Wednesday, April 29, 2009

Video- Q's Imitate Sound & Read Newspaper!

Hari ini, 29/4/09, aku menghabiskan masa pagi (tak lah pagi sangat, dalam pukul 11 lebih sikit), dengan melayari internet sambil memikirkan suprised yang ingin aku lakukan sempena hari jadi ibuku, Salamah Hj Sirat pada 30/4/2009. Sempatlah aku telefon Along untuk membincangkan apakah aktiviti & "plan" yang akan dibuat esok. Apa dia?? Tak boleh cakap lah, nanti tak suprised lagi tau!. My Mum tengok jugak this blog. Nanti dia tahu pulakk... hehhee.. Tunggu esok yer mak...:)

Selepas selesai kerja, aku tutup PC dan terus ke bawah sambil membawa buku-buku untuk bermain bersama Qarissa. Seperti yang ku duga, melihat sahaja aku di depan matanya, dia akan mengekek-ngekek ketawa dan terus merangkak menuju ke arahku
(memang bahagia betul bila anak kita dah kenal kita kan!! Rasa bangga betul jadi ibu..). Ketika itu, DVD lagu kanak-kanak sedang dimainkan. Aku pun terus menyanyi bersama-sama dengan penuh perasaan dan gaya (hahaha...siap buat mimik muka dengan Qarissa). Dia kesukaan dan sambil itu, aku membacakan buku-buku yg aku beli. Qarissa dah pandai membuka buku page by page. Geram jer tgk jari-jarinya yang kenit tuh. Dia membuka helaian demi helaian dengan berhati-hati & tidak cuba mengoyakkannya (buat masa ini lah... masa akan datang tak tahu lagi..harap-harap tak lah ..mahal weh buku budak-budak skang!)

** Kat bawah ni adalah aksi Qarissa yang sempat aku rakam di waktu petang selepas Qarissa bangun dari tidur **

Belek - belek dulu buku tu..


Open the book page by page..Semangat jer menyelak buku


Punyalah kusyuk sampai "menegangkan" badan!


Ok, I'm done! Happy face after "reading".

Puas baca buku, aktiviti seterusnya adalah mainan berbunyi!. Aku keluarkan pula mainan yang penuh dengan bunyi-bunyian untuk Qarissa main. Dengan jari telunjukkan yang halus tuh, dia tekan-tekan semua butang yang ada sampai puas. Suka betul dia tengok lampu-lampu di mainan tersebut. Salah satu butang tu mengeluarkan bunyi
"Gooo, goo, goo, goo..". Tiba-tiba aku terdengar Qarissa juga membuat bunyi yang sama. Apa lagi, aku terus lagi naik ke bilik tidur & ambil my Omnia untuk merekodkan aksinya itu. 2 - 3 kali jugak aku cuba rakam tapi tak berapa nak dengar bunyi yang Qarissa keluarkan tu. Secara live dengar, tapi bila aku dengar from my Omnia, tak berapa kuat. Mungkin sebab Qarissa mengemam mulut sambil mengeluarkan bunyi, so tak jelas bila dalam video. Cuba punya cuba, dapatlah jugak aku rakamkan bunyi tuh. Tapi kena dengar betul-betul & tengok mulut Q masa dia buat aksi meniru tuh, then only boleh nampak apa yg dia buat.

video
Qarissa's trying to imitate the "Goo Goo" sound.

Memandangkan Omnia dah ada di tangan, aku pun merakamkan aktiviti yang Qarissa lakukan selepas itu. Antaranya ialah permainan
Peek A Boo & Aktiviti Membaca Newspaper. Qarissa ni dah MASTER dalam merangkak. Dah pandai pegang sesuatu dan terus berdiri. Jadi memang letihlah jugak nak melayan dia ke hulu ke hilir. Ketika kami main Peek A Boo tu, Qarissa merangkak dan siap buat corner lagi kelililing kerusi. Lepas tuh, dia merangkak pula ke HOT SPOT ZONE dia. Suka sangat tekan suis yang ada tepi dinding tu. Memanglah tak berapa bahaya tapi I'm still worried. Yang kelakar tu, bila dia mendekati tempat suis dan aku mengatakan "Jangan atau No", kadang-kadang dia akan buat aksi "Ha..Ha..Tak Tahu" sambil memandang ke arahku! Bertuah punya anak, kita pulak di "Ha..Ha.." kannya ..Hehhee..


video
Peek A Boo Playtime!

Aktiviti ketiga pula adalah melayannya membaca newspaper. Actually ni "aktiviti tak sengaja" namanya. Selepas penat berdiri, tiba-tiba jer Qarissa duduk dan terus ambil paper yang berdekatan dengannya. Bukan main semangat lagi dia bukak paper tuh (sepahkan pun yer jugak..heheh) sambil mulutnya membebel-bebel. Sempat plak bermain dengan jari-jarinya dan kemudian sambung bukak paper. Tengah-tengah baca, Qarissa pandang muka aku (yang tengah rakam aksi dia) dan senyum sambil membebel. Nampak happy betul puteriku ini! Habis "membaca" paper, dia merangkak lagi!. Aku pun ..kejar lagi...Aduii...

video
Newspaper reading time! Poyo nya!

Tak lama lepas tu, Qarissa kepenatan dan bila her Nanny - Nor dukung dia, terus dia tidur. Aku pula ?? Naik atas, buat "laporan" di blog dan upload Video! Hehehe.. After this, Mummy nak layan Pangako Sayo plak ..dah sampai VCD 44 tau sayang...!





Qarissa kepenatan selepas melakukan "banyak" aktiviti!

4 comments:

salfaezan said...

Xtahan betul aku baca ayat dlm blog ko nih wati..cam baca novel la pulak.. betulkah ini blog watie?? formal gile ayat kwang kwang

Watie Aziz said...

Sal,

hahaha..baru ko tau "bakat terpendam" aku..selama ni aku "sorok" beb ..segan nak tayang..nanti ko gelakk..(dah gelak pun kan ..ahaks)

Nanti tau tau jer aku kuar novel ker, artikel ker, jgn terkejut tau! ahaks ..kalau kuar novel @ buku motivasi, ko jgn tak beli plak! Belilah barangan buatan Malaysia hokayy...hehehe

Anonymous said...

sal,
aku tlg sahkan mmg ni blog watie ler...hahaha

watie,
nnt kuar novel, kasi harga special la, 70% off...hehe

naimah

Watie Aziz said...

Naimah,

Tq for pengesahan. hahaha.. betul Sal..ni blog aku buat khas untuk anak aku...bukan COBAAN... hahahah

Naimah,
boleh2 ..untuk 1000 pembeli pertama, aku bg 70% lah ..hahahaha

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading