Tuesday, February 1, 2011

Saya Merayu: Bantulah Remaja Terbakar - Hairuman!

Saya mendapat link dari sahabat saya, Eyna di laman Facebook mengenai Transfer Factor yang digunakan terhadap seorang remaja yang terbakar hampir keseluruhan badannya akibat renjatan elektrik voltan tinggi akhir tahun lepas. Dengan segera saya membaca blog tersebut. Sebaik melihat wajah Hairuman, saya terus teringatkan surat khabar yang saya baca minggu lalu. Surat khabar yang saya baca adalah surat khabar lama, saya pun dah lupa kat mana saya jumpa suratkhabar tu. Memang saya jarang betul ikuti perkembangan semasa, jarang dengar berita di TV, hanya mengharap pada FB update kawan-kawan dan juga berita di internet. Semasa saya baca berita tersebut, kakak Hairuman, Puan Maryuni dalam keadaan serba salah kerana diberitakan yang Hairuman harus di potong kedua-dua tangannya. Simpati sungguh saya dengan nasib Hairuman. Hanya satu gambar yang ditunjukkan di surat khabar tersebut tetapi cukup menyayat hati. 

Status sahabat saya yang di tag di laman FB. 

Tetapi, demi melihat sahaja gambar "live" di blog yang kawan saya sertakan, simpati saya begitu menggunung. Saya mengakui yang saya kagum juga bila tengok Doktor syorkan penggunaan Transfer Factor dalam memperbaiki kondisi Hairuman tetapi itulah bukan matlamat utama saya menulis entry ini. Saya lebih sayu dan sedih melihat seksanya Hairuman meneruskan hari demi hari dengan penuh kesakitan melalui gambar-gambar yang di sertakan. Sampai saya menulis di blog inipun, saya masih tak baca lagi laporan polis, dan laporan perubatan yang Doktor sertakan itu. Saya lebih memerhatikan setiap inci kesakitan yang dipaparkan walaupun gambar nya begitu mengerikan. Nanti time saya paste dalam blog ni baru saya nak baca. Hu hu.. Punyalah semangat nak menulis tu .. :)

Laporan polis yang dibuat pada akhir tahun 2010
Memo dari doktor
Another Doktor
Di antara bantuan perubatan, ubatan dan nursing care yang diperlukan Hairuman

Disebabkan rasa simpati yang menggunung, saya terus menghubungi Puan Maryuni serta merta untuk mengetahui perkembangan terbaru Hairuman. Lama juga kami berborak. Rupanya Hairuman sudah pun menjalani pembedahan membuang kedua-dua tangannya, dan juga sebelah kakinya. Doktor sekarang cuba untuk menyelamatkan sebelah lagi kakinya dan pembedahan demi pembedahan akan dilakukan untuk menampal segala luka terbakar yang ada. Menurut Puan Maryuni lagi, Hairuman sudah 2 bulan di hospital. Dari Hospital Sungai Buloh ke Hospital Tanjung Karang, kemudian ke Hospital Klang dan kini di HKL pula. Pembedahan memotong tangan di lakukan di Klang dan kaki pula dilakukan di HKL baru-baru ini. Hairuman di kawal ketat dan ada satu nurse yang berjaga di depan bilik beliau di Burn Unit @ HKL. Memang susah nak masuk dan Puan Maryuni tak boleh jaga Hairuman sebab Nurse yang ambil alih semua. Time dressing pun dilakukan dengan penuh teliti & Puan Maryuni tak boleh join sama. 



Saya sempat bertanyakan Puan Maryuni akan keberkesanan Transfer Factor dalam memperbaiki keadaan Hairuman dan menurut Puan Maryuni, Transfer Factor sangat berkesan dan sememangnya membantu memperbaiki luka terutamanya di dada. Semasa di Tanjung Karang dulu, masa sessi dressing dilakukan, beliau boleh sama-sama membantu dan apabila semuanya selesai, sebelum membalut luka di dada, memang Puan Maryuni akan taburkan Transfer Factor di dada Hairuman. Sayangnya, di HKL, beliau tidak dibenarkan berbuat begitu. 100% diambil alih oleh Doktor Pakar. Beliau cuma dapat memberikan Riovida sebagai minuman antioxidan +TF kepada Hairuman. Saya langsung menyarankan agar Puan Maryuni mencampurkan serbuk TF di dalam minuman Riovida itu. Kalau tidak boleh ditabur secara langsung di luka, sekurang-kurangnya ia dapat membantu jika badan menyerap Immune IQ tersebut. kecewa juga Puan Maryuni kerana beliau tidak dapat menaburkan TF di atas luka di tubuh Hairuman. 



Tujuan saya  menghubungi Pn Maryuni selain dari bertanya khabar Hairuman adalah kerana ingin mendermakan Tranfer Factor memandangkan itulah yang diperlukan Hairuman sekarang. Kebetulan saya juga baru berkecimpung dalam penggunaaan TF ini, ramai juga kenalan dan kawan-kawan blog membuat tempahan TF dengan saya dan saya bercadang menghadiahkan sebotol TF kepada Hairuman yang sangat memerlukannya. Tapi, apabila Puan Maryuni mengatakan yang sukar untuk beliau menggunakan TF di HKL, di tambah pula dengan masalah pos laju, (Puan Maryuni dah 4 minggu tak balik Tanjung Karang, duduk hospital jer, pity her kan, pengorbanan seorang kakak..sedihnya..sayunya...) kemungkinan besar TF yang ingin saya hadiahkan itu akan lambat diterima, entah bila agaknya akan sampai ditangan Puan Maryuni, nak dihantar ke HKL macam tak logik pulak kan, saya pun tak ke KL dalam masa terdekat, jadi niat saya terbantut di situ. Takper, Insya Allah saya akan gunakan cara kedua pula. :) Ada banyak cara kita boleh bantu kalau betul kita nak bantu kan ..:) Takperlah, lagipun Puan Maryuni juga ahli 4Life, katanya dia menjadi ahli selepas membeli banyak pakej Tranfer Factor untuk kegunaan Hairuman. Memang selalunya begitu kan, bila berlaku sesuatu dugaan dan ujian seperti apa yang dilalui arwah pakcik saya yang saya panggil Ayah itu (kanser rektum), baru makcik saya mengenali TF dan menjadi ahli. Sama kesnya dengan Puan Maryuni. Bila saya tanya, siapa yang syorkan penggunaan Tranfer Factor, adakah Doktor atau orang perseorangan iaitu ahli 4Life, Puan Maryuni memberitahu bahawa Doktor yang memberitahu beliau dan menyarankan penggunaan TF. Seperti yang anda lihat di bawah ini, sememangnya Doktor yang merawat beliau yang menyarankan beberapa penggunaan produk dan di antaranya ialah Riovida, TF  Advance dan TF Advence Plus.



Sebelum saya mengakhiri perbualan saya dengan Puan Maryuni, saya sempat meminta Puan Maryuni agar rajin-rajin memberikan semangat dan motivasi pada Hairuman yg sememangnya dahagakan motivasi dan kata-kata semangat dari orang yg paling dekat dgn dirinya. Bukan mudah ingin menelan hakikat menjadi orang kurang upaya dalam sekelip mata. Dilahirkan normal, membesar dengan normal dan tiba-tiba segala-galanya direnggut sekelip mata. Memang bukan mudah tapi saya yakin dan berdoa agar Hairuman tabah melaluinya. Saya sempat berkongsi cerita dengan Puan Maryuni tentang keadaan dan kondisi Zayra dan memintanya berkongsi cerita tersebut dgn Hairuman dengan harapan Hairuman tahu dia tidak keseorangan sebagai OKU. Semoga Puan Maryuni dpt memotivasikan Hairuman sebaik mungkin, Insya Allah.



Saya akhiri entry malam ini dengan rayuan sepenuh hati untuk semua pembaca dan pelawat blog ini agar memberikan sedikit sumbangan kepada Hairuman agar dapat mengurangkan beban kewangan keluarga beliau  yg sudah pasti banyak dan berpanjangan. Masih byk pembedahan yang perlu dilalui Hairuman dan semuanya memerlukan wang yg bukannya sedikit. Berikut adalah maklumat akaun Puan Maryuni :

Maybank: 1620 3063 2448 (Puan Maryuni Miskon)
CIMB: 1257 0000 2035 29 (Puan Maryuni Miskon)
Tel: 018 - 3807867

Kawasan kejadian malang tidak berbau yang menimpa Hairuman

Kawan-kawan juga boleh berkongsi maklumat ini di blog atau FB masing-masing dengan memilih button sharing di bawah atau di atas entry ini. Hanya Allah SWT yg akan membalas jasa baik kawan-kawan semua. Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pemilik blog http://upsidedownofme.wordpress.com ini dan semua gambar-gambar yg saya paparkan di sini di ambil dr blog beliau. Berikut adalah entry mengenai Hairuman di blog tersebut : http://upsidedownofme.wordpress.com/2011/01/17/updated-bantuan-d-perlukan-kasihani-adik-malang-ini/

 
Kabel voltan tinggi

 Semoga Alah SWT memudahkan urusan Hairuman dan keluarga dalam menempuh hari-hari mendatang, Amin.

Seram pulak tgk kabel ni..

post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading