Saya suka untuk berkongsi ilmu yang saya dapat dan saya harap kalau anda semua rasa ia bagus untuk anak anda, bolehlah anda ikuti aktiviti ini juga. Lebih baik lagi jika anda dapat sebarkan kepada kawan-kawan yang lain. Jadi, semua dapat faedahnya kan? Setiap kali saya menghantar posting untuk aktiviti Gymboree ini, saya akan meletakkannya atas label Aktiviti: [Nama Aktiviti tersebut]. Jadi mudahlah untuk anda semua buat searching kemudian hari.
Di kelas Gymboree ini, terdapat beberapa peringkat bermula dari Level 1 (untuk 0-6 bulan) hingga Level 7 (sehingga anak anda berusia 5 tahun kalau tak silap saya). Basiccally, Level 1 ini kebanyakannya adalah cara-cara untuk stimulate bayi anda. All parts of the body. Dari baby massage, music, bubble, peek a boo, tickling dan macam-macam lagi. (Insya Allah di posting lain saya akan share that info). Terdapat beberapa aktiviti untuk menstimulasikan pergerakan mata dan tangan bayi anda dan salah satu caranya adalah dengan aktiviti Bubble ini.
Hari ini saya akan menceritakan tentang Aktiviti Bubble. This activity is specially design to stimulate eye & hand coordination of your baby @ kids. Ia bolehlah di mulakan seawal 5 bulan. Yang PALING PENTING, anda mesti pastikan yang Bubble yang anda beli untuk bayi anda adalah NON TOXIC dan tidak memedihkan mata. Saya 100% syorkan anda beli jenama Gymboree...Pastikan ianya brand Gymboree...dan Gymboree sahaja!!
Kenapa? Because it is the BEST! Ianya NON TOXIC, selamat untuk bayi anda, tidak memedihkan mata (boleh blow the bubble dekat-dekat dgn anak tanpa risau mata dia pedih! Bubble biasa kat pasaran tuh pedih tau!) , tidak lecak (serius mmg best! Saya main kat living room tak risau pun lecak bila buih dia jatuh ke lantai, sebab mmg tak lecak!) tidak licin seperti sabun (kalau bubble kat luar tuh,dah lah licin, bersepah satu rumah, kena main kat luar rumah), menjimatkan (pakai satu layer jer dah boleh buat banyak gilerrrrr bubble), boleh disimpan lama (masih berbuih dengan banyak walaupun lama tak main) buih & belonnya tahan lama di udara (ni best sebab nanti your baby boleh poke the bubble yang melekat kat lantai dan boleh nampak bubble dengan lebih lama sebelum dia meletup) dan yang paling penting, tidak begitu mahal. Set permulaan cuma RM 37.90 (masa saya beli dulu, sekarang mungkin naik seringgit dua). Dalam set permulaan ini, ada diberikan botol buih dan peniup buih. Peniup buih ini ada 2 bahagian, satu untuk big bubble & satu untuk small bubble. Walaupun jenis tiup (kat luar kan ada yg pakai bateri, lagi senang tekan jer), tapi ia memang istimewa sebab sgt-sgt mudah untuk meniupnya. Tak rasa penat pun,maybe sebab kualiti bubble tuh sendiri. Lepas habis botol yang pertama, anda boleh beli botol refill, murah cuma RM 4.99 je sebotol. Ia lebih kecil dari botol dlm set permulaan but it is more than enuff untuk kita main. Setakat ini, saya baru beli refill nya 2 kali (sejak umur Qarissa 5 bulan). Lama kan..
Sambil bermain bubble, anda menyanyikan lagu kesukaan anak anda. Di Gymboree, memang terdapat lagu khas ketika bermain bubble. Jadi setiap kali tibanya saat untuk bermain bubble, Qarissa tahu its bubble time. Saya memang selalu praktikkan segala ilmu yang saya dapat di Gymboree terhadap Qarissa. Saya sering lakukannya di rumah (yerlah, rugi tak amalkan, dah bayar mahal-mahal, heheheh) . Yang kelakarnya, bila saya nyanyi lagu Bubble tapi takder bubble yang saya blow kan dekat Qarissa, dia buat muka blur. Lagu ada, bubble nya mana? Hahahha...
Anda boleh saksikan video di bawah dan boleh buat aktiviti yang sama untuk anak anda juga. Kalau boleh, hafal lagu yang saya nyanyikan itu yer..hehehe.. Kalau anda perhatikan betul-betul, ada 2 sessi bubble time, satu untuk small bubble dan satu untuk big bubble. Untuk small bubble, ia adalah untuk anak anda getting excited sebab banyak giler bubble berterbangan. Secara tak langsung, anak anda ingin mencapai bubble yang banyak itu (tapi sudahnya dia tensen sebab banyak sangat so satu pun susah nak dapat, hahahaha, seronok tgk aksi anak tau!) Ini bagus untuk stimulate kan mata dan tangan anak anda. Untuk capai bubble tuh.
Then sessi kedua adalah bubble yang besar. Bubble besar nih memang kita akan hulurkan bubble tuh ke muka anak kita supaya dia boleh pecahkan bubble tuh. (sebab tuh anda kena beli bubble yang tak pedihkan mata sebab when ur baby poke the bubble, it tends to masuk dalam mata sikit) . Untuk ibu-ibu yang anak nya dalam usia 5 bulan dan yang baru main bubble, jangan sedih kalau anak anda tak poke pun bubble tuh, dorang tengok jer, sebab mereka masih baru dalam permainan ni. Anda harus tunjukkan cara memecahkan bubble tu pada anak anda. Buat selalu aktiviti ni dan sudah tentu mereka akan poke sendiri bubble bila dah pandai nanti. Jangan lupa puji anak anda bila dia berjaya pecahkan bubble tau!
I really love this activity sebab dapat tgk Qarissa excited! Kalau kat Gymbo tuh, sampai merangkak-rangkak kejar bubble. Dlm video kat bawah ni, kaki berayun-ayun...senang hati nampak!! Hhehehe.. Kaylah, apa kata kita enjoy the video...
9 comments:
wahh, x tau pon ade class cam gymboree nih. And tak pernah pulak try main bubble ngan Affan. Nanti nak try lah. thanks for the sharing..
Hi Afzan,
Hehhe..seriously seronok tau..anak u mesti happy, but make sure it's a quality bubble tau! i pernah beli murah punya kat tesco,semangat beli sampai 1000ml, tapi hampeh.
Simpan lama takder buih dah, pedih plak tuh..nasib baik masuk mata i, kalau masuk mata Qarissa, mesti melalak giler...i kena main jauh-jauh ngan dia..kena pastikan tak masuk mata..so tak best lah ..thats y i suggest 100% guna Gymboree punya. Kita tak takut. Lagipun 100% imporeted punya barang lah..kualiti bagus..
Selamat mencuba kay..nanti share ngan i apa hasilnya..tulis dalam my comment kay..thanks a lot..:)
Hi Watie,salam kenal.Good luck utk contest MSK.Bagus la bagi suggestion psl bubble gymboree ni,selalu bubble biasa tu kena main kat luar rumah je sbb nanti licin jatuh plak.Beli kat mana ek?
Hi Yah,
Hi, salam kenal jugak utk u ..:) Kalau u nak beli, u boleh ke Gymboree Bangsar. Bangsar Village (dekat wing lama). U naik tingkat 1, betul-betul sebelah Toys' R Us. U akan nampak dia tulis Gymboree - Play & Music. Tanya jer kat staff dia Bubble Set.
Dia letak kat rak-rak jaualan tu, campur2 ngan barang2 lain for kids. Utk bubble ni, ada 2 jenis paket. Satu, starter kit - ada peniup & bubble sahaja. Satu lagi, siap ngan buku. U beli yg standard starter kit dah ok. Harga pun ok dalam RM 37.90 masa i beli dulu. Then bila bubble dah habis, u boleh beli refill. Kalau u taknak starter kit, just beli refill pun ok. Manalah tau u dah ada Bubble gun kat umah kan....tak yah tiup. Tapi i suka Gymboree punya sebab time nak buat big bubble tuh yg sesuai utk baby..nak bg dia poke & fokus mata dia pada bubble besar yg sebijik keluar dr peniup tu.. hehee
hahaha sonokknye tgk qarissa main ngan bubble tu...rase seperti mahu beli satu la nnt :D
hehe salam kenal..thanks for dropping by...saya nak add link watie dlm blog saye yer...
Hi Farah,
tq so much for dropping by .sure u can ..:) letak my link..kita exchange link ok...boleh kita share any useful info...:)
nice knowing you...meh main bubble ramai2 ngan anak sendiri..hehehe..(bila lagi nak jadi budak2, kang main sorang2 org kata buang tebiat ..main ngan anak tak lah nampak sgt kan ..cover sket..hahah)
wah, bukan main enjoy lagi Q main bubble...
watie, lagi setahun ko blh ah apply jadi recording artis, tapi for kids song jer lah....ekekekekss...
naimah
Naimah,
hahaha..siut ko erk..ada member aku suh masuk Jgn Lupa Lirik Lagi! hahaha..kong asam semua ..
yer lah yer lah ..kalau aku jd artis lagu kanak2 ..ko jgn tak beli plak...ahaks..
hahahaha...
ok aper, soare ko pn not bad, maknanya xlah ribut kalu ko nyanyi lama2....mendung jerlah skit....hihi
nnt kalu ade ape2 lagu, ko masukkan lirik skali......
naimah
Post a Comment