Harus saya akui yang saya tidak mempunyai satu pun "nursing wear" sejak saya melahirkan Qarissa hampir 11 bulan yang lalu. Bukan tidak mahu beli, tapi saya rasa tidak berbaloi membelinya. Dah lah mahal giler (kadang-kadang harga tak masuk akal!), designnya plak..alamekk...sungguh tidak menepati citarasa. Saya terasa tua dari usia sebenar bila saya memakai rekaan seperti itu. Agak sukar untuk mencari pakaian khas yang cantik dan menepati citarasa. Ada juga adik ipar rekomenkan cover macam gambar kat bawah nih, tapi saya dapat rasakan Qarissa akan menjerit mintak dibuka! Hehhehe...Baju saya kena muka dia sikit pun dah ditolak-tolaknya, apa lagi kalau saya pakai cover macam ni, confirm kena reject dengan "boss kecik" tuh.. (tapi modelnya begitu lah cun! Jelesnya tgk..hehehhe)
Gaya yg menyebabkan saya nak beli jugak baju nih! (walaupun Q tak suka!)
Gaya yg menyebabkan saya nak beli jugak baju nih! (walaupun Q tak suka!)
Selepas bersalin, saya lebih suka memakai baju yang ala-ala keibuan, tidak terlalu menjolok mata dan dalam masa yang sama, masa trendy & bergaya. Simple & nice lah, senang cerita. Baju yg ada beads-beads semua kena letak tepi dulu sebab hubby tak bagi. Huk huk, takut kena muka anak katanya. Jangan kata baju beads, jam tangan pun tak bagi pakai. Cincin kahwin jauh sekali. Takut betul batu cincin tuh kena anak kesayangan dia. hehhee..Sudahnya, satu apa pun saya tak pakai. Bagus jugak, susahlah peragut nak ragut saya. Takder mender pun dia nak ambil kat badan ni. Heheheh.. Bila keluar dengan family, saya pakai baju yg selesa supaya senang saya nak bukak dan menyusukan Qarissa di mana-mana. Tapi saya pastikan tak ketara sangat bila saya menyusukan dia sambil berjalan! Macam kat bawah nih...hehhehe...(cari mender tersembunyi yer..)
Senang, buat "banyak kerja" dalam 1 masa! Super Mummy On Board! hehehe
Senang, buat "banyak kerja" dalam 1 masa! Super Mummy On Board! hehehe
Kalau dapatlah baju-baju nursing wear yang cantik & bergaya, walaupun mahal sedikit, mungkin saya beli juga. Sehelai dua pun kira oklay kan. Buat koleksi. Sayangnya, saya belum jumpa lagi design yang saya suka. Saya suka nursing wear punya rekaan macam dekat gambar di bawah. Nampak trendy. Dan senang untuk dibuka. Tak payah nak angkat-angkat baju. Si Qarissa tu pandai, setiap kali saya tarik baju ke atas untuk bagi dia susu, dia merengek-rengek manja sampai Daddy dia pun gelak. Nampak sangat "berlakon", Drama Queen sungguh! Kalau dapat baju cam kat bawah nih, senang jugak kerja saya kan! Kalau berkesempatan, saya nak shopping lah kat One Utama @ Mid Valley. Mesti ada kan. Saya nih jer yg malas ke kedai-kedai mak mak nih..selalu melilau tempat lain. hehhee...Jomlah kita jamu mata tgk design-design yang saya suka...
Senang, trendy tapi sexy sket. Kena pakai vest & seluar panjang baru ngam.
Saya suka betul baju ni. Tak nampak macam Nursing Wear pun kan! Trendy & Classy sum more!
Yang ini pun cun jugak, cuma kena hati-hati, Kalau Q tarik depan orang ramai, mau ternampak juga lurah dendam tuh! hehehe...
Yang ni pun lawa, sesuai, tak over dan nampak moden juga.
Senang, trendy tapi sexy sket. Kena pakai vest & seluar panjang baru ngam.
Saya suka betul baju ni. Tak nampak macam Nursing Wear pun kan! Trendy & Classy sum more!
Yang ini pun cun jugak, cuma kena hati-hati, Kalau Q tarik depan orang ramai, mau ternampak juga lurah dendam tuh! hehehe...
Yang ni pun lawa, sesuai, tak over dan nampak moden juga.
Well, itulah serba sedikit tentang Nursing Wear idaman saya. kalau dapat sehelai dua, seronok juga kan. Nantilah, saya ajak hubby jalan-jalan cari baju. Hehehe. Ok,sebagai tanda penghargaan & persahabatan, (lagipun kan tak lama lagi kan ada pilihanraya kat Penang), apa kata anda berlatih "mengundi" di My Superkids.net pula. Bermula 1 June 2009, anda boleh klik saja butang di bawah untuk lebih mudah dan jangan lupa Vote untuk Genius Qarissa! Thanks In Advance ok!.
4 comments:
wah! seriusly lawanya! especially yg last tu, tak nmpk mcm nursing wear!
Hi Mommy Lina,
Cantik kan..? i pun suka, nampak classy & trendy. Tapi i suka yang number 2 more. rlek jer nampak mak dia susukan anaknya kan? baju pun lawa...
Hehehe... catik baju :) fashion pun
Hi TH,
Tuh lah pasal, i pun suka, trendy yet useful utk org2 fully BF cam i. hehehe
Post a Comment