Saturday, November 21, 2009

Penangan buku "PETER & JANE" with Qarissa!

Huiyo...Something amazing happened today! Aku excited giler dan dalam masa yang sama teruja dan "terkagum" dengan apa yang Q lakukan!!

Rasanya sebelum ni aku ada bgtau yang aku belikan set buku Peter & Jane untuk Q. Aku plan nak buat review pasal buku tu dalam blog edu Q tapi asyik tak sempat nak amik gambar. Lately aku bz sket dengan PFA Sponsorship for Karangkraf dan order dari Dealer PFA. Alhamdulillah, rezeki baby & Qarissa. So, memang blog bersawang sebab tak sempat update. Tapi, aku teruja sungguh nak masukkan dalam diari Q so that ia akan menjadi kenangan terindah satu hari nanti. Terus aku rajinkan diri amik gambar buku tuh nak masukkan dalam blog. Hheheheh..

Set buku Peter & jane utk Tahap 1- 1a, 1b & 1c

Buku Peter & Jane tuh memang sangat bagus untuk kita mulakan sessi reading for our Kids. Aku akan share lebih lanjut dalam blog Education Q nanti. At first, aku tak berapa concern sgt pasal that book, tapi masa pergi Jualan Gudang Person & Longman, aku ternampak buku tuh antara beribu-ribu buku yang ada. Bila aku tgk, rupanya dia ada a wide collection of series. Dari nombor 1 sampai 12. Dah tuh pulak, ada 1 a, 1b dan 1 c...dan seterusnya sampailah 12 a, 12 b dan 12 c. Pemilihan buku tuh mengikut peringkat umur anak kita. So, bila aku belek-belek, aku rasa bagus lah this book. Harga pulak RM 6 sebuah buku. So, aku amiklah satu set 1a, 1b dan 1 c untuk Qarissa. (Rupanya harga buku tuh mahal jugak wei, aku tgk kat Popular sebuah buku RM 10!). Aku plan nak start bacakan dia as soon as possible, aku nak cambahkan minat membaca kat dia.

Buku 1a - tak berapa lunyai sebab letak dalam kereta for travel reading. Bakal lunyai sebab aku dah boring baca 1b, so aku keluarkan dari kereta utk bacakan kat rumah pulak. Hahaha
Buku 1b- Dah hampir lunyai dikerjakan dek si Qarissa. Nasib baik kulit depan keras & Qarissa memang tak pandai koyak buku. So lunyai sebab asyik bacaaaa jer ...Lotih mak nokss...:)
Buku 1c- Masih berstatus "anak dara" sebab tak pernah bagi Q buat lagi exercise dia. Tunggu dia pandai tulis baru leh bagi. Maybe another year lah kot yerk? Hehhee..

Starting from that day, every single day aku akan bacakan that book for her. Alhamdulillah, berkat daily training yg aku wat selama ni, tak susah untuk Q menunjukkan minat yg mendalam terhadap buku. She fall in love @ first sight with Peter & Jane books. Satu hari sampai 5-6 kali suruh aku bacakan untuk dia!. Dia bawak buku tuh kat aku @ maid aku, suruh bacakan. Kalau lambat baca, kena marah hokay!! Sampai lunyai dah buku tuh dia kerjakan! Memang letih bacakan buku tuh sebab ada nak dekat 50 muka surat sebelum habis! Dah tu pulak, member asyik suruh ulang dari mula setiap kali habis! Korang bayangkanlah kalau dah 5-6 kali aku ulang, nak terkeluar anak tekak aku nih! Dahlah mengah bawak budak dalam perut, tapi Q punya pasal, aku gagahkan jugak. Kadang-kadang aku ngelat, aku bacakan 2 muka surat pertama, ayat "PETER & JANE" dan "JANE & PETER", dan terus ......"THE END"...hahahahahha...tapi aku wat camtuh selalunya bila dah 3-4 kali ulang ah ....saja nak pedajal Q ..wakakakaka...kengkadang dia plak pedajal aku, tengah-tengah aku baca untuk dia, dia terus lompat muka surat belakang sekali, eksen-eksen baca dan terus tutup buku, tunjuk action "THE END" dan suruh aku ULANG BALIK!!!!! Sabar jer mak noks....Aku rasa nak rekod jer suara aku...takyah ulang-ulang! Hahahhaha....

1 a Book- Tulisan besar, jelas & ada gambar bewarna! Perfect!

Serius cakap, aku memang bacakan everyday sambil point to all the words everytime I say the word tapi aku tak pasti dia faham ke tak atau dia boleh capture tak all the words. As i told uols selama ni, dia adalah "bahan" eksperimen kesayangan aku. Aku buat dengan harapan dan keyakinan dia akan paham tapi to see the result, Q jer yang boleh tunjuk dan buktikan pada aku.Memang banyak kajian dah dibuat, memang baby boleh baca tapi biasalah, nama pun manusia, selagi tak berlaku kat anak sendiri, aku tak puas hati. hehehhee..Ada sorang kawan hubby datang umah, bile dia tgk Q baca buku Peter & Jane, dia terkejut! Dia kata, "Aik, umur setahun dah bacakan Peter & Jane?" Aku pun cam pelik ah, apsal tak leh ker? Hahhaa.. Rupanya dia kata Peter & Jane tuh digunakan dengan meluas kat tadika-tadika untuk ajar budak 4-5 tahun to read. Memang banyak tadika gunakan buku tuh. Anak dia yg tadika pun pakai buku tuh.. Barulah aku tahu...hehehehe...Erkk...aku "ter advance" lah ni yerk? Arghh...peduli lah, janji Q suka... hahahhaha...

Nampak jer menatang nih, Q terus sebut - Gog! Hehhee...

Aku tak nafikan once anak dah pandai cakap around 2 setengah tahun, memang senang ajar dorang baca sebab dorang dah boleh sebut dan ikut apa kita cakap, macam anak akak aku, bila aku ajar dorang guna Peter & Jane book tuh, sekali ajar jer dah dapat ikut. Seronok rasa bila dorang sebut the word. Tapi with Q, she is too small kan, mana dia pandai sebut ayat-ayat tuh. Yang keluar bahasa German jer.. Wakakaka.. Tapi aku jenis suka melayan dia membaca. Jadi aku akan bacakan dia buku tu selalu walaupun dia hanya boleh tgk the words dan membebel sorang-sorang ikut bahasa dia. I just assume dia paham & treat dia like she love to be treated. Bak kata orang, aku skang menanam benih ah, tunggu masa jer nak tunggu buah tuh masak dan jatuh!. Hhehehhe

Besar kan word dia! Puas baca, anak pun nampak jelas!

Dan, aku rasa "buah" aku tuh dah separuh masak beb!!! Best giler!! Sebabnya, semalam - 20/11/2009, dalam pukul 8pm, aku ajak dia baca buku Peter & Jane tuh, aku suruh dia sit & she open the book herself. Dia terus selak buku tuh ke satu page yang ada ayat "A Shop. I like shops". Aku belum sempat lah nak bacakan buku tuh lagi sebab ada call masuk thru hubby's phone. Aku tgh tgk sapa call, belum sempat jawab call tuh lagi, tetiba jer aku dengar keluar dari mulut Q, "A shop!!!!!". TERKEJUT BERUK AKU WEIIII!! Terus lambat aku angkat call tuh! Hubby pulak berdiri jauh sikit, aku siap tanya dia, u dengar tak anak u cakap apa? Dia tak perasan pulak..iskkk geram aku!! Terujanya aku Tuhan jer tau! Aku terus peluk Q dan dia sengih-sengih cam seronok dapat "kenakan" aku. As usual, bila aku suruh baca lagi ayat "A Shop" tuh, dia senyum jer lah..takmo ulang! Hahhahaa..terasa pulak cam sitkom Baby's Talk. Wakakaka..

Ni lah page "bersejarah" tuh. Terkejut mak enon aku tetiba dia sebut "A Shop" bila terselak kat page nih! Hhehe..

Tuh satu kes, ada lagi satu kes yg mengejutkan tapi kali ni both of us dapat dengar. Senyum lebar sampai telinga hubby aku bila dengar anak dia cakap full word! Hahahha..Lepas Q dah tunjukkan "ke amazing an" nya, aku pun teruskan lah pembacaan macam biasa. Bila habis, au pun sebut, "THE END" dan tambah ayat "GOOD JOB QARISSA!". Korang tau apa kuar dari mulut Q???? Hambek ko... dia pun jawab "GUD JOBBBBB!!!!". Aku cam dah ternganga dan terus pandang hubby, hubby terus angguk-angguk sambil senyum dan cakap.."I dengar ...." Heheheheh...

Serius beb, bahagianya bila aku akhirnya dapat dengar sendiri anak aku membaca dan sebut full word dalam buku tuh walaupun aku tak baca untuk dia! Dalam umur semuda 1 tahun 4 bulan pulak tuh! Walaupun cuma 2 ayat - A Shop & Good Job, tu dah cukup buat aku bangga sebagai seorang ibu! Tak sesia aku baca buku tuh untuk dia setiap hari sampai letih. Bosan tak yah cakap ah kalau korang dah kena ulang 5-6 kali satu hari, mau muntah kan! Tapi sebab anak tersayang, aku sanggup dan rela. Hasilnya...?? Memang sungguh membuatkan aku tidur dalam senyum yang panjang!!! Ternyata baby memang paham apa kita cakap dan sebut, cuma tunggu masa jer untuk dia sebut that words back to us!

1b Book- Memang buku peberet Q. Kalau nak bg dia duduk diam2, tunjuk jer buku Peter & Jane nih, sure tak gerak2 dah. Hahaha..Tapi tu lah, dengan aku-aku sekali kena "melekat" sama! Hua Hua ..

Semua eksperimen yang aku buat all this while nampaknya berhasil. Alhamdulillah, puas hati aku bila nampak sendiri, bukan semata-mata melalui pembacaan dan perkongsian cerita antara parents. Rasa puas dan berbaloi semua pengorbanan ni & it really makes me wanna do more for Qarissa. Aku harap, Qarissa takkan bosan membaca & from time to time, aku akan penuhkan masa senggang dia dengan perkara yg berfaedah macam yg aku buat selama ni. Insya Allah .. Ada time main, bersosial, membaca, tengok DVD, sometimes buat all in one! Hhahaha.. caca marba but we have lots of fun! Yang aku nampak,bila anak happy, it is much more easier for her to absorb anything yang kita ajar. I really cant wait until Q pandai bercakap. Mesti bestkan!! Hhehehe..

Happy To See My Baby's Development!

14 comments:

defina said...

wah, keajaiban telh berlaku. congrats buat korang. smg Q terus maju jaya seh.... :)

farahazmin said...

ai.. ari tu dlm blog edu q i ader tanya u psl LR..at last i beli gak LR n math.. still baru nk guna.. lehla u tnjk ajar kn.. hehehe...hope my bb will get the benefit.. i also guna YBCR dvd... buku peter n jane ni mmg bgs... my brother dulu guna buku ni gak so sampai skang i simpan nk bg kt my bb...

Zety Zin said...

ada beli 1a & 1b. 1c tak jumpa lagi. huhu. katne ada ek?

dua2 buku tu dah selamat dikerjakan imran & irma. irma suka membaca, imran suka koyakkan. haih.

nanti kena beli yang baru lah nampaknya.

potensi babies memang tak dapat nak dijangka kan? diorang serap semuanya macam span! chaiyok Q!

kampung blogger said...

ai salam kenal
awk mmg ssorg ibu yang prihatin hehehe

me n de alisha said...

Ish lama tak komen blog Q... anyway best lah buku ni, thanks for sharing ya :)

Intan said...

Gud jod qarissa darling :)

Wow bijak tul lah anak u watie, bahagia kan rasa bila usaha yg kita taburkan dah nampak hasilnya :D

Caiyok caiyok!!!

Watie Aziz said...

naimah, tq so much dear ..Insya Allah, akan aku train lagi sampai muntah aku dibuatnya! ahahhahaa

Watie Aziz said...

farahazmin, wow, thats good, suka i dengar u beli LR & LM.. i dah lama tak update kat blog Q sejak preggie nih.. tak larat sangat rasanya .. sure i cam help u ..jap gi i balas ur reply kat sana kay .. :)

wah, untungnya u still simpan that P&J book, tak yah beli..quite expensive lah the book tapi sebab bagus ..close 1 eayes jer lah ..ehhehe

Watie Aziz said...

Zety, kat Popular ada banyak yang .. hang cari 1 c, if anak hang dah pandai tulis, memangs esuai ..macam Q tak sesuai lagik...

baru2 ni aku belikan dia 2a & 2b, sebab dah bosan giler baca 1a & 1b, nampaknya ..Q tak minat sgt ..maybe sebab tulisan dia kecik sket dari yang 1a & b, hahaha.. tunggu dia besar sket barulah leh bacakan 2a&b plak... hu hu..

Watie Aziz said...

kampung blogger, tqvm for ur comment ..heheh..rasanya semua parents pun gitu jugak kan ..? hehehe

Watie Aziz said...

alisha, aah yang, buku nih memang best ..grab 1 for ur baby!! hehee

Watie Aziz said...

Intan, aah yang ..memangs eronok tgk develpment dia .. heheh.. alhamdulillah, ada peningkatan .. but i have to admit sumetime penat bila kena ulang 5-6 kali tau! ahhahaa...

me n de alisha said...

Tulah Watie, teruja I baca pasal Q dah pandai baca, ish berbaloi U...cerdik Q ni, Anyway I akan praktikkan kat Alisha... U memang rajin lah...I bangga dengan apa yang U buat, I harap sangat I ada masa untuk Alisha, sibuk lah Watie lately ni....kerana kesibukan I baca blog U pukul 3.49 pagi yer...huhuhu, but for Q yang cerdik ni ...I rela U.

Watie Aziz said...

Mummy Alisha, tq so much for ur praise yang, i really appreciate it :). Dont worry dear, pada i, bukan lama mana kita berkepit ngan anak kita, tapi masa yg berkualiti yg kita habiskan bersama2 anak kita tu. Walaupun satu hari 10 minit, tapi 10 minit tuh full of aktiviti yg fun macam membaca, borak-borak, peluk2 dan geletek2, tuh dah lebih dr cukup.

i rasa baby nih kena byk main psychology tau... when we show them that we care, they can feel it & lebih mudah utk dia absorb semua ilmu yg kita bagi. memang lebih mudah kita nak ajar baby yg happy berbanding baby yg grumpy. :)

i sumtimes walaupun work at home, bila banyak order perfume, tak dapat jugak habiskan masa utk dia.. whole evening i bz sampai rasa rindu nak tgk dia kat bawah. from my ofis, i leh dgr dia jerit2 kesukaan tgk DVD Edu dia tp sedih sebab takleh join...kalau join alamat tak leh siaplah order i...heheh..but bila i free, i tebus balik masa2 tuh dengan buat all sorts of aktiviti yg menyeronokkan ..:)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading