Tuesday, April 28, 2009

Video - Qarissa's Babbling @ 3 months age..

Hari Raya 2008 merupakan memberikan banyak makna kepada kami sekeluarga. Gembira & Sedih. Gembira kerana Hari Raya tahun ini adalah yang PERTAMA buat Qarissa. Dan sedih kerana kami tidak menyangka ia merupakan Hari Raya TERAKHIR untuk Oni nya (nenek Qarissa merangkap ibu kepada suami saya, Saiful Rizal). Apabila saya melihat video yang sempat saya rakamkan ini, sayu betul rasa hati saya. Masakan tidak, saya berbual dengan Qarissa dan menyebut-nyebut nama Oni serta Grammynya (adik kepada arwah ibu mertua saya) di sepanjang perbualan ini. Kami di sini hanya dapat berdoa dari jauh semoga roh mama @ Allahyarhamah Rohhani Abu Syah dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman & beramal soleh.


Raya Pertama 2008 bersama arwah mama @ Melaka

Usia Qarissa ketika ini ialah 3 bulan. Tahun ini merupakan giliran saya beraya di kampung suami (cantik sungguh apa yang Tuhan rancangkan kan? Sekurang-kurangnya, saya dapat menikmati kemeriahan hari raya pertama bersama mentua untuk kali terakhir).

Aktiviti rutin & wajib saya setiap hari adalah berborak-borak dengan Qarissa. Bermacam-macam topik yang saya akan borakkan dengannya. Sesungguhnya saya tidak pasti sama ada Qarissa memahami atau tidak topik perbualan kami tetapi apa salahnya mencuba kan? Saya gembira apabila Qarissa memberikan respon terhadap perbualan kami. Setiap kali dia "berbual", saya akan senyap dan mendengar kemudian, saya akan sahut semula dan menyambung perbualan sampailah dia "membebel" kembali. (kalau tak, sapa nak dengar sapa kan..? heheh)

Selepas 10 bulan berborak dengannya, nampaknya Qarissa memang ada ciri-ciri untuk menjadi "becok" seperti Mummynya! Pantang nampak kanak-kanak lain yang boleh berjalan @ bertatih, bising sungguh mulut Qarissa berbicara, ntah hapa hapa lah dia membebel (dengan nada tak puas hati plak tuh...). Saya rasa dia hangin kot..kenapa kanak-kanak ni boleh berjalan dan berlari, kenapa aku tak lagi? Qarissa akan memandang kanak-kanak tersebut dengan pandangan tajam, dan kemudian membebel-bebel seorang diri. Saya selalu melayannya berborak ketika itu tetapi dia tak pedulikan saya!. Dia tetap memandang mereka dengan penuh taksub. Hhehehe..."takper sayang, you will be next!" (Aduii, makin kuruslah saya mengejar Qarissa kalau dia dapat kaki nanti..)

Saya akhiri posting saya hari ini dengan berkongsi sedikit tips kepada para ibu bapa, semoga kita beroleh manfaat dengannya:
  • Rajin-rajinkan diri anda untuk berborak dengan bayi anda, seawal usia kelahirannya. Anda boleh berborak apa sahaja topik, faham @ tidak anak anda, usah pedulikan! Yang penting, berborak!. Lebih bagus lagi, belai bayi anda ketika sessi berborak itu..
  • Apabila ada tindak balas dari bayi anda, senyap seketika. Mungkin anda boleh memberikan aksi seperti mengangguk seolah-olah anda faham apa yang dia bebelkan. Apabila bayi anda senyap, anda pula bercakap. Buat seolah-olah anda berdua sedang membincangkan sesuatu topik yang sangat penting, mungkin topik seperti - "Kenapa & bagaimana selsema babi menular di Mexico???"
  • Selepas habis perbualan anda itu, tepuklah tangan anda, senyum kepada bayi anda, peluk bayi anda dan katakan " Pandai anak Mummy, you're so brilliant!! Good job sayang.." dan yang sewaktu dengannya. Bayi anda tentu akan gembira dan merasakan dirinya penting buat anda. (sememangnya mereka penting dalam hidup anda bukan??)

Sekian dulu buat kali ini, berjumpa lagi di posting akan datang! Selamat menikmati "perbualan" penting kami berdua!



video

Salam Motivasi,

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading