Feeds RSS

From The Heart Of ....

Tuesday, December 8, 2009

2nd B'day Adam-Yaya @ ANW !!!

B'day Boy yg encem & macho hari tuh!
Kek yg cun ooo...Blue colour!

Alamak, aku tak pasti samada aku org terakhir atau tak masukkan entry nih...hehehe..hari ni baru aku sempat transfer gambar masuk ke PC setelah berhari-hari "kehilangan" camera aku. Tak pasti aku letak mana. Semalam baru jumpa balik.Ahaks...sabar jer ..So, dengan bangganya, aku nak wat entry B'day so bijak dan macho Adam yang kedua @ ANW PJ nih...:)

Q yg takder mood baru bgn tidur!
Anak aku nih terkejut tgk bear gemok kot!
Game yg havoc!

First of all, thanks to Yaya & hubby sebab invite aku datang ke majlis nih. Semangat aku nak datang siap wat reminder lagi kat hp. Hahaha..tapi rasanya..pada hari tersebut, aku adalah orang yg paling lambat sampai! Bad me!! Ampun Yaya, bukan sengaja yang, mak & kakak serta anak-anak dia tidur umah aku malam sebelumnya, so pagi tuh dia mintak aku tolong bawak dia & baby yg baru umur sebulan tuh ke doktor. Anak dia batuk dan selsema. Ko paham2 jer lah, hari Ahad susah betul nak cari doktor pakar kanak-kanak. Dah sampai Klinik Pakar, mak aii..ramai giler budak2 sakit sampai aku pulak takut anak akak aku tuh makin sakit...Kena tunggu nak dekat 2 jam..Gilos sungguh. Sudahnya pergi klinik biasa jer dekat ngan umah aku..Sampai umah dah pukul 2.30pm. Kelam kabut aku siap dan terus ke majlis hang...Sampai PJ, hujan mak aiii...lebat sungguh! Sib baik dapat parking, kalau tak, tak tahulah aku camner nak masuk dalam ANW tuh! Hahahha...
Aku yg hanya mampu posing atas kerusi jer! Hahaa
Cuba nak suruh Q menari tapi dia takmo! nak duduk kat lappy gak!
Sudahnya, Q bertepuk tgn dari atas peha aku jer! Aku posing maut! Hahaha

Walaupun aku sampai lambat, tapi aku sempatlah berborak dan tengok all the games yang dibuat kat sana. Nasib baik majlis potong kek belum buat lagi. Sempatlah aku tgk hubby si Yaya menari dengan sexynya! Auwww....tergoda ii...hahahaha... siap menang hadiah utama dari bear tuh! Aku rasa bear tuh tercabar lah dengan hubby ko Yaya ... hahahha..

Me & Q with the cute Bear!
Happy family @ ANW!
Ratu mimik muka memang Q lah juaranya!

Si Q pulak, masa tu baru bangun tidur. As usual, takder mood lah, asyik nak berkepit jer .. time bebudak buat game menari pun dia takmo join padahal kalau kat umah, dialah raja! Cuma dia nak bertepuk-tepuk tangan atas lappy aku jer ..Oklah tuh, dari dia mengamuk kan ..So far, Q ni baik, tak pernah buat perangai pelik-pelik kat majlis orang. Hahahha...

Nampaknya aku sorang jer pandang camera laki mak noks.Hahaha..
Yaya & hubby yg sungguh sporting join all the game. Pakkal aku tak larat..kalau tak, mau kecoh ANW tuh!

Romantic couple of the day! So sporting kan!
Bagus bebudak ni suma! Sporting sgt!

Majlis habis dalam kul 5.30 rasanya, lepas tuh ada majlis orang lain pulak. Sempatlah aku bergambar dengan Yaya tapi yg sedihnya, dah borak-borak dengan kengkawan blogger - with Farah & Mummy Sofia, aku boleh lupa nak amik gambar with them! hampeh btol. Padan muka aku, sapa suh lambat! Orang amik gambar, aku tgh melahap ayam yg panasssss! Wakakakka...

Rupanya, Mummy Sofia akan bersalin lebih kurang tarikhnya dengan aku tahun depan. wah, ada genglah aku meneran sama-sama nih. Selang sehari jer..Silap2 nanti katil sebelah menyebelah. Hahahaha...Jgn hubby tersalah bini jer tgh nak cool downkan wife yg tgh jerit2 kesakitan! Wakakaka.. (seronoknya gelakkk Watie oiii..dalam hati Tuhan jer tahu aku punya gabra nak menghadapi saat tuh lagi sekali..Ayoo..semoga dipermudahkan semuanya ..Aminnn...)

Cutting cake caremony! Getting ready!
Pandai Adam tiup lilin tau!

To Adam yang sungguh encem dan bijak hari tuh, Happy 2nd B'day dear, dan semoga menjadi abang yg baik dan jaga baby elok2 ok cayang...comey jer tgk si Adam ni main-main kek letak kat hidung! habis biru hidung dia. And to Yaya, aku memang salute dan kagum tgk hang n hubby masih boleh menari dengan vougenya dan mendukung Adam! Aku dah tak larat wei!!! Hahahaha...

Majlis dah habis baru nak tergelek2 kat luar ! Poyo jer!
Q suka pulak pakai topi tuh! Hehhee..
Sayang nyawa Mummy nih!

B'ergambar sebelum balik...
Me & Yaya dengan anak masing2. Hehhee..Nanti yg 2nd baby pun sesama lahirkan gak! :)


Happy Happy,
Qarissa & Family....

Friday, December 4, 2009

Pesta Buku Alaf 21 @ 4-6 Dec 09. Diskaun 30%!!

Wah, sungguh tak sabar rasanya aku nak pi SERANGGGG Alaf 21 nih!! Dan aku dengan bangganya nak ajak jugak kengkawan blogger yg giler membaca novel-novel tuh sama-sama lah kita serang kilang dia yer!! Hahhaha...

Bermula hari ini, Jumaat yang hening & hujan2 manja kat Aman Perdana nih, sampailah hari Ahad nih (4-6 December 2009), Alaf 21 akan buat Pesta Buku di syarikatnya @ Shah Alam. Aku memang selalu tunggu masa dorang wat Pesta Buku kat sini, sebabnya harga buku lagi murah dari harga kat PESTA BUKU PWTC tuh! Hahaha.. Kat sini dapat 30% diskaun utk semua buku beb!! Tak kira baru ker lama. Hmmm.. seronok betul bila dapat tau buku terbaru - 9 NYAWA keluaran penulis novel "kegilaan" aku - RAMLEE AWANG MURSYID dah keluar! Tak sabar nak rembat seketul beb!!

So. to all book freaks out there, mehlah kita memeriahkan pesta Buku @ Alaf 21 ni yer...! Takmo cerita panjang, aku dah lapar. Baby mintak makannnnnn.. hahahhaha..




Tarikh: 4 December - 6 December 2009
(Hari Jumaat, Sabtu & Ahad)
Jam: 9.00 pagi - 6.00 petang
Alamat: Lot 12, Persiaran Kemajuan 16/16, 40200, Shah Alam.
Hubungi: 03-55118820/8821 untuk keterangan lanjut!


Sekian dari Bilik Berita,
Mummy Qarissa.

Saturday, November 21, 2009

Penangan buku "PETER & JANE" with Qarissa!

Huiyo...Something amazing happened today! Aku excited giler dan dalam masa yang sama teruja dan "terkagum" dengan apa yang Q lakukan!!

Rasanya sebelum ni aku ada bgtau yang aku belikan set buku Peter & Jane untuk Q. Aku plan nak buat review pasal buku tu dalam blog edu Q tapi asyik tak sempat nak amik gambar. Lately aku bz sket dengan PFA Sponsorship for Karangkraf dan order dari Dealer PFA. Alhamdulillah, rezeki baby & Qarissa. So, memang blog bersawang sebab tak sempat update. Tapi, aku teruja sungguh nak masukkan dalam diari Q so that ia akan menjadi kenangan terindah satu hari nanti. Terus aku rajinkan diri amik gambar buku tuh nak masukkan dalam blog. Hheheheh..

Set buku Peter & jane utk Tahap 1- 1a, 1b & 1c

Buku Peter & Jane tuh memang sangat bagus untuk kita mulakan sessi reading for our Kids. Aku akan share lebih lanjut dalam blog Education Q nanti. At first, aku tak berapa concern sgt pasal that book, tapi masa pergi Jualan Gudang Person & Longman, aku ternampak buku tuh antara beribu-ribu buku yang ada. Bila aku tgk, rupanya dia ada a wide collection of series. Dari nombor 1 sampai 12. Dah tuh pulak, ada 1 a, 1b dan 1 c...dan seterusnya sampailah 12 a, 12 b dan 12 c. Pemilihan buku tuh mengikut peringkat umur anak kita. So, bila aku belek-belek, aku rasa bagus lah this book. Harga pulak RM 6 sebuah buku. So, aku amiklah satu set 1a, 1b dan 1 c untuk Qarissa. (Rupanya harga buku tuh mahal jugak wei, aku tgk kat Popular sebuah buku RM 10!). Aku plan nak start bacakan dia as soon as possible, aku nak cambahkan minat membaca kat dia.

Buku 1a - tak berapa lunyai sebab letak dalam kereta for travel reading. Bakal lunyai sebab aku dah boring baca 1b, so aku keluarkan dari kereta utk bacakan kat rumah pulak. Hahaha
Buku 1b- Dah hampir lunyai dikerjakan dek si Qarissa. Nasib baik kulit depan keras & Qarissa memang tak pandai koyak buku. So lunyai sebab asyik bacaaaa jer ...Lotih mak nokss...:)
Buku 1c- Masih berstatus "anak dara" sebab tak pernah bagi Q buat lagi exercise dia. Tunggu dia pandai tulis baru leh bagi. Maybe another year lah kot yerk? Hehhee..

Starting from that day, every single day aku akan bacakan that book for her. Alhamdulillah, berkat daily training yg aku wat selama ni, tak susah untuk Q menunjukkan minat yg mendalam terhadap buku. She fall in love @ first sight with Peter & Jane books. Satu hari sampai 5-6 kali suruh aku bacakan untuk dia!. Dia bawak buku tuh kat aku @ maid aku, suruh bacakan. Kalau lambat baca, kena marah hokay!! Sampai lunyai dah buku tuh dia kerjakan! Memang letih bacakan buku tuh sebab ada nak dekat 50 muka surat sebelum habis! Dah tu pulak, member asyik suruh ulang dari mula setiap kali habis! Korang bayangkanlah kalau dah 5-6 kali aku ulang, nak terkeluar anak tekak aku nih! Dahlah mengah bawak budak dalam perut, tapi Q punya pasal, aku gagahkan jugak. Kadang-kadang aku ngelat, aku bacakan 2 muka surat pertama, ayat "PETER & JANE" dan "JANE & PETER", dan terus ......"THE END"...hahahahahha...tapi aku wat camtuh selalunya bila dah 3-4 kali ulang ah ....saja nak pedajal Q ..wakakakaka...kengkadang dia plak pedajal aku, tengah-tengah aku baca untuk dia, dia terus lompat muka surat belakang sekali, eksen-eksen baca dan terus tutup buku, tunjuk action "THE END" dan suruh aku ULANG BALIK!!!!! Sabar jer mak noks....Aku rasa nak rekod jer suara aku...takyah ulang-ulang! Hahahhaha....

1 a Book- Tulisan besar, jelas & ada gambar bewarna! Perfect!

Serius cakap, aku memang bacakan everyday sambil point to all the words everytime I say the word tapi aku tak pasti dia faham ke tak atau dia boleh capture tak all the words. As i told uols selama ni, dia adalah "bahan" eksperimen kesayangan aku. Aku buat dengan harapan dan keyakinan dia akan paham tapi to see the result, Q jer yang boleh tunjuk dan buktikan pada aku.Memang banyak kajian dah dibuat, memang baby boleh baca tapi biasalah, nama pun manusia, selagi tak berlaku kat anak sendiri, aku tak puas hati. hehehhee..Ada sorang kawan hubby datang umah, bile dia tgk Q baca buku Peter & Jane, dia terkejut! Dia kata, "Aik, umur setahun dah bacakan Peter & Jane?" Aku pun cam pelik ah, apsal tak leh ker? Hahhaa.. Rupanya dia kata Peter & Jane tuh digunakan dengan meluas kat tadika-tadika untuk ajar budak 4-5 tahun to read. Memang banyak tadika gunakan buku tuh. Anak dia yg tadika pun pakai buku tuh.. Barulah aku tahu...hehehehe...Erkk...aku "ter advance" lah ni yerk? Arghh...peduli lah, janji Q suka... hahahhaha...

Nampak jer menatang nih, Q terus sebut - Gog! Hehhee...

Aku tak nafikan once anak dah pandai cakap around 2 setengah tahun, memang senang ajar dorang baca sebab dorang dah boleh sebut dan ikut apa kita cakap, macam anak akak aku, bila aku ajar dorang guna Peter & Jane book tuh, sekali ajar jer dah dapat ikut. Seronok rasa bila dorang sebut the word. Tapi with Q, she is too small kan, mana dia pandai sebut ayat-ayat tuh. Yang keluar bahasa German jer.. Wakakaka.. Tapi aku jenis suka melayan dia membaca. Jadi aku akan bacakan dia buku tu selalu walaupun dia hanya boleh tgk the words dan membebel sorang-sorang ikut bahasa dia. I just assume dia paham & treat dia like she love to be treated. Bak kata orang, aku skang menanam benih ah, tunggu masa jer nak tunggu buah tuh masak dan jatuh!. Hhehehhe

Besar kan word dia! Puas baca, anak pun nampak jelas!

Dan, aku rasa "buah" aku tuh dah separuh masak beb!!! Best giler!! Sebabnya, semalam - 20/11/2009, dalam pukul 8pm, aku ajak dia baca buku Peter & Jane tuh, aku suruh dia sit & she open the book herself. Dia terus selak buku tuh ke satu page yang ada ayat "A Shop. I like shops". Aku belum sempat lah nak bacakan buku tuh lagi sebab ada call masuk thru hubby's phone. Aku tgh tgk sapa call, belum sempat jawab call tuh lagi, tetiba jer aku dengar keluar dari mulut Q, "A shop!!!!!". TERKEJUT BERUK AKU WEIIII!! Terus lambat aku angkat call tuh! Hubby pulak berdiri jauh sikit, aku siap tanya dia, u dengar tak anak u cakap apa? Dia tak perasan pulak..iskkk geram aku!! Terujanya aku Tuhan jer tau! Aku terus peluk Q dan dia sengih-sengih cam seronok dapat "kenakan" aku. As usual, bila aku suruh baca lagi ayat "A Shop" tuh, dia senyum jer lah..takmo ulang! Hahhahaa..terasa pulak cam sitkom Baby's Talk. Wakakaka..

Ni lah page "bersejarah" tuh. Terkejut mak enon aku tetiba dia sebut "A Shop" bila terselak kat page nih! Hhehe..

Tuh satu kes, ada lagi satu kes yg mengejutkan tapi kali ni both of us dapat dengar. Senyum lebar sampai telinga hubby aku bila dengar anak dia cakap full word! Hahahha..Lepas Q dah tunjukkan "ke amazing an" nya, aku pun teruskan lah pembacaan macam biasa. Bila habis, au pun sebut, "THE END" dan tambah ayat "GOOD JOB QARISSA!". Korang tau apa kuar dari mulut Q???? Hambek ko... dia pun jawab "GUD JOBBBBB!!!!". Aku cam dah ternganga dan terus pandang hubby, hubby terus angguk-angguk sambil senyum dan cakap.."I dengar ...." Heheheheh...

Serius beb, bahagianya bila aku akhirnya dapat dengar sendiri anak aku membaca dan sebut full word dalam buku tuh walaupun aku tak baca untuk dia! Dalam umur semuda 1 tahun 4 bulan pulak tuh! Walaupun cuma 2 ayat - A Shop & Good Job, tu dah cukup buat aku bangga sebagai seorang ibu! Tak sesia aku baca buku tuh untuk dia setiap hari sampai letih. Bosan tak yah cakap ah kalau korang dah kena ulang 5-6 kali satu hari, mau muntah kan! Tapi sebab anak tersayang, aku sanggup dan rela. Hasilnya...?? Memang sungguh membuatkan aku tidur dalam senyum yang panjang!!! Ternyata baby memang paham apa kita cakap dan sebut, cuma tunggu masa jer untuk dia sebut that words back to us!

1b Book- Memang buku peberet Q. Kalau nak bg dia duduk diam2, tunjuk jer buku Peter & Jane nih, sure tak gerak2 dah. Hahaha..Tapi tu lah, dengan aku-aku sekali kena "melekat" sama! Hua Hua ..

Semua eksperimen yang aku buat all this while nampaknya berhasil. Alhamdulillah, puas hati aku bila nampak sendiri, bukan semata-mata melalui pembacaan dan perkongsian cerita antara parents. Rasa puas dan berbaloi semua pengorbanan ni & it really makes me wanna do more for Qarissa. Aku harap, Qarissa takkan bosan membaca & from time to time, aku akan penuhkan masa senggang dia dengan perkara yg berfaedah macam yg aku buat selama ni. Insya Allah .. Ada time main, bersosial, membaca, tengok DVD, sometimes buat all in one! Hhahaha.. caca marba but we have lots of fun! Yang aku nampak,bila anak happy, it is much more easier for her to absorb anything yang kita ajar. I really cant wait until Q pandai bercakap. Mesti bestkan!! Hhehehe..

Happy To See My Baby's Development!

Friday, November 20, 2009

4th Anniversary Dinner @ Rainwater Restaurant

Malam sambutan 4th Year Anniversary we all dinner @ Rainwater Restaurant kat Setia Eco Park Club House. Saja nak try rasa sedap atau tak, sambil-sambil leh cuci mata tgk rumah-rumah & Club House kat sana. Hhehehe.. Tapi sayangnya, malam gelap ah ..tak berapa jelas nampak rumah-rumah kat situ ..

Qarissa pulak, bila sampai kat Club House dia, ntah hapa dia nampak, dia merengek2 nangis takmo jalan.. terpaksalah dukung sampai ke restaurant tuh.. Agaknya gelap dia takut kot ..atau dia nampak apa yg aku n Daddy dia tak nampak! Wakakaka.. laki aku cam dah cuak & ajak makan tempat lain tapi aku malas nak jalan jauh2..tak larat rasanya ..so we decided to have our dinner kat restaurant tu jugak..

Makanan kat situ tak lah sedap sangat, so & so jer lah bak kata laki aku ..Ingat Club House sedap tapi takder yg special dia kata ..Aku belasah jer, maklumlah, perut dah lapar..hahahah. Meh lah kita layan gambar2 masa dinner tuh!

The menu
Our Little Princess
Muka notty dapat jadi RAJA!
Trademark gaya Daddy!
Mak Buyung Of The Night..
Sambil tunggu dinner, sambil baca..Apsal? Meh tgk bawah ..hahaha
Semangat aku nak baca tajuk atas, tapi puas aku belek, tak jumpa pun! Siut jer! Yang bawah tuh ..hehee..suruh Daddy baca ah ..
Ni pun sama, tajuk poyo jer, tak jumpa pun artikelnya! hahaha.. Eksen jer lebey ..
Mushroom soup & garlic bread for my Princess
Lamb Chop utk aku..
Ni utk Daddy, ntah hapa nama dah aku lupa..
Ni utk my maid.. Nasi Goreng Kampung ada satay ...:)
After dinner, Q merengek takmo bergambar tapi kena paksa!
Muka tak ikhlas bg cium! Hahaha..
Time ni baru nak sengih2 gatal!
Happy family with our Little Princess (yg takder mood)!
Baru nak bagi posing & jelingan maut si kenit nih!
Outside the restaurant.
Isk.. kenit ni memang takmo pandang camera lah!


Happy 4th Year Anniversary Darling!

Mummy & Qarissa...

Thursday, November 19, 2009

Our 4th Year Anniversary Together!!

Today - 19/11/2009 is a very meaningful day for me!! Hari ni genap 4 tahun me & hubby melayari bahtera sebagai suami isteri !! Alhamdulillah, sepanjang melayari alam rumahtangga nih, kami sekeluarga bahagia dan belum lagi ada perang dunia ketiga berlaku! Wakakaka...gaduh-gaduh manja tuh adatlah kan .. kalau takder tak best jugak, tapi sepanjang 4 tahun nih, memang aku seronok dan gembira bergelar Mrs Saiful. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran permata hati kami- Rania Qarissa. Dan kini, baby in my womb pula menanti untuk dilahirkan tahun depan. Alhamdulillah ..:) Syukur sgt dengan segala rezeki yg dikurniakan Allah SWT kepada kami sekeluarga ni...

Kad dari hubby terchenta- Dia memang eja & panggil aku camtu sejak we all bercinta lagi..segan sehhh.. Hehehe

Memang rasanya terlalu hijau perhubungan ni jika nak dibandingkan dengan orang lain. Tapi aku pernah dengar orang kata 5 tahun pertama perkahwinan adalah waktu kritikal untuk sepasang suami dan isteri itu. Within that 1st 5 years adalah masa yang penting untuk sepasang suami isteri mengukuhkan sesebuah institusi perkahwinan. Insya Allah, sekiranya 5 tahun ini berjaya dilalui dengan selamat, tahun-tahun seterusnya akan lebih mudah kita mendayung. Kiranya 5 tahun tuh dah sampai kat tengah lautan lah kot..Bukan baru nak bertolak dari pelabuhan..Wakakaka..And we have 1 more year to go...! Insya Allah, bukan setakat 5 tahun, tapi bak kata hubby aku, "Jom kita wat sambutan Jubli Emas, Jubli Preak, Jubli Gangsa dan segala Jubli yang ada lah ..Nak tak?" Wakakka... Semangat laki mak noksss....Nak dapat hadiah lagik lah tuh! Hahahhaa...

Kad yang membuatkan aku terkemut-kemut kesukaan di pagi hari. Senyum lebar sampai telinga!!

Aku nak share petua kerukunan rumah tangga pun bukanlah pandai sgt ..maklumlah, aku bukan Ustazah Bahyah yang bagi ilmu Cakar Harimau...aku memang tetiap hari main cakar-cakar laki bini. Hahahhaa... Tapi selama 4 tahun yang aku amalkan nih, nampaknya berkesan jugak kot.. berkesan untuk both of us, tapi utk orang lain aku tak pasti. Aku share lah sket yerk..bila-bila aku lupa atau time tgh gaduh, boleh aku tgk balik petua nih ..mana tau lupa kan ..hehehhe..Maklumlah, nak masuk 2 kali meneran ni, mau putus urat saraf ingatan aku gamaknya ...hahahahaha...

Me & Hubby memang open dalam semua segi. Apa yang tak puas hati, memang we all akan cakap habis-habis. Aku jenis yang tak boleh nak simpan dalam dan buat tak paham macam takder apa-apa jadi & continue our life. Aku bukan jenis macam tuh. Contohnya, we pernah berkelahi sikit dan bila hubby balik kerja, dia buat cam takder apa-apa jadi, peluk aku cam biasa, belikan coklat dan borak cam nothing happened (sometime memang lelaki cam tuh, they hope dengan belikan isteri something, isteri akan senyap dan takkan ungkit hal yg membuatkan kita gaduh...tol tak?) Yer, aku memang suka coklat, aku akan makan coklat tuh...tapi isu gaduh tetap isu hokay...WE MUST TALK ABOUT IT...Bukan dengan coklat jer, mulut aku akan diam dan habis terus cerita kat situ. Kami akan tetap biacarakan isu yg membuatkan we all gaduh tapi dengan cara yang berhemah lah. CAKAP TETAP CAKAP sebab aku tak suka simpan-simpan. Boleh jadi BARAH kalau pendamkan dalam hati semata-mata nak jaga hati orang lain. Kalau sakit atau tak puas hati pun, biarlah selesaikan kat situ at the same time, dari nak ungkit-ungkit di belakang hari. Anak dah 5 baru nak ungkit segala macam hal masa baru-baru kawin dulu. Aku tak suka cam tuh..:) So far, ia memang BERKESAN for both of us. Ia membuatkan we all lebih memahami antara satu sama lain dengan lebih dalam lagi.. Chewahhh...

My romantic husband siap bgtau hadiah tuh utk anak sekali, suruh aku praktis selalu so anak aku bijak! Ok daddy, Mummy akan buat latih tubi everyday!

Satu lagi, aku amalkan, bila sorang tengah marah, sorang diam dan dengar (walaupun dalam hati meyumpah tak hengat...wakkakaka). Memang susah jugak nak kontrol memandangkan aku nih jenis becok tapi aku sabarkan diri. Once dia habis cakap, baru aku cakap pulak, kalau tak - sapa nak dengar sapa kan! Hahaha.. Aku bertuah juga sebab hubby aku jenis yang cool dan tak banyak mulut tapi sesekali dia tinggi suara, cuak jugak aku dibuatnya! Hahhaa.. Lagipun, both of us dah matang kot (nak cakap dah tua segan..hahaha) We all dah puas bergaduh dengan pasangan masing-masing dulu. Hahahah..Aku dah tak larat nak menjerit2 dan bergaduh macam nak giler dah.. bila hubby aku cerita dulu dia gaduh ngan ex gf sampai jerit dari tingkat 4, aku tak dapat bayangkan camner teruknya pergaduhan tuh sebab sepanjang aku kenal dia, memang dia cool giler. Aku rasa time tu mesti dia dah hangin tahap dewa agaknya. Bila aku cakap pasal tuh, mesti both of us akan gelak-gelak sesama. Rasa kelakar sangat...

Tapi, aku memang tak nafikan, lepas aku break off dulu, dan kemudian kenal ngan my hubby, aku memang banyak berubah in terms of kesabaran. Aku jarang sangat bergaduh ngan Saiful walaupun masa bercinta atau bertunang dulu. Alhamdulillah, walaupun bertunang dua tahun, our relationship tak tergoyah walaupun orang kata "darah manis." Aku rasa, maybe sebab my hubby pun dah 30 tahun time tuh, dia dah betul-betul ready nak jadi suami dan aku pulak, memang jenis loyal bila dah commit, aku malas betul nak start over a realationship, nak try to flirt around ker, aku memang PEMALAS kekdahnya .. hahahaha.. Tapi kalau dah mula pasang badan, ko siaplah ... hahha.. Tu lah sapa jadi hubby aku kena jaga aku betul-betul..Spesis yang hampir pupus nih! Hahhaah.. (Tu lah juga tag line yg aku guna utk hubby aku..wakakakakka). Aku pun bersyukur sangat sebab dapat boy friend (masa bercinta dulu lah ..heheh) yang jenis setia dan selalu tunjuk dia sayang dan caring kat aku, so aku tak risau atau rasa terancam kalau ada perempuan-perempuan lain nak ngorat dia, coz he really take care of me. So, takder nak jeles-jeles atau cemburu buta. Aku pula jenis yg senang nak "di puaskan hatinya", maksud aku, bila aku nampak my hubby betul-betul concern, caring, asyik nak berkepit mana-mana we all pergi, hati aku jadi senang dan aku rasa takder masalah langsung, so memang takder point nak gaduh. Kalau gaduh pun, selalunya bukan pasal orang ketiga, its always about something else...:)

Buku tebal yg membuatkan aku rasa sungguhlah "lemah otak", bila dapat jawab betul, rasa pandai giler . hahhha..susah wei soalan2 dia!

Aku still ingat, pernah sekali masa tunang, ntah hapa angin ntah hubby aku, nak cari pasal ngan aku pukul 3 pagi, jeles tak tentu pasal, padahal taker kes apa-apa pun, dia saja nak test aku agaknya...aku memang berangin satu badan..Hahahah.. Dia wat perangai takmo letak telefon, bila letak call balik, dan sambung lagi bercakap dan membebel ntah hapa-hapa ntah..aku memang hangin jer, terus aku sound baekkkk punyaaa.... siap cakap lagi sebelum sound tuh ..ahahah. (takut kena marah sebab ayat aku memang power bila dah mengamuk..), aku cakap, "I belum kawin ngan u lagi tau ..kalau apa i cakap pasni @ i kurang ajar, i tak dosa tau ..u dengar sini yerk......." dan aku pun memulakan perang dunia ketiga dengan mengeluarkan peluru berpandu sampai hubby aku terus terdiam tak dapat nak cakap apa-apa ..Wakakakakakaka... Nak marah pun tak boleh sebab aku dah bgtau awal-awal ..aku tak dosa kalau cakap lepas sebab kita belum kawin ..hahahaha.. pandai tak aku? Lepas tuh sampai skang, takder dah dia wat perangai giler tuh lagi... (tapi kalau dia wat jugak pasni kena guna teknik lain sebab tekni nih dah dikira berdosa....hahahahaha)

Dan, bila habis sesuatu topik yg we all perdebatkan, mesti both akan say sorry to each other & hug sesama. Then only aku anggap the case settle & we can continue our life like normal. Memandangkan aku ni jenis hyperactive dan becok sepanjang masa, it's very easy to see that something wrong with me kalau aku marah, merajuk @ hangin satu badan. Memang obviously akan nampak coz i really cannot hide it from my face. So, hubby aku akan tau dengan segera. pada aku, the faster we settle the case, the better. Jangan simpan lama sangat sebab it really dangerous utk relationship & marriage.

Ni betul2 nak bg anak pandai nih! Hahhaha..dah lama tak main Sudoku, kena praktis balik. Words Search memang aku suka...!

Sempena 4 tahun pernikahan kami ni, aku berdoa semoga Allah SWT akan memanjangkan usia perkahwinan kami hingga akhir hayat, merahmati kami sekeluarga dan memberikan rezeki yang melimpah-ruah untuk kami anak beranak. Semoga Allah SWT kuncikan hati kami berdua hanya utk each other dan anak-anak kami. Semoga tidak ada anasir-anasir luar yang cuba meruntuh dan memusnahkan kebahagiaan yang sedang kami kecapi ini. Aku selalu percaya, apa sahaja yang aku lakukan, terutamanya bisnes yg aku buat sekarang, adalah untuk keluarga dan anak-anak aku. Makin aku percaya, makin murah rezeki yg Allah berikan pada kami. Semoga ia akan berterusan dan Insya Allah, sebagai ibu bapa, kami akan cuba yang terbaik untuk anak-anak kami. Amin....

Dan, sesungguhnya aku amat bertuah kerana dikurniakan suami yang layak dikatakan "family man", romantik dan sentiasa ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup kami. Aku malu dan segan nak cakap yg sampai skang, aku masih tak hafal IC number hubby aku padahal semua pasal aku dia memang hafal. Tu lah, meneran banyak sangat, semua aku lupa! Sungguh tak romantik aku nih! Hhehehe...Pada aku, memang wajib untuk kita ingat tarikh-tarikh penting dalam hidup kita agar ia dapat menyemarakkan kasih sayang antara suami isteri. Aku memang tak pentingkan hadiah, coz I'm not really into "kebendaan", pada aku, ingatan itu lebih penting...& my hubby is so lucky coz his wife bukanlah materialistik, hehehe..pada aku, dari bagi emas @ berlian, baik bagi buku..sebab aku memang giler buku..! Hheheh.. (lagipun, aku nih orangnya sangat pelupa, sesia jer beli mahal-mahal pastu aku lupa mana aku taruk barang tuh, pernah dulu cincin kahwin aku tertinggal kat hotel, cincin tunang memang dah lama hilang.. then hilang lagi cincin kawin & set berlian hantaran, aku salah letak, last 2 days baru jumpa balik, aku letak dalam bekas kayu, gi cari tempat lain mana nak jumpa...nasib baik dapat suami penyabar, kalau tak dah lama kena penampar! hahaha...) Sebab tuh aku suka pakai aksesori "pakai buang" ..hilang pun takder hal..takyah aku pening-pening...pencuri masuk umah pun padan muka...taik gigi aku lagi banyak dari koleksi emas dan berlian yang aku ada .. Wakkakakka..Dan, aku bertuah juga sebab my hubby tau kesukaan isteri dia dan belikan hadiah yang aku rasa so lah best & marvellous nya .. tapi bila cuba nak buat latihan tuh, rasa bodoh lah pulak...hahaha..susah wei soalan dia ..mencabar otak aku yg hampir reput nih!!

Best tau dapat suami yg memahami isterinya! Aku suka giler hadiah kreatif ni sebab tak pernah jumpa this kind of present. Aku suka membaca hatta di dalam gelap dan selalu kena bebel ngan hubby. Dia kata rugi buat laser ribu-ribu tapi masih nak baca dalam gelap! Bila dia belikan hadiah nih, aku suka sangat. Tq sayang!!

Apa-apa pun ---To "love of my life" - My Dear Hubby, my soul, my everything, terima kasih atas segalanya. Thanks for always be there, menyayangi kami sekeluarga sepenuh hati, asyik nak berkepit satu family, caring, sharing & sentiasa memberi semangat pada Mummy. You're the best thing that ever happen in my life.. I'm nobody without you sayangg.... Terima kasih atas segalanya ..:)

Love You Always,

Mummy ...

Tuesday, October 27, 2009

Learning & Reading Session For Q Is Fun & Exciting!

Aku actually dah lama nak belikan Q satu set table & chair yang khas untuk Qarissa duduk dan buat Reading & Learning Session dengan seronoknya tapi selalu tertangguh. Lagipun, umah aku tuh dah hampir bertukar menjadi Montessori, dengan slide & buaian dia, dengan tent & tunnelnya lagi, segala mak - apak mainan dia...aku pun cuak nak tambah apa2 "mainan" lagi dah ..nanti dia dah besar dan nak ada bilik sendiri, mana pulak aku nak campaknya selagi selagan tok nenek mainan dia tuh?? Aduii..pening aku...raya baru nih, bila balik dr Singapore, aku dah kemas living room aku, slide & buaian dia aku letak kat luar rumah, tent & tunnel dia aku letak kat bilik Q, so nampaklah kemas sikit living room aku. Taklah macam Montessori dah kelihatannya ..Hu hu ..

Tapi, lepas dah cantik living room aku, si tonet nih pulak alahai...sukalah pulak duk tekan-tekan soket letrik yang ada kat dinding. Suis tuh mmg kat bhg bawah, so dia suka lah sangat pergi dan tekan suis-suis tuh. Dulu buaian dia tuh halang dia dr pergi ke suis tuh, but now buaian dah takder, jadi Raja lah dia..Geram aku! Kita takutlah gak walaupun taklah merbahaya sgt kan, yang aku geram tuh, bila kita kata, "NO", dia boleh buat action NO, tapi pastu tgn tetap jalan. Yang lagi hangin, kadang-kadang sebelum dia tekan suis, dia boleh berpaling kat aku & hubby, then buat senyum paling "JAHAT" dengan mata yang penuh "NOTTY" and then tekan-tekan that suis!! Kadang-kadang siap guna kaki lagi masa tekan suis tuh! (ha, kalau nak tau, gaya tekan suis pakai kaki nih dia tiru Daddy dia, sebab suis tuh kat bawah, so Daddy malas nak tunduk, gunakan kaki jer lah ...hahaha...hambek ko..anak tiru tau!!) Aku sampai nak tergelak tgk kelakuan si Q nih, lawak giler bila dia duduk tapi dia angkat-angkat kaki dia dan tekan suis guna kaki.
Ni masa tgh nak carik marker pen for kids @ IKEA. Ada tempat play for kids, aku testkan Q duduk kat kerusi tuh. Nampak best & selesa, thats y beli jugak kerusinya.
Qarissa leka main-main kat that area. Aku leka tgk si kenit tu. Tulah latest gambar aku. Nampak kurus yerk! Cam tak cukup zat jer! Hahahhaa

So, aku dah tak leh tahan lagi, aku terus terfikir nak carik something yg boleh buatkan Q lupa suis tuh ada kat situ. Thats y aku lagi semangat nak belikan dia meja study tu, biarlah living room aku cam tadika balik, janji Q tak sibuk main suis dan dalam masa yang sama, dia ada special spot utk study & having fun reading & learning everyday.

So, we all gi lah few places, tapi tak jumpa yang menarik. Ada yang tak berkualiti langsung tapi harga mahal gilos sampai 60 hengget. Plastik murah jer! Tak nak lah aku. Aku kalau boleh nak meja kosong supaya masa wat reading sesssion tuh, perhatian Q tak terganggu time baca buku. Kalau kat meja ada lukisan atau tulisan, aku takut dia sibuk duk tgk that thing dan tak fokus on books. Aku budget nak ke IKEA tapi sebelum tuh, aku call Along aku dulu utk confirm samada IKEA ada jual tak kids table yang cun & tak berapa mahal. Rupanya, memang ada dan harga pun dah turun! Aku pun apa lagi, terus aja hubby ke sana, dan we all pun shopping lah meja utk Q. Along aku siap tempah satu lagi meja & 2 kerusi sebab harga dah murah. Masa dia beli dulu quite mahal.
Q suka nak main sampai takmo balik. hehhe..Nasib baik lum pandai mintak barang!

Actually, meja yang aku beli nih considered side table tapi boleh dijadikan kids table jugak sebab warnanya yang pelbagai & memang nampak cam kids table. Kira macam mix & match lah kan. Harga pun boleh tahan. Oklah dengan kualiti dia. Table tuh aku pilih warna merah darah, harga RM 39 jer, then kerusi pulak aku pilih warna pink & harga dia RM 45. Mula-mula ingat takmo beli kerusi, tapi aku berkenan color ngan design dia, lagipun bila Q duduk kat kerusi tuh, nampak just nice utk dia membaca dengan selesa, so we decided to buy it jugak. Then untuk aku, aku beli stool color light pink, RM 15 jer. Senang aku join dia masa reading session nanti. Nak beli 2 kerusi cam mahal sangat pulak, lagipun, the day before aku dah beli kerusi kecik yang murah punya, RM 7.90 satu, hehehe...so, bettter aku beli stool jer.

Korang tgklah mimik muka dia tuh! Poyo kan? Dia memang ratu mimik muka skang!

Balik jer umah, we all dengan penuh semangat terus bukak dan pasang meja & kerusi tu. Terus aku letak meja tuh kat area suis tu. Hahhaha..nampaknya memang berjaya taktik aku. Sejak adanya meja tuh, Q tak pernah lagi main suis kat situ, dia begitu teruja untuk duduk atas kerusi dan buat reading session dia everyday. Leka giler dia dengan buku-buku dia. Setiap hari, turun jer dari bilik lepas mandi, spot tuh lah dia akan tuju dulu. Sekarang ni, dia dah pandai duduk sendiri kat kerusi walaupun kerusi tuh tinggi sikit. Dia jengket-jengket, then tolak-tolak sket punggung, dah cun dah! Hahahhaa. Skang aku banyak buat reading & learning session ngan dia lah. Layan dia baca macam-macam buku tapi yang paling dia suka adalah buku Peter & Jane. Sampai lunyai buku tuh dia kerjakan. Bukan setakat kat reading corner jer dia nak baca, kat tempat lepak dia @ living room tuh pun dia hangkut buku tuh dan tunjuk kat aku suh baca jugak untuk dia!!!

Sampai umah terus pasang table. Excited terus lepak kat situ!Baju aku pun tak sempat tukar!
Nampak jer words "ARM", terus angkat tgn. Hhehehe..Pandai anak Mummy!
Teruja nak baca word dalam flip flap card tuh!

Ni nak citer sket, everytime aku wat reading session, aku memang akan point to every words supaya Qarissa tahu apa yang aku baca. Ada aku share my opinion dalam blog education Qarissa. Klik sini kalau korang nak tgk the entry. Qarissa sejak aku buat that action, dia pun akan ikut sama! Dengan poyosnya, dia akan point to the words everytime lepas habis aku tunjuk words tuh dan dia pun akan membebel bahasa German. Hahahaha..Yang aku dengar cuma perkataan "Jane" jer. Memang nampak bijak & cheeky sangat. Semalam, aku letih sikit, tapi dia nak suruh jugak aku baca buku tuh untuk dia, so aku bacakanlah few pages, then aku terlelap, so aku pun senyap jer lah kan .. tetiba aku dengar dia membebel sorang-sorang! Rupanya dia amik buku tuh dari tangan aku, dia bukak page by page, dia tunjuk-tunjuk words dalam buku tuh dan membebel-bebel sorang-sorang seolah-olah dia tgh membaca!! So cute lah this girl...Aku control jer gelak sambil buat-buat tidur. Mesti dia tensen kan ..Orang tua nih aku suh baca buku untuk aku dia tidur pulak....Aku baca sendiri lah senang!! Hahahhahaaa....

Memang dia suka bukak-bukak sendiri the flip flap card.
Excited nampak??
Daddy punya semangat sampai amik kat mcm2 angel. Hehhehe

Memang sejak ada reading corner nih, aku rasa seronok & I can feel that Qarissa pun seronok sgt, sebab ada tempat khas untuk dia main-main (ya, dia memang ingat membaca adalah satu permainan ..hehehehe). Aku pun suka layan dia & join dia kat table tuh, so I can see that she had so much fun! Tak payah aku suruh, dia sendiri akan pergi dan duduk kat corner tuh, amik buku and open page by page. Happy sungguh aku tgk telatahnya ...TAPIIIII....

Dah ada pulak perangai baru!!! Yang buat aku & Daddy dia hangin + risau... DIA SUKA BERDIRI ATAS KERUSI & BERJOGET SAKAN!!!!!! Tak caya korang tgklah video yang aku sempat rakam kelmarin! Geramnya aku...Tak takut langsung! Pernah jugak jatuh, nangislah sikit, aku padankan muka jer..hahaha... tak pujuk lebih-lebih pun, orang cakap bahaya tak paham kan ..dah jatuh biar dia rasa. Hehhehe..Kejam sungguh Mummy Q nih! Nasib baik laminate flooring, so tak lah sakit sgt. Sometimes, bila dah geram dia asyik nak berdiri dan berjoget atas kerusi jer, aku amik kerusi tuh letak atas meja makan! Hhahahaa...Hangin jer member tak dapat joget dah ..Yang lawak tuh, sessi membaca tetap diteruskan yer...baca tetap baca hokay!! Tapi sambil berdiri lah! Wakakakakaa...Kesian anak Mummy!

video
Video aksi Qarissa berjoget atas kerusi! Nak nak tgh tgk Sehati Berdansa, lagilah hover sampai nak naik meja! Isk iskk..tak senonoh sungguh!

Macam mana pun, I really enjoyed myself with Qarissa while watching her tremendous development. Aku nak gunakan masa ni untuk melihat sepuas-puasnya perkembangan anak kesayangan aku nih, manalah tahu satu hari nanti aku kerja balik ker kan...sekurang-kurangnya, aku tak regret sebab aku tahu aku dah melakukan yang terbaik untuk memberi asas pendidikan yang kukuh untuk Qarissa. Dan aku harap, dia boleh ajar adik dia nanti. Wakakak..Tu tujuan utama dia ..Kurang sket ah kerja aku kan! Hahhahaa..Siut jer Mummy Q nih!! So, to all my friends yang lum ada special reading & learning corner, apa kata korang wat satu? Mesti best tau ..dapat study sesama ngan anak... galakan yang berterusan for sure akan menghasilkan output yang best!!!! Meh lah try...hehehehe

Seronok layan Qarissa..
Wah..garangnya mak Q nih..serius muka yerk? Wakakak.. tuh lah stool pink utk aku. Kaki Q masih terjuntai, lum sampai lantai! hehehe... Ha..korang nampak tak suis kat bawah meja merah tuh! Tuh lah yang Q suka tekan!!!


Best Dah Ada Reading Corner Sendiri,

Friday, October 23, 2009

Ustazah Garang Oooo....

Yer, dengan bangganya aku nak bgtau kengkawan, kalau ada sesapa nak guna khidmat "Ustazah" Kenit untuk ajar anak-anak korang, bolehlah call aku yerk, aku pinjam jap anak aku untuk sessi tusyen! Hahaha..Tapi kalau si kenit ni membebel, kena tahan lah sket, sebab dia nih memang kuat membebel lately, cam mak dia gak! Wakakakaa..Tak caya korang tgk gambar nih...garang ooo ini Ustazah!!!!

Lihatlah betapa "seriusnya" anak aku menjadi Ustazah! Dengan aksi-aksi "sombong" dan "dont play-play" with me aahhhhh...sapa jadi anak murid mesti takut kan! Hahaaha...mesti suma pandai ah kalau belajar ngan Q nanti. Ahaks...Opsss..sila abaikan lengan anak aku yg terbuka sedikit tuh yer ... anggaplah ianya camera trick semata-mata, takder kena mengena dengan aurat @ tidak. Wakakaka...

Para ibu bapa sekalian, anda hanya fokuskan kepada corak tudung yang berlainan warna, memek muka yang sungguh poyossss dan garang .. muka yg serius masa baca buku sembahyang sunat, tangan yg ada ala-ala nak bg syarahan agama, jeling-menjeling anak murid yg duk sibuk berborak bila cikgu tgh baca khutbah dan aksi macam nak azan tuh... hehehhe..Tu fokus kita hari ni yer para ibu bapa sekalian ... apa yang penting??? Kaf Ba Ra Kaf Alif Ta Nun....
KERBERKATAN......!!!! Aminnn.....

Q: Ok Children, today we will learn about Solat Sunat Dhuha ok....Open page 7 please...
Q: Alamak, mana satu page 7 nih, erkk...cam dah terlebih jer? Takper, kontrol, kontrol....
Q: Ok Children, we start with Takbiratul Ihram. Angkat tgn semuaaaa!!!
Q: Anak2 murid i ni semua bijak pandai! Lagi advance dr i pulak tuh! Hishh...tak leh jadi nih...
Q: Ha yang kat belakang tuh wat apa ha? Ingat saya tak nampak korang berborak? Ngumpat saya ker ha????
Time nih member sibuk duk point2 kat sinopsis buku panduan tuh, comey jer tgn..hehehe
Q: Isk, udah-udah lah amik gambar ustazah! Saya nak mulakan sessi ceramah ni!!...
Q: "Dan, sesungguhnya Islam tuh adalah sebenar-benar agama wahai anak muridku.."

So, anybody want to hire Ustazah Qarissa?? Make appointment yer, sebab dia memang bz sepanjang hari. Heheheehhehe...

Proud Mummy of Ustazah Kenit,

We're Meant To Be Together..