Friday, May 14, 2010

Malam Pertama Yang Huru - Hara!

Kalau tgk tajuk, bagi pengantin yg baru kawin atau anak-anak dara yg tgh menunggu hari menikah tuh, jgn salah paham yer dik...Ahkak ni nak citer pasal malam pertama ahkak & hubby selepas beranak dua, bukan kenangan malam pertama ahkak ngan cik abang .. Wakakakka!

Hadoi..kalau ingat balik malam pertama aku pas balik dr Putrajaya, mmglah haru biru semua! Dengan badan yg masih sakit, si Qarissa tak pernah-pernah buat hal, tetiba jer malam tu menunjukkan "tamparan wanita" nya pada me & hubby! Aku dah dapat rasa yg Q akan jeles dengan cara dia tersendiri, tapi tak sangkalah that bad kan! Sampai aku menangis dibuatnya! Hu hu hu ..

Hobby baru Q - "Bertapa" depan adik!!!

Aku dapat rasa Q merajuk dan terasa sebab me & hubby tinggalkan dia kat umah my mom for 2 days masa aku bersalin tu. Memanglah dia seronok sebab ramai kawan, but as i always told uols, Q ni tidur malam-malam berpeluk sakan ngan aku, so aku tak dapat bayangkan camner dia tidur 2 malam tu without me di sisi. My maid kata, dia susah nak tidur but still sleep sebab ngantuk, tapi tgh2 malam berjaga and keep on looking around..then peluk Nor dengan muka sedih. Adoi...aku pulak yg terhiba bila dgr camtu...

Masa kat spital dia dtg melawat me & her new adik, nampak dia biasa2 jer lah, bila suruh cium adik dia cium lah, ada gambar dia aku paste dalam entry2 sebelum nih, tapi rupanya member "makan dalam". Hhaha.. Mesti dia ingat baby tu "anak patung" biasa jer kot, sekali tetiba bila sampai umah the next day, tau-tau anak patung ni pun ikut skali! Mesti dalam hati dia kata, "Aikk...ini sudah lebey, dah lah 2 hari tinggalkan aku sorang-sorang ngan Kak Nor, tetiba bila balik umah, bawak lak anak patung kecik nih. Asyik kena dukung plak tuh ..Tak leh jadi...tak leh jadi...". Hahhaha..

Q tgh baca mantera tuh!

Sejak sampai rumah, mmg dia totally ignored Zayra. Bila malam menjelma, dia sibuk suruh Daddy bukakkan Little Reader, she keep on playing with the software, tergelak2 ngan Daddy, sikit pun dia tak pedulikan Zayra. Aku sebelah dia pun dia tak pandang! Terhegeh2 lah aku duk bawak adik dia dekat dgn dia suruh cium bagai, member wat derkk jer! Siap buat muka kerek ala2 diva tahap dewa! Jgn kata nak cium, pandang pun tidak! Aku sedih jer tgk time tu. Emosi tgh tak stabil katakan...hu hu hu .. sedihnya napa Q tak suka Zayra...?

My souls...

Bila Daddy nak tutup software, Q marah giler dan mulalah tantrum tak hengat!! Dia jerit2 & obviously nampak macam nak melepaskan geram to both of us!! Dari cara jeritan & tangisan dia tuh, naluri ibu aku tahu mmg dia tak puas hati sebab kena tinggal, then suddenly bwk org lain balik rumah, she tried to control herself (by ignoring adik & playing the R with Daddy) but failed. So, member berangin dan nangis sekuat-kuat hati, Daddy peluk pun tak nak! It took us almost 20 minutes nak calm kan dia ..

Ngadap adik sampai mata pun stimm.. hahhaa..

Bila tidur plak, datanglah ngada2 si adik ni ha. Kat Putrajaya baik jer tidur dalam baby cot tu sorang-sorang, sampai rumah malam tuh, sepanjang malam dia nak berpeluk. Aku letak jap kat baby cot nangis. Adoi, dah dua-dua anak aku nangis pulak ni ha... mana satu aku nak layan nih? Lucky lah sangat sebab hubby help me a lot, walaupun aku tau dia penat sgt, tapi dia pun tau bini dia pun tersangat penat, so he took care of Q malam tu. Dia jaga Q sampai Q tidur...

Aksi seram bila Q mula nak panjat high chair sebab nak tgk muka Zayra dekat2!!

Yg paling buatkan aku sedih tuh, dalam keadaan aku peluk Zayra malam tuh sambil tidur, Q terjaga tengah malam dan cari aku untuk dipeluk seperti biasa, tapi aku tak boleh nak peluk dia sebab aku tgh dukung & peluk Zayra. Terkebil-kebil dia pandang aku dan tarik tgn aku suruh peluk dia as usual but i really cant! Terus aku panggil hubby suruh peluk Q, tapi dia tak mau Daddy peluk. Dia merengek2 sikit, pastu terus meniarap & tertidur balik. Ya Allah, sedihnya aku time tu Tuhan jer tau! Memang aku rindu sangat kat Q lepas 2 hari aku tinggalkan dia. Nasib baik, bila Zayra dah betul2 lena, dah sepertiga malam, aku letak kat baby cot, dia senyap kejap, cepat2 aku naik atas katil dan peluk Q sambil cakap aku rindu kat dia, tapi Q tak dengar ponnnn... dia tak layan pon sebab tak sedarrr.. hahhaha...

Apa yg ko suka sgt nak oiii...?Adik muka boringgg... Hahaha..

Syukurlah sebab huru hara tuh tak lama. Me & hubby sama-sama memainkan peranan untuk bgtau Qarissa yang she is important in our life..kehadiran adik dia langsung tak menggugat kasih sayang both of us pada dia. Everything is the same, bukan sebab ada adik, me & hubby tak dapat tumpukan perhatian pada dia, bergurau senda dengan dia atau watch DVD sesama ngan dia. Sebab tu jugaklah, walaupun aku dalam pantang, seboleh mungkin aku habiskan masa dengan Qarissa & baby Zayra dan pastikan takder apa yg berubah dr segi aktiviti rutin yg selalu we all buat sebelum Zayra lahir. Aku bergurau dan geletek2 jugak Q masa watch DVD walaupun penat sebab aku takmau Q terasa aku tak layan dia dan hanya fokus on her adik. Aku bacakan buku, aku suruh dia conteng-conteng dan aku nyanyikan dia. Alhamdulillah, masuk hari ketiga (malam kedua tu), Q dah ok sikit dan mula nak pandang & jenguk2 adik dia. Lega sikit hati aku..& aku happy sangat.
Really love this shot sebab gaya Q sungguh gedik dalam lembut, konon2 prihatin ngan adik tapi adik wat muka buhsannn.. hahaha..!

Dan..selepas berjaya meyakinkan Qarissa, hambek ko... sudahnya, si Q ni pulak jadi terlebey prihatin ngan baby Zayra sampai dia boleh mengadap baby Zayra tanpa henti selagi aku tak tarik atau tolak dia ke tepi! Aku risau betul kalau2 siku Qarissa tertekan tangan atau badan Zayra, memanglah tak pernah kena tapi kalau terkena tak ke menjerit dibuatnya baby Zayra tuh? Si Q ni mmg pakar dalam hal selit menyelit tau, dia boleh tolak aku dan selitkan diri dia kat mana-mana bahagian yg dia nak, janji dia boleh mengadap muka adik. Memang seram tgk aksi dia nak dekat2 ngan adik tu! Adik pandang kanan, dia pun alih posisi ke kanan, adik pandang kiri, dia alih possisi dia ke kiri..hadoii..seram mak noksss..! Kalaulah tersembam masa tgh pusing2 time lari atau jalan tuh, tak ke naya??

Setiap kali adik nguap @ bergerak, Q akan gelak kuat! FAKE gilerrr gelaknya!

Pastu, mmg baby Zayra ni jadi bahan eksperimen @ anak murid dia. Dia ingat baby tuh anak patung bergerak agaknya! Habis dia pegang semua anggota badan Zayra dan sebutkan satu-satu nama anggota tuh! Kejap dia pegang kepala (sekarang dah pandai sekeh kepala adik!) , kejap mata, pastu hidung, telinga, mulut dan bahu! Pastu cakap kuat-kuat - HEAD, SHOULDER, EYES, NOSE, EARS, MOUTH...hadoii.. nak jadi cikgu plak dahh... yg geram tuh, nak tunjuk2 tuh kat anggota adik jer..aku suh dia tunjuk kat diri sendiri dia takmo! Hahhaha..Yang comey skali, dia suka tgk dan tekan tangan kanan Zayra tu..dia tenung lelama, pastu senyum & kadangkala dia cium tgn tu.. so cute! Aku tak sabar nak dengar bila dia pandai cakap nanti, apa dia nak cakap bila tgk tangan adik tu ha .. Hhehehe.. Mesti pelik soalan dia ..maklumlah, "Kids says the danderst things kan?" Hahhaha..

Memulakan sessi pengajaran - Anggota tubuh anda!

Ni lah antara video yg sempat aku rakamkan masa dia buat "sessi bertapa" depan Zayra tu. Bukan main lagi tangan dia siap selak-selak rambut cam diva lah sangattt. Memang geram tgk aksi Q setiap kali dia nak selak rambut dia, konon2 Princess lah tuuu...! Pastu jadi seram masa tangan dia duk pegang-pegang muka adik, tarik rambut adik.. pegang kepala adik.. hadoii..memang aku kena berjaga-jaga jer sekarang, coz now dia dah pandai nak babab-babab adik dia pulak.. Makin aku kata jangan, makin dia sengaja nak uji kesabaran aku.. hangin btol bila dia sekeh-sekeh kepala baby Zayra yg tak berdosa tuh.. Hhahaha..

Aku tak sabar nak baby Zayra cepat besar so bolehlah both of them main berdua. Mesti seronok sebab ada geng, leh lah hug & cuddle sesama ...Hheehe..


Gaya selak rambut tak tahannnn..! Hehe..pastu dengar dia sebut HEAD!!! Seram jer tgk time dia duk ketuk2 kat muka adik tuh.. Perghh!

Huru-hara telah berakhir,

5 comments:

Haiza said...

hahaha so cute...sian adik kena tarik rambut ngan kakak ye...tapi betul gigih ye Q duk ngadap muka Zayra tu...ni kalau tinggal berdua je mau di angkatnya adik dia tu...isk

p/s:tetiba plak dengar iklan "Dolly..Dolly kata haaaaa".Peberet iklan Damia tu,kalau sebut iklan tu kat dia,terus dia bukak mulut tunjuk gigi dia...hehehe

alinalan said...

wah Q nampak so cute & more looks seorang kakak yg penyayang laa. Enjoy seeing Q faces masa bertapa depan Zayra

munira said...

q maken besar and maken shantek hehehehe
suka tengok mata zayra yang besar!nampak shumil!

Unknown said...

alahai kakak..bestnya dia naik pangkat =D

isabelle said...

set set kakak mithali la tu. cewah..kemain lagi.
tapi part gelak yg fake tu..adoiyaiii..

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading