Monday, February 8, 2010

Entry Sentap MLM: Isu Yang Tidak Berkesudahan???

Hari ni, tetiba aku tergerak nak berkongsi pendapat tentang isu MLM nih...:) Satu isu yg aku rasa takkan berkesudahan sampai bila2. Memula aku rasa malas nak ulas isu nih, tapi kat FB, adalah sedikit hangat this isu ini bila kawan aku letak kat status dia pasal wat LOAN utk join MLM. Dia hangin sangat pasal banyak naa org ajak dia join MLM dan sampai jadi kes paksa2 plak...:)

Memandangkan aku nih bekas staff MLM @ management side, so pandangan aku sebagai staff agak berbeza dari pengedar & stokis tuh semua. Aku cakap based on facts & bukannya memandang ke arah keuntungan semata-mata. Before aku bg pendapat, aku mintak maaf dulu lah kalau ada sesapa yang baca this entry dan rasa terkecil hati, tercabar, tertension dan sebagainya. Ni memang entry sentap sket. Wakakaka..Aku akan cakap apa yang aku nak cakap berdasarkan pengalaman & pendapat aku, & if uols tak leh terima, terpulang lah, sebab bila2 pun, pendirian aku tetap sama dalam isu ini.:)

Secara jujur, aku rasa sesapa nak berniaga, tak kesahlah trading @ MLM sekalipun, memang dituntut agama & memang mampu menjana pendapatan, tak kesahlah secara sampingan atau sepenuh masa, kalau buat betul-betul, memang ia akan berkesan. Tetapi, kita kena ingat -MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA!!!!! Secara peribadi, aku langsung tak suka dan tak menerima kalau ada mana-mana syarikat MLM menggalakkan, malah siap mengajar downline dorang untuk BUAT LOAN semata-mata untuk join syarikat tuh!! Aku tak rasa company tu sendiri yang ajar, tetapi this sistem telah dimanipulasikan oleh otai-otai yang besar-besar2 tuh kepada kumpulan dorang & semua downline disuruh copy-cat cara yang sama. Aku tahu ada banyak gak company yang buat this kind of manipulation, tapi yg femesnya ialah Hai-O & Lampberger. (Sorrylah aku direct jer bgtau, tak cover-cover..heheh) . Tujuannya???? Untuk apaaaa? Sapa yang untunggggg???

  • Downline - Ini kes beli pangkat. Bila dah labur beribu-ribu malah ada yang berpuluh ribu, maknanya dorang beli pangkat. Sapa yang join tuh akan terus naik pangkat tertinggi. Maknanya, on next purchase, dorang akan dapat diskaun tertinggi. Dan, bulan kedua, downline akan senyum sampai nampak gusi sebab kononnya komisen dapat riban-riban. Mungkin 3-4 ribu. So happylah sebab baru 2 bulan buat dah dapat komisen tinggi. Tapi dorang pikir tak, berapa puluh ribu dah dorang labur utk dapat that kind of komisen tuh?? Dorang sedar tak yang duit tuh datang dari hasil pelaburan dia sendiri??? Dia baru jer join, belum ada downline pun lagik. Cuba tgk bulan ketiga & seterusnya, kalau tak buat sales, atau tak "copy-cat" apa yang upline suruh - cari org lain, ajar wat loan dan labur puluh ribu (seperti mana yang dia buat tuh), agak2 dapat tak komisen banyak tuh lagi for the next month?? Sendiri mau ingat lah ......:)
  • Upline- Upline yang berjaya close case puluh-puluh ribu akan senang hati sebab komisen dorang memang tinggi. Yerlah, dah downline labur puluh-puluh ribu, kalau sebulan dapat 3-4 orang pun dah boleh tidur sambil senyum 24 jam!!! Dah terbayang-bayang trip ke serata dunia, dengan komisen lagi, dapat naik pentas baju glam-glam lagi, amik awards lagik..macam2 lah yg dah dipikirkan tu kan ...:) Tapi dorang pikir tak yang downline dorang tuh akan tanggung hutang at least 7-10 years???? Kalau betul-betul dapat upline jujur, yang memang nak tolong downline sungguh-sungguh, takper jugak, at least tolong downline sebab tahu komitmen dia dah tinggi nak settle loan, ni kalau dapat stok upline "Touch & Go", memang meranalah downline tuh. Barang dah dapat berpuluh-puluh jenis, simpan jer lah bawah katil. Paling busuk pun, jual kat kengkawan, sedara mara dengan harga modal, janji dapat cover balik, tak pun kat Cash Converter, janji dapat duit balik kan??? Pastu nyumpah upline sampai mati....huk huk....Tak caya cuba gi Cash Coverter tgk apa yang ada. Hhehehe...
  • Company - senang citer, as long as tak kuar paper, mak bapak komplen atau customer sendiri komplen, dorang peduli hapa kan??? Janji sales mencanak2 naik, company untung juta-juta. Lainlah kalau dah kecoh sampai masuk paper, barulah syarikat akan amik tindakan itu ini kononnya ..takut gak kena black list dengan KDN. Cam contoh Lampberger, orang Cina mengamuk-mengamuk especially mak bapak sebab anak-anak dorang sibuk mintak duit 30K nak join company tuh, siap ada yg takmo belajar dah, nak jadi cam upline, pakai Ferrari kononnya time muda-muda (padahal hutang kat bank beribu-ribu, nak berlagak punya pasal, nak impressed downline, jijik jer perangai), sampai dorang keep on complaining kat paper, barulah Lampberger kuarkan surat konon2 kena dapat persetujuan mak bapak kalau nak join Lampberger - untuk bebudak yang "masih belum cukup umur" ni.

Pada aku, kalau betul nak berniaga, buatlah cara betul. Apa kes nak meniaga sampai kena wat loan nih? Ukurlah baju kat badan sendiri. Kalau tak mampu nak berniaga, buatlah setakat yang mampu. Biar bermula dari bawah, jangan semangat sgt nak naik atas lepas tuh jatuh terduduk. Susah nak bangun nanti. Kalau sampai nak wat loan 20K tuh, lebih baik bukak kedai dobi ker, kedai makan ker, kedai stationary ker...apa2 jer lah, dari korang labur utk beli pangkat kat company MLM tuh. Unless kalau tuh duit korang sendiri, duit dah banyak tak tahu nak wat apa, then its ok kalau nak labur kat situ. Tu hal masing2. But to make LOAN, isk iskk...mintak simpang lah. Dulu, masa aku kerja pun, aku tak ajar leader2 tuh semua buat this kind of sistem manipulation. Pada aku, tuh cara yang "tak betul". Memang sales company akan mencanak-canak naik tapi pikirlah sikit, yang sakit sapa?? "Orang kita" jugak. Buat loan sampai 7-10 tahun, anak masuk darjah 5 baru hutang habis wei....itupun kalau bayar "on time". Berapa banyak sistem-sistem SKIM CEPAT KAYA yang melibatkan "orang kita"?? (ni kes lain pulak..) Memang tak serik-serik "orang kita" ni agaknya ...

Satu lagi perangai & ethic org MLM yang aku rasa ramai org tak suka (termasuklah aku sendiri), memang kalau korang perasan, sama jer, mungkin tak semua but I can say 90% lah, very tipikal lah org kata:
  • Berlagak bagus: Macam dia bagus sangat, bila dah dapat pangkat tertinggi, dengan kepala2 cam nak tercabut, dah macam penanggal dah kot..wakakaka..(kepala tertanggal), takmo dengar cakap org bawah, dia jer yang betul, semua kena dengar cakap dia, dengan company2 skali dia akan maki kalau rasa tak betul. Siap boleh sound-sound syarikat konon2 kalau tak penuhi permintaan dia, dia akan blah dr company bawak semua group dia. Mender ni pernah jadi kat aku sebab aku management team, so aku dah hadapi mender ni semua, sebab tuh aku berani cakap..:) - Hello kak long, yer memang betul ko bawak banyak sales pada syarikat, tapi ingat sket - KO TUH BUKAN OWNER!!!! Ko still "kerja" dengan syarikat!! Dan company bayar semua penat lelah ko. Its a WIN-WIN situation! Kalau tak kerja, takder gaji wei!!! Sedarlah diri tuh sket. Ko ingat semua downline ko akan ikut ko gi company baru ker??? Berpijaklah dibumi nyata kak long. Jangan nak berlagak sangat. Masuk kubur Tuhan tak tanya berapa sales ko dapat sebulan weiii..... Dia tanya "Marobbbuka" tu ha .... (iskk..emo nya aku ..wkakakaka..) . Dan tolong ingat sket, kalau ko gi company baru sekalipun, ko kena mula dari bawah wei....walaupun ko duk canang2 satu dunia ko bawak sales berjuta-juta sebulan sekalipun, kalau ko pergi company baru, u still need to prove to them also! Start back from zero, ada takder company tuh bagilah ko pangkat tinggi sket, takyah start dari Distributor, tapi kalau ko tak berjaya after few months trial, ko ingat dorang nak pandang ko lagik??? Sendiri mau ingat lah.....so kesimpulannya, jangan berlagak sangat!!!
  • Selepas 10 tahun menghilangkan diri, tetiba muncul: Aku rasa mesti ada yang terkena camni kan! Wakakaka..Aku nak gelakkkk...Dengan adanya teknologi terkini, memang mudah utk kita contact kengkawan lama kita kan, tapi agak2 lah beb. Janganlah bila jumpa kat mana-mana kenduri kawin, mata korang tuh meliar jer pandang kengkawan utk dijadikan terget! Orang leh perasan tau! Hhehehehe.. tak pernah-penah nak jumpa ajak makan, tetiba ajak makan, mesti kawan tuh pelik kan. Dan bila jumpa, terus terjah citer pasal busines MLM. Mau tak kejong kawan tuh dengar. Dan definitely dorang akan terasa. "Oooo...nak jumpa aku bukan sebab nak mengimbau kenangan lama, ada hajat rupanya! Cisss...sungguh tak ikhlas tuh!!". Mungkin itu yg akan kita kata dalam hati kan. Pastu, mesti kita dah malas nak jumpa member tuh lagik....dah hilang sorang kawan ..huk huk...
  • Baru dapat komisen tinggi sket, terus beli keta besau, paling koman BMW!!- Hhehehe..pendapat peribadi aku, kalau beli kereta utk kegunaan sendiri, mudahkan perjalanan dari A-B dengan selamat, memang mampu nak bayar tetiap bulan dan sebagai motivasi pada diri sendiri, ok jer takder masalah, yerlah, kita dah penat lelah wat sales kan, jadi memang patut hadiahkan diri sendiri "sesuatu" yang akan buat kita rasa bangga, tapi kalau setakat nak menayang kat downline + ada riak2 nak berlagak tuh, forget it lah!! Siap ada yang nak menekel pompuan dengan keta tuh...padahal anak bini kat umah tak terjaga! Punya cilaka manusia camni!! Seriously cakap, aku tak heran sangat kalau org MLM ni pakai BMW sekali pun, 2nd hand BMW 3 Series pun baru 30-50 K beb...apa ada hal kalau nak beli kan. Mahal lagi MyVi baru!! Aku tak suka bila ada org duk bangga sangat tayang keta sana sini konon dah maju sangatlah bisnes dia tuh, padahal only God knows hutang dia berapa banyak keliling punggung tuh ha!!! Aku rasa org camni hidup dengan penuh hipokrit! Aku tak tahu camner dia leh berhadapan ngan org ramai dalam keadaan penuh kepura-puraan ni tau! Serius beb! Muka tembok sungguh! Ni aku cakap pun berdasarkan pengalaman lah kan. Nak berlagak konon berjaya, banyak downline, pakai keta mewah tapi SEBENARNYA - MAK BAPAK YANG BAYAR KETA TUH!!! Tak ker haram jadah namanya!!! Buat malu jer! Awak dah beranak-pinak tapi mak bapak masih tanggung hidup dia! Caitttt....kalau aku jadi dia, malu aku tujuh keturunan!! Wakakakak.. Tu kira ok lagik, ada yang sampai SUSU ANAK pun parents sponsor. Adoiii...apalah malang nasib ko labuuuu.....huk huk...! Kesimpulannya, kalau betul pun kita success dalam bisnes nih, berpada-padalah dalam menunjuk kekayaan kita. Buat resmi padi sikit, tak rugi pun malah kita akan lebih dihormati & disayangi orang. Ni baru berjaya sket, berlagak macam dunia ni ko punya, manalah org tak menyumpah kan... Sebab tuh ramai org kata - MLM ni INDAH KHABAR DARI RUPA! Sebab orang-orang cam ni lah yg mencalarkan industri tuh sendiri. Aku respek owner DCL tuh, walaupun tak kenal pun, setakat kenal kat majalah, me personally think that the couple is very down to earth. Tapi selalunya gitu lah. Owner of the company baik jer, rilek jer ..tak kesahlah owner Melayu ker Cina ke, India ker, yang hover ni semua yang konon2nya "jutawan-jutawan" dorang lah kan .. Ekekekke... aku tak kata "jutawan" DCL plak, jangan salah sangka... ni open to all MLM (kena sound direct jer ..nanti ada yang terasa plak..hahahahahha)
  • Selalu jadi "katak". Jump to other company!!: Ni satu lagi aku perasan. Sejak dari dulu lagi time aku kerja. Ada sesetengah org tuh suka sangat lompat-lompat gi company lain. Pastu, bila join company tuh, berdegar-degar dia kata produk tuh bagus. Jap lagik, 4-5 bulan akan datang, dia join plak company lain, dia kata pulak produk terbaru yg dia join nih lagi bagus. Hadoiii...kalau dah 10 kali ko jump company, agak-agak ko aku nak percaya ker apa ko kata?? Kalau company yang ko join tuh jual produk lain, takperlah gak. Tapi kalau mender yang hampir sama, apa kes kan??? Sebab tuh lah, terus terang cakap, aku susah sket nak join MLM company yang lebih kurang dengan CRONY- baju reshaping undergarments tuh. Sebagai manusia biasa lah kan, aku rasa cam hipokrit jer kalau aku kerja dengan company competitor. Walaupun aku tak lagi kerja dengan CRONY, tapi masa aku kerja, aku wat research dan aku bezakan setiap pakaian competitor & give the fact to my clients, takkan bila dah berhenti kerja, aku nak jump to competitor's company & give the facts yang dulunya aku guna utk CRONY?? Its not fair aku rasa. Walaupun setiap produk ada kelebihan & kekurangannya, tapi aku still rasa cam tak syok if nak join company competitor walaupun aku dah takder kena mengena ngan CRONY. And until now, I still give the same fact i gave last time. Dan if korang nak tau, dah more than 2 yeas aku resign dari CRONY but calls still keep coming in & ask for my consultation on the products. And of course aku dapat sket commision dr my stokis bila aku rekomen customer kat dia. Aku tak jumpa pun clients, just do consultation through phone, make appnt and stokis gi jumpa. Setakat nih, 100% sold lah kan. Mudahkan kerja stokis. Dari situ, i learn something - STICK TO WHATEVER U BELIEVE & THE MONEY WILL COME TO U!!! Fokus dengan apa yang korang nak buat, kembangkan perniagaan dan jangan sibuk nak jump sana sini. Bisnes A belum maju dah nak jump bisnes B. Camner tuh? Ada istilah dalam MLM, kawan aku bgtau tapi aku dah lupa apa istilahnya, something to do with MULUT. Mulut apa ntah, aku dah lupa tapi maksudnya, apa dia cakap org tak percaya sebab dia otai lama dalam MLM dan dah jump banyak company. So, apa dia cakap tak laku lagi. Hmmm..Malang sungguh kan??? Kredibiliti kita jatuh disebabkan sikap kita sendiri. :(
  • Dalam baik, suka "paksa-paksa"- Aku rasa, sebagai salesman/women, memang kita kena ada sikap "urgency" tu. Bukan MLM jer, semua sales kena macam tuh, kalau tak, susah lah bisnes nak jalan. We have to create the urgency for our clients. Tapi janganlah nampak desperate sangat kan. Agak-agak lah kak long. Ni ada yang paksa-paksa sampai orang rasa tak selesa. Keep on calling, tinggal msg, PM, SMS dan macam2 lagi sampai orang rasa terganggu sangat. Tu boleh tahan lagi, ni ada yang sampai tinggi-tinggi suara kat client plak tuh! Siap perli-perli customer lagi especially kalau customer tuh dah tolak baik2 permintaan org MLM tuh. Tak kesahlah time nak suruh join atau time nak suruh beli barang. Aku rasa kita kenalah teknik dan ethic yang betul time wat sales kan. Skang dah maccam-macam produk yang ada kat pasaran. Baik under MLM atau under trading. Yang membezakan kita cuma servis jer. Jadi, amiklah hati client kita dengan servis yang bagus. Bila customer kita dah bg kepercayaan pada kita, bagi servis yang cepat & mesra, janganlah bila dia dah tempah barang ngan kita, kita bg barang tuh lepas 2-3 bulan dia order! Mau kena pelangkung namanya tuh! Wakakakaka..
Hmmm..sedar tak sedar, dah panjang aku bebel & ulas perkara ni. As usual lah kan, mmg takkan habis perdebatan ni sampai bila-bila. Again, semua bisnes boleh mendatangkan keuntungan kalau kena caranya. Biarlah kita buat bisnes yang betul dan lurus, janganlah kita buat bisnes bengkang-bengkok demi untuk mencapai matlamat kita. Sebab kita nak kaya cepat, nak maju cepat, nak ubah nasib kita dengan cepat, kita pijak orang bawah, manipulate org luar, yang kesian tuh, banyak yg kena adalah orang kerajaan. Mentang2 dorang senang nak dapat loan, habis semua disapunya. Kita pun tahu gaji org gomen nih berapa sangat kan. Tak banyak macam kita yg kat swasta ni. Kalau dorang join bisnes yang korang syorkan, dah labur puluh2 ribu, mesti dorang harapkan pulangan berkali-kali ganda. Kalau tak, watper dorang sanggup amik risiko. Tapi kalau korang tolong dorang sekerat jalan, janji bulan- bintang- angin lintang semua time nak ajak join jer, pastu korang wat tak peduli, tak adil namanya tuh. Bila orang dah bengang, hangin dan menyampah, orang akan menyumpah kita, menyumpah keturunan kita dan doakan yang buruk2 untuk kita sebab dia rasa teraniaya. Doa orang yang teraniaya selalunya dimakbulkan Tuhan. Dan aku rasa, sebab tuh susah jugak nak cari orang MLM yang BETUL-BETUL BERJAYA DALAM ERTI KATA SEBENARNYA- YANG STICK WITH ONE COMPANY FOREVER & SELAMANYA. Jadi, sesiapa yang yang terlibat dalam bisnes ni, ingat-ingatlah sket. Entry ni bukan bertujuan nak burukkan sesiapa, aku wat entry ni pun takder sapa upah, bukan dapat duit pun, tapi hasil dari kesedaran sendiri, dalam masa yg sama, dapat ingatkan diri aku jugak. Kalau korang tak terlibat dalam apa2 yg aku sebutkan di atas, mesti korang takkan terasa kan ..Hhehehe... Sapa yang makan cili jer lah rasa pedasnya..Jarang kita dengar org komplen pasal MLM @ Single Level yang lain, macam AVON @ COSWAY dan company2 tuh pun dah bertahan lama di Malaysia, still strong & berjaya lahirkan ramai usahawan tanpa perlu mencalarkan nama baik syarikat. Janganlah disebabkan sikap kita yang memanipulasi sistem, nama syarikat terbabit sama. Kalau syarikat tuh lingkup, kita jugak yang susah nak cari makan... So, berhemahlah ketika membuat perniagaan okayyy...!!


Behemah ketika berniaga,

20 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

hurm...mcm tu kisahnya..
aku tak berapa minat ngan MLM ni..kalo produk yang aku yakin jer aku beli dan jadi ahli..tu pun kalo nak suh labur2 tak per laa..tak kosser..hehehe

Zety Zin said...

saya join MLM sebab nak dapat harga diskaun. itu aje. kehkehkeh. mak tak reti bisnes-bisnes ni, nyah!

MeL MikaiL said...

ape yg u ckp ni exactly mcm my hubby ckp. dia paling pantang klu org approach utk join mlm ni. bg dia org2 yg atas paling awal je yg akan jd makin kaya. org bwh2 yg baru terkedek2 nak join ni ssh nak maintain lama. entahlah, i pn xtau sgt hal2 mlm. tnx for the info ;)

defina said...

aku pun xbrapa nak minat ngan MLM ni. kalau nak dapat harga ahli boleh la. pernah gak join tapi tak ler sampai melabur camtu....
kalo ko mmg ade talent utk menyakinkan org dan cam biasalah, ape yg ko cadangkn tu biasanya ko dah try dulu kan kan? tu pasal org mudah yakin ngen ko.

biasalah, melayu mudah lupa, walaupun dah terkena, nak dikenakan lagi, tapi ade juga yg mudah insaf.

ape2 pun terpulang pada cara sendiri, kalau betul, berkat rezeki tu, kalau tak, dapat hasil juta2 pun, habis ntah ke mana....

Watie Aziz said...

ellisme,
tu lah pasal, mmg kalau utk guna sendiri its good, modal pun tak banyak...ni kes org nak wat business tapi kena manipulate ngan upline yg fikirkan keuntungan semata2 tanpa niat nak bantu downline ..:(

Watie Aziz said...

Zety, hahaha..mmg banyak org cam tuh, aku pun kalau join adalah sebab nak dapat diskaun for next purchase .. dulu masa tak join cosway ..(actually dah join tapi aku kedekut nak renew rm 30 setahun ..wkakaka...) aku pakai jer member punya membership number utk dapat kupon dan diskaun tuh .. yg HPA pakai makcik punya ..:)

kalau guna monthy product dia, mmg bagus join,kira berbaloi ah ..

Watie Aziz said...

mel, mmg betul, mana2 company pun, u kena start dari bawah .. bukan kata org atas jer kaya, orang bawah pun leh kaya but u have to struggle more to achieve whateva u want .. sebab tuh ada sesetangah upline suh donwline labur puluh riban supaya dorang leh naik pangkat terus ke level yg tertinggi..but what's the point?? if u tak dapat cari cust lain atau tak dapat jual barang .. it will come back to square one..

basic prinsipal in business- mesti ada urusniaga berlaku baru ada untung. kalau tak, jgn mimpi lah ..jgn ingat join jer , beli pangkat tingi2, pastu duk diam kat umah ..mmg tak dapek lah hapa2 pun!!

Watie Aziz said...

naimah, yup betul cakap ko..sometimes aku kesian sgt dengan prg2 yg dah terkena ni tau .. aku pun tak lah pandai sgt .. ada jugak rugi bila melabur cam skim2 similar to cepat kaya tuh .. but kerugian tuh is acceptable sebab mana2 pun ada risiko tapi untuk buat LOAN, mmg takkan l;ah aku buat ..tuh nak korek lubang kubur sendiri tuh .. hu hu ..

aku kesian kat sapa2 yg dah masuk that kind of scheme, siap buat loan, pastu modal pun lum habis cover, company dah kena freeze ngan bank negara .. rasa cam nak terduduk dibuatnya..

MLM ni is a gud industries sebenarnya tapi disebabkan ada org2 yg manipulatekan sistem ni, jadi org takut dah dengar ..sebut jer MLM, rasa nak larik jauh2 .. hahaa..padahal sometimes mmg produk dia bagus pun ..

cuma tu lah, kalau dah nama MLM, produk rm 2 pun dijualnya rm 200..tu yg aku malas gak tuh kalau nak beli yg terlampau mahal..baik aku beli trading jer .. at least aku tau kalau mahal sekalipun, produk tuh mmg betul2 bagus .. kalau harga similar to pharmacy, aku pilih MLM sebab at least dapat kumpul point dan dapat tukar barang cam cosway tuh ..(tu pun smpai skang aku tak gi pun redeem ..hahahah)

MamaDamia a.k.a Haiza said...

Topik mantap nih...thanks for sharing...i pun ader gak join beberapa MLM before,tapi memang letih dan tak nampak kesan pun..macam u cakap...betul memang upline yang kaya raya...kita downline kalau tak usaha separuh mati,sampai bila-bila pun tak kaya...bertambah kayap ade lah..

Now, i setia with Avon,nampak pulangan n keuntungan nya walaupun tak berjuta nilainya... :)

Sharini aka Ummi Khayra said...

wahhahah.. apa yang watie cakap tu semuaaaaaaaaa nini sokong sebab memang cenggitu pun... masa nak suruh jadi downline sume ckp manis, no paksaan.. bla bla bla.. and rasa tak perlu ulas lebih2 sebab watie dah habq semua dah... :)

mazz said...

isu menarik.....sy dulu mmg anti ngan MLM coz dah tgk parents berpenat lelah berbisnes tapi bila dah stop semuanya hilang....upline ambik kesempatan dll.
Tapi bila guna produk DCL terus join (asalnya coz nak dapatkan harga yg lebih murah) tapi makin lama sy makin jatuh cinta. Produk dia bagus dan 100% milik "kita".

Sayang coz dgn segelintir manusia yg membawa sikap tidak bertanggungjawap membuatkan ramai org yg anti ngan MLM. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Apapun kejujuran akan memberikan kita rezeki yg halal dan insyaallah diberkati....Moga semua yg terlibat dgn MLM akan lebih jujur dan ikhlas dlm mencari rezeki di alam sementara ini :)

mazz-collection.blogspot.com

mazz said...

isu menarik.....sy dulu mmg anti ngan MLM coz dah tgk parents berpenat lelah berbisnes tapi bila dah stop semuanya hilang....upline ambik kesempatan dll.
Tapi bila guna produk DCL terus join (asalnya coz nak dapatkan harga yg lebih murah) tapi makin lama sy makin jatuh cinta. Produk dia bagus dan 100% milik "kita".

Sayang coz dgn segelintir manusia yg membawa sikap tidak bertanggungjawap membuatkan ramai org yg anti ngan MLM. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Apapun kejujuran akan memberikan kita rezeki yg halal dan insyaallah diberkati....Moga semua yg terlibat dgn MLM akan lebih jujur dan ikhlas dlm mencari rezeki di alam sementara ini :)

mazz-collection.blogspot.com

mazz said...

isu menarik.....sy dulu mmg anti ngan MLM coz dah tgk parents berpenat lelah berbisnes tapi bila dah stop semuanya hilang....upline ambik kesempatan dll.
Tapi bila guna produk DCL terus join (asalnya coz nak dapatkan harga yg lebih murah) tapi makin lama sy makin jatuh cinta. Produk dia bagus dan 100% milik "kita".

Sayang coz dgn segelintir manusia yg membawa sikap tidak bertanggungjawap membuatkan ramai org yg anti ngan MLM. Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

Apapun kejujuran akan memberikan kita rezeki yg halal dan insyaallah diberkati....Moga semua yg terlibat dgn MLM akan lebih jujur dan ikhlas dlm mencari rezeki di alam sementara ini :)

mazz-collection.blogspot.com

Afzan Aini said...

Mmg bagus pendapat u. I pon dulu penah la terlibat dlm MLM, n tak berjaye pon cam upline2 tuh. Last2 diorg pon lingkup. Pakai kete besar mmg saje nk menunjuk kat downline. pas beberape bulan diorg lompat ke company lain pulak. Kesimpulannye, x yah la MLM2 nih, jd ahli utk dpt diskaun utk pakai sendri je. Kalo nk bisnes pon, buatlah bisnes yg ternyata halal dan nampak mende yg dijualnye. Rimas gak kawan2 lame yg bertahun x jumpe, tibe2 nk jumpe pastuh dok crite psl MLM nye, pastuh dok contact2 lg nk suruh join. huhu.

defina said...

wah, ko kalo redeem mau dapat brg best2 ni...

biasanye MLM ni, bila yg atas dah kayo, dibiarkan jer yg bwh2 tu...

yg age internet tu pn cam ade iras MLM gak...

Watie Aziz said...

Uk & Haiza, yes memang betul, mana2 bisnes pun memang kena usaha, kalau nak duk ddiam, harap duit datang melayang sendiri, jgn haraplah kan .. tapi tu lah, bila dorang janjikan bulan bintang tuh time nak ajak masuk, ada gak yg terpedaya ..

as for me, berpijaklah dibumi nyata, tak salah kalau bgtau kena kerja keras kalau nak rasa duit masa rekomen tuh,jadi cust tak rasa tertipu ..:)

Watie Aziz said...

mazz, yup betul kata u .. bila stop, then everything habis lah ..mana2 bisnes pun if stop memang habis lah kat situ jer .. tapi ada jugak kengkadang otai MLM nih, dorang just maintain jer tetiap bulan, padahal tak buat pun, tapi sebab downline buat, dorang maintain utk makan jugak komisen tuh ..

sebab tuh susah kalau nak bergantung pada downline, if kita suka wat bisnes, baik kita usaha sendiri, susah nak harap org nih..hehehe

Watie Aziz said...

afzan, heheheh... tu lah kan ..i bab nak eksen2 tuh yg tak larat nak layan tuh ..sebab i dah pernah kena kan .. bukan keta jer .. cakap kita pun they dont want to listen, kita kena marah laagi ada sebab kononnya kita baru in the industries .. dorang org lama .. hhmmmm.. ikut hang lah labuuu.....

Watie Aziz said...

naimah, hhhehhe..mana ada yang, aku nih bengong sket, selalu lupa mana aku letak kupon tuh...wkakaka...pastu nanti tak tahu nak redeem apa barang ..wkakakak..

Byzura Razali said...

hi watie! mmg betul pun. ai penah jugak jumpa one of the blogger yg wat mlm nih.lepas jumpe asik call jer, nak arrange wat loan, mcm2..tak kuasalah nak wat loan rm20k semata2 nak join mlm.cite bok bang ckp dia pun wat loanlah, kuakan asb semata nak join mlm nih. sedangkan bila tau background dia, bapaknye somebody yg still bg duit kat anak2 event anak2 dah married boleh??? in other way sebenarnye ko mmg anak org berada pun...

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading