Friday, December 24, 2010

Karnival 1Nita Yang Penuh Inspirasi!


Alhamdulillah, sesungguhnya, kami adalah orang-orang yang bertuah! Semuanya bermula pada satu petang Isnin yang lepas. Sedang aku sibuk menyiapkan barang-barang Learn By Art yang ingin di bawa ke Karnival Upin & Ipin, tiba-tiba aku mendapat panggilan dari my partner - Kay memberitahu tentang Karnival 1Nita @ KLCC Convention Centre. Kay ajak aku join sama Karnival 1Nita ni. Dia pun dapat last minute info hari yang sama, baru dapat all the details. Aku pun semangat lah nak join sekali. Aku tanya bila. Dan Kay kata - "Malam ni pukul 8 kena setup booth!" Terkejut beruk aku dibuatnya! Ha? Malam  nih? Sekarang dah pukul 5 wei! Hapa pun tak siap nih! Mak aiii.. memang teruslah aku jadi sotong kurita. Nasib  baik gak lah aku memang tgh punggah2 barang utk Karnival Upin & Ipin, sekaligus lah aku kemas barang untuk Karnival 1Nita pulak.. Again .. nasib baik jugalah brochure Playgroup dah siap print, tinggal bawak jer. Cuma aku print informasi pasal GBOB dan Event yg bakal diadakan sepanjang December & Januari. pergh..Memang mencabar sungguh but I love it! Sesungguhnya, aku tak menyesal malah mensyukuri peluang yang datang ini. :)


Memang hebat Karnival ni. Bukan calang-calang!
Our Booth @ Number 17. Lucky number tau!

My main intention ke Karnival tuh bukanlah for sales, tetapi lebih pada memperkenalkan Genius Baby On Board & Wisma Bling Lustre pada masyarakat. Supaya kewujudan kami ini disedari dan apa yang kami lakukan mendapat sokongan dan perhatian mereka yang berkenaan. Karnival ini anjuran .MY Domain Registry dan mendapat sokongan kerajaan serta Kementerian. MOSTI, MY Ideas dan banyak lagi. :) Ia  dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Secara jujurnya aku bgtau, I really have NO IDEA AT ALL apa sebenarnya Karnival ni, yang aku tau, ia untuk usahawan Wanita, best sebab buat kat KLCC Convention Centre!

Me yang gedik di hari pertama. Siap pakai baju ala-ala Wanita Lindungan Kaa'bah tau! (bak kata Sheila Rusly kot!) 
Rak VCD GBOB

Sebab tuh lah aku bersyukur sangat dapat menyertai Karnival 1Nita nih, sebab di sinilah platform yang me & partner cari-cari selama nih. Barulah aku tau apa itu 1Nita, apakah visi, misi serta objektif mereka. Apa yang mereka lakukan untuk membantu golongan wanita, tak kisahlah ibu tunggal ker, ibu tinggal ker, wanita muda ker atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan internet dari 0! Pelbagai latar belakang yang menyertai 1Nita ni. Aku bersyukur juga, kerana apabila dah tahu pasl nih, bolehlah aku kongsikan di blog GBOB dan blog peribadi Genius Qarissa supaya sesiapa sahaja yang singgah atau terjumpa this blog dapat manfaat dari apa yang aku kongsikan. :) 

Shaklee Display
Baju Playgroup @ GBOB

Di hari kedua Karnival, sementara menunggu Jutawan Muda yang kacak lagi hensem bergaya serta chumel orangnya - Irfan Khairi  berucap dan memberikan Seminar tentang Perniagaan Internet, sempat juga aku mendengar sendiri ucapan dari Ketua Pelatih 1Nita - Datin Norizan Abdul Razak tentang apa yang 1Nita cuba lakukan. Memang berbaloi rasanya aku meninggalkan booth kami dan minta tolong jiran depan tengok-tengokkan booth sebab memang teringin sangat nak dengar Irfan Khairi kongsikan. Bukan senang nak dapat PELUANG PERCUMA ni. Kenalah manfaatkan sebaik mungkin. dan yang best, lehh kongsi2 maklumat ..:) 

Datin Seri Rosmah sudah sampai! 
Salammmmm
Keretanya...

Ok geng, secara ringkasnya, 1Nita nih menyediakan platform untuk sesiapa sahaja yang berminat melakukan perniagaan internet. Tak kisah latar belakang anda. Sila letakkan segala mak-bapak diploma, ijazah, master mahupun PHD yang anda anda untuk menyertai 1Nita ini (ni aku yg cakap bukan Ketua Pelatih tuh ..wakakka.. Pn Norizan tuh baik tau ..lembut and so motherly ...i likeee...) sebab dalam 1Nita, terdapat pelbagai latar belakang yang berbeza. dari orang yg tak pernah pegang komputer, tak tahu apa tuh mouse (dengar org sebut mouse bawah meja, dia lari sebab ingat mouse betul..hahaha.. ni Ketua Pelatih tuh cakap..) sampailah ke peserta yang lebih pandai dari cikgu yang mengajar tuh sendiri. :) Jadi, they cater all.:)





Anak-anakku yg glamer dua hari walaupun tak datang.. ekeeke
Brillkids display

Apa yang mereka lakukan adalah mengadakan bengkel secara PERCUMA kepada mereka yang berminat. Bengkel ini akan diadakan selama 3 hari. Kalau di KL, Selangor dan Melaka, ia di adakan di UKM Bangi. At the end of the 3 days, peserta akan mendapat satu domain sendiri yang berakhir dengan .my dan satu laman web perniagaan secara PERCUMA untuk tahun pertama. Bukan itu sahaja, peserta juga akan jadi ahli 1nita dan akan di didik secara berterusan oleh pasukan-pasukan dan pakar runding dr UKM. Memang hebat sebab mereka berkoloborasi dengan universiti tempatan. Banyak lagi yang mereka lakukan dan kengkawan boleh rujuk di laman web 1nita di www.1nita.my.

Ramai oooo... ni baru separuh gambar depan..
Melihat Datin Seri Rosmah menuju ke kerusi VIP

Watie menggalakkan sangat kawan-kawan mendaftar di laman web tersebut. Jadi apabila ada informasi dan maklumat terkini, kita akan dapat tahu. Bagi sesiapa yang nak register perniagaan mereka pun boleh. :) Rasanya tahun depan mereka akan mengadakan bengkel sekali lagi di UKM. Insya Allah Watie nak join juga. Kengkawan nak join sama tak? Mehlah sesama kita join untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kita juga.:) Walaupun Watie dah tahu serba sedikit pasal perniagaan internet, tapi Watie tetap berhasrat nak pergi kalau ada peluang sebab bukan mudah kita nak dapat semua nih :) Sebab utama: SEBAB KITA TAK TAHU ADANYA PROGRAM SEPERTI INI YANG DISEDIAKAN KERAJAAN UNTUK KITA.Secara PERCUMA lagi. Mengenali mereka yang hebat2 di Karnival 1Nita itu sememangnya membuka mata dan minda! Watie dapat banyak kawan baru tau! :) 

Hasil board Playgroup GBOB yg disiapkan pada pukul 4.30 am !
Product learn By Art

Jadi, pada kawan-kawan, step pertama adalah MENDAFTAR diri di laman web tersebut okeh! :) Mari kita sama-sama menaikkan bangsa :) Bangsa Malaysia! Dan membuktikan yang WANITA JUGA BOLEH MAJU SETANDING DENGAN LELAKI MALAH LEBIH LAGI! Ewahhh.. :) 

Product Nursing Kurung dr Bling Buubies

Sememangnya, misi kami - Genius Baby On Board, Scriptory BoxBling Buubies dan My Shaklee Store tercapai sepanjang 2 hari di Karnival tersebut. Kami bertemu dengan banyak persatuan dan NGO yang ada kaitan dengan kerajaan dan sangat-sangat berminat dengan apa yang syarikat kami lakukan dan berminat pula untuk mengetengahkan konsep kami kepada badan-badan kerajaan yang berkaitan. Mereka sangat inspired with what we are doing currently, our future target dan seronok melihat kesungguhan kami. :) Bila mereka tahu me & Lyna ada special baby & toddlers, mereka lebih teruja.:) Sesungguhnya, Allah telah menunjukkan kekuasaan-Nya kan. Ada hikmahnya me bertemu Lyna secara online bila berblogging, jumpa di gathering, dapat tahu anak Lyna is a special baby after we met, then me mengandung lagi, pastu anak me pulak is a special baby, then kita jadi business partner with Kay and now, di sinilah kami berada. Cantik sungguh apa yang Allah telah rancangkan. Semoga persahabatan da jalinan ini berkekalan, Insya Allah ..:) 

Insya Allah, nanti Watie kongsikan lagi pasal Karnival 1Nita ni yer. Banyak sangat maklumat, kena pecah-pecah few entry. :) Watie pun nak bersiap ke Karnival Upin & Ipin jadi tak boleh lama-lama nak ngadap Lappy ..:) Kita jumpa di entry yang lain okei! 



post signature


Bersyukur Atas Kurniaan-Nya,
post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading