Wednesday, January 26, 2011

Playgroup Level 2 (6-12 Months) Yang Menyeronokkan!

Hari ini saya nak kongsikan gambar-gambar sekitar Playgroup Level 2 yang di adakan 2 minggu lepas. Dah terlambat betul rasanya nak upload this picture sampai last week punya gambar & aktiviti pun dah ada ..:) Saya sibuk betul minggu ni sampai tak terkejar rasanya nak kena buat semua mender. Tapi saya suka sebab aktiflah sikit badan nih, kalau tak lemau jer. Tapi mmg kena amik supplement dan vitamin nak maintain @ servis badan kalau tak mmg tak larat ..:)





Sejak Playgroup Level 2 dilancarkan, sambutan yang diterima memang menggalakkan. Setiap minggu mesti ada yang datang untuk Trial. Saya sememangnya menggalakkan parents datang untuk Trial Class agar mereka dapat melihat sendiri bagaimana kelas dijalankan dan apakah faedah yang akan mereka dapat melalui kelas tersebut. Sebab tuh saya membenarkan pelanggan untuk hadir ke Trial Class sebanyak 2 kali sebelum mereka buat keputusan untuk join atau atau tidak. Setiap minggu kelas dan aktiviti yang dilakukan memang berbeza jadi memang rugi kalau tak join after the Trial Class habis. ..:) 




Selain dari dalam kelas, saya sangat menggalakkan parents untuk melakukan apa yang mereka pelajari bersama di dalam kelas ketika mereka berada dirumah dengan anak. Ini bagi mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari dalam seminggu itu sebelum hadir sekali lagi untuk kelas pada minggu berikutnya. Saya sering menasihati dan mengingatkan pelanggan yg adalah penting untuk mereka turut bermain bersama anak ketika di rumah kerana masa yang mereka dan anak-anak luangkan bersama saya cuma 45 minit sahaja dalam seminggu, tetapi masa yang anak luangkan dengan ibu bapa lebih dari itu. As I always said - KITA ADALAH GURU TERBAIK UNTUK ANAK KITA. 




Kelas tersebut anak penting untuk anak kita bersosial dan belajar berkawan. Dalam usia  6 bulan ke atas, anak kita dah mula ada rasa seperation anxiety, dorang takut nak berpisah ngan mak bapak. Hilang kejap, sure nangis punya. Kalau kita hulur tangan ala-ala nak amik, belum tentu baby tuh nak kat kita kan? Especially kalau anak sulung, lagilah "tak boleh blah" dia punya sombong. Hahhaha..Nak-nak yang duduk rumah dengan mak @ maid, tak pergi nursery. Kalau nursery okeh sket, social skill baby tuh lebih baik lah, atau yg ada banyak sepupu-sepapat sebaya. Sebab itulah penting kita menghadiri kelas-kelas Playgroup macam ni untuk meningkatkan Social Skills anak. Ingat lagi dulu, masa Qarissa baru lahir dan saya hantar ke Gymboree, saya selalu cakap, "Weekend adalah minggu untuk anak aku bersosial yer!! Korang ingat korang jer nak sosial? Anak aku pun pandai bersosial gak wei!" Hhhahaha...(padahal umur baru 4 bulan!Wakakakka..) Tapi biasalah kan, ada gak bila family dengar Q gi skolah, dorang cam, "Ha?? Kecik-kecik dah gi skolah??" Ekekekek..aku dengan muka bangga cam poyo kan ... "Aah, skolah" Dalam hati, - Skolah lah sangatttt..manader, main lah ... best ooo...main ngan anak ..heheheh..



Saya harap dengan perkongsian ketika kelas ini, makin ramai ibu bapa akan sedar kepentingan bermain dengan anak dan bagaimana cara untuk melaksanakannya. Semakin hari, semakin banyak SMS, msg dan komen yang saya terima, dan ini membuatkan saya cukup gembira dan terharu kerana saya dapat rasakan yang kesedaran mendidik anak sedari bayi sudah mula menular di kalangan ibu bapa. Mungkin secara kebetulan, sejak cerita GBOB keluar di dada majalah PaMa, saya sememangnya tidak menang tangan melayan panggilan ibu bapa bertanyakan tentang GBOB dan Little Reader. Alhamdulillah, pada saya, yang penting adalah kesedaran. Barulah saya sedar dan nampak yang sebenarnya, ramai ibu bapa sukakan dan mahukan ECE, tetapi mereka tak tahu di mana nak cari tempat yang menawarkan program seperti ini dan bukan hanya program tetapi juga "consultation". Yer, consultation yang baik serta bernas tuh yang susah nak dapat kan? Insya Allah, saya akan sentiasa memperbaiki diri untuk memberikan yang terbaik pada para pelanggan GBOB. Sedaya mungkin saya cuba melayan setiap panggilan dan sms dengan segera. Kalau saya terkhilaf atau terlambat, tolong ingatkan saya yer. Mungkin saya tak perasan atau "blur tahap cipan" time tuh .. maklumlah, dah tua sket .. kekekkeke.. :) Ok, meh kita layan gambar2 nih semua ..:)






post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading