Sunday, November 14, 2010

Dilema: Tgn Kiri @ Tgn Kanan?

Hmmm....aloo geng2 yang baca blog nih, aku ni skang dalam dilema lah .. hmmm..dah simpan lama gak dilema nih, sejak Zayra lahir, tapi taklah pikir sgt sebab malas nak bebankan otak ... aku kan selalu berfikiran positif .. heheh ..

Tapi lately nih, aku cam ada dilema lah .. sebab Qarissa nih dah tunjuk skil pelik2 sket .. hmmm..skill makan atau amik makanan. Dia suka pakai tangan kiri dari tangan kanan. Aku ni kan, sejak ada Zayra, aku cam dah set in my mind that Zayra akan buat segalanya guna tangan kiri, aku tak terfikirlah cara dia nak makan kalau guna her right hand kan (buat masa ni lah .. akan datang aku pun tahu ..Allah dan Zayra yang lebih mengetahui camner cara dia nak makan ..hehehhe), so of course lah dalam banyak hal dari segi penggunaan tangan, aku akan lebih bertoleransi dengan Zayra. Kalau sapa2 tanya kenapa dia makan pakai tangan kiri, aku nak suruh Zayra lepuk orang yg tanya tuh dengan tangan kanan sambil cakap, "This is why i makan guna tangan kiri! Kan dah kena back hand Symbrachydactyly tahap ketujuh!" Hahahhaa...

Tapi, takkanlah dengan Q pun aku nak treat sama kan? Mestilah dia kena makan guna tangan kanan, amik makanan guna tangan kanan. Tapi, dia nih ..entah yerk ..cam tau-tau jer aku serba salah tau. Dia suka betul amikk makanan yang aku bagi guna tangan kiri. Bila aku kata, use your right hand Qarissa, baru dia amik guna taangan kanan. Sometimes dia belasah jer guna tangan kiri jugak. Dia suka sangat makan Mister Potato Crisp tuh lately, jadi memang selalu lah duk sumbat2 dalam mulut. Hmmm.. aku sampai cakap kat dia, "Kakak, why you always use left hand, kalau adik takperlah, she cannot use her right hand, tapi kakak kan ada right hand?" Dan selalunya, aku hanya dapat jawapan ala-ala "Ada aku kesah????" dari muka Qarissa yang sungguh diva tuh .. Hmmmm.. camner yerk?

Aku serba salah sebenarnya tau...kalau dulu masa Zayra belum lahir, mesti aku pastikan Qarissa amik makanan dari aku atau sesiapa sahaja dengan tangan kanan. Yang mana perlu guna tangan kanan, memang aku ajar dia guna. Tapi sejak Zayra lahir, I try to tolerate sikit ngan Qarissa lah kan, sebab aku tahu satu hari nanti dia mesti tanya, kenapa adik boleh dan dia tak boleh, kenapa nak kena ada beza and so on lah ..soalan2 yang tak terjangka dek minda aku nih.. macam perkataan TOES yang Qarissa guna to describe jari tangan kanan adik dia tuh.. hehehe.. kemain pandai duk sebut TOES... sabar jer lah .. ehehhe ..

Agak2 aunty2 & uncle2 semua, saya boleh guna tak tangan kanan nih untuk makan? Mummy ni nak dilema-dilema pulak..Ntahapahapa ntah kan ...and to my dear kakak Q, ni fingers yer,, bukan toes, kalau akak sebut toes lagi, adik PUNCH muka kakak biar hilang aura diva tuh tau!

As for now, aku cam biarkan jer lah Qarissa amik guna tangan kiri, kengkadang aku bebel-bebel lah gak, tapi i have to admit that aku cam tolerate banyak lah dari segi penggunaan tangan ni. Its all becoz of Zayra, cam kira persediaan untuk aku lihat Zayra makan dengan tangan kiri lah kan.. dan dalam masa yang sama aku terpikir gak, kalau aku tolerate sangat dengan Qarissa, sampai ke besar nanti dia terbiasa tangan kiri, kalau Zayra, maybe 1st time orang tgk pelik dan start to look at her right hand, once dah nampak, tak lah pelik lagi kan.. tapi Q?? Takkan nak kata, "since my adik is also left handed, so i want to follow her, makan tangan kiri... thats y sampai besar i makan guna tangan kiri!". Adoiiii...sungguh tak bestnya jawapan tuh! Hu hu ... sesia jer dia salahkan aku sebab tak train dia makan guna tangan kanan. hu hu .. takutnya ..!

Camner yerk korang? Nak strict balik ker cam dulu? Atau biarkan jer Q dengan tangan kirinya? Setiap kali Q guna tangan kiri utk amik makanan kan, mesti aku terbayang Zayra tau.. hmmm.. pastu aku cam terpikir, si Qarissa ni macam tau-tau jer adik kena makan tangan kiri, so dia siap2 guna dulu, jadi nanti bila adik besar sikit, makan guna tangan kiri, adik tak lah pelik sangat, sebab ada geng! Boleh gitu?? Hhahaha.. Jauhnya imaginasi aku wei!

Hmmm..dilema sungguh lah Watie oiiiii......

Tulun..tulun....tulung Bang Brahim!!!

1 comment:

transformed housewife said...

salam,
Rasanya Watie elok terangkan kenapa Qarissa perlu guna tgn kanan. cuma kdg2 kanak2 ni suka buat experimen mcm anak sulung knur masa umur Qarissa pun lebih gunakan tgn kiri. lama2 bila selalu kena tegur, dia guna tgn kanan tambah2 bila kita cakap tgn kiri lebih elok utk basuh lps buang air. terangkan lg kenapa Quzayra tak boleh guna tgn kanannya.

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading