Friday, October 28, 2011

Review: Aplikasi Ipad - Monkey Math School Yang Menyeronokkan!


Ramai parents yang mintak Watie share Aplikasi Ipad yang Watie rasakan baik dan sesuai untuk anak-anak mereka. Secara jujurnya, memang banyak aplikasi Ipad yang baik untuk anak anda, cuma kena pandai cari, test dahulu dan kemudian barulah bagi anak main. Ada juga aplikasi yang nampak gempak, tapi bila kita dah download, biasa2 jer aplikasinya, tak best mana pun. Ada yang tak bagus pun yer! Hhehehe..

Best oo this Apps..!

Insya Allah, pasni kalau ada free masa, Watie akan buat review mana-mana aplikasi yang Watie rasakan bagus selepas Watie try the application yer. Tapi sebenarnya, as parents, uols pun boleh jer wat research sendiri, try & error kata orang.. Kalau bagus kita simpan, tak bagus kita delete lah kan ..apa susah ..hehehe.. tapi yerlah, Watie paham, kalau ada org rekomen mana yang bagus, mesti lagi best kan? Hhehehe.. nak wat review tu kengkadang leceh, nak menaip, nak bercerita ..ekekke.. but no worries, ada masa, Watie try share jugak. :) 

Tarik ke kotak mana jawapannya ..:) Ada bantuan gambarajah lagi (Starfish tu)

Watie pernah habiskan satu malam tak tidur hanya sebab nak download aplikasi kat Ipad! Tu masa mula2 beli dulu lah kan ..excited terlebey suda... segala macam game Watie nak try ..tapi semuanya education based lah kan. Skang dah tak rajin sgt cam dulu lah ..hahahha.. nak-nak pas tgk the negative outcome lepas Qarissa dapat Ipad dulu. Haaa...citer pasal negative outcome tuh, Alhamdulillah, Q dah banyak berubah dah sekarang. Ipad bukan lagi priority dia. Sekarang kalau tak bawak Ipad keluar pun dah ok. Dia tak heran dah. Dia lebih suka main kitchen set, main puzzle, main all the montessori apparatus yang Watie sediakan khas untuk dia. Hmmm.. tu laah..banyak nak kongsi ngan uols ni tau ..tapi masa lah takder nak bebel2 ni ha .. Watie skang ada 3 bulan jer bermula bulan October untuk bagi kaw2 kat Q, supaya dia tak kesah untuk gi Tadika tanpa Watie di sisi dia. Satu masalah anak yang duduk bawah ketiak mak sepanjang masa ni lah dia..attachment disoder kekdahnya! Hahhahaa.. Q takut betul kalau Watie takder kat dia, gi skool yang seminggu 2 kali pun Watie kena ada gak, menangis2 takmo lepas.. Risau lah uols...serius cuak ni..camner nak gi skolah camtu? Habislah dia mengamuk satu sekolah nanti. Tu lah Watie buat macam2 sejak awal bulan untuk bagi Q berdikari dan the outcome sgt bagus .. Dah nampak Q banyak berubah da tak manja sgt cam dulu, macam princess kekdahnya! Cuma tu lah yg Watie masih fail- Attachment tu ha... harap lah Cikgu dia nanti leh handle dia kat Tadika.  

Ni yg paling Watie suka. Sambung2 sampai anak Turtle tu berjaya ke laut! Interesting erk??

Ok, back to the topic. Al-kisahnya Watie tahu pasal aplikasi ni bila nak carikan Monkey utk si Zayra. Asalnya Watie konon2 nak share ngan uols aplikasi lain, Watie nak kena search balik aplikasi apa yang ada kat Ipad Q, yang bagus, yang boleh Watie kongsi, sekali dah terjumpa yang nih, sebelum aku lupa, baiklah aku wat entry dulu kan? Hahahhah.. Kan Ipad Watie ada 2, satu Q punya, satu Watie punya. Yang Q punya kemain banyaklah aplikasi termasuk lah ada satu Monkey See Monkey Do, taklah best sgt yg tu Watie rasa tapi Zayra suka Monkey tu lompat2 kot. So, si Q sibuk ngan Ipad dia, Zayra duk mintak Ipad Watie & expect adalah Monkey tu kat Ipad Watie. Dia sibuk duk cakap, "Nak Monkey! Nak Monkey!". So Watie pun nak install lah Monkey punya application kat Ipad Watie. Tu yang terjumpa aplikasi Monkey Math School Sunshine ni. Bila dah download, Watie rasa best lah pulak aplikasi dia, bagus  sgt sebagai permulaan untuk anak mengenal nombor sebab dia sgt interactive. Mungkin ada jugak parents yg dah ada download aplikasi ni, tapi takperlah yer..Watie share utk mereka yang tak tahu. Sebab kalau uols cari guna words Monkey, banyak giler ooo aplikasi dia.. Kang tak tahu mana satu, so let us be precise kay ..:) 

Ni akan menjadi kegilaan anak anda! Anak2 Watie asyik suh bukak bubble jer! Padahal bukan kita leh pilih2 ..Segmen2 tuh mmg dah set, kita takleh pilih .. ehheh.. Selain gambarajah, ada gak kena poke nombor dalam bubble tu ..:)

Ok, tak yah nak cover2 lah yerk ..Sapa yang ada Jailbreak tu leh ah guna Jailbreak kat Ipad, sapa yang takder tuh, leh guna App Store, sapa yang guna tablet leh cari guna Android tu. Uols cari Monkey Math School Sunshine. Kalau Jailbreak & Android, free, kalau Apps Store kena 0.99 cents (USD). Apa yg ada kat dalam games ni sampai Watie excited nak share ngan uols? Hehhehe.. pada Watie bestlah ..sampai aku plak yg excited main lebey2 .. hahaha.. dia ada banyak parts dan segment, dan kalau dapat complete segment tuh, kita akan boleh pilih any item yg dia offer untuk hias Aquarium  kita. Macam sticker ah gitu. :) Ada macam2 fish ..ada batu hiasan, ada duyung .. lots of things for us to put in the Aquarium.  Dan dia punya konsep sgt sempoi, catchy tapi berkesan.

Ni lah contoh Aquarium tu...Best yerk?

Antaranya, dia suruh akak pecahkan bubble yang bernombor 1 sahaja. So, akan ada banyak bubble keluar. Kalau poke bubble nombor lain, dia takkan pecah. Anak kena pilih nombor yang dia minta sahaja. Secara tak langsung, anak akan kenal nombor. Mula2 maybe anak kita akan belasah jer poke semua ..Excited kekdahnya ..hahaha.. tapi kita kena ajar anak kita yang Monkey tu nak nombor 1 jer.. so pegang jari anak dan poke that number with them. In a short while, Insya Allah anak akan paham. pastu ada di ajar seequence. Macam sapa yang pernah beli buku Dr Titzer kat GBOB - Your Baby Can Learn, kan ada satu buku about sequence - What come next? Samalah konsep dia. Dia tanya anak apakah gambar yg sepatutnya keluar ikut sequence tu. Then ada lah ajar games addition, like 1+2 =? Tu standard ah kan .. Pastu, ada juga segmen yang anak kena tulis atas pasir nombor2 yang diminta tu. Ada bantuan anak panah. Walaupun tak lah membantu dalam penggunaan pensil (just pakai jari jer kan kat Ipad tu), at least anak paham konsep nombor dan tau yang dia sedang lakar nombor yg diminta. They can imagine how the number look like. Another one, dia tanya apa shape ada 4 sides, 5 side. 3 sides dan sebagainya. Bila anak dah pilih betul, cthnya Triangles got 3 sides, dia akan tunjukkan apakah side nya tu, so anak akan lebih paham,:)  Dan yang paling Watie suka, ada satu part tu, kita kena tolong anak turtle tuh ke laut, so kena connect the dots from number 1-10, one by one sampailah ke nombor terakhir, alah...macam buku2 kat kindy tu lah ..yang Math punya tu ..tapi sebab ni interactive, so memang terujalah nak sambung from 1-2-3-4 sampailah habis .. nanti dia akan sebut semua nombor sambil anak turtle tu gerak from 1 number to 1 number..akhirnya ke laut .. So nice & catchy kan? Hhehehehe... Ada lah few others activity lagi ...yg pasti semuanya best!

Kesimpulannya, Watie rasa this game & aplikasi memang sangat baik lah untuk kita mengenal asas nombor dan Math. Very interesting & entertaining! Watie bagi 4/5 bintang lah ..:) Kalau sapa nak tgk website dia .. dan nak tahu lebih lanjut apa lagi yang ada kat game tuh, ni link dia ..leh tgk lebih details kay!  http://monkeypreschool.com/math.php

Syarikat ni juga ada keluarkan a few other games, Watie lum sempat nak download lagi, tak berani nak komen tapi rasanya ok juga kot? Cubalah uols try..:) Alah, sapa yang guna Jailbreak and Android tuh kalau ada cracknya apa kesah yerk dak? Yang pakai Apps jer lah .. heheheh..tapi okeh apa?? Murah la 0.99 cents jer!  Hhehehehe...Bolehlah try juga untuk anak anda!:) Ok readers, till we meet again kay!:) Selamat berseronok dgn anak anda! C Ya!

Antara aplikasi yang dikeluarkan oleh THUB Games. 

post signature

post signature

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading