Aku rasa puas melihat Qarissa membesar di depan mataku. Aku juga puas menjadi ibu merangkap "cikgu" kepada anakku ini. Sesungguhnya, tidak pernah aku terfikir yang satu hari nanti aku akan menjadi suri rumah sepenuh masa memandangkan aku seorang yg komited dalam kerjaya. Kehadiran Qarissa memang tepat pada waktunya. Dia telah merubah segala-galanya dalam hidupku.Dia lahir di saat aku telah berjaya membeli sebuah rumah untuk di diami kami sekeluarga pada usia ku 27 tahun. Apabila usia kandunganku 4 bulan, aku ditawarkan pemberhentian kerja secara sukarela memandangkan syarikat tempat ku bekerja mengecilkan operasi. Aku sedikit pun TIDAK merasakan peristiwa tersebut adalah "bala" atau "petanda" tidak baik malah aku rasa bersyukur. Aku memang bercadang untuk berhenti & mencari kerja lain selepas melahirkan anak tetapi apabila ditawarkan untuk berhenti lebih awal, aku menerimanya. Lagipun, alahan yang aku alami agak teruk. Aku muntah dengan teruk dan langsung tidak berselera makan. Dalam masa yang sama juga, aku berpindah ke rumah baru. Kontraktor keluar masuk untuk menyiapkan rumah baru ku dan dengan adanya aku sebagai tuan rumah, ia akan lebih memudahkan semua kerja di siapkan tepat pada masanya. Bukan itu sahaja, aku telah diberikan 2 + 1 bulan gaji sebagai ganti rugi. Memang berbaloi sebab jika aku berhenti secara sukarela selepas bersalin, sudah tentu aku tidak akan menerima ganti rugi ini. Tiada apa yang aku kesalkan malah aku rasa seronok berada di rumah baru & menunggu kelahiran cahaya mata sulungku ini. Aku agak bertuah kerana dalam masa yang sama, aku mempunyai perniagaan internet yang dapat menampung kehidupan seharianku tanpa mengharapkan bantuan suami ku.
Cuma, aku tidak sangka yang selepas Qarissa lahir, aku semakin malas untuk mencari kerja baru. Aku lebih suka menghabiskan masa dengannya, bermain, menonton DVD Education Programme, menyanyi, belajar dan berjalan-jalan dengan Qarissa. Aku rasa puas melihat anakku semakin hari semakin bijak dan cepat belajar. Dia cepat faham & cepat tangkap apa yang aku katakan. Ini menguatkan lagi azamku untuk menjadikan anakku "genius" secepat yang boleh.
Aku bangga kerana dalam usia 6 bulan, Qarissa sudah pandai berjoget ke depan & ke belakang apabila mendengar lagu-lagu yang disukainya. Dia akan tekun mendengar lagu tanpa berkelip & mula berjoget sakan. Dia juga sudah mula pandai menepuk tangan. Setiap kali aku menyanyi lagu yang mempunyai perkataan "clap" atau aku memintanya menepuk tangan, Qarissa akan menepuk tangan dengan penuh perasaan sampai berbunyi-bunyi dengan kuat! Aku gembira kerana itu menunjukkan yang dia mengerti apa yang aku suruh lakukan.Pada usia 7 bulan pula, dia boleh melambai apabila aku menyebut "bye-bye". Memang teruja aku melihat keletahnya. Rasa seperti ingin sahaja aku mengigit jari jemarinya yang comel itu. Setiap kali Daddynya keluar @ balik kerja, dia akan melambai-lambai pada Daddynya itu dengan penuh perasaan.
Pada usia 8 bulan pula, aku mencuba satu lagi eksperimen. Aku menyebut perkataan " Ha..ha, tak tahu", sambil jari telunjukkan di tujukan padanya. Tidak lama kemudian, Qarissa dengan comelnya telah mengikut aksi ku itu setiap kali aku menuturkan perkataan tersebut!. Seronoknya aku...Comel betul jari telunjuk bayi ku ini...:) Pada masa ini juga, Qarissa mula membebel secara berlagu. Sebelum ini, dia hanya akan membebel seperti biasa dengan menyebut Ahhh..dan Eeee..tetapi ketika 8 bulan, dia telah mula membebel dengan lebih panjang serta berlagu...bila dia marah atau geram, dia akan membuat suara seperti emak-emak membebel dengan menuturkan perkataan "Ehhh..Ehhh..Ehhh" "Eiii....Eii...Eiii..." Arghhh...Arghhh.." ..sampai aku & keluarga semua tergelak mendengar intosinya ..Memang macam poyo....Aksi "Ha.. Ha.. Tak tahu" yang sempat aku rakamkan menggunakan camera Lumix Panasonic. Thanks Lumix!
Di kala usianya 9 bulan pula, aku telah membuat 2 eksperimen. Aku mengajarnya membuat aksi membaca doa. Pada mulanya, Qarissa hanya melihat kami suami isteri membaca doa setiap kali Ustaz Hasnul datang mengajar kami suami isteri mengaji setiap hari Khamis & Sabtu di kediaman kami. Apa yang aku perasan selama ini, Qarissa merupakan bayi yang sangat-sangat observative. Dia akan melihat dengan tekun semua perkara yang menarik perhatiannya, dan kemudian secara tiba-tiba pada hari yang lain, akan melakukan aksi yang telah dia lihat sebelum itu. Aku rasa, Qarissa telah menyimpan SEMUA maklumat yang dia perolehi setiap hari di dalam otak "kecil tapi besar" nya itu dan menggunakannya apabila tiba saatnya. Kerana itulah, aku selagi boleh cuba menjadi kan hari-hari anak ku suatu hari yang menyeronokkan & penuh informative. Insya Allah, aku akan menulis aktiviti-aktiviti yang kami lakukan dan bagaimana cara yang aku lakukan dalam entry yang lain.
Apabila Qarissa mula melakukan aksi membaca doa buat pertama kalinya, aku & suami tergelak macam nak pecah perut. Apa tidaknya, gayanya memang sungguh cheeky & poyo! Dengan badan yang dibongkokkan sedikit ke depan dan bahu yang terangkat, dia menadah tangannya & memandang tapak tangannya dengan serius! Aku rasa mesti gaya tuh dia tgk dari aku! Hahaha.. Yerlah, bila kita baca doa, secara automatic, kita akan "tawaduk" dengan menunduk dan fokus kan .. jadi bila Qarissa berbuat begitu juga, aku rasa sungguh lucu & lawak...Sebelum ini, aku memang tidak sempat mengambil aksi2nya ini (dan aku pun tak terfikir nak ambil) tetapi setelah bergiat aktif dalam blog, aku mula merakamkan segala aksi-aksinya itu. Tapi seperti kanak-kanak lain, Qarissa juga jual mahal. Datang moodnya yang tak baik, 10 kali kita suruh buat, sekali pun belum tentu dia nak tunjuk...eksen ..! Datang mood dia ok, tanpa disuruh tiba-tiba sahaja dia beraksi. Aku masih ingat semasa di kelas Gymboree minggu lepas, sebelum mula kelas, tiba-tiba Qarissa menadah tangannya! Terkejut aku! Tapi sayangnya, aku tak sempat merakamkan aksi yang di buat itu. No camera in my hand at that time! & i dont expect her to do that anyway! ...
Aksi di bawah ini sempat aku rakamkan ketika moodnya baik. Setakat artikel ini ditulis, kami masih belum sempat merakamkan video untuk aksi ini. (Mmm, bila agaknya yer..?)
Apabila Qarissa mula melakukan aksi membaca doa buat pertama kalinya, aku & suami tergelak macam nak pecah perut. Apa tidaknya, gayanya memang sungguh cheeky & poyo! Dengan badan yang dibongkokkan sedikit ke depan dan bahu yang terangkat, dia menadah tangannya & memandang tapak tangannya dengan serius! Aku rasa mesti gaya tuh dia tgk dari aku! Hahaha.. Yerlah, bila kita baca doa, secara automatic, kita akan "tawaduk" dengan menunduk dan fokus kan .. jadi bila Qarissa berbuat begitu juga, aku rasa sungguh lucu & lawak...Sebelum ini, aku memang tidak sempat mengambil aksi2nya ini (dan aku pun tak terfikir nak ambil) tetapi setelah bergiat aktif dalam blog, aku mula merakamkan segala aksi-aksinya itu. Tapi seperti kanak-kanak lain, Qarissa juga jual mahal. Datang moodnya yang tak baik, 10 kali kita suruh buat, sekali pun belum tentu dia nak tunjuk...eksen ..! Datang mood dia ok, tanpa disuruh tiba-tiba sahaja dia beraksi. Aku masih ingat semasa di kelas Gymboree minggu lepas, sebelum mula kelas, tiba-tiba Qarissa menadah tangannya! Terkejut aku! Tapi sayangnya, aku tak sempat merakamkan aksi yang di buat itu. No camera in my hand at that time! & i dont expect her to do that anyway! ...
Aksi di bawah ini sempat aku rakamkan ketika moodnya baik. Setakat artikel ini ditulis, kami masih belum sempat merakamkan video untuk aksi ini. (Mmm, bila agaknya yer..?)
Lepas tu siap sedia untuk membetulkan tangan utk berdoa
Sekarang baru doa dengan tawaduk yer kawan-kawan...
Ya Allah, murahkan rezeki ibu bapa ku & masukkan mereka ke dalam SyurgaMu yang tertinggi. Amin..
Eksperimen kedua pula adalah aksi "Sayang". Setiap kali aku menyebut "Sayang Mummy" kepadanya, aku akan mengambil tangannya yang comel itu dan mengusap muka ku sebagai tanda sayang. Qarissa kemudiannya mula pandai melakukan aksi tersebut. Yang aku pelik, tidak pula aku mengajarnya untuk mendekatkan kepalanya ke kepalaku sebagai tanda sayang, tetapi itulah yang dilakukan Qarissa kepadaku! Setiap kali aku berkata "Sayang Mummy" , dia akan meletakkan kedua-dua tangan di muka ku dan mendekatkan kepalanya ke kepalaku sehingga sering terhantuk!. So sweet & aku rasa sangat terharu! Aku kini semakin mengerti, bukan aku sahaja yang mengajarnya, malah dia juga mengajarku bagaimana untuk menyayangi...Terima kasih anakku..permata hati Mummy yang telah membuatkan Mummy lebih matang dalam menjadi seorang ibu....
Aku tidak pasti di masa akan datang atau mungkin esok, ada lagi perkara baru yang akan kami belajar bersama-sama. Tetapi, aku cukup teruja menantikan saat itu tiba!. Setiap hari adalah hari baru untuk kami berdua & ia adalah momen terindah dalam hidup ini.
Terima Kasih Sayang...
2 comments:
salam watie...
crite2 ko pasal Q buat aku pun teruja nak tengok perkembangan baby kashful. sekarang ni kalu mood dia baik, dah bercakap2 ngan aku tapi pakai bahasa dialah. kadang2 kalu tengok memek muka dia sahaja pun dah nak ketawa.
family kat kampung pun semua sibuk tanye bila nak balik msia. saham baby lagi naik sekarang nih...hahaha
naimah
Naimah,
memang teruja beb, cepatlah buat blog untuk dia plak, ko lagi untung sket sebab dia masih kecik. Aku nih Q dah 9 bulan baru terhegeh2 nak buat. hahaha..sib baik aku profesional mother, leh lah layan tulis blog dia hari2. takyah nak wat diari2 bagai macam masa kita kecik2 dulu..hehehe..nanti aku upload video Q masa 3 bulan time raya. Memang dia becok sgt..tapi aku layankan jer ..mu pun kena wat gitu tau!!
takper, kita becok ngan anak sendiri beb! hahaha
Post a Comment