“ Bayi secara semulajadi adalah seorang yang genius, tetapi dalam tempoh 6 tahun hidup mereka, ibu bapa telah menjadikan mereka tidak genius lagi” – Glen Doman
Semenjak saya melahirkan Qarissa, saya telah berazam untuk menjadi seorang ibu yang baik & bertanggungjawab (saya percaya semua ibu di dunia berperasaan demikian). Salah satu caranya saya melunaskan tanggungjawab saya sebagi ibu adalah dengan menyediakan “pakej ilmu” kepada anak saya semenjak dia masih di dalam perut lagi.
Pada mulanya, saya berkira-kira ingin mengikut arus perubahan semasa. Dalam fikiran saya ketika itu, kalau setakat ABC itu, sampai satu masa nanti mesti anak saya akan tahu juga. Tak perlulah saya bersungguh-sungguh mengajarnya. Tetapi, saya merubah fikiran apabila melihat anak sulung kakak saya iaitu Dania, sungguh bijak dan petah berkata-kata. Kadang-kadang, ayat yang dituturkannya melangkaui sempadan pemikiran saya. Saya tidak menyangka Dania begitu bijak hingga boleh mengeluarkan ayat-ayat dan frasa-frasa yang mengagumkan ketika bercakap. Bukan saya sahaja yang teruja, kakak saya pun begitu juga. Menurut beliau, dia tidak mengajarkan anaknya berbicara seperti itu (maklumlah, kakak saya seorang ahli perniagaan yang berjaya, jadinya sudah semestinya dia agak sibuk) tetapi menurut kakak saya, anaknya suka melihat rancangan kartun di saluran 613 Astro – Disney Channel. Dia percaya yang anaknya banyak belajar dari rancangan itu. Ketika itu, saya masih lagi belum mengandung.
Semenjak itu, saya selalu terfikir, jika kanak-kanak sekecil itu boleh petah bercakap tanpa ada siapa yang mengajarnya, apatah lagi jika kita sebagai ibu yang memberikan maklumat dan tunjuk ajar. Sudah pasti hasilnya akan bertambah baik dan mengagumkan! Sejak itu, saya telah berazam di dalam hati untuk memastikan jika saya mempunyai anak, saya akan latih anak saya menjadi kanak-kanak yang bijak dari awal lagi! (sudah tentu dengan cara yang menyeronokkan dan bukan paksaan!). Saya juga sering melayan kerenah Dania dan apabila kami berjumpa, sudah tentu saya akan melayannya membaca buku, melukis atau apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu tetapi dalam suasana yang menyeronokkan (tidak hairanlah kalau saya menjadi Auntie kesayangannya!). Saya praktikkan kepada Dania supaya apabila saya ada anak nanti, mudah untuk saya mempraktikkan apa yang telah saya lakukan dengan Dania.
Alhamdulillah, kini saya telah mempunyai anak sendiri, dan saya mula menjadikan anak saya seorang yang genius sejak dia di dalam perut lagi. Sama ada saya berjaya atau tidak, kita tunggu lagi 6 tahun yer ..:)
Apa yang saya lakukan? Saya ingin berkongsi dengan anda semua apa yang telah saya lakukan setakat ini. Di dalam entry saya yang akan datang, insya Allah saya akan menerangkan dengan lebih lanjut lagi perkara-perkara yang telah saya lakukan untuk anak kesayangan saya ini. Terpulang kepada anda untuk mencubanya atau tidak kepada anak anda. Saya juga masih di peringkat ujikaji lagi, belum expert pun. Hehehe..sama-sama kita belajar & kongsi pengalaman ok..
Sebenarnya sejak awal usia kandungan saya, saya telah mula mempraktikkan beberapa perkara yang biasa dilakukan oleh ibu bapa lain seperti berborak dengan bayi dalam kandungan, mengusap perut, berdoa kepada Allah SWT agar semuanya dipermudahkan untuk saya dan semoga anak yang saya kandung ini akan menjadi anak yang bijak.
Tetapi apabila usia kandungan mencecah 6 bulan sehinggalah sekarang, saya lebih aktif dalam menjalankan aktiviti untuk puteri kesayangan saya ini. Alhamdulillah, saya dapat melihat perkembangan yang sangat-sangat positif ke atas Qarissa sepanjang saya membesarkannya. Tumbesarannya sangat mengagumkan malah saya sangat teruja apabila saya melihat Qarissa lebih aktif dan memahami serta memberikan tindak balas ketika berada di dalam kelas Gymboreenya mahupun di rumah. Satu kepuasan dan kebanggan bagi saya apabila guru Qarissa memuji anak saya dan mengatakan yang dia bijak di dalam kelas! Ketika saya menulis entry kali ini, usia Qarissa ialah 9 bulan 22 hari.
Perkara yang telah saya lakukan untuk menjadikan anak saya seorang yang genius:
1. Karaoke
- Saya seorang yang suka menyanyi dan berkaraoke (sedap ke tidak lain cerita haaaa…hehehh). Apabila usia kandungan saya 6 bulan, secara tiba-tiba saya kepingin untuk menyanyi. Apa lagi, saya pun menghabiskan masa petang saya dengan berkaroke sehingga suami saya pulang ke rumah. Dari lagu rancak sampailah lagu jiwang, dari lagu rock sampailah lagu nasyid, semua saya bantai. Lepas geram katakan. Agak mengujakan apabila saya masih boleh menarik nafas yang panjang dalam menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi. Saya rasa ini adalah salah satu sebab mengapa saya mudah melahirkan anak. Teknik pernafasan memang penting terutama ketika meneran bayi. Anda jangan tak tahu, saya siap bagi petua pada rakan saya yang sedang mengandungkan anak kedua. Menurut beliau, ketika mengandung anak pertama, bayinya sepeti YOYO, kejap masuk kejap keluar. Apabila saya memberikan petua yang saya beri nama “Teknik Meneran Bayi Sepuluh Harkat”, rakan saya ini telah mempraktikkannya dan bayi keduanya itu lahir selepas 2 kali kawan saya meneran!. Hebat kan! (Anaknya lahir 4 hari selepas Qarissa dilahirkan, jadi sudah semestinya teknik yg saya ajar itu masih jelas di ingatan rakan saya!) Rakan saya siap sms bagi tau yang teknik yang saya ajarkan itu memang sangat berkesan!! Wah, boleh jadi pakar meneran saya nih..heheheh..
2. GOGO Education Programme
- Apabila usia kandungan saya 7 bulan, saya telah mengajak suami saya ke Pesta Buku Antarabangsa PWTC. Tujuan saya adalah untuk mencari bahan atau sumber rujukan untuk proses pembelajaran anak saya yang akan lahir. Mungkin anda akan katakan saya ini “over”dan ia terlalu awal tapi bagi saya, tidak sama sekali!. Kalau lah Pesta Buku itu di adakan ketika usia kandungan saya 1 bulan sekalipun, saya akan TETAP membelinya!.Saya sangat-sangat percaya yang bayi di dalam kandungan boleh tahu apa yang berlaku dipersekitaran mereka walaupun dunia mereka gelap di dalam! (Kalau tidak, untuk apa Tuhan anugerahkan kita dengan SEPASANG TELINGA kan!) Saya mencari satu program yang merangkumi semua aktiviti yang tidak membosankan. Kebanyakan program yang ditawarkan di Pesta Buku itu adalah program yang pada saya “biasa-biasa” sahaja. Ia lebih menekankan kepada pembacaan dan buku-buku sedangkan saya mencari satu program yang merangkumi aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan tidak membosankan bayi saya. Kalau setakat buku & emphasis on "How To Read", lebih baik saya beli buku-buku yang murah-murah di jual di Pesta Buku itu (baru RM1 sebuah) . Saya tidak mahu menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli "buku kanak-kanak" sahaja. Anyway, anak saya tidak akan pandai membaca dalam tempoh 2 tahun hidupnya hokayy....
- Akhirnya saya bertemu dengan satu program yang saya rasakan sangat interesting dan memenuhi ciri-ciri yang saya cari selama ini iaitu GOGO Adventure with English. Ia merupakan satu program yang lengkap untuk 0- 7 tahun. Secara ringkasnya tentang program ini, GOGO adalah seekor dinasour yang mempunyai 3 orang rakan iaitu Jeeby, Tappy & Pod (yang suka sangat tidurr & blur...so cute!) dan GOGO mengajar rakan-rakannya berbahasa Inggeris. Di dalam pakej ini terdapat patung yang menyerupai ke empat- empat watak, (yang sudah tentu menarik perhatian bayi@ kanak-kanak ketika belajar seterusnya menjadikan sessi pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan), 3 CD Audio (kesemua lagu-lagu yang telah di compile dalam program ini), 6 VCD (program penuh cerita-cerita menarik & lagu-lagu untuk anak anda lihat di TV), 3 CD Activity (aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan semua cerita dalam VCD), 4 jenis flash card (berlainan subjek), 3 Song Books, 2 Colouring Books, 6 Reader Books, 3 Activity Books, 1 Dictionary dan 3 Buku Panduan Ibu Bapa. Yang lebih menariknya, ia disertakan dengan TALKING PEN !! Talking Pen ini boleh berkata-kata mengikut apa yang tertulis dalam SEMUA buku yang ada disertakan dalam pakej ini!. Saya yang dewasa ini pun seronok melihatnya dan teruja untuk mencubanya, apatah lagi kanak-kanak!. English yang digunakan dalam program ini juga adalah English yang standard dan bukan caca marba @ asbol. The pronounciation & intonation juga bagi saya sangat baik & menarik. Dari segi warna pula, ia memang menarik perhatian. Harganya mula memang berbaloi, lebih murah dari program-program "membaca" yang saya jumpa di Pesta Buku itu. Maka, saya dengan perut yang boroi, dengan bangganya membeli set Education GOGO untuk anak dalam perut saya! Saya yang bijak ini telah membayar menggunakan Maybank credit card dan mengambil pakej 12 bulan tanpa faedah yang di tawarkan (bagus kan!) dan bulan ini (April 2009), maka tamatlah sudah pembayaran pakej saya. Sekejap sahaja rasanya masa berlalu....
Qarissa ketika berusia 1 bulan setengah
Hampir setiap hari masa dalam pantang saya melayan cerita GOGO bersama Qarissa. Semangat Qarissa tgk Gogo macam dah nampak jer mata tuh..hehehe
3. CD Audio GOGO
- Sebaik sahaja saya balik ke rumah, setiap malam saya akan membuka CD Audio GOGO sebelum tidur hinggalah ke esok paginya. Saya berkata di dalam hati yang anak saya ini akan menjadi bahan uji kaji saya selama 6 tahun untuk melihat sama ada apa yang saya baca selama ini betul atau tidak.Walaupun lama kelamaan saya bosan (sapa yang tiudak bosan mendengar lagu yang sama berulang-ulang kali, lagu kanak-kanak pulak tuh!) tetapi saya cekalkan hati dan berkata, " Inilah pengorbanan (telinga) yang saya lakukan untuk bayi dalam kandungan saya". Lagipun, di dalam salah satu buku parenting yang saya baca, memberitahu bahawa kanak-kanak TIDAK PERNAH merasa bosan. Apabila mereka sukakan sesuatu, mereka akan tekun melihatnya berkali kali tanpa sedikit pun rasa muak! Kini, apabila Qarissa sudah mula mendapat "matanya", saya sememangnya SANGAT PERCAYA kerana telah melihat sendiri bagaimana Qarissa memandang VCD Lagu Jolly Kids tanpa berkelip sedikit pun! (walaupun Qarissa telah melihatnya untuk kali yang ke....."arghh..saya pun sudah tidak dapat mengiranya.." ! Put it this way - saya telah menghafal kesemua 16 lagu yang ada di dalam CD itu, berapa kali sang zirafah telah menganggukkan kepala ketika bahagian lagu "This is the way we nodd our head" dinyanyikan dan berapa ekor kuda yang melompat apabila lagu "She'll be coming round the mountain when she come"...) Perghhhh.... ajaib sungguh melihat Qarissa melihatnya setiap hari pagi, petang & malam tanpa BOSAN!!) Kalau tak percaya, tengok video yang saya attach di bawah. Lama tau ..7 minutes 5 seconds ! Hehhe...
- Selepas melahirkan Qarissa, "telinga" saya telah bercuti selama 2 minggu (leganya..). Saya sengaja berbuat demikian kerana ingin melihat sama ada Qarissa masih ingat akan lagu-lagu dari CD GOGO apabila saya memainkannya semula kelak. Hari-hari yang saya lalui dalam 2 minggu itu berjalan seperti biasa. Selepas 2 minggu berlalu, saya memainkan semula CD Audio itu pada waktu malam sebelum Qarissa tidur. Amat mengujakan apabila saya dan suami melihat Qarissa tersenyum dan teruja mendengar lagu yang saya mainkan seolah-olah dia faham & mengerti bahawa lagu itu telah dimainkan oleh saya sebelum dia melihat dunia ini lagi! Saya & suami sangat seronok melihat Qarissa memberikan tindak balas & secara tidak langsung menguatkan lagi kepercayaan saya terhadap apa yang saya telah baca selama ini. Sejak dari malam itu, saya telah berazam untuk melakukan lebih banyak "ujian" yang menyeronokkan untuk Qarissa. Pernah juga saya terasa yang saya ini macam melampau tetapi kemudian saya terfikir, " Arghh..pedulilah, no harm what..., apa saya buat ini..Saya cuma ada 6 tahun sahaja untuk menjadikan anak saya seorang yang genius, dan sememangnya masa amat mencemburui saya! Selagi Qarissa seronok dan merasakan apa yang saya ajar itu adalah satu "permainan" yang hebat & menyeronokkan dan dia gembira dengan aktiviti tersebut...saya telah BERJAYA! .."
Bersambung di posting akan datang....saya akhiri posting ini dengan video Qarissa "melayan" VCD Jolly Kids Song....
No comments:
Post a Comment