita psl anak kan??! hahaa.. Aliah alhamdulillah tak pernah kena lagi F.P tp dia pernah muntah sekali time demam 1st time umur dia 7bln. Tu pun cuak gila dah aku!

Watie Aziz said...

ha lah beb ..mau aku tak terjyt if tetiba dia muntah cam gilerrr like that ..sampai tahap kuning2 tuh dah kronik a tuh..part badan dia jadi lembik tuh mmg pity sgt tau! ko rasa cam nak ganti jer tempat dia ..lemah longlai sampai tertidur kat dada aku..mata pun sayu jer kita pandang ..

hish, tak snaggup aku nak tgk anak aku kena lagik cam tuh ..huhu ..jgn lah dia muntah teruk camtuh lagik!!

armouris said...

info tentang muntah kat sini - Vomitting Children

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading