* entry ini mengandungi unsur-unsur ketidak senonohan yang taklah berapa melampau..kalau anda tak suka baca mender tak senonoh, anda dinasihatkan tidak membacanya! Wakakakakkak*
**************************************************************
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya cabaran di saat aku nak masuk 36 minggu ini sungguh mencabar keimanan!! Semoga aku dapat menempuhinya sampai lah baby baru ni keluar meilhat dunia! Chaiyokkk Watie!!!!
Fuiyoooo geng, barulah aku dapat merasakan betapa "seksanya" bila kita dah tak larat bawak perut, pinggang dah senget-benget, jalan pun dah tak betul, nak naik tangga pun terkial-kial dan di saat itu jugak anak kita mahukan perhatian dan kasih sayang serta kemanjaan tahap dewa - HANYA DENGAN KITA IBUNYA! TAKMO ORANG LAIN HATTA DADDY @ MAID SEKALIPUN!!!! I can really feel the tense now!! Oh Qarissa, anak Mummy ni betul2 mencabar kesabaran Mummy lah sayangggggggg!!!
Since 4 hari lepas, aku tak tahulah apa hanginnya si Q nih, dia macam tau-tau jer yang adik dia bakal keluar tak lama lagi dan of course kasih sayang akan terbagi dua, dia betul-betul mengambil kesempatan yang ada untuk bermanja habis-habisan dengan aku! Memang sometimes aku surrrender beb! Just imaginelah, semua org dia tak nak! Tak pernah-pernah dia wat perangai camtuh ok! Selalunya, salah sorang dr 3 org ni yg dia paling nak, dia tak kesah sgt, its quite easy to take care of Q all this while, sebab tu aku dapat rasa she really want me to pay full attention to her now! Selagi adiknya belum keluar! Bila malam time tidur dah tentulah berpeluk sakan, tak boleh langsung aku nak tidur membelakangkan dia, memang dia akan duduk sebelah aku dan tarik aku supaya mengadap muka dia! & aku mesti cuddle dia kuat2 sepanjang malam!.
Bila siang pulak, kena main banyak-banyak ngan dia bila aku ada kat bawah, bila dukung pulak, kena dukung lama-lama dan bila aku penat, aku nak letak bawah, dia akan angkat kaki dia tinggi-tinggi dalam dukungan aku so that susah aku nak letak dia kat lantai! Bijak sungguh!. Time makan, kena letak dia kat my lap, makan sesama bersuap, kalau aku wat tak paham, dia akan menyelit tgh-tgh in between me & hubby atau panjat-panjat kerusi aku!
Setiap kali aku bukak Lappy, dia pun akan panjat badan aku, sebelum ni dia tak kesah sgt sebab ada DVD utk dia tgk, skang tak leh, ada DVD pun, dia tetap nak lepak ngan aku depan Lappy, tak kesahlah wat apa pun, janji aku peluk dia! Perghhhh... Bila jalan mana-mana, when maid @ hubby nak dukung dia, dia takmo, she keep on crying dan nak aku yg dukung dia! Meleleh-leleh air mata kesedihan nih! Punyalah drama queennn.....
Aku ingat lagik, baru-baru ni masa tuh kat Restoran SAGAR @ Bangsar One, ada birthday member anak jiran, sampai jer sana, si Q dah merengek-rengek cam tak suka dan nak aku peluk dia jer, aku dah penat giler, aku pass kat Daddy dia, dia takmo! Pas kat Nor, pun dia takmo! Maak aiii.. pengsan lah Mummy nak kena dukung all nite kalau camni! . Bila orang nak amik, dia nangis bukan main sedih. Then, dia rangkul leher aku kuat-kuat sampai aku rasa nak tercekik! Punya takut kalau ada org nak ambik dia! Sampai aku nak ke toilet pun dia nak ikut! Masa tuh aku dah tak tahan sgt, aku paksa si Nor terus "rampas" dia dan aku terus ke toilet. Hambek ko...dia nangis bukan main sedih sampai aku dalam toilet pun leh dengar! Tak senang aku nak wat kerja! Hahahhaha...Cepat2 aku kuar balik dan dukung dia semula, baru dia senyap. Then, Daddy dia pulak try nak amik coz aku dah letih sgt dah. Dia takmo gak, tapi Daddy paksa then terus hubby aku bawak Q turun bawah. Sampai bawah aku leh dengar Q nangis! Hubby pun kata, Q nangis teresak-esak sampailah dia nampak kolam kat bawah barulah dia berhenti nangis! Nampak fish dia lah tuh.. hahahaha... hubby bawak dia jalan2 nak lekakan dia sampai terlepas nyanyi lagu B'day hokayyyy! Sungguhlah manjanya...Then after that, bila naik atas balik barulah anak aku ni ok sket, dia nak kat Nor dan Nor pun bawak dia jauh-jauh dari aku. Tapi yang sedihnya tuh, bila aku jeling2 dari jauh tgk dia, aku leh nampak Q pun pandang jer aku dari jauh sambil jeling-jeling. Alahai syahdunya rasa ... Dia tak nangis, tapi pandangan mata dia wat aku serba salah .. :)
Dan yang terbaru, masa aku tgh duk ngadap Lappy, as usual Q on my lap, tetiba aku rasa sakit perut, maid aku kat bawah tengah siapkan sarapan Q, DVD aku dah bukak, so bila aku nak masuk toilet, aku dukunglah Q utk aku letak kat lantai, biar dia layan DVD dia! Mak aiiiii..member takmo hokay! As usual, dia angkat kaki tinggi2 so that aku takleh letak dia kat lantai elok-elok. Aku dah lah tak tahan nak memberut, dengan perut boyot aku dukung Q, buat pasal plak si bijak nih, sudahnya, aku baringkan jer dia atas lantai sebab dia takmo letak kaki kat lantai! Tapi she keep on merengek dan lepas tuh bangun & lari ikut aku nak masuk toilet gak! Penat aku cakap, "Mummy nak gi toilet lah, nak yak yak... nak yak yak...!" Member buat derk jer .. Lantai toilet tuh baru lepas cuci, licinlah sket kan. Aku takut dia jatuh kalau aku ajak dia masuk sekali tapi ini anak sungguh susahlah mau cakap skang ....kena ikut cakap dia jer skang nih..hadoiiii..lemah Mummy camni!
Sudahnya geng, buat pertama kali dalam hidup aku, aku membuang hajat bertemankan seseorang di dalam bilik air! Wakakakakaka..nak gelak pun ada! Nasib ko lah nak, ko nak berkepit jer ngan Mummy kan, aku berak pun ko nak ikut sama, ikut hang lah, malas Mummy nak fikir dah! Hahahhaa..Disebabkan lantai licin, aku letaklah anak aku tuh kat peha aku, sambil aku melepaskan hajat. Sib baik tandas jenis duduk, kalau tak, tak tahulah aku nak bayangkan camner aksinya aku dengan tandas cangkung! Wakakaka..Sungguh tak senonoh aku rasa ok! Dan ini kenit kan, sungguh happy yer kengkawan, dapat duduk kat peha Mummy walaupun Mummy tgh berak! Yang lawak tuh, member leh kuarkan intonasi suara memerli @ mengeluh @ sebagai tanda kemenangan mutlak (aku tak pasti mana satu tapi panjang gak intonasi dia), sambil dia senyum2 gatal, dia kata "Hmmmmmmmmmmm...." then pastu siap nyanyi-nyanyi lagik! (sebab dari bilik air aku tuh masih leh dengar lagu-lagu DVD dia). Sabar jer lah mak noks....dengan kerenah si Q nih ha ....
Aku ingatkan, bila dah habis buang hajat, dia pun nampak dah ok, bila aku nak jirus air, aku nak lah htr dia keluar dengar lagu kan...mak aiii... dia takmo wei..buat lagi perangai angkat2 kaki tuh! Sakitnya jiwa aku! Camner aku nak jirus air nih!! Hish Q nih kan ..Gilosss sungguh lah nak oiii!!! Dua tiga kali aku cuba letak dia kat bawah but still fail, sudahnya, jadilah aku Superwoman, buat 3 kerja at one time! Iskk..isk iskk..i never imagine I could do that hokay!!!! Then, tetiba aku terdengar si Nor bukak pintu (nak amik Q sebab sarapan dah siap), terus aku jerit nama Nor, suh amik Q kat toilet, Nor pun kelam-kabut datang & terkejut tgk si Q wat perangai nak masuk toilet ngan Mummy! Aku terus bg Q kat Nor & guess what!!!! This little brat a.k.a my lovely angel nih dengan muka selamba + muka nakal sambil tersenyum leh pandang aku dan kata "BAIIIIIIIIIII" sambil lambai tangan bila Nor dukung dia bawak turun bawah! Sakit jiwa mak noks....! Hahhahahaha...(dia memang suka sebut BAIIII, bukan BYEEEE bila nak bye-bye, aku rasa dia nak kawin ngan anak BAI kot....hahahah) .
Pergh, sungguhlah aku merasa tercabar, mencabar dan dicabar oleh anakku sendiri! Memang tak sangka anak sekecil tuh boleh buatkan seorang ibu jadi lemah dan mengikut sahaja apa yang anak nak yerk! Tak pernah lah aku fikir mender ni akan happend kat aku! Nak gelak ada, nak suko pun ada, nak nangis pun ada! Memang pengalaman baru melihat betapa cemburunya Q dan cara dia menarik perhatian aku untuk selalu dekat pada dia di saat-saat dia nak dapat adik baru. Selagi aku larat, aku layankan jer lah, sebab aku tahu dia nak bermanja, sebab obvious sgt, sebelum nih tak pernah camtuh, aku harap, semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh 4 minggu akan datang dengan kerenah Q yang manja dan perut aku yg semakin sakit lately. Aku tahu simptom Q ni takkan lama, once adik dia dah keluar, i believe that everything will be ok back, harap2 semuanya ok lah kan..So skang, memang aku terpaksalah melayan segala macam kerenah pelik Q. She will suprise me everyday with her new perangai yg pelik2 tuh! Hmmm.. kena ready lah nih.....
Mehlah Q masuk dalam kain Mummy nih senang!!!
14 comments:
mmg genius betul..smpi dah ada instinct adik dia nak kuar.
kesian Q. ko jgn marah2 dia nnt kalo adik dia dah kuar nnt ye.
hihi..kelakar la q, aunty ketawa and cant imagine caner q join sekali ngan mummy masa kat dlm toilet tu..sure bucukkk kan hihi..dia takut mummy dia tak sayang dia dah kot..cant wait to read bout her lepas u deliver nanti :)
HAHAHAHA tapi takpe kan Q...mommy tokey perfume sure berak pun bau perfume gak...hahahahha... :P
haha..klakala.aufa pun same.xle tinggal lngsung.i pi toilet xpnh tutup pintu.malak truk if ttp.xtng jdnye.huhu.so,dia tcongok tunggu kt dpn pintu tunggu ummi dia.haha
isabelle, hhahaha.tu lah pasal.. dia mmg cam tau lah beb .. pelik gak aku tgk tau .. harapo2 tahap kesabaran aku tinggi cam gunung everest especially dalam pantang nanti..ahahha
adlina, hahaha.. tu lah yang ..bila i pikir balik pun i gelak sorang2 .. merepek2 jer kelakuan anak aku nih ..nanti adik lahir tak tahulah camner .. haru jer .. hahaha
Haiza, hahaha..takder maknanya berak wangi ... wakakaka.. i teringat my maid yg lama wat lawak bila Q lahir, dia punya uri tuh my maid kata wangi sgt .. hahaha..aku pun tak sempat bau dah sakit2 bersalin, tapi dia pegang masa nak bg my hubby suh tanam .. hehehe
US, hahaha..tu lah pasal..selalunya mmg i jarang tutup pintu especially kalau Q atas katil tgh tidur atau tgk TV..i takut dia jatuh i tak dgr ker kan .. cuak betul i kalau dia golek2 .. mmg dia dah pandai turun katil sendiri tapi yerlah kan ..mender kalau nak jadi kejap jer kan .. ehehhe...
mmg sejak jad mak nih, selagi anak tak besar ,, tak senang kita nak wat apa2 pun dalam bilik mandi ..ajhhhahhaa
Adoiii watie, den rasa sedih ada...lawak tergelak besar pon ada bila baca nie.
Sedih psl Q nak manjosss je ngan mummy dia (nak sepenuh perhatian tuuu), tang lawak pulak...ha ha...tau2 aje lah part yg mana ye :D
Oklah tu dear, kasi chance sama itu budak comel utk bermanja-manjaan ngan mummy dia sblm adik baru keluar nanti...kan kan Q sayang :D
watie,
tu bb masih dlm perut camtu.. bayangkan lah dah kuor nanti... mcm2 yg semakin adventure akan berlaku... hiiihhiii..
mcm anis & aliya.. kdg2 2-2 minta dokong... 2-2 nak ibu... pepandai lah nak handle.. lagipun this moment takkan berulang bila anak dah beso...
take care ya...
oohoh....watie,aku tak dpt bygkan nanti bila dah kuar.mesti kita akan jadi hulk hogan kalau dua2 pun nak kita je! My Aliah pun sama skrg, semua nak dgn aku pdhal baby kecik lg baru 3 bln dia ada byk ms lagi sebelum baby kuar,tp time2 tak larat ni jugaklah dia x mo beralah...Nak dgn kitaaaaaaaaa jgk! gRrr.......
* Psst,aku pernah gak masuk toilet bersama Aliah di stesen LRT sbb takut biar dia sorang (kami kuar ber2 je).so time aku buat biz,aku suh dia tutup muka hadap dinding pintu :p Hahha,tapi dia sibuk2 gak nak toleh...
Intan, hehehe.. tu lah pasalnya yang ..i kengkadang geram pun ada, kesian pun ada kat dia ..especially time dia ngah tidur .. i dapat rasa dia cam takut i tak tumpukan perhatian pada dia pas ada adik.. hmmm.. insya allah tak der beza kot ... cuma nya lagi penat lah pasni ..ahahhaha
kak yong,. tuh lah kengkadang watie respek ngan org yg banyak anak nih ..kita baru nak masuk dua dah terkial2 tak tahu nak wat per .. mak watie dulu 6 anak sorang jer jaga, mana ada pakai maid ...semua ok jer .. hehehe..
berdebar plak rasanya nak bertambah ahli keeluarga nih ..ehhehe
Sal, tu lah kan ..they really can feel lah beb ... nanti perut hang besau mesti lagi tense tau .. time tuh lah tahap gaban dia punya mannja ..memang kena sabar banyak2 ... hu hu ..
hahhahaha..yer lah ..kalau aku pun kat luar, takder sapa nak jaga anak, mmg aku masuk sekali toilet ngan dia .. janji anak depan mata wei.. hahahah
Post a Comment