Wednesday, February 2, 2011

FameKids:Tepukan Symbrachydactyly Seorang Quzayra!


Saya ingin berkongsi kegembiraan dengan anda semua mengenai bayi Symbrachydactyly yang amat saya banggakan, siapa lagi kalau bukan Quzayra. Saya dapat rasakan yang sesungguhnya Quzayra di anugerahkan Allah SWT kepada kami sekeluarga adalah untuk membuka mata saya dan suami terhadap keagungan ciptaan Allah dan menyebarkan setiap inci maklumat yang saya nampak, lihat, tengok, rasai dan "digest" dengan mata kepala sendiri seterusnya berkongsi dengan masyarakat melalui medan maya ini melalui penulisan dalam bentuk pengalaman supaya masyarakat sedar betapa Allah SWT menciptakan setiap makhluknya itu "sempurna" dan kesempurnaan itu terlalu subjektif, terpulang kepada kita sendiri untuk melihatnya dalam bentuk yang bagaimana.


Apa yang tak bulat kat budak comel nih? Semua bulat kan? Hahaha

Seperti yang diketahui ramai pembaca, anak kedua saya, Quzayra, tidak mempunyai tulang di bahagian tangan kanan, bermula dari pergelangan tangan kanan hinggalah ke jari-jemarinya (yang kementot dan comel serta sedap dikunyah itu .. heheheh). Ianya semata-mata daging yang berbentuk tangan dan jari, walaupun mempunyai ruas-ruasnya, ia tidak boleh dibuka, ditutup mahupun digerakkan seperti kebiasaaannya. Istimewanya juga tangan tersebut kerana ia boleh melentur ke mana sahaja, baik kiri, kanan, depan , belakang, 360* apabila Zayra merangkak. Hehhehe.. memang kalau tengok agak menakutkan dan nampak macam sakit, tapi si comel itu tenang-tenang sahaja, merangkak dengan begitu laju di mana sahaja permukaan, baik yang licin seperti tiles, yang keras seperti laminate flooring mahupun yang kesat seperti carpet di pejabat saya. Begitu cool, begitu selamba, bagaikan tiada apa-apa yang berlaku di tangan kanannya. 

Mulut becok!

Saya akui, segala apa aktiviti yang melibatkan tangan kanan tersebut akan membuatkan saya teruja dan tidak sabar melihat bagaimana Quzayra akan melakukannya. Saya melayan Quzayra seperti biasa, tanpa ada keistimewaan yang tertentu kerana saya tidak mahu Quzayra merasakan dirinya istimewa dan harus dilayan istimewa melainkan keadaan betul-betul terdesak. Setakat ini, Quzayra menunjukkan perkembangan fizikal dan mental yang sungguh mengagumkan saya selaku ibu, sememangnya kedua-dua anak saya, baik Qarissa mahupun Quzayra menjadi "guru" terbaik untuk saya. Mereka berdua mengajar saya banyak perkara dan ianya berbeza antara  satu sama lain. Kalau Qarissa mengajar saya tentang Early Childhood dan kepercayaan terhadap ECE sejak kelahirannya, Quzayra pula mengajar saya tentang kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT yang begitu sempurna dan bagaimana melayari kehidupan seharian sebagai ibu kepada anak OKU Fizikal. Sememangnya hidup saya begitu mengujakan. Terima kasih ya Allah ..:) 

My baby girl, Mummy is proud of you!

Percaya atau tidak, tangan kanan Quzayra yang tiada tulang itu LEBIH KUAT berbanding tangan kirinya yang begitu sempurna (mengikut mata kita manusia yang normal ini)Nampak memang mustahil kan, tetapi itulah hakikat yang harus saya telan setelah melihat beberapa kejadian yang berlaku di depan mata. Saya akan mengaduh kesakitan setiap kali Quzayra memanjat badan saya dan menggunakan tangan kanan dan menolak dirinya untuk berdiri. Memang sakit, lebih-lebih lagi kalau terkena di bahagian lembut seperti perut dan nenen. Mak aiii.. boleh mangaduh dibuatnya.Kalau terkena di bahagian tulang seperti di rangka tubuh juga saya masih boleh merasakan sedikit kesakitan seterusnya mengakui betapa kuatnya tulang yang ada di tangan kanan tersebut. Dan percaya atau tidak, sudah 2 kali Zayra tersembam ketika merangkak, dan kedua-duanya bukan disebabkan tangan kanan yang pendek sebelah  itu! (sebab tgn tuh kan comel, jadi bila merangkak tak berapa seimbang lah ..) Kedua-dua peristiwa tersembam itu disebabkan tangan kirinya (yg sempurna itu) yang terpeleot ketika merangkak! Saya tidak pasti adakah kerana tangan kanan yang tidak mempunyai tapak tangan itu menyebabkan Zayra menampung keseluruhan dirinya dengan tgn kiri menyebabkan dia kepenatan atau sememangnya tangan kanan memang kuat berbanding tgn kiri. Kerana dari mata kasarnya, memang kedua-dua tangan di gunakan untuk merangkak seperti biasa. Walaupun tiada tapak tangan, Zayra menggunakan tulang di pergelangan tangan kanan untuk menampung dirinya dengan baik sekali.  Kesian sungguh saya lihat bibir Quzayra yang secara automatik menjadi Angelina Jolie apabila dia tersembam ketika merangkak itu. Ada sedikit luka dan darah beku di bibirnya yang bengkak itu, tapi Zayra memang budak yang kuat, sedikit sahaja dia menangis. Dan saya pula, apabila melihatkan kejadian tersebut, memang sayu juga tetapi cepat-cepat saya setkan fikiran yang Zayra budak kuat, tak payah nak sedih lebih-lebih. Saya perasan, setiap kali saya berfikiran positif seperti itu, ia sememangnya berkesan, bukan hanya untuk saya, tetapi untuk Zayra juga! Dengan segera Zayra diam dari tangisannya dan kembali aktif seperti biasa! Hebatnya kuasa minda kan? Siap boleh transfer-transfer antara satu sama lain lagi! Ekekekeke...

Trying to stand .. 

Dan, hari ini, Zayra menunjukkan satu lagi kehebatannya iaitu bertepuk tangan. Tepuk tangan adalah salah satu aktiviti yang saya ingin sekali melihat bagaimana Quzayra akan lakukannya. Dengan tangan yang tiada tapak itu, bagaimana agaknya Quzayra bertepuk tangan apabila gembira yer? Hehehe. Setiap kali melihat file CLAP di LR, malah ketika Zayra baru-baru lahir dulu, saya siap terfikir, sedih juga yerk bila nak main video LR yang ada perkataan CLAP tuh, macam mana agaknya anak aku nak bertepuk? Dulu masa Qarissa kemain happy tepuk, ni skang Zayra nak tepuk, mesti rasa sayu. Hehehe ..Giler kan otak saya ni siap boleh pikir macam tu lagi! Benda kecik cam tuh pun boleh masuk juga dalam otak ni ha! Mestilah, saya ni detail orangnya tau! Bak kata Dr Radha Krishna, pemilik Ole World merangkap Doktor pada kedua-dua anak saya di Klinik Araa berdekatan rumah saya tu, "You're are a very detail person!"Hahahaha...Tapi, hari demi hari saya makin positif dan ternanti-nanti bagaimana Quzayra akan bertepuk tangan. Dan masanya telah tiba! Yeayyy!

Comel giler kan tapak tangan kanan dia tuh! Cam Garfield!

Sebelum ini memang ada Zayra bertepuk, secara sendirian mahupun dengan bantuan saya, tetapi tidak berapa jelas dan nyata membuatkan saya tidak puas hati dan ingin melihat sendiri adakah Zayra faham makna CLAP dan apabila saya suruh CLAP, dia akan buat. Secara jujurnya, malah ketika membantu Zayra untuk CLAP, saya akan mengambil kedua-dua tangan Zayra dan bertepuk seperti biasa. Walaupun tapak tangan kanan kecil dan lembut, saya tetapi tepukkan juga dan saya sangkakan yang satu hari Zayra juga akan bertepuk seperti itu! Nampaknya saya silap! Zayra tidak bertepuk seperti itu! Sungguh mengagumkan apabila Zayra menepuk pergelangan tangan kanan nya yang ada tulang dan bukannya tapak tangan kanan yang hanya ada daging itu! Adakah kerana kalau tepuk tapak tangan yang tiada tulang itu ia tidak akan berbunyi berbanding lengan yang ada tulang? Walahualam, saya tidak tahu! Sungguh! Saya teruja dan terharu melihat bijaknya Zayra menggunakan lengan sebagai tempat untuk menepuk tangannya dan bukan tapak tangan kanan. Bukan itu sahaja, Zayra juga menggunakan dadanya sebagai tempat untuk menepuk tangan kiri tersebut! Dan saya agak yakin juga ianya dilakukan untuk menghasilkan bunyi tepukan (baik lengan mahupun dada!) Dan saya rasa mungkin ada pembaca yang sedang membaca statement ini sedang mencuba sendiri untuk menepuk lengan dan dada masing-masing kan? Hahahahaha ... Saya pun macam tuh smalam! Nak test ada bunyi tak? Padahal memang tahu pun akan bunyi! Ekekekek.. Inilah juga yang dikatakan Connected Tots oleh Ruth Liew dalan artikelnya dan Mommy Lyna serta Little Mama dalam entry di blog masing-masing & ternyata Quzayra mendapat Gangliosida dari susu ibunya sendiri dan di bantu dengan susu S26 bila Mummy bz nak siapkan tugasan. Ekekekek.. Tapi jarangggg sangat minum susu formula, sebab most of the time Zayra is with me. Bila emergency sahaja bantuan luar diperlukan.:)

Artikel dari Ruth Liew

Saya dan Nor, pembantu rumah saya memang kagum sungguh melihat bijaknya Zayra memanipulasikan kekurangan dirinya dengan begitu baik sehingga ia nampak sangat istimewa, langsung tidak nampak kekurangan malah kami yang normal ini rasa teruja dan mengakui hebatnya seseorang yang kurang upaya ini berbanding kita yang normal. They really have their own way to do things berbanding kita yang melakukan perbuatan yang sama sahaja setiap kali. Langsung tidak kreatif!  Hehehhe.. Ia juga mengajar saya agar melihat kekurangan anak saya sebagai kelebihan dan keistimewaan yang Allah berikan hanya pada orang tertentu dan istimewa di sisiNYA, yang dapat mengajar saya sebagai ibu, kemudian memberikan motivasi kepada ibu bapa yang juga mungkin berada dalam "kapal" yang sama. Percayalah dengan anak kita, walaupun bagaimanapun keadaan diri mereka, tanamkan dalam diri yang anak kita boleh, anak kita bijak, anak kita pandai malah anak kita genius untuk melakukan apa yang kita tidak sangka dia boleh lakukan. Malah mungkin mereka akan melakukannya dengan cara yang kita sendiri tidak sangka! Tanamkan dalam minda kita yang kita teruja untuk melihat setiap inci perkembangan terbaru anak kita dan kita yakin anak kita akan tunjukkan kehebatan mereka. Apabila kita berada dalam minda yang sentiasa positif, aura positif akan sentiasa mengelilingi kita dan ianya sangat baik untuk perkembangan mental atau fizikal anak. walaupun ianya sesuatu yang mustahil, misi mustahil bak kata omputih, percayalah, dengan janji Alah SWT, semuanya berkemungkinan. Saya telah melihat banyak perkara menakjubkan, bukan hanya Quzayra yang cacat fizikal, tetapi juga anak rakan saya yang brain damage, berbekalkan kepercayaan dan aura positif di dalam minda ibunya, anaknya menunjukkan peningkatan yang sungguh memberangsangkan! 

Pandai betul balancing duduk sebelah kaki terlipat camtuh!

Saya akhiri entry hari ini dengan video Quzayra bertepuk tangan dengan happynya apabila saya menyanyikan bunyi lagu Chicken Dance! Qarissa lately suka sangat Chicken Dance, tak semena-mena dia buat gaya Chicken Dance dan saya sering melayani keletahnya dengan menyanyikan lagu tersebut.Tanpa disangka, adik juga nak join sama! Kemain lagi adik terhenjut-hejut kegambiraan sambil tergelak-gelek bila duduk, malah yang best tuh, bila time CLAP sahaja, dia akan CLAP! Nampak sungguh yang Quzayra sudah memahami apa itu CLAP dan mengaplikasinya pada ketika waktu yang betul! Kerana itulah dalam video ini anda lihat ada satu bahagian saya sengaja tidak menyanyikan perkataan CLAP itu kerana ingin melihat sendiri apakah Quzayra faham makna CLAP tersebut dan alhamdulillah, teknik ini menjadi! Saya harap ibu bapa yang menonton video ini juga akan menggunakan kaedah stimulasi yang sama dengan anak anda. Its a fun way kan! Tapi dalam masa yang sama, mengajar anak kita makna sesuatu perkataan itu. :) Sebab tu saya katakan selalu - STIMULASI BOLEH BERLAKU DI MANA SAHAJA. In a fun way summore! So, lepas ni jangan lupa main ngan anak tau! Cuti panjang kan Raya Cina nanti, gunakan sebaiknya okeh! Nanti kongsi dengan saya apakah hasilnya! Until then, selamat bercuti semua! Dan pada rakan-rakan berbangsa Cina - Selamat Tahun Baru Cina! Semoga ia membawa kejayaan dan kebahagiaan berpanjangan!


post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading