Saturday, May 23, 2009

Aktiviti: Duyungku Qarissa Terdampar (Video 2)

Qarissa di usia 3 bulan!

Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda semua aktiviti yang saya lakukan ketika Qarissa berumur lebih kurang 5 bulan 1 minggu. Saya namakan aksi ini - Aksi Duyung Qarissa. As usual, aktivitinya masih di waktu malam, sebelum Qarissa tidur dan tempat kejadian masih di atas katil Mummy & Daddy..hehehe...

Semasa berusia 5 bulan, Qarissa belajar ingin memusingkan badannya (roll over) dan cuba menolak dirinya ke hadapan. Memang kelakar tengok aksinya itu. Sebijik macam Duyung terdampar sebab "salah parking" dan berusaha nak masuk balik dalam air. Hehehe..Saya bagi galakan sepenuhnya untuk Qarissa explore dirinya habis-habisan. Memang time tuh, saya excited nak dia cepat merangkak. Kalau anda tgk dalam video nih, muka Qarissa gebu sket, tangan masih berketak-ketak, lepas jer dia MASTER dalam merangkak, dia cam kurus sket (tapi tulang still semangat oooo) sebab aktif sangat. 

Masa ini juga, saya suka ajar Qarissa tentang beza terang & gelap. Saya tutup lampu & sebut "Gelap.." & kemudian bukak lampu & sebut "Terang". Suami juga dalam keadaan gelap, suka on kan torch light dan halakan torch light ke penjuru bilik, ke ceiling dan ke semua arah dalam bilik sambil menunjukkannya kepada Qarissa. Qarissa leka memerhatikan cahaya yang keluar dari lampu suluh itu. Teknik ini saya belajar dari Gymboree. Ia bagus untuk stimulate mata anak, menajamkan fikirannya, memfokuskan pandangannya. Anda boleh cuba kat rumah yer. Free jer..kalau takder torch light, BELI SEKARANG!! Hehehheheh

Saya jadi "pengulas sukan" dalam video nih, dan suami jadi pemerhati. Sekali sekala , dia jadi "jurulatih" tolong anak dia pusing badan.. heheh..Untuk anda yang anaknya baru-baru nak belajar "menduyungkan" diri, jangan lupa bagi galakan sebaik mungkin yer! Mesti anak u all suka & excited nak cepat-cepat merangkak. Apa pun...meh kita layan video ni hokay...





2 comments:

Anonymous said...

tomeiinye Q, badan cam dipam2 jer...hihi

sebenarnya juru ulas tu buat video ni lagi lawak....hehehe

naimah

Watie Aziz said...

Naimah,

Time tuh mmg badan dia gebu siut...hehhe..belum aktif lagi! Pasal juru ulas tuh..hahaha...tuh lah pasal..time ulas aku tak perasan..bila dah bukak balik..alamak..cam lawak jer apa aku kata ..hahaha... (nak cover malu lah nih..ahaks)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading