Monday, December 27, 2010

Preview Session @ GBOB:How to Generate Millions With Your Own Products?

Ok, seperti yang aku beritahu dalam entry sebelum ni, iaitu Bagaimana Menjana RM 1 Juta With Our Own Product @ Svcs?, aku kata nak kongsi info on how we can market our produk secara offline kan? Terdapat banyak cara kita boleh memasarkan produk kita secara offline mahupun online. Terpulang pada kita nak guna kaedah mana satu yang sesuai dengan apa yang kita tawarkan. Persoalannya bagaimana untuk memasarkan produk kita dengan lebih baik? Meh kita tgk analisis yang sempat aku fikirkan - serba sedikit cara-cara nak memasarkan produk kita nih:

Beli iklan di majalah & suratkhabar. 
  • Kalau kita nih kaya, banyak duit atau ada funder yg tak kisah nak berhabis ratusan ribu macam Dr Rozmey tuh, bolehlah kita ikuti langkah beliau. Tak perlu wartawan buat write up., tak perlu pelakon datang promote. Sendiri beli iklan, sendiri tulis, sendiri datang sign poster. Tapi, kalau bisnes baru nak naik, memang susah nak tepikan budget utk buat iklan di majalah. Its not cheap wei.. baru jer aku "rasa" nih, kan Kay, kan Lyna, kan Nini ..:)
 Flyers/ Brochures
  • Memasukkan flyers & banners ke kotak-kotak peti surat rumah mempunyai 3 kemungkinan. Samada terus di bakulsampah kan, di baca kemudian di buang @ di simpan (bergantung pd produk apa yg kita tawarkan, sama ada pelanggan nak atau tidak pd ketika itu) atau langsung tak sempat dibaca kerana flyers dah lencun kena hujan. Sometimes bila banyak sgt iklan kat dalam peti surat, nak nak hari hujan, potensi pelanggan membaca flyers atau brochure kita sgtlah sedikit. Tetapi, melalui brochures & flyers juga, kita boleh capture perhatian pelanggan tentang produk kita, tak lah nampak cikai sgt kan, brochure pun takder nk tunjuk pada client. Hu hu ..
Sertai Roadshow @ Exhibition Berkaitan
  • Medium ini juga sesuatu yg baik untuk memperkenalkan produk ini pada masyarakat awam. Kos Roadshow bukanlah murah, tetapi ia dapat memberi impressi yang baik kepada pelanggan yang datang ke Roadshow tersebut. Bergantung kepada jenis roadshow, kita boleh jadi untung dan boleh jadi rugi apabila membeli booth. Jadi pastikan roadhsow yang hendak disertai itu adalah roadshow yang dapat menghasilkan pulangan pada kita. 
Buat Billboard yang power dan menarik perhatian. 
  • Rasanya satu Malaysia masih ingat yang satu jejaka melamar wanita idamannya di hari Valentine melalui Billboard. Hmm..belum kawin dah puluh-puluh ribu habis oo..memang respek kat mamat tuh, kalau ai pun teruslah kata "I do" kan! Hahhaha... Billboard juga suatu kaedah pemasaran offline yang sering digunakan, tetapi harganya mahal dan tidak meluas.Kalau nak beli Billboard di kawasan hotspot, harganya mak aiii..boleh beli rumah kekdahnya! :)  
Product Consignment 
  • Untuk mereka yang ada produk fizikal, bolehlah gunakan cara ini tetapi personally aku tak berapa galakkan sebab risikonya ada. Sekiranya syarikat yang korang nak buat Consigment ni dah establish, atau uols kenal tuan punya kedai, maka bolehlah diletakkan produk uols secara consigment. Consigment ni maksudnya, korang letak jer produk tuh dulu, company tuh hanya akan buat pembayaran produk sekiranya ada pembeli yang membeli produk tersebut. tetapi sekiranya uols tak kenal syarikat tuh sangat, owner dia pun uols tak berapa kenal, setakat kenal gitu-gitu jer, aku personally rasa jangan lah. Kang hilang barang korang sesia jer beb, unless uols sanggup tanggung risiko tuh, then shud be ok. yerlah, meniaga mana boleh takder risiko kan. Tapi kalau boleh kita minimumkan risiko, kan lebih baik?
Lantik dealer @ Networker di setiap kawasan @ daerah. 
  • Cara ni juga selalu di lakukan & in fact, inilah cara yang paling mudah untuk kita pasarkan produk kita. Ni lah juga yang di namakan Affiliate tapi sebab dia dilakukan secara manual, selalu orang tak guna term Affiliate tuh, dorang guna perkataan dealer @ agen @ stokis  @ wakil. Semuanya memberi maksud yang sama. Cara ini rasanya lebih murah dan berkesan. Kita ada pengedar sendiri, they buy by bulk dan kita tak yah pening2 coz bila dah jual, biasanya peniaga tak boleh  pulangkan produk semula. So, just imagine korang ada wakil di seluruh pelusuk dunia (bukan Malaysia jer yer..) menggunakan sistem Affiliate dan Business Page yg mengandungi 50 Intelligence Mktg Tools behind it. Menarik kan. tak perlu jumpa our Affiliate, cuma perlu bayar mereka sahaja setiap hujung bulan apabila mereka berjaya menjual produk anda. Its a win-win situation. A very fair deal kan? Hmm..itulah yang ditawarkan oleh OleWorld, syarikat milik Dr radha Krishna yang aku terangkan dalam entry sebelum ni. 
Ok, itulah sebahagian antara pemasaran offline yang boleh dilakukan. Kalau kita cerita dari segi online, pun ada banyak. Antaranya:

Buat Iklan @ Website Popular 
  • Kita boleh membeli iklan di laman-laman web rasmi atau peribadi yang menawarkan kotak iklan untuk disewa. Selalunya kotak-kotak iklan ini harganya lebih murah berbanding dengan pemasaran offline seperti di suratkhabar atau majalah. Bergantung kepada tahap populariti sesuatu website itu, makin popular laman web tersebut, makin tinggilah harga iklannya. Dari segi rekabentuk iklan pula, ada pemilik laman web memberikan perkhidmatan tersebut secara percuma dan ada juga yang berbayar. Harganya pula bergantung kepada saiz iklan. 
Aktifkan Diri di Forum. 
  • Terdapat pelbagai forum yang ada di internet. Anda boleh memilih forum yang berkaitan dengan produk yang anda jual dan jadilah ahli yang aktif. kebanyakan forum sekarang adalah forum yang berbayar sekiranya anda ingin mengiklankan produk anda. Persaingan untuk produk-produk fizikal di laaman forum selalunya sangat sengit antara satu sama lain sekiranya anda menjual produk yang hampir sama. 
Bina laman web @ laman perniagaan* 
  • Untuk lebih rasmi, anda digalakkan untuk membina laman web syarikat atau produk anda menggunakan domain anda sendiri. Jangan gunakan laman web percuma atau dalam erti kata lain - menumpang website orang. Nampak tak pro dan anda tak serius dalam perniagaan. Nak meniaga tapi nak kuar modal buat laman web pun kedekut ker? Hu hu .. Kalau anda pandai design sendiri website, bolehlah design tapi kalau tak pandai, boleh hire orang designkan laman web for u . Kalau anda tiada laman web yang rasmi, bolehlah jadi ahli Premium untuk OleWorld dan dapatkan laman web perniagaan anda sendiri. :)

Dapatkan emel pelanggan melalui mailing list. 
  • Bila customer masuk laman web kita, ada page yang khas untuk mereka join our mailing list, jadi apa maklumat terbaru yang kita nak sampaikan atau sebarang promosi produk dapat dilakukan segera. 

Gunakan Social Media seperti Facebook, Twitter , My Space & You Tube & Yang sewaktu dengannya.*
  • Social Media merupakan platfrom yang paling mudah untuk kita berinteraksi dengan pelanggan. Terdapat berpuluh ribu, ratusan ribu malah berjuta pelanggan sedang menanti kita, Jika betul caranya, kita boleh manjana wang melalui Social Media ini, and it is a very huge amount of money we're talking about, malah, ia akan berterusan kerana hubungan baik yang dibina dengan pelanggan. But how to use the Social Media as our marketing platfrom based? 
Well, uols nampak kan  tanda * yang i letak di atas nih untuk certain2 point. Itulah yang akan di fokuskan sekiranya anda menjadi Premium User di OleWorld ini. Apa & Siapakah OleWorld?

OleWorld merupakan satu syarikat yang memfokuskan tentang hal-hal online marketing. Ia menyediakan satu platform untuk mereka yang berminat menjana jualan melalui Business Page yang mengandungi 50 Intelligent Marketing Tools tersembunyi di belakang page tersebut. Apa yang menarik, anda tidak perlu menjadi seorang yang pakar apabila menjadi ahli OleWorld. Satu sahaja yang anda perlukan - pandai menggunakan komputer secara asas. OleWorld menyediakan template perniagaan untuk anda menjual produk anda (anda hanya perlu isi tempat kosong yang diminta dan klik next sahaja sampailah siap) dan bukan itu sahaja, anda akan diajar tentang asas-asas ini: Social Media Marketing, Fusion Marketing & Video Marketing dalam memasarkan produk-produk anda. OleWorld pakar dalam bidang ini dan melalui latihan yang diadakan apabila anda menjadi Premium User, anda mampu menghasilkan jualan yang lebih banyak. Selain itu, OleWorld juga akan bertindak menjadi penasihat on how  u can double & triple your income, dan apabila pendapatan anda mencecah amount tertentu, consultation akan diberikan on how you can make a passive income from itThen, we duplicate the same process all over again sehinggalah kita berjaya mencapai RM 1 juta yang di idamkan. :) Its a long process, but we try to shorten the time. How? Hmmm.. that want u have to come & listen to the preview presentation yang akan diberikan oleh Doktor Radha Krishnan. You boleh tanya banyak soalan pada dia on the day ..:)

Bila PREVIEW akan dilakukan? Dimana? PREVIEW ni FREE ker berbayar? Hmmmm.. All the details are below: 


Tarikh: 2 Januari 2010 (Ahad) 
Masa: 2 pm - 4 pm (atau lebih bergantung pada soalan yg bakal di tanya) 
Tempat: Genius Baby On Board , 47-2, Jalan  Meranti Jaya 3/1, Taman Meranti Jaya, 41050, Puchong, Sgor 
Bayaran: PERCUMA

Call Watie @  016 203334 untuk menempah tempat anda. 

Jadi, sekiranya anda merasakan inilah masanya untuk anda bertindak, keluar dari kepompong kebiasaan yang anda lakukan dalam melakukan pemasaran terhadap produk anda, this is THE BEST TIME TO ACT!. Personally, saya sangat menggalakkan kawan-kawan semua datang, sebab Program ni memang unik dan boleh dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.Lepas dapat tahu dan pergi training nih, I called few of my friends & tell them about this. Semuanya sangat berminat dan tak sabar nak datang. Kebanyakkan usahawan internet, WAHM, SAHM dan ada juga jutawan yang bakal datang yer.  In fact, one of my friend bgtau I, dia kata dia ada pernah dengar this kind of program, similar  jugak katanya, tapi company nih ada their own produk semua, dan siapa yang join perlu hadir kursus 3 hari 2 malam, dapat produk dan sebagainya & how much it cost? RM 3000! My friend kata terbantut dia nak pergi sebab belum mampu lagi. Bila I bagitahu harga yang perlu di bayar untuk mendapatkan perkhidmatan OleWorld - Business Page with 50 Intelligence Marketing Tools punya harga, she was so excited sebab dia pun tak sangka its very affordable! .

Now, let me be frank & reveal the price. Jadi, sebelum anda decide nak datang, u have something in your mind already. This is a real business & sorry to say I dont have to con here & there, cover sana sini takmo bgtau apa business. Waste time kan ..:) Pada Watie senang jer, I tell you the opportunity, the program so that u akan clear,  I've done my part & its up to u to decide. Opportunity knocks once - U nak, U amik, kalau takmo pun takpe, coz I don't loose anything, I'm happy to tell u coz I've done my part as a friend. :)

Anda boleh menyertai OleWorld secara PERCUMA BERBAYAR . Apabila BERBAYAR, anda akan menjadi PREMIUM USER dan akan mempunyai Business Page Anda sendiri (with all the Intelligence Mktg Tools built inside your page).Berapa harga yang perlu anda bayar?

SETAHUN cuma USD 95 sahaja atau dalam RM cuma RM 332.50 ( lock @ 3.5) 

* ini bermakna anda cuma perlu membayar ~ 0.91 sen sahaja sehari !

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menghadiri latihan di OleWorld sepertimana yang saya terangkan di atas, dan semuanya dalah berkenaan dengan your own produk. Jadi, apa sahaja yang bakal diajar, anda mesti relatekan balik dengan produk anda. :) 

Not only that, from Ole World juga, anda boleh menjana wang! How? Ada 3 cara anda boleh menjana wang dari Ole World. :)

But, saja aku takmo citer dulu, sebab dah panjang sangat entry nih. Insya Allah di lain masa, aku akan buat entry atau kalau nak tau dengan segera, I suggestkan uols datang dengar preview OleWorld di Genius Baby On Board pada 2 Januari 2011 ini. Ia PASTI merubah pandangan anda! Buat masa sekarang, why not anda semua join FanPage OleWorld di FaceBook?  Klik gambar di bawah untuk ke FanPage OleWorld. 




Sekiranya anda rasa artikel ini dan ini berguna untuk keluarga dan rakan-rakan yang mempunyai perniagaan onlineoffline tidak kira besar, kecil atau sederhana, di pasar malam, di tepi jalan atau di mana sahaja, kongsikan artikel ini dengan mereka. Ia mungkin berguna dan mereka pasti akan berterima kasih dengan anda atas perkongsian ini.  Anda boleh klik logo printer dibawah untuk mencetak atau kongsikannya di FaceBook anda. Heartiest thanks from me .:)

*feel free to contact me, Watie @ 016-2033340 for appointment & consultation on early education*

Bersama Membantu Menaikkan Produk Kawan-Kawan, 

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading