Wednesday, January 19, 2011

Stimulasi 18SX: Bermain Ketika Menenen!

Yer, tajuk ini memang kontroversi. Silap-silap jadi highest ranking atau popular post dalam blog GBOB ni! Ekekekek.. Bukan niat saya nak glamourkan entry ni dengan tajuk macam ni tapi ia sememangnya berlaku antara saya dan Zayra. Memang seronok sampai Zayra tergelak-gelak. Terus saya rasa macam nak buat entry untuk berkongsi aktiviti saya dengan Zayra ketika menenenkannya. Tapi, mula-mula saya agak keberatan juga nak buat entry ni tau, takut ada orang salah faham atau para bapa @ budak-budak muda plak tetiba terexcited tgk tajuk. Hahahha. Sungguh lah tak sesuai kan. Jadi, pada mereka yang ter"bumped" di laman web ini dengan niat mencari bender-benda haram - HARAP MAAF! ANDA TERSALAH CHANNEL! Ekekekek.. 

Sorry brader, lu salah channel ooooo... ini baekkkk punya blog tau!!

Saya harap para pembaca tak memandang serong aktiviti ini, sebab aktiviti ini hanya berlaku antara kita dan anak- ketika meyusukan mereka. Dan yang bestnya, hanya ketika penyusuan badan sahaja aktiviti ini boleh dilakukan. Haaaa... another good reason why we must breastfeed anak kita tau!.Kalau tak breastfeed pun boleh juga, tapi cam kelakar sikit ah. Cthnya, saya tak main dah aktiviti nih dengan Qarissa. Takut ooo...silap-silap hilang puting! Hahahhaa... Mungkin nampak remeh, tapi ia adalah stimulasi yang berkesan. Bukan sahaja disebabkan oleh "bonding time" yang precious tuh, tetapi juga stimulasi sentuhan yang memainkan peranan besar dalam perkembangan otak bayi kita ketika stimulasi dilakukan. 

Angelina Jolie yg hot walaupun menenen!

Saya tak pasti samada diluar sana ada tak para ibu bapa yang buat, memang dah lama buat, atau ada yang dah kongsi pun kat blog, atau ada yang tak pernah buat, atau ada yang buat tapi malu nak kongsikan di blog sebab ia agak 18SX lah kan ..:) Saya pun malu juga nak cerita sebab ianya agak terbuka tapi saya fikir positif sahaja. Saya nak kongsikan stimulasi ini untuk para ibu yang menyusukan anak, jadi saya harap para pembaca tak pandang serong niat saya yer. Mana lagi medan yang boleh saya kongsikan pun, blog ni jer lah yang ada, tempat wadah saya nak kongsikan apa yang saya lalui dengan anak-anak setiap hari. So, otak jangan kotor haaaaaaa! Ekekekek.. 

Betul-betul hebat yerk wanita bernama ibu nih?

Ok, masa kita susukan anak, pernah tak anak kita main-mainkan kita? Maksudnya, dia sengaja tarik2 mulut dia takmo hisap nenen kita? Mesti geram kan? Nak-nak time tu susu tengah melimpah ruah. Adoi, habis basah baju dibuatnya. Saya ingat lagi susu saya punyalah banyak sampai memancut-mancut! Time tulah si Zayra nih buat perangai duk lepaskan nenan saya! Terus saya "tangkap" mulut dia dan masukkan balik! Hahahhaa.. Saya berjaya! Terkulat-kulat Zayra punya muka sebab kena "paksa" hisap nenen Mummy! Hahahah... Mummy notty yer nak ...:) Tapi tak selalu ah dia buat camtu. Baby yang baik Zayra tuh..hehehe..

Mak aiii...dah overhaul dah ni saya rasa! Tapi mmg powerlah mak dia nih!

Ok, aktiviti nih boleh dilakukan sebelum atau selepas anda menyusukan anak. Sebabnya, time tuh susu kita belum keluar @ dah habis kan? Kalau tengah-tengah menyusu atau masa nak menyusu tuh dah penuh sgt sampai melimpah, agak tak sesuai lah kan.:) Apa yang anda boleh buat, katalah anda nak main aktiviti nih sebelum anak betul-betul menyusu, anda boleh buat suara teruja dan excited macam nih, "Haaa...hambek nih ...hambek nih ... kena kat muka dia ..This is your face baby! This is your eyes, your nose, your cheeks" , sambil kita pegang nenen kita tuh dan halakan kat bahagian-bahagian tersebut. Mesti kelakar sebab anak cam dah tak sabar-sabar nak menyonyot kan, tapi kita sakat-sakat dan bergurau ngan dia. Lebih best lagi, kita acah-acah macam nak masukkan dalam mulut dia tapi pastu kita kuarkan balik nenen tu, atau kita setakat sapu-sapu jer nenen tuh sikit-sikit kat mulut dia.. Ekekekek.. Mesti cam kesian jer kan baby kita tu (jahatnya aku nih ..apalah aku ajar mak bapak wat camni kan .. hehehehh) tapi korang try lah buat. Aku rasa baby suka tau! Sebab dia macam paham kita bergurau sebenarnya. Silap-silap anak korang mengekek-ngekek kesukaan. Just like Zayra did bila aku main-main ngan dia. Sambil-sambil tuh, boraklah ngan anak. Boleh juga ajar anak secara tak langsung macam, "Baca Bismillah dulu, baru Mummy bagi, hehehhee...cepatttt! Baca Bismillah dulu ....Hembek nih ..hambek ni ..Bismillahirrahmanirrahim, ok we count together, 1...2...3!!" dan terus sumbat nenen tuh dalam mulut anak. Hehhehe.. Percayalah cakap aku, mesti best punya permainan nih. Tapi orang kenalah main betul-betul, kena letak diri korang macam budak-budak jugak, tak boleh ah serius sangat kan? Alah apa nak malu kan, kita ngan anak jer, berdua jer, bukan aku suruh buat depan orang ramai pun kan! Ekekekeke...

Tengok, betapa nak menunjukkan kalau anak kita BF, otak dia akan bergeliga tau! Hehehhe

Kenapa aku kata ia stimulasi yang bagus? Ok, yang pertama dah tentu masa tuh kita sedang memeluk anak kan? Anak kita rasa secure dalam pelukan tuh. That is the best moment kita bonding dengan anak. Dan bila kita bermain dengan dia sebelum atau selepas menenen, anak akan rasa sentuhan yang berbeza. Kulit tangan dengan kulit breast kan berbeza. Kulit breast kan lembut, mestilah anak suka sentuhan yang berbeza di seluruh mukanya. Dan apa yang best, bila dia dengar suara kita cuba nak bergurau dan dia pun faham dan tergelak-gelak, dan ketawa atau gelak itu sangatlah baik untuk kesihatan bayi. Mungkin korang akan suka bila baca fakta ini: 
  1. Untuk bayi, gelak selama 1 minit adalah sama seperti mereka sedang melakukan senaman selama 20 minit! Jadi, bila anak kita gelak, ia merupakan satu bentuk senaman pada mereka!
  2. Ketawa atau gelak dapat menstimulasikan otak anak kita mengeluarkan sejenis hormon yang dapat menstimulasikan pengeluaran endorphin (sejenis hormon yang dapat mengurangkan kesakitan) 
Mak aiii.. preggy lagi skali haruslah tgk muka baby ni selalu especially tang mata dia ..macam anak patung!

Haaaa..bestkan? Bukan senang kita nak buat anak kita gelak kalau tak betul-betul kan? Nak-nak kita dan suami nih pulak jenis yang serius memanjang. Yerlah, banyak masalah nak pikir kan .. masalah negara, masalah kewangan, masalah pejabat, masalah jiran yang suka gantung sepentot sesuka hati kat mana port yg dia suka dan sebagainya, nak gelak pun tak sompek! Hhehehe..Jangan macam tuh, korang pernah tak baca yang banyak pesakit menggunakan terapi ketawa sebagai salah satu penyembuhan alternatif? Dan ia sememangnya berkesan! 

Macam ni pun best kan? Tak membazir susu kita. Me pun suka buat camni masa susu banyak dulu!

So, bolehlah Mummy-mummy cuba try test aktiviti nih dengan baby masing-masing okeh! Pastu leh komen dan bgtau apakah hasilnya. Bagi siapa yang pernah try aktiviti songsang nih, bolehlah share jugak experience masing-masing samada ianya berkesan untuk anak anda tak? Atau adakah anda seronok bermain permainan ini? As i always said, stimulation can be anytime & anywhere. So, this is one of the activities yang boleh dilakukan! :) Dont Try this at home okeh!

Ni baru betul! Papa, dont try this at home! Ekekeke

post signature
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading