Sejak saya melahirkan Qarissa, saya teringin sekali merakamkan aksi-aksi Qarissa yang melalui proses pembesarannya menerusi video cam tetapi harganya yang agak mahal di samping rasa "leceh" membawa video cam ke sana ke mari menyebabkan kami membatalkan niat untuk membeli sebuah video cam.
Saya sebaliknya membeli sebuah handphone berteknologi tinggi iaitu Samsung Omnia semata-mata untuk merakamkan aksi Qarissa. Jarang saya gunakan handphone tersebut kerana pada saya ia terlalu advance. Saya telah lama meninggalkan bidang "handphone" sejak meninggalkan Maxis semasa berusia 22 tahun. Selepas berhenti dari Maxis, tak terkejar saya teknologi-teknologi yang advanced dan super power ini. Jadi saya hanya menggunakan Omnia saya itu untuk tujuan mengambil gambar dan merakamkan video Qarissa. (sebab tuh selalunya kawan-kawan atau saudara mara komplen kenapa susah sangat nak dapat line 016 saya, hehehe..sebab bila bateri habis, saya malas nak charge! Jarang guna katakan ..)
Saya sering mempelbagaikan aktiviti untuk Qarissa bagi menstimulasikan otaknya untuk menerima maklumat-maklumat yang ingin saya sampaikan. Saya juga mengajak suami bersama-sama saya untuk stimulate Qarissa sebanyak mungkin. Setiap hari, ada sahaja aktiviti yg kami lakukan bersama & she's enjoying it so much!. Kalau tak percaya, tengok video yang saya attach di bawah ni.
Suami saya begitu supportive dalam menjayakan misi saya ini. Sambil main laptop & surfing internet pun, dia masih boleh melayan Qarissa dengan menggunakan mulut & bunyi-bunyian untuk menarik perhatian Qarissa. Yer lah, yang buat kerja tangan kan, mulut tak buat kerja. Jadi, apalah salahnya menggunakan mulut yang dianugerahkan Tuhan untuk melayan dan membuat anak gembira!
Saya cadangkan kepada rakan-rakan yang telah ada anak, bolehlah bersama-sama suami melakukan aktiviti seperti ini setiap hari walau sesibuk mana sekalipun anda. Tak perlu lama-lama, 3 minit sudah mencukupi. Ia sudah cukup membuat anak anda gembira! Dengan 3 minit ini, ia akan dapat menentukan "masa depan" anak anda yang gemilang. Insya Allah..
To my lovely husband, thank you so much for being there & help me in raising our "nyawa" together..I love you sayang ...
Qarissa gelak sakan bila kena sakat dengan Daddy..
Qarissa's Mummy,
3 comments:
alahai, sukanya dia...
seronok kan tengok baby ketawa...
naimah
aku pun tergelak tengok si Q ni gelak....suka tul dia...
naimah
Memang seronok Naimah, setiap kali aku tgk video tuh, mesti aku akan tersenyum & tergelak sama walaupun dah berkali2 tgk...siap keluar air mata lagi si kenit tuh gelak.Hahaha
Post a Comment