Tuesday, September 15, 2009

Ampun & Maaf Kami Pinta Di Hari Raya Yang Mulia...

To All My Dearest Friends,

Tidak kira siapa pun anda, yang sedang membaca nukilan hati saya, saudara mara @ rakan-rakan bloggers @ non bloggers, active readers @ silent readers, yang mengenali kami dari kecil sampai besar, secara dekat @ secara maya.

Sempena Hari Raya yang bakal menjelang beberapa hari lagi, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun & maaf sekiranya selama kita berkawan & berkenalan ini, dari kecil sampai besar, ada yang tersilap kata "terseliuh" bicara, tanpa di sedari atau memang sengaja nak menyakitkan hati...(wakakkaka..jahatnya aku nih....), aku mewakili my family nak mintak maaf setulus hati seikhlas rasa, sempena hari yang mulia ini.

Memandangkan kita dah semakin tua, hidup pun tak tahu berapa lama lagi, bermaaf-maafan antara manusia adalah yang terbaik yang boleh kita lakukan. Mungkin kita dah lama tak jumpa, cuma nostalgia & kenangan yang sering mengekori kita ke mana sahaja. Tidak semua kenangan itu manis, tidak semua juga kenangan itu pahit, tetapi kenangan itulah yang akan kita bawa sehingga akhir hayat kita. Thanks to blogspot kerana dengan adanya platform seperti ini, dapatlah kita meluahkan rasa secara terbuka, amaklumlah, tak semua rakan-rakan tuh kita jumpa semula kan ... mana tau, satu hari nanti, tengah blog hop, terjejak kasihan pula dengan rakan-rakan lama... :) It such a nice & wonderful experience kan?? :)

Aku nak mintak maaf jugak sebab lately lambat balas komen yang kawan-kawan berikan di sini. I really appreciate segala komen yang diberikan, aku baca semua komen tuh, cuma tak larat nak balas sebab badan tak sihat, memang rasa bersalah sebab terpaksa ambil masa utk balas semua komen, alhamdulillah, dapat jugak aku balas walaupun lewat. Aku juga mintak maaf sebab cuma sempat melawat blog kawan-kawan tetapi jarang dapat tinggalkan komen, aku baca perkembangan kalian cuma tak larat nak tinggalkan komen seperti selalu. Mana-mana yang sempat jer, aku gagahkan jugak utk tinggal komen...harap-harap, selepas Raya, aku akan stabil seperti biasa..Insya Allah ...

Semoga Hari raya tahun ini akan mendatangkan keberkatan kepada kita semua, merapatkan jurang antara keluarga, merapatkan tali sitarurrahim antara kita dan mengukuhkan perpaduan sesama bangsa. Insya Allah..Hati-hati memandu di jalan raya, semoga selamat pergi & selamat kembali ke rumah yer...dan selamat bercuti dari berblog , mungkin 2- 3 hari then jgn lupa sambung tau! Jgn biarkan blog anda ....di selubungi MISTERI....wakakkak...Salam lebaran , salam sayang buat semua...terimalah kad dari kami sekeluarga ....:) Ni antara kad & gambar yg sempat di "rembat" dr internet ..i like....sebab gambar Masjid Shah Alam... ehhehee...tapi aku tak sempat nak edit2 letak gambar satu family dan tulis berbunga-bunga...tak larat weh .. hu hu!



Maafkan kami ..(tra la la la...) Maafkan kami ..(tra la la la...)
Watie, Saiful & Qarissa & My Baby In Womb....:)

12 comments:

isabelle said...

watie,
sama la ye.selamat hari raya, maaf zahir batin.
ko tu, dah muntah2 sakan...jgn mls nak update blog lak. hehe

hehe.sib baik aku pregnant dulu x muntah lgsg. ni yg gedix nak pregnant lg nih:P

salzahari said...

sabar isabelle..sabar..sbb kita jrg muntahla tak rasa azab sgt nak pegnant lg kan? hehhee....anyway, Selamat Hari Raya Watie ek?!! Nanti tgk jer la lemang ketupat smeua tu..

Jiey^Mien said...

dear..
slmt hr ry to u too..
take care tau..
get a good rest..
=)

Farah said...

selamat hari raya watie n famili!!

harap2 raya nanti takdela loya sangat ek..take care!

kakyong said...

watie,
selamat menyambut lebaran...

jemput ke blog amik kadraya yer...

Intan said...

To watie and family...


Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin!

Take care dear :)

defina said...

watie,
sama gak yer, selamat hari raya, maaf zahir batin
(^_^)

azzamoro said...

selamat hari raya watie. maaf zahir & batin..:)

-Ain-Dak In- said...

salam kak watie...lama ain menghilangkan diri dr jenguk blog ni..
bukan ape...masa x berapa nak mengizinkan ler..
hehehehehe...
peluk cium tok q...hehehehehe...

kat sini ain nak mintak maaf lau ada salah silap,terkasar bahasa bila bg komen kat kak watie...

maafkan atas segala pe'el ain yg x semenggah tu...kikikiki...

selamat hari raya tok kak watie sekeluarga...berhati2 bila balik kg yek...
biar lmbt asal selamat.....
tp kdg2 lambat pon x selamat jugak..
jadi berdoalan pada ALLAH semoga semuanya berjalan lancar...

* peace* keluangman pon nak pegi raya ni..

*duit raya ada x tok ain?? kiikikiki..

Nur said...

selamat hari raya...

:: m.u.n.i.r.a :: said...

salam aidilfitri ..
maaf zahir batin!

MamaDamia a.k.a Haiza said...

salam lebaran dear,

selamat hari raya jugak buat u sefamily...take care :)

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading