22 April 2009 merupakan hari yang istimewa bagi kami sekeluarga kerana hari ini merupakan hari jadi "my soul" merangkap Daddy Qarissa. Puas aku memikirkan sesuatu yang istimewa untuk suamiku ini tetapi semuanya jadi blur. Mula-mula aku rancangkan percutian 2 hari 1 malam di Bukit Tinggi @ Genting tetapi kebetulan pula hari lahir suamiku jatuh pada hari Rabu. Hari Khamis pula merupakan hari penghantaran untuk minyak wangiku. Jadi tidaklah dapat aku meneruskan niatku ini.
Memandangkan kereta aku telah digunakan oleh adikku Nana yang belajar di UiTM, aku jadi patah kaki untuk ke mana-mana & membuat suprise kepada suamiku. Yang lucunya, untuk membeli kad hari lahir suami ku pun aku terpaksa menunggu masa kelas Qarissa pada hari Sabtu. Puas aku cuba menyorok dari suamiku ketika di MPH, aku siap beli kad Hari Ibu dan meletakkan kad hari lahir suamiku di bawah kad Hari Ibu untuk mengaburinya tetapi tetap kantoi...hehhee..
Selepas puas memikirkan ke mana kami hendak makan malam, akhirnya kami membuat keputusan untuk ke USJ dan terdamparlah kami anak beranak di Victoria Station. Nasib baik juga restoran itu tidak ramai pelanggan dan agak privacy, jadi kami menikmati makan malam di situ dengan penuh keselesaan.Sempat juga aku membelikan suamiku cheese cake yang sangatlah lazatnya ..."very the creamy"..hehehe..
Malam tu, aku memilih chili rib sebagai menu pilihan. Siap ada cili padi lagi. Harga pun boleh tahan dalam RM 47.90 sepinggan. Air plak aku pilih yang paling femes (menurut kata waiter tuh lah kan..) - Tropical Puch ..but memang sedap...presentation pun cantik...Untuk suamiku, dia pilih T-Bone & lemonade. Untuk maid aku si Nor, aku pilihkan Chicken Maryland & Ice Lemon Tea.Kami sekeluarga menghabiskan masa sehingga pukul 11 malam di situ dan pulang ke rumah dengan penuh kekenyangan ...Alhamdullilah..
Chicken Maryland for my maid.
My Tropical Punch
To my lovely hubby, Me & Qarissa loves you so much...Happy 34th B'day Dear..May Allah bless u always ..May we live happily ever after ..
Loves,
4 comments:
happy belated birthday gak la...
entry ko ni buat aku meleleh air liur jer, nak tunggu balik msia...bila lah...aiseh, kene cari resepi nih....:P
naimah
Yang aku punya memang serius SEDAPPP....sos dia yg sedap tuh Beb ..cepat balik M'sia weh ..hahahaha
cute la notebook tu... ok la aku letak notebook aku jap gi... aku rasa baru berapa hari jer aku tak baca blog ko nih tapi mak ai banyak nyer updates!!! bila ko tulis daaaa.... ok tunggu stories aku ek...
Sue,
hahaha..semangat erk aku updates!baru tahu penangan Qarissa, maknya yg lobih..ahaks..apa yg terpikir terus aku taip. malas tunggu2..otak aku nanti jem tau kalau banyak maklumat sgt! hahah..letak cepat notebook ko! nak tgk..
Post a Comment