Q ni sejak ada adik, memang jadi kaki buli btol tau. Habis adik dia jadi bahan eksperimen dia. Semua dia nak pegang, nak rasa, nak kacau, nak cium dan yg paling latest, nak gigit! Dalam pada baik, dia cium2 adiknya (kunun lah tuh ..) tau-tau Zayra dah melalak jer! Nampak plak tangan gebu dia tuh merah kemainnnnn... pastu ada tanda gigi! Kesian kan! Mentang2 lah tangan adik dia sedap di gigit, habis dia nak guna "deria rasa" dia kat adik. Sabar jer haku! Dia bukan peduli tangan apa pun, baik kiri baik kanan .. dia belasah jer .. hu hu .. Aku skang kalau nampak dia tarik2 sarung tangan adik, atau nak cium2 .. mmg aku dah standby dah .. Tau dah dia nak start mission dah tuh ..:P
Yang adik ni plak, punyalah hati baik, nampak kakak duk renung2 dan tenung2, dia suka sgt tau!(tanpa menyedari ada mission di sebalik senyuman notty akak dia ..) Dia siap gelak2 dan sengih2 lagi. Dia dah tau dia ada kakak aku rasa ..tapi yg tak best tuh, dia dah belajar cara kakak nangis bila tantrum (coz bila Q melalak2 tuh, dia diam sambil tgk jer .. time tuh aku dah budget dah ..dalam hati aku kata, "Habislah nih, confirm Zayra ikut pasni") Betul apa aku rasa beb! Skang member nangis hover okeh! Siap leh teran2 cam Amy Search tu, dan if dah melebih sgt, sampai batuk-batuk dan tersedak-sedak! Serius cam Q gak! Tapi Zayra baby lagi. Q dulu pun tak camtuh. Hmmm..Sabar jer haku! But she still cute with her lovely smile . Terus hilang tensen mak nokss.. Hahahaha..
Pastu kan, dah lah suka buli adik, si Q nih kan ..leh wat lawak tau (lawak ker...? ). Aku dengar mula2 tergelak, pastu geram, pastu sakit hati, pastu gelak balik.. Korang tgk situsai nih dan imagine yerk..
Q: (sambil memegang seluruh anggota badan adik)
Q: Nose, Eyes, Mouth, Ear, Head, Hair, Hand, Arm ...
sampai kat jari kiri
Q: Fingers ...
sampai kat kat jari kanan
*
*
*
*
Q: Toes....!!!
Aku: &^%$@@#%^*
Bertuah punya kakak! Mentang-mentang jari adik ko comey, kecik, pandai ko sebut toes yerk! (Bila pikir balik, mmg aku gelak, sebab dia bole plak terpikir yg jari tangan kanan adik dia tu toes, sebab kecik like toes..hhehehe) . Memang Q selalu belek-belek tangan adik dia. Dia cam pelik, napa tak sama ngan tangan dia kot? Kalau lah dia dah pandai tanya dan cakap, mesti best kan? Aku nak dengar apa dia akan cakap dan tanya. Hhehe.. Excited aku nak jawab nanti ..:)
Ni antara gambar-gambar kejadian "buli" yang sempat aku rakamkan. Gambar2 ni mmg ikut turutan yg aku capture tau! Sila fokus kat muka Q yang senyum "jahat" bila dapat tarik sarung tgn adik! Sungguh cheeky & notty kan!
Adik dengan muka suci murni tak bersalah!
Dia dah mai... dah mula nak jadi kaki buli!
Muka kaki buli sebelum membuli! Kena wat muka kerek sket!
Usha dulu! Jeling tak hengat..Adik masih lagi berprasangka baik...sian anak aku..heheh!
Tengok2 dulu, wat2 baik dulu..sambil memikirkan strategi. Adik masih berbaik sangka..:P
Dah mula dapat target, apa nak kena buat ..Adik masih lagi bersifat suci murni...:P
Terus tarikkkkkk! Dengan muka serius!
Dan kemudian gelak "jahatttttttt"! Hoyehh... hoyehhh...dah tanggal! Dah tanggal! Wakakakak (gelak jahat dowh...)
Nah! Hambek balik mitten adik! Akak tak pandai sarung ..Sarung sendiri okeh! (sambil tonyeh-tonyeh kat muka adik...)
Ho ho ho! This is how i did it!!!! To be continue in our next buli session bebeh!!!!!
My babies make my day!
2 comments:
kalo muka Q tu dah ikut muka mummy dia, rasanya perangai buli tu pun ikut mummy dia kot.kekekeke
hahhahaa..sabar jer aku noks... geram tau tgk bila dia buli adik.. hu hu
Post a Comment