Tuesday, April 21, 2009

Pengalaman Malahirkan Qarissa


Seronoknya Q sampai tersenyum walaupun tidur..

Pengalaman melahirkan anakku yang seorang ini memang tidak dapat dilupakan . Masakan tidak, ia merupakan saat penting bagi kami suami isteri. Ia merupakan satu titik tolak pada perubahan kami yang selama ini berdua ke mana sahaja.

Macam-macam perasaan yang bermain di kepalaku sebelum melahirkan Qarissa. Bolehkah aku jadi ibu yang baik (memandangkan aku nih giler-giler sikit orangnya), boleh ker aku menyusu badan sepenuhnya, boleh ker aku in charge everything as a mother shud do, boleh ker aku protect Qarissa sebagaimana mak aku protect aku dulu, macam-macam yang aku fikirkan sampai tak terluah pada suamiku. Yang suamiku pula, dia tengok aku relax jer (padahal dalam hati Tuhan jer tahu), jadi dia pun cool (dan sememangnya suamiku itu seorang yg sangat cool…really different from me) Sudahnya, aku bertawakal kepada Allah SWT agar Dia memudahkan segala-galanya bagi ku. ..

Aku sepatutnya melahirkan Qarissa sebelum atau pada 24 Jun 2008 tetapi anak ku ini masih belum puas duduk di rahim ku (sememangnya dia mendera aku , bukan main lasak sejak dia pandai tendang-tendang) masih aku ingat begitu ramai kawan-kawan, makcik-makcik dan sedara mara telefon aku bertanyakan pasal baby dalam perut nih, sampai satu ketika, bila arwah ibu mertuaku telefon, aku terus mengangkat dan menjawab seperti telefonis, Harap Maaf! Menantu anda belum bersalin lagi. Sila hubungi semula minggu hadapan ..” Hahahhaa… (begitulah akrabnya aku & arwah, sayangnya dia telah meninggalkan kami & cucu kesayangannya pada hari Jumaat, 6/2/2009. (Al-Fatihah untuk arwah Pn Rohhani Abu Shah)


Me with arwah mama..

Pukul 4 pagi 26 June 2008, aku terjaga sebab rasa macam ada kepala budak kat bawah perut aku dan rasa nak terkucil, aku bangun dan kencing, pastu tidur balik (selamba badak sebab aku tak tahu tu rupanya sign nak bersalin. Then, pukul 5.45 pg, aku terjaga lagi, rasa nak kencing lagi, tapi kali nih aku rasa pelik sebab pinggang aku sakit. Aku mmg tak tahu itu adalah tanda-tanda nak melahirkan sebab aku cuma tunggu 3 tanda sahaja: air ketuban pecah, darah keluar sikit dan contraction coming, tapi satu tanda pun takder, so I tot takder apa2 lah kan ..tapi rasa kepala budak kat bawah perut tuh memang pelik la, then I terus call my Mum mintak advise

Memandangkan dah 2 hari terlebih due date, mak aku suruh pergi hospital cepat-cepat. Aku pun bersiap (boleh mandi dan siap cun-cun lagi tapi yg lawaknya aku lupa pakai bra..hahahah..takper senang kat labour room weh ..) aku pakai dress so senang nak bukak nanti .. hubby aku pun boleh sempat mandi. Masa mandi tuh aku dah perasan cam perut aku kejang setiap 5-10 minit sekali tapi aku masih boleh tahan .. then aku suruh laki aku siap cepat-cepat ..sebenarnya aku malas nak pergi hospital sebab aku rasa aku boleh tahan lagi, kesian plak kat hubby kalau pergi sekali tuh belum bukak pun pintu rahim, tapi mak aku suruh pergi jugak, so aku dengar lah cakap ibu :)

Keluar rumah dalam pukul 6 pg, sampai hospital dalam pukul 7 pg (jauh jugak Putrajaya dari Klang, nasib baik hi-way tak jem, pagi-pagi buta katakan..) sampai-sampai terus aku cek berat aku berapa..hahah..68 kg jer ..tak sampai 70 kg pun..hmmm…then terus masuk bilik untuk cek up..time nih, aku dah rasa sakit-sakit dah tapi masih tak tahu itu contraction..yang paling menyakitkan hati, nurse tuh nak tgk heart beat baby dan tahap contraction aku, dia gunalah mesin utk cek, tapi rupanya kertas tuh tersangkut dia boleh tak sedar …hampehh btol…aku dah kat dalam around 20 minutes & have to do the test all over again sebab kertas tersangkut!! Sakit btol hati aku..dah lah time tuh husband tak leh masuk sebab belum masuk labour room.. then tgh2 aku tunggu bacaan yg kedua (lepas nurse tuh betulkan kertas) , aku rasa cam nak terberak..aku terus panggil nurse bgtau aku nak terberak… nurse tuh pun cam pelik sebab aku baru masuk utk cek, lagipun nih anak pertama, so biasalah semua nurse ingat mesti lambat punya..aku terus inform nurse suruh bgtau Dr Sumitra (coz Sumitra is my friend masa study kat SMCS dulu, dia yg akan sambut Qarissa)

Nurse tuh pun pakai sarung tgn dan seluk-seluk. Aku yg takder experience ni terus jerit Eh ..u buat apa tuh?” Hahahaha… nurse tuh terkejut & kata, tuh prosedur biasa nak cek berapa bukaan pintu rahim aku ..hehheehe..aku siap menjawab lagi Eheheh, I rasa tak bukak lagi lah …” (sebab aku takut dia marah aku kalau dia cek sekali tuh mmg tak bukak lagi, mmg gatal lah namanya aku kata nak berak tadi ..hahah) rupanya dah terbukak 7 cm beb! (nasib baik aku tak lengah-lengah ke hospital, kalau tak, beranak kat rumah lah jawabnya) Terus aku di bawa masuk ke labour room dalam pukul 7.45 pg.

Kat labour room tuh, all the nurse & midwife buat prosedur yg biasa. Dr Sumitra datang just right on time tgh aku nak meneran. Dia pun terkejut sebab tak sangka begitu cepat rahim aku terbukak ( tuh lah dia Qarissa, duduk dalam bukan main lama, nak keluar tak sabar-sabar..) Doktor tolong pecahkan air ketuban aku. Lepas pecah air ketuban, rasa sakit datang sikit demi sedikit…makin lama makin sakit ..aku dah mengerang-ngerang dah ..baca ayat-ayat Quran dan zikir yang aku ingat dan dah hafal. Time tuh hubby aku masuk dan ada beside me, tapi doctor tak bg pegang tangan dia takut patah ..hahaha..

Sepanjang air ketuban aku pecah, contraction datang dalam 3 kali. Aku boleh tahu bila Dr Sumitra potong sikit nak kasik besar laluannya ..hehehe..sebab aku dah ready (mak aku dah bgtau dulu, so aku cam asyik ingat mender tuh jer ..selalu org tak perasan bila kena potong tuh) ..macam2 dalam otak aku time tu, nak gelak pun ada .. nurse ajar macam mana nak push dengan betul… alhamdulillah, 3 kali contraction, 3 kali push, anak sulungku, Rania Qarissa Rizal bt Saiful Rizal selamat dilahirkan ke dunia pada pukul 8.22 pagi. Berat dia 2.83 kg.


I'm A Mummy now ..Baru sorang ok...

Actually, kami suami isteri tak tahu jantina anak, sebab Qarissa nih terlalu lasak dan masa awal sampai 9 bulan, kedudukan dalam rahim nih songsang. Lepas buat ECV prosedur, baru kedudukannya betul dan masa tu, she’s too big. Dah tak nampak jantinanya .. Rasa kelakar sebab hubby aku kata, dia tgk kemaluan dulu time baby tuh keluar..dia rasa pelik sebab nampak tembam..so dia cam blur mender tuh pussy cat” atau telur”..hahahaha.

Aku pun tak sangka proses kelahiran Qarissa boleh dikatakan mudah. Tak sampai 45 minit dalam labour room, aku dah disahkan menjadi ibu. Seronok tak terkata. Tak sempat aku nak pakai epidural @ apa-apa ubat penahan sakit. Lepas bersalin, baru aku pakai gas utk rehat dan tidur sementara Dr Sumitra menjahit apa yang patut..hehehe.. (segannya tapi apa nak buat ..redha jer lah ..). Saiful pulak bila telefon kaum keluarga yang lain, semua terkejut badak sebab kul 8.30 am call bgtau dah bersalin, padahal kul 6 pg call kata nak ke hospital. Cepat betul. Mungkin mak aku tak sangka sebab Kak Long aku dulu 3 hari dalam wad baru Dania dilahirkan. Tapi time aku cepat pulak. Rezeki masing-masing.

Pada semua wanita di luar sana, pengalaman mengandung & melahirkan anak adalah sesuatu yang sangat istimewa dan wajib dilalui oleh semua wanita yang mampu. Ia menjadikan anda wanita sempurna dan lengkap.

Antara petua yang boleh saya kongsikan bersama untuk memudahkan kelahiran bayi anda:

1. Rajin berjalan (dalam rumah pun takper) naik turun tangga terutamanya after 7 bulan ke atas. Saya buat business perfume, jadi memang sampai melahirkan Qarissa, saya sibuk buat perfume yg memerlukan saya banyak berdiri dan duduk. (terkangkang-kangkang aku duduk sebab perut besar..heheh..)

2.Baca doa Nabi Yunus sepanjang masa especially time sakit tu. Insya Allah dipermudahkan

3. Dalam 9 bulan usia kandungan, saya makan Gamat Gel Aloe Vera. Sedap dan bagus untuk baby. Saya juga minum air kelapa selalu untuk bersihkan baby. Alhamdulillah, Qarissa lahir tanpa banyak “kotoran” atau “sisik” di badannya.

4.Saya juga ada minum air akar Fatimah (Along bg pinjam). Saya jadikan minuman harian setiap kali haus

5. Yang ini mungkin ada betulnya mungkin tak sebab pengalaman saya memang takder. Dr Sumitra mengesyorkan saya supaya “bersama” dengan suami memandangkan dah hampir nak due date tapi baby tak mau keluar lagi. Saya & suami takut nak “bersama” sebab perut dah besar. Saya pun dah tak larat dah ..hhehee.. tapi alhamdulillah, tanpa “bersama” sekali pun anak saya tetap mudah dilahirkan, malah mungkin lebih mudah dari pasangan yang “bersama” sebelumnya. Lepas Qarissa lahir, kepala dia bersih tanpa ada kerak-kerak kepala bayi. Saya rasa normal lah tuh ..(saya takder pengalaman kan ..) tapi bila ada anak jiran datang rumah, saya nampak kepalanya berkerak. Saya ingatkan mungkin tak letak baby oil tapi menurut salah seorang jiran saya, kerak di kepala menandakan yang ibu bapanya “bersama” dengan kerap sebelum melahirkan bayi tersebut. Kata orang tua-tua lah ..hehehe… tak tahu saya betul ker tak info tuh..tapi lama jugak nak hilang kerak tuh tau!! Hehehehe

Itulah pengalaman saya melahirkan anak sulung. Memang teruja dan penuh dengan keinsafan. Saya masih di tahap phobia terutama mengingatkan saat-saat kritikal meneran sepenuh hati tapi Insya Allah kami akan berusaha dapatkan anak kedua bila Qarissa berumur setahun lebih..hehehehee

Atuk semangat mengambil gambar cucu



Pengalaman Menakjubkan,

3 comments:

Lovely Mommy... said...

huishhhh.. begitu teruja aku mendengar ko lahirkan Q... si sumitra yg sambut ker... huhuhuhu...

Debbie M said...

haha! my doctor also said that 1st delivery will take time, no need to rush to hosp.. luckily i didn't listen to him coz Damian popped out 3 hours after I checked in the delivery ward.

Watie Aziz said...

Ya rite Debbie,

semua doktor pun cakap macam tuh dengan 1st time mother kot..lucky i tak ikut coz mmg dah lebih due date. Nanti anak kedua, tak tahu lah sempat atau tak nak ke Putrajya tuh..harap2 sempat lah yerk..hehhehe

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading