Tuesday, January 4, 2011

Stimulation: Keep On Talking!

Today, aku nak share satu video yang sempat aku rakam guna my bb kesayangan semasa sessi stimulasi bersama anak-anak tersayang. As I always said, stimulasi boleh berlaku dimana-mana sahaja dan pada bila- bila masa.

Salah satu kunci utama stimulasi dengan anak anda ialah BERCAKAP! Korang kena rajin berborak dan bercakap dengan anak pada bila-bila masa. Dan bila bercakap tuh, tolonglah jangan cakap macam korang cakap dengan hubby bila barang dapur dah habis! Hhahaha...aku tau, kalau mak-mak barang dapur dah habis, mesti bgtau hubby, "Yang, barang dapur dah habis!" dengan muka selamba dan takde perasaan kot, atau just bgtau hubby sebab korang ketua dapur, so bila dah habis barang kenalah bgtau, jadi bila bgtau pun alang tak daya jer lah kan ..sebab tau duit kena kuar lagi .. hahahha...


Kalau cam tu lah korang cakap ngan anak korang, memanglah tak jadik wei! Sungguh takder spark! Korang kena berborak ngan anak korang macam budak2 jugak, kena make voices, intonasi tinggi rendah, macam korang nak masuk pertandingan nyanyian lah gamaknya! ..hahaha.. cam nak gi audition AF 9 tu ha..:P ..barulah jadi sessi tu ..:) Baby dan kanak-kanak suka dengar different voices so kalau korang cakap ala-ala dalam kelambu, baiklah korang cakap ngan anak kucing belakang umah jer .. hehhhe.. sebab anak korang pun mesti tak interested nak "borak" ngan korang .. ahaks...


Satu lagi, bila bercakap dgn anak yang dah besar sikit, cam toddler gitu, rajin-rajinkan diri korang untuk galakkan dorang bercakap. Instead of saying one word, korang add kan 2 atau 3 perkataan lagi to emphasize vocab anak. Salah satu cara yang aku gunakan korang leh tengok dalam video ni. Setiap kali Zayra nangis, aku akan cakap lebih kurang gini, "Zayra, dont cry Darling. Kakak, tengok ni Zayra nangis. Cakap ngan adik nak, bgtau adik, Adik...dont cry!". Ayat standard aku setiap kali Zayra nangis adalah "Zayra, dont cry!" dan korang boleh bayangkan berapa belas dan puluh kali aku ulang perkataan tu satu hari..haahhaha.. setiap kali Zayra nangis ok! Semuanya sebab aku nak ajar the word cry to Zayra dan juga kuatkan sinaps di otak Qarissa yang perkataan C.R.Y adalah cry dan actionnya adalah seperti yang dilakukan Zayra. :)


Dan setiap kali Zayra nangis depan Qarissa, aku akan cakap tak habis ayat. Maksudnya aku cuma cakap, "Adik, dont ...." dan pastu aku senyap sebab indirectly aku nak suruh Qarissa sambung & sememangnya dia akan sambung perkataan "CRY" tu. :) Sometimes aku tanya Qarissa, "Dont apa kakak? adik...dont??" dan again, Q akan sambung - CRY.. :) Thats the technique yang aku guna untuk galakkan anak bercakap. Dan, dari satu perkataan "cry", Qarissa dah pandai pulak sebut "dont cry" dan pastu, "Adik, dont cry". Haa... korang dapat tangkap tak how it works? From one word, to two, seterusnya jadi satu sentence.:)


Untuk mereka yang dapat anak petah bercakap tanpa pelat sangat beruntung, sebab tak payah ajar banyak-banyak anak sangat bijak berkata-kata (tapi sangat rugi kalau korang tak stimulate dorang dengan lebih lagi especially reading skilll.. rugi besar dek nonnn....). Let me reveal here yang Qarissa sebenarnya bukanlah anak yang petah berkata-kata. Kalau korang jumpa dia, she just like a normal kids yang biasa, dia jenis pendiam dan tak banyak cakap dan tak petah sangat. Dia hanya bercakap bila dia rasa dia nak cakap jer. Memang dia ikut 100% Daddy dia. My hubby sangat kontra dengan aku. Hhehhe.. Tapi alhamdulillah, lepas kenal aku hubby aku rajin gaklah bercakap lah gak kan .. hehehhe.. pandai buat lawak spastik lagi tau .. i likeeee.. hehehh .. But, please bear in mind that "bercakap" dan "membaca" adalah 2 perkara yang berbeza yer. Sebab ada jugak yang pelik bila aku kata Qarissa "membaca" dahulu sebelum "bercakap" dan dia lebih pandai membaca dari bercakap! Hhhehe.. nampak pelik bagi sesetangah orang tapi tak pelik pun pada mereka yang mengamalkan ECE..:)


So, sapa yang dapat anak pendiam memang kena kerja lebih keras lagi untuk galakkan anak bercakap dan mengeluarkan kata-kata. Just imagine kalau aku nih tak rajin stimulate Qarissa, aku rasa mesti dia akan jadi anak yang pendiam (sebab dia memang dah ada gene pendiam dalam tubuh badan dia tu.. heheheh) dan sampai sekarang takmo cakap atau aku masih tak berapa faham apa yang dia cuba nak sampaikan. Sekarang pun aku rasa cam Qarissa tuh jenis quiet dan tak banyak cakap tau, how I wish anak aku becok cam aku, mesti best borak-borak, rasanya Zayra becok sikit dari Qarissa.


Sebab tuh, aku rasa tak sia-sia aku rajin stimulate dia, at least aku nampak perkembangan bahasa pertuturan dia walaupun masih ada lagi certain-certain sentences yang dia keep on sebut tapi me & hubby tak paham apa mender tuh. Korang paham tak? Dia kata - OTO SAREKKKOOOO! (dengan kepala siap tergeleng-geleng kiri dan kanan sambil tersenyum gatal) dan BAK ALAHHHHHH!! (dengan dahi berkerut-kerut). Hahhahaha... kalau paham apa maksudnya, tolong ah bgtau aku sebab aku masih hangin dengan diri sendiri coz until now aku masih tak dapat discover apa yang Qarissa maksudkan dengan ayat tuh! Geram!!!! Tapi setiap kali dia cakap, aku akan tiru dan sebut sama konon-konon aku paham ah kan ..hahaha.. (kita kena berlagak pandai depan anak weiiii..cover line sket) Wkakakakakak!Keji giler!

So, pada mak bapak kat luar sana, yang baca this blog, terima kasih lah sebab rajin singgah blog aku yang tak seberapa nih dan suka serta bg komen membina on my stimulation activities with my baby Q's. Sangat menghargainya..:) Dan pada yang dah pernah aplikasikan mana-mana stimulasi yang aku share kat blog ni mahupun blog education Qarissa & Quzayra, tahniah aku ucapkan okeh .. dapat banyak feedback kata yang anak dorang suka the stimulation.. :) Happy aku dengar ..:)


And for more stimulation and teknik, aku dengan happynya nak jemput uols semua ke seminar dan bengkel yang akan dibuat tak lama lagi di pejabat GBOB. Kalau seminar, ni dah kali ke 3 aku buat. Kalau bengkel, ni kira baru pertama kali nak buat. Bengkel lebih mencabar sebab ia penuh dengan kaedah-kaedah stimulasi yang akan diajar pada para ibu para ibu bapa yang hadir. :) Dan of course harganya lebih mahal berbanding seminar..:) Dan, aku cadangkan sapa yang belum pernah datang seminar aku, datang dulu seminar sebelum datang bengkel. Jadi, all the doubt dan segala persoalan tentang ECE dan kepentingan sertai kaitannya dengan otak anak telah pun terjawab dan semasa bengkel, semua dah clear dah! :)


Berikut adalah sessi seminar yang akan berlangsung di pejabat GBOB.

Date: 9 Januari 2011
Hari: Ahad
Masa: 9.30 am - 2 pm
Tajuk: Seminar - Pendidikan Awal Kanak-kanak: Pengenalan & Kepentingannya terhadap Perkembangan Otak Bayi & Kanak-Kanak
Bayaran: RM 199/Pax 
Max Pax: 10 orang sahaja
* refreshment akan di sediakan.

Dan di bawah ini pula adalah sessi bengkel yang akan berlangsung buat pertama kalinya di GBOB (mereka yang pernah menghadiri seminar @ GBOB sangat dialu-alukan untuk menghadiri sessi bengkel stimulasi ini):

Date: 6 February 2011
Hari: Ahad
Masa: 10 am - 6 pm
Tajuk: Bengkel- Bagaimana Menstimulasi Otak Bayi & Anak Anda Secara Maksimum
Bayaran: RM 399/Pax (cuma RM 350 bagi yang membuat pembayaran sebelum 30 Januari 2011 )
Max Pax: 10 orang sahaja

*bayaran yang dikenakan termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang. Peserta untuk pakej bengkel ini akan menerima satu stimulation kit yang mengandungi pelbagai produk untuk stimulasi serta CD yang mengandungi fail-fail yang berkaitan dengan stimulasi serta apa yang dibincangkan pada sessi bengkel tersebut.

The Daily Stimulation With My Q's



post signature


post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading