Thursday, May 28, 2009

Aktiviti: For Your Babies 0 - 6 month old.


Qarissa yg lehernya berlapis-lapis. Hehehhee

Malam ini, saya menerima panggilan istimewa dari rakan UTM saya, Naimah yang kini mengikut suaminya yang bertugas di kedutaan M'sia di Vienna, Virginia, US. Seronok & bertuah betul sahabat saya ni, sambil menyelam minum air org kata. Jadi housewife, jaga anak dan dapat tgk negara org! Seronoknya, saya ni ntah bila nak dapat peluang cam tuh yerk! Hmm..kalau dapat pun, tak mungkin suami nak ikut saya keluar negara tuh! Tak mungkin hubby saya nak korbankan kerjayanya sekarang ...saya boleh terus BERANGAN..Hhehehehe

Lama juga kami berborak, hampir 45 minit. Macam-macam lah cerita keluar tapi boleh kata 90% pasal anak! Hehhehe..lain betul rasanya jadi ibu kan! Secara automatik topik ketika berborak adalah ANAK! Dulu masa kat UTM, lain topiknya bila berbual...aduhai...masa betul-betul telah merubah kita kan ..(rasa semakin tua pulak....aduh..) 

Sahabat saya ini juga merupakan "pembaca setia" blog saya. Hhehehe..saya suruh dia buat blog juga, katanya, ada 2 entry sahaja setakat nih, jadi dia malu nak tunjukkan pada saya. Saya galakkan @ "paksa" jgk dia buat entry baru, hehehe.. Insya Allah lepas ni, dapatlah saya lihat tumbesaran Kashful yang comel & gebu cam anak mat salleh tuh! (dah maknya comel versi siti nurhaliza pakai tudung! hehhe...) 

Jadi, sebagai galakan & tanda terima kasih sebab sanggup telefon saya jauh-jauh, saya "hadiah" kan video ni utk tatapan sahabat saya ni. Bukan untuk dia sahaja tau, tapi untuk anda semua yang mempunyai anak berusia 0-6 bulan. Kashful ketika ini berusia 3 bulan, jadi memang sesuai kalau aktiviti ini di amalkan oleh Mummynya setiap hari..Hhheeh.. Kalau baby anda berusia lebih 6 bulan & anda masih belum melakukan aktiviti seperti ini, jangan risau Masih belum terlambat untuk melakukannya! Buat sekarang ok!! 

Aktiviti di dalam video ini di ambil semasa kelas Gymboree Qarissa untuk Level 1. Masa ni umur dia 4 bulan. Basiccally, this activity is stimulate her eyes, be more focus & stimulate the whole part of the body & to be more socialise. Video nih lama jugak, dalam 9 minutes ++ but its worth watching. Ada 3 aktiviti yang kami lakukan. Saya terangkan secara ringkas jadi mudah untuk anda melakukannya di rumah! 

1. Mirror Time 
- untuk Qarissa bersosial bersama teman2 sekelas (masa kat Gymbo). Kalau kat rumah, saya bersosial berdua jer ngan Qarissa depan cermin. Hehhehe.. Lebih bagus kalau anda dapatkan cermin yang "bukan cermin" tapi jenis plastik yang memantulkan semula wajah kita.Bukan apa, takut nanti tgh2 social kan..pecah plak cermin tuh, terus jadi so..si*l..hahahhahaa..Macam saya kat rumah, memang takder cermin plastik ni, tapi dalam bilik saya ada cermin besar (pintu utk walk in wardrobe saya adalah cermin sepenuhnya, senang nak mekap..hahahha) jadi saya gunakan cermin itu sepenuhnya untuk bermain dengan Qarissa. Sejak dari dia LAHIR tau!. Bukan tuh jer, seluruh cermin saya kat rumah jadi tempat kami bergurau. Setiap kali nampak cermin, mesti saya akan berborak dengan Qarissa melalui cermin. She like it so much!! Dalam usia 6 bulan, dia dah pandai main Peek A Boo kat cermin tu. Yang geramnya, pandai pulak dia sengetkan kepala sampai terteleng2 nak pandang saya yang ada belakang pintu cermin tuh. Hehehe..Kelakar!

2. Kain jarang bewarna warni. 
-  Aktiviti ni pun best. Untuk stimulate mata dia. Banyak jenis aktiviti yang kita boleh main dengan kain nih. Tak kesahlah apa jenis kain yg anda gunakan, janji jarang supaya our baby can actually see our face (untuk main Peek A Boo, teringat plak saya, hari tu masa main ngan Qarissa kat rumah, dia tgh excited dan saya sempat capai lampin jer untuk main Peek A Boo! Buruk perangai btol! Hahahhaha..) Selain dari permainan Peek A Boo guna kain ni, kita boleh baling-balingkan kain tuh ke udara dan grab balik bila nak dekat2 sampai kat muka anak kita. mesti dia excited tgk benda tu terbang depan mata dia (hati hati tau! Jangan sampai terlempang anak plak! Hahhaa..) . 

Then kita boleh gumpal-gumpalkan kain tu dan usap2 kat bhg2 badan anak kita sambil bgtau dia nama bhg2 badan tu.  Biar anak kita rasa the different of the material. Satu lagi, kita boleh guna gulung-gulung kain tuh, letak kat kepala sambil nyanyi lagu "Head, Shoulder, Knee & Toes" dekat anak kita. Sambil nyanyi, sambil letakkan kain tuh di bhg2 yang kita sebutkan. Satu lagi, another way untuk main Peek A Boo,  kita letakkan kain di atas kepala anak kita, dan kemudian nyanyikan lagu (sebarang lagu lah, lebih bagus kalau anda reka sendiri yg ada kaitan dengan mainan sembunyi-sembunyi, hehehe) dan kemudian sebut Peek A Boo sambil tarik kain tu dari kepala anak anda. Lebih best lagi, buat silly face dekat dia. Mesti dia suka giler... (muka saya nih dah macam joker kalau main ngan Qarissa...siap jelir-jelir lidah macam si Roy dalam filem Remaja tuh...penat buat muka silly tau!) 

3. Baby Massage. 
- Aktiviti ni bagus sangat untuk tumbesaran anak anda. Siapa yang anak lahir tak cukup bulan tuh, memang bagus kalau amalkan baby massage at least 2 kali sehari. Pagi selepas mandi dan petang pun lepas mandi. Anak akan jadi cepat besar tau. Boleh guna any losyen yg anda ada, Tak semestinya massage oil. Dalam video ni, ada teacher dia ajar camner nak massage baby. Maid saya memang rajin massage kan Qarissa sejak lahir. Saya pun sama. Qarissa apa lagi. Memang jadi boss tau! Time massage tuh, saya akan borak-borak dgn Qarissa. Saya selalu kata, "Boss, nak massage Boss..? Sedap Boss..?" Member muka syioookkkk ooo... Hehhehe.. Sambil-sambil massage tuh, nyanyi-nyanyilah untuk anak kita ..Mesti dia suka dengar suara "buluh perindu" anda tu tau!! Selain tuh, anda juga bolehlah lakarkan ayat "I Love You" atau eja nama anak anda di perutnya! Selain untuk stimulate kulit dia (rasa geli), secara tak langsung anda curahkan perasaan sayang pada anak anda! 

So, inilah serba sedikit tips & ilmu yang dapat saya kongsikan bersama anda hari ini. Jangan tak buat tau! (penat saya tulis..skang kul 3.08 pg tau..hu hu). Amalkan yer..PERCUMA jer nak buat2 nih semua, bukan kena bayar pun kan! Semua barang memang dah ada dekat rumah kita. Hhehehee.. hendak dgn tak nak jer kita amalkan..:)

Selamat menonton video ini...Adios...Enjoy....!

Wargh..kain batik tak tahan..heheh..maid saya lupa bawak selimut!! Hehhee.

Mummy Qarissa,



11 comments:

Farah said...

alaa awat i takleh bukak video tu..

hihi nak try la semua tu..setakat ni saya biasa buat massage tu kat afif je..

thanks watie for sharing!

Intan said...

Bagus betullah info2 dari blog watie nie...i like :) Thank u dear...akan ku coba ngan anak ku itu!

P/S: tak sabar nak tgk blog mama kashful coz intan ni suke ngan CT so leh nak tgk mamanyer yg mukanyo cam dak CT tu...he he

Anonymous said...

alamak watie, ko ni mmglah....cam nak promote aku plak, dah kembang semangkuk dah nie....hahahaha...
akunyer blog mmg x berhias lagi, pakai pun template yg sedia ade. tapi ni dalam proses nak make up blog aku tu. nak buat come back....hohoho....
nnt yer, ko dah membakar semnagat aku, aku dah berkobar2 ni, harap2 jgn hangat2 t**k ayam jer...:P

ikut hati aku nak borak lama2 lagi ngan ko tadi tapi sian plak kat ko, karang ngantuk plak, tak pun salah buat packaging perfume tu.....hihi. tapi kan, mmg x boring pn borak ngan ko, banyak mende nak cakap seh (promote nih...hahahaha)

dalam fb mmg gambar kashful tak banyak, gambar terbaru kashful boleh ko tengok kat http://amirnaimah.myphotoalbum.com/.

aku skrg mmg stay kat vienna, virginia tapi hubby aku bertugas kat embassy of malaysia kat washington dc. around 30-40 mnts nak sampai sana.

ma kasih sangat ko share pengalaman ko tu. mmg ko nyer blog ni tip top dan diminati ramai. toksah kata kaum ibu, kaum bapa pn aku pasti suka menyinggah.

naimah (buat masa ni aku jadi Anonymous dulu)....

FiNCRiNLiSsa said...

tu video kat mane eh?

Watie Aziz said...

Farah,

alamak, yer ker..siannya u ..maybe u tube ada problem sket kot..cuba u try lagi sekali later yer. dia lama 9 minit lebih sebab ada banyak aktiviti...

Intan,
tq very much dear..:)i suka kongsi info yg i dapat ngan mak-mak kat dlm my blog nih...sharing is caring kan..heheh..btw, dah cuba blum sedut hingus anak? ahaks...kuatkan semangat sebelum sedut tau!

hahhaa..bagus2 ..u bg galakan secara online jugak utk mama kashful tuh... so nanti leh leh join the club..lebih ramailah kawan tennet mentenet kita kan ..ehheh

Naimah,
hahaha..saja aku kasik "bakar" sket so that hang ada semangat buat blog Kashful. Dia kecik lagik beb, jgn jadi aku, dah 9 bulan baru terkial2 nak wat blog Qarissa. hahahaa
make up cepat2 blog ko..kasik "bedak" banyak2 baru TAUUU,.(hahhaa..ingat tak citer apa..?)err..ada ker bapak2 baca bloh aku nih..?? ehehhee

Fin, nih dekat Gymboree- Play & Music kat Bangsar.Kebetulan pula citer pasal this class, if ada sesapa nak cuba trial class dia, bgtau i. Nanti i bg kupon Trial Classes for FREE (eh betul ker aku tulis nih....) yer lah ..FREE FREE..hehhe.. dah gi Trial Class, terpulanglah, nak join ker tak nak..Hehhehhe

Lovely Mommy... said...

wa... betula blog mmg berinformasi... banyak betul ko rang n masukkan bahan2 dm blog nih... aku salute ko lah beb, u inspires me... ntah la kenapa aku malas sgt and tak terpk nak buat blog mcm ko ni ha...

hmmm... diya watches DVDs at home most of da time jerk...

Watie Aziz said...

Sue,
wah ,tq so much beb ..kembang semangkuk aku sebab berjaya inspires orang ...alhamdulillah .. tq very much dear ..

Qarissa pun mmg tgk DVD pagi sampai malam, tapi aku kan selalu ngan dia. At least sehari sekali aku akan watch the DVD TOGETHER (i really mean together tau, bukan sambil wat kerja lain..hahahah). sambil tgk, sambil berborak lah pasal that DVD. Selalunya more than 1 time a day sebab dia mmg selalu tgk, dan aku mmg selalu dkt dgn dia ...unless aku kat opis SOHO tuh & dia kat bawah, barulah "terpisah" jap. Malam sebelum tidur pun camtu..tgk VCD dia sapai semua citer kat AXN kantoi...kalau dia tidur cepat ..barulaj aku tgk2 tv tuh..hehehee

takper beb, diya dah besar n clever..smart girl sum more..hehehe

Afzan said...

hi watie, bagus la info2 dlm blog watie nih. saye dah try dah main bubble ngan Affan. die suke sangat. Pastuh nyanyi, buat lirik sendri. ahah, lupe lirik die, sebab tengok vid clip watie nyanyi sekali je arituh. saye tunjuk kat hubby suruh bace blog watie, and die pon dah praktikkan main peek-a-boo tuh. Eheh, see, u r very inspiring!

Watie Aziz said...

Wah Afzan, i'm so happy to hear that...terharu rasa nak leleh air mata..happy to see that what i wrote help others & their children..:D

seronok kan main bubble tuh? hhheh..dgn2 kita2 teruja sama ..ahaks ..insya allah ..i will put more info to share with u all..:)

keep on reading & thanks again Afzan ..salam peluk cium for ur baby Affan ok...ada amik video tak masa main bubble tuh..if ada, share ngan i nanti kay ..nak tgk gak..ehhehe

Afzan said...

ade amek video, haah baru teringat nak upload nih. tapi x reti nyanyi, suare x sedap cam watie. segan je nak nyanyi. dah tengok balik ur vid and dah dpt catch up lagunye. Hehe, nnt boleh nyanyi full version. tapi gune bubble yg rm2 je. Tak tau nak beli kat mane yg gymboree tuh.

Watie Aziz said...

Afzan,

I dah tgk ur video...wah ,,sukanya i tgk Affan having so much fun! Congrats to u .. :) Ada i comment dalam blog u ..pandailah Affan, mulut becok kesukaan ..heheh..

Bubble Gymbo tu leh beli kat Bangsar Village (old wing), sederet dgn Toys R Us .. just masuk & tanya nak beli bubble refill. nanti dorang bg. m,urah jer ,dalam RM 4.99 untuk refill. pakai sikit jer sebab buih dia banyak setiap kali tiup. i just guna satu lapisan jer untuk buat few rounds of bubble playtime..heheh

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading