Friday, January 7, 2011

Ketua Kampung Bg Ucapan!

Sila baca ala-ala Ketua Kampung bagi ucapan pada orang kampung dia :

"Dengar sini orang-orang kampung!! Sayugia diingatkan untuk tuan hamba semua membeli Majalah keibubapaan tersohor di Malaysia iaitu Pa & Ma pada bulan Februari 2011 ini kerana akan ada 8 + 1 muka surat penting untuk tuan hamba buka, baca, lihat & join sama. Marilah kita sama-sama memberikan sokongan kepada anak kampung kita yang berjaya mengiklankan diri mereka di mukasurat hadapan Majalah Pa & Ma tersebut. Mulai sekarang, berdikit-dikitlah tuan hamba semua dalam berbelanja kerana tidak lama lagi majalah itu akan keluar di pasaran. Hamba faham yang harga minyak telah pun naik, sehingga ia memberi kesan kepada minyak masak yang tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan kemanakah menghilangnya ia, mungkin tuan hamba semua berfikir 2-3 kali untuk mengeluarkan wang gaji demi membeli senaskah majalah, tetapi demi sokongan kepada anak kampung kita, marilah kita mula menyimpan dari sekarang. Insya Allah, bila tiba masanya ia dicetak dan dipasarkan, kita boleh borong kesemuanya!. Bagi menambahkan lagi rasa ghairah tuan hamba semua untuk mendapatkan majalah ini, Hamba lampirkan muka hadapan Majalah Pa & Ma ini untuk tatapan semua. Semoga mudah untuk tuan hamba mendapatkannya. Tuan hamba semua nampak perkataan Bling Lustre? Itulah yang harus tuan hamba perhatikan ketika membuat pembelian nanti. Tuan hamba harus baca 8 muka surat pertama dan kemudian selak Majalah tersebut satu demi satu, sehingga nampak perkataan Genius Baby On Board berserta kuiznya. Hamba mahu tuan hamba semua jawap soalan kuiz itu dan kemudian hantarkan dengan segera kerana  hamba ingin pastikan orang kampung ini memenangi kesemua hadiah yang ditawarkan.  Sekian sahaja pengumuman Hamba buat masa ini. Ketemu lagi apabila majalah ini berada dipasaran kelak."


Comel sungguh bayi kat mukasurat depan ini (kata Hamba di dalam hati).

post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading