Semuanya bermula pada hari Ahad, 2 Januari 2011 yang lalu. Saya menghabiskan waktu terluang sempena cuti di pejabat GBOB, menyiapkan pelbagai kerja yang tertangguh. Kebetulan pula, seorang pelanggan saya yang baik hati, Daphnee Ooi datang melawat saya di pejabat. Perkenalan saya dgn Ooi bermula apabila beliau dengan anak-anaknya seramai 3 orang datang ke Karnival Upin & Ipin dan kami berborak mengenai apa yang GBOB lakukan. Anak-anaknya bermain Sand Art dan Beady Doh sambil saya melayan kerenah mereka. Comel & bijak sekali anak-anak Ooi. Terkedu seketika bila Ooi kata, dia boleh lihat di wajah saya, yang saya ikhlas bermain dan melayan anak-anaknya tanpa rasa terpaksa atau kerana Sales semata-mata. Wah, sampai begitu sekali orang boleh menilai kita yer? Alhamdulillah, walaupun berbeza agama dan bangsa, Ooi melihat saya sebagai orang biasa, orang Malaysia tanpa rasa prejudis. Terima kasih Ooi. Saya amat menghargainya. :)
Pelanggan a.k.a rakan baru saya: Daphnee Ooi- gambar ihsan FB Ooi.
Anak-anak Ooi yang bijak & comel!
Cerita Ooi datang ke pejabat GBOB juga agak lucu. Ketika di Karnival Upin & Ipin, saya memberikan set brochure GBOB termasuk set brochure partner kami iaitu Bling Lustre. Rupa-rupanya Ooi telah meneliti satu demi satu brochure tersebut dan berminat untuk menyewa tempat di Bling Lustre. Di sebabkan terlalu banyak brochure yang beliau dapat di Karnival tersebut, Ooi tidak perasan yang sebenarnya brochure tersebut adalah dari saya. Pagi itu, Ooi menelefon saya dan memberitahu yang beliau akan ke Puchong, dan akan datang singgah ke pejabat GBOB. Saya dengan gembiranya menanti kehadiran beliau tanpa menyangka yang dia sebenarnya ingin ke Bling Lustre! Bila Ooi tanya pada Kay, partner saya di Bling Lustre, dimanakah letaknya GBOB, Kay memberitahu yang GBOB ada di tingkat atas! Hahahahaa.. lucu betul lah rasanya. Dalam pada itu, saya rasa happy kerana dapat membantu partner saya mengembangkan lagi bisnesnya melalui Karnival yang saya sertai. Dengan hanya membantu memberikan brochure ketika Karnival, pendapatan syarikat bertambah. Itulah gunanya menjadi rakan perniagaan, Saling membantu menaikkan antara satu sama lain.:)
Anak bungsu yang sangat manja. Hilang kejap Ooi, menjeritlah dia!
Abang yang bijak & baik. Dah hampir 2 minggu Karnival Upin & Ipin berlalu tapi masih ingat saya sebagai Teacher! Tak sabar nak naik ke GBOB jumpa Teacher, katanya. Bestkan jadi Teacher nih! Hhehee
Ketika sedang berborak dengan Ooi itulah, saya menerima satu panggilan yang tidak dijangka. Aishah menghubungi saya dan memperkenalkan dirinya dari RTM. Aisyah kata beliau berminat dengan GBOB dan ingin menemuramah saya melalui rancangan IKS yang disiarkan melalui TV1, setiap Sabtu pukul 11.30 am. Aishah dapat no hp saya melalui blog ini. Bersepah rasanya nombor hp saya kan? Hahaha. Saya sememangnya terkejut bercampur terharu dan teruja apabila menerima panggilan dari Aishah. Sememangnya saya ingin mengembangkan GBOB tahun ini. Itulah matlamat saya. Sebagai syarikat yang baru hendak bertatih, harus saya akui yang budget untuk pengiklanan memang kurang. Bukan murah ingin membuat pengiklanan di mana-mana media. Di surat khabar dan majalah pun sudah mahal, di TV apatah lagi. Bagaikan memahami kehendak hati saya, Aishah datang tepat pada masanya. Saya betul-betul berterima kasih di atas kesudian Aishah dan pihak RTM ingin menemuramah saya. Orang kata, PROMOSI PERCUMA. Yer, saya tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk muncul dalam Rancangan ini. Saya percaya, benda dan perkara baik yang ingin kita lakukan, mesti mendapat perhatian dan sokongan pihak-pihak tertentu.
Mendengar penerangan dari Aishah
Abang cameraman yang cuba cari shot-shot menarik.
Bersiap sedia untuk shooting.
And .. action! Poyo lah hang Watie! Hahaha
Tekun membuat liputan. Terima Kasih Aishah & Krew
Shot-shot menarik dari abang cameraman.
Aishah yang tekun memerhatikan kelas sedang dijalankan.
Saya bertemu mata dengan Aishah pada hari pertama Sessi Playgroup diadakan. Wah, cantik rupanya Aishah nih.:) Tinggi dan sweet jer orangnya. Anak sorang, dan katanya tembam sangat. 5 bulan 10 kg! Aishah memang berminat nak join Playgroup di GBOB, tak sabar pula saya nak tgk anaknya tu. Aishah ni memang peramah orangnya. Selepas habis Playgroup dan selepas membuat Sessi temuramah, kami berborak-borak dan saya sempat mengajak beliau ke Scriptory Box, pejabat partner saya, Kay & Lyna. Sempat jugalah kami terangkan apa yang dilakukan oleh SC, BL dan GBOB secara keseluruhannya. Ada rezeki, mana tahu partner saya pula masuk TV. Saya tumpang gembira!
Dah lupa dah kenapa saya diri separuh camtuh? Hehehe
Sessi temuramah dengan para ibu bapa. Ini Mummy Ayriss - Marlini
Abg cameraman syok amik shoot time all the kids rebut2 nak amik stick.
Art Session shoot.
Sessi temuramah dengan Mummy Danial - Sakinah.
Selain mempromosikan GBOB dan berkongsi dengan para penonton tentang aktiviti, produk dan servis yang dilakukan di sini, saya juga sempat juga mempromosikan FAMEKids, iaitu satu platform untuk kita berjumpa dan berkenalan dengan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa tidak kira dari segi fizikal atau mental. Sememangnya saya memerlukan tempat untuk menghebahkan tentang FAMEKids dan RTM datang tepat pada waktunya!. Oh! Sungguhnya lah rasa terharu dan rasanya suara saya masa bercerita tentang FAMEKids tuh tersekat2! Macam sedang menahan air mata dari tumpah! Oh! Segannya! Rasa cam nak rekod lagi skali jer. Hehehe. Entah lah erk, muka saya nih kalau kena interview mesti serius jer. Tak reti lah nak senyum sambil cakap. Dulu masa TV3 interview untuk rancangan Apa-Apa Aje pun sama. Selebet jer rasa. Hahaha.. Naanti uols kalau tgk Rancangan tuh jangan gelak hokay!
Sessi temuramah di sambung hari kedua. Abang cameraman lain pulak datang shoot.
Sedang menerangkan apakah yang GBOB lakukan.
Sedih juga bila saya ingatkan yang time Rancangan IKS betul-betul on air, saya sedang bersiap sedia untuk kelas Level 4, sebabnya Rancangan IKS ni akan disiarkan setiap hari Sabtu, pukul 11.30 am. Hmmm.. Memang tak dapatlah nampaknya nak tgk live. Nasib baik juga Aishah dah janji nak bg satu copy buat kenang-kenangan. :) Insya Allah nanti saya plan nak bg satu copy untuk setiap parents yang join pada hari tersebut. Anak-anak mesti suka tgk muka sendiri di kaca TV kan? :)
Action time. Ekekeke.Semangatnya!
Memberikan penerangan sejelas-jelasnya tapi rasa cam nak rekod lagi jer! Hahaha
Saya seronok, teruja dan berterima kasih kerana niat saya untuk mengembangkan GBOB dan Bling Lustre pada tahun 2011 ini nampaknya dimakbulkan seawal tahun 2011. Tidak lama lagi, iklan kami di Majalah Pa & Ma akan keluar pada bulan Februari. Kengkawan jangan lupa beli tau. Dan jangan lupa join Kuiz yang GBOB yang ada. Anda mungkin Pemenang bertuah yang berjaya mendapat tiket Seminar bernilai RM 199 dan 2 Kelas Playgroup untuk si Manja bernilai RM 70!. Tak susah pun jawapan dia. Baca sahaja artikel GBOB dan jawab soalan berdasarkan apa yang anda baca. Kalau dah menang, mesti pastikan anda meluangkan masa untuk menghadiri Seminar tersebut. Ini kerana saya akan membuat satu hari yang khas untuk pemenang Pa & Ma. Untuk Playgroup pula, pemenang boleh memilih hari-hari yang mereka suka untuk datang ke Trial Class asalkan masih belum tamat tarikh tutupnya.
Last shoot sebelum berpisah di hari pertama
Temuramah di sambung selepas habis Seminar - di hari kedua.
Menerangkan lebih lanjut mengenai Seminar ECE di GBOB
Sehingga kita berjumpa lagi di entry yang lain, selamat menjalani cuti hujung minggu anda dengan seronok bersama keluarga tercinta!
Sessi penerangan tentang FAMEKids. Aduh, tersekat-sekat nafas dek akibat terlalu terharunya nak citer pasal special kids nih. Hehehe. Hover noks!
No comments:
Post a Comment