Monday, April 27, 2009

Video - Qarissa's Clapping While Mummy's Singing..


Qarissa di salah satu kelas Gymboree @ Bangsar


This is one of the activities
yang saya akan lakukan bersama my little one setiap hari. Saya akan menyanyi dan mengajarnya beberapa aksi. Saya akan mengulanginya TANPA SEDIKIT PUN RASA BOSAN! Malah, saya gembira kerana telah menggembirakannya dengan menjadikan diri saya sebahagian dari dirinya, masuk ke dunianya dan gembira bersama-sama.

Pada pendapat saya, untuk menjadikan anak kita pintar, kita harus menghabiskan masa berkualiti dengannya. Walaupun sekejap, biarlah ia menjadi waktu di mana kita memberikan sepenuh perhatian dan kasih sayang terhadapnya. Bayi sememangnya dapat merasakan kasih sayang yang kita curahkan melalui perhatian, belaian, pelukan, ciuman dan aktiviti yang kita lakukan bersama.

Bagi diri saya sendiri, saya akan menjadikan nyanyian & rhymes kanak-kanak kepada Qarissa sebagai rutin harian saya bersama Qarissa. Malah, ketika memanggilnya pun, saya sering mengubahsuai lagu tersebut mengikut rasa hati saya, yang penting ia berlagu. Sebagai contoh, saya ubahsuai lagu "Are You Sleeping" kepada lirik ini -

"Come to Mummy, Come to Mummy..
Qarissa, Qarissa..
How are you today Dear,
Very fine , thank you,
I love u, I love u.."

Saya telah memulakan aktiviti ini sejak Qarissa lahir hinggalah sekarang. Ia bertujuan untuk Qarissa mengetahui bahawa namanya telah dipanggil dan ternyata Qarissa dengan cepat memahami dan mengenali bahawa namanya ialah Qarissa. Apabila dipanggil, dia akan menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

Saya juga selalu melakukan ujian-ujian kecil yang nampak mudah dan remeh tetapi sebenarnya memberikan impak yang sangat besar & membuatkan saya berfikir lebih jauh bagaimana mahu memaksimumkan penggunaan otak Qarissa. Saya telah beberapa kali menyanyi lagu yang sering Qarissa dengar dari VCD, cuma apa yang berbeza, saya menyanyikannya secara live dan TV tidak terpasang. Setiap kali itulah, Qarissa akan menoleh ke arah TV seolah-olah dia tahu yang lagu itu sering di dengar di TV. Ini telah membuktikan kepada saya sesuatu. Persepsi saya - Qarissa sedang berfikir dan secara automatik memandang ke arah "tempat" yang selalu datangnya lagu itu. Ia tindakan refleks yang spontan. Otak berfikir dan tubuh bergoyang. Fakta yang menarik kan??

Bukan itu sahaja, untuk memudahkan diri saya sendiri, saya meletakkan rangkaian lagu-lagu VCD Qarissa di 3 tempat di kediaman kami. Di dalam bilik tidur utama, di living room & di family room. Qarissa sememangnya sukakan VCD Jolly Kids Song yang mempunyai 16 lagu di dalamnya. (harga nya sangat murah iaitu RM 10 sahaja! Tidaklah begitu mahal untuk menjadikan anak anda seorang yang genius kan??). Saya yakin dia telah menghafal melodi setiap lagu yang di dengarinya setiap hari itu. Mengapa saya katakan demikian? Kerana, apabila saya memasang VCD yang lain di living room (VCD ini mempunyai 40 lagu yang berbeza, ada campuran sedikit lagu-lagu dari VCD Jolly Kids Song, suara penyanyinya berbeza & gambarnya juga berbeza), Qarissa akan berhenti dari melakukan sesuatu (malah ketika sedang merangkak pun, dia akan berhenti, duduk & menoleh ke arah TV) apabila salah satu lagu dari VCD Jolly Kids Song berkemundang! (walaupun suaranya lain dari VCD asal). Ia membuktikan sesuatu kepada saya, dan saya sukakannya!

Satu lagi yang saya lakukan adalah dengan memuji bayi saya apabila dia telah melakukan sesuatu yang membanggakan (walaupun sedikit @ perkara kecil). Saya akan membuat mimik muka gembira & bangga sambil menepuk tangan sekuat-kuat hati lantas memeluknya dalam dakapan saya. Ini adalah aktiviti WAJIB setiap kali selepas kami bermain. Saya yakin ia akan membuatkan bayi saya terasa disayangi dan dibanggakan oleh ibunya sendiri. Qarissa akan mengekek kesukaan dan sering juga dia membalas pelukan dan ciuman saya dengan membelai dan merapatkan kepalanya sebagai tanda sayang. Mmm...memang seronok saat itu.

Bagi ibu-ibu yang sememangnya telah melakukan apa yang saya buat ini, tahniah saya ucapkan. Kita berada dalam kapal yang sama! Bagi ibu-ibu yang masih belum mencubanya, apa kata anda cuba & lihat sendiri perbezaan yang akan anak anda alami. Pasti mengujakan! Yang penting - lakukannya secara berulang dan tanpa jemu. Ingat! bayi anda TIDAK KENAL ERTI JEMU !!


video
Qarissa dengan spontan bertepuk tangan apabila dinyanyikan lagu.

Salam Motivasi,


No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading