Friday, May 22, 2009

Baby Product: Combi High Chair Yang Berjasa..

Saya memasukkan entry khas ini untuk memberikan informasi yang jelas kepada sahabat internet saya, Una, yang saya kenali melalui blog BabahMummy. Kedua-dua rakan saya ni tengah pening kepala whether perlu atau tak nak beli walker @ high chair for their babies. When i put my comment in BabahMummy blog, Una cam berminat nak tau lebih lanjut pasal my baby high chair. So, I'm happy to help her by "copy" & "paste" gambar Qarissa dalam high chair nya. Hhehehe..untung juga sebab gambar memang dah ada dalam my facebook. So tinggal tepek jer dalam my blog. Hope it can help them utk wat decision. Selemat memeningkan diri! Hehhehe..

Ok, high chair ni saya beli after one of our best friend, Ejump & Fara recommended us to buy it masa saya pregnant dulu. Katanya memang berbaloi sebab boleh pakai until 4 years old (but depends lah baby u all gemok mana, kalau gemok sangat masa umur 4 tahun, hehehe..tak muat rasanya!) Masa mula-mula tengok, saya tak sangka langsung ianya high chair sebab tak nampak langsung "high" nya..heheh..saya nampak High Chair nih masa melawat Ejump di rumah abangnya, baby Ejump tidur kat rocking chair tuh. Napa dia panggil high chair erk? Ahhahaha.. Rupanya mender Allah ni boleh bertukar bentuk dan ada pelbagai fungsi yang buatkan saya...WOWWW!!
Ia bolehlah dikatakan "All in One" chair. Memang berbaloi lah saya rasa.

Ejump explained the benefits & how to use the product. Then nak dekat2 bersalin, saya & hubby beli. We all beli @ One Utama kat kedai Toy City. Susah gak nak cari high chair nih sebab brand COMBI cam ada kat Toy City jer. Memang nampak tegap kaki dan badan high chair ni dan sedap baby tidur dalam tuh. Bukan main tebal lagi cushion tidur dia tuh..Washable sum more..


Happynya Qarissa duk dalam high chair nih...Gemok kan cushion tuh!

Dipendekkan cerita, lepas bersalin, memang this high chair betul2 berjasa pada saya. Saya memang tak mahu Qarissa tidur dalam buaian tradisional sebab nanti balik kampung, susahlah saya ngan suami. Adui, mana muat nak masuk kereta tuh! All the besi-besi thing! Nanti org ingat aku tokey besi plak..hahaha...(memang leceh, saya dah tgk sendiri sepupu hubby sampai beli satu buaian extra untuk letak kat kampung hari raya tahun lepas...terbang ratusan ringgit gak sebab siap ngan auto buai tuh..hu hu...).

Setiap masa, bila Qarissa tidur, saya akan letakkan dia dalam high chair, then saya akan "rock" kan dia..lena dia tidur. Bila siang, saya bawak high chair tuh ke bawah, bila malam, saya letakkan di sebelah katil saya. Ada safety belt so saya tak risau! Masa kecik, memang saya turunkan ke bawah habis kerusinya (ala-ala tidur lah), bila dah besar dan pandai duduk sendiri, baru saya naikkan untuk Qarissa duduk layan TV. Yang bestnya, high chair nih, boleh ditinggi @ direndahkan. So, bila saya duduk kat lantai (masa dalam pantang dulu), saya rendahkan high chair tuh semaksimum mungkin, dan saya "rock" kan dia. Bila duduk atas kerusi, saya tinggikan kerusi tuh separas kerusi, dan saya "rock" kan jugak bila dia nangis @ nak tidur. So tak perlulah saya tertunduk-tunduk kan..:)


Masa dalam pantang, saya tinggikan high chair nih selari dengan kerusi.

Bila Qarissa dah pandai duduk sendiri, dia suka duduk tengok TV sambil buai2 diri sendiri. Seronok dia mender tuh boleh goyang-goyang. Kalau nak bg makan kat high chair nih pun ok, tapi setakat nih, saya tak bagi lagi. heheh...Sayang nanti kain dia kena makanan Q. Qarissa ni suka elak-elak masa mula-mula kita nak suapkan dia. (lepas dah bagi sesuap, dia rasa sedap, baru dia nak continue). Tu yang takut terkena makanan dia. Hhehehe. Memang leh cuci tapi takut bertanda! Hehhehe..sayang ooo...nanti dia dah besar sket, baru saya bg makan dalam high chair tuh. Jadi, buat masa ni, saya keluarkan dulu tempat letak makanan nya. Kalau saya letakkan sekalipun, bukan saya letak makanan, saya letak buku atau mainan! hehehe..Bolehlah Q "membelek" buku-buku itu!

So, inilah serba sedikit komen saya tentang high chair ni. Semoga kawan-kawan saya dapat a bit of idea about this baby product! Happy choosing yeah! Opss..lupa pulak nak bgtau, harga high chair nih dalam RM 600++ after diskaun 15% rasanya, Dulu lagi mahal, dalam RM 700++. Saya rasa harganya not bad, kalau boleh pakai sampai 4 tahun! Hehehe...






9 comments:

Lovely Mommy... said...

mak ai... mahalnyer high chair tu!

Farah said...

thanks for the info...saya pon sdg tercari2 high chair yg bagus..

Watie Aziz said...

Sue,

yerlah, kalau tgk harga cam mahal, tapi puas pakai weh ...4 tahun (jgn lah Q gemok cam Irfan ..mau patah high chair aku!) hahahaa...

dulu lagi mahal beb ..skang dah kurang lam 100. masa aku beli dah kurang lah..skang maybe lagi kurang kot! hehehe

Watie Aziz said...

Hi Farah,

No prob..:) leh lah tgk2 Toy City kat Mid Valley @ OU...selalunya brand COMBI tak mengecewakan kot.. hehehe

Anonymous said...

watie,
ade product number or ape2 yg lebih specific x pasal high chair ni?

naimah

Watie Aziz said...

Naimah,

alamak beb, produk number nih aku tak pasti plak. tapimemang nama dia COMBI High Chair. Cuba ko bukak website COMBI, mungkin ada info. kalau kat M'sia, mmg Toy City is one one the supplier. Supplier lain aku tak pasti plak.

Kalau kat obersea tempat ko tuh, ada jual brand COMBi, cuba tanya high chair. Memang kalau dia display kat rak kedai, dia akan terus tunjukkan bentuk highchair. Dia tinggikan dan tegakkan kerusi tuh. Really look like high chair. Ko takkan tau yg dia boleh multiple usage.Kalau aku tgk sekali imbas masa beli tuh, aku tak sangka ianya boleh rock dan boleh tukarkan tugas buaian. Sebab dah tau from my friend, that y akau pergi carik dan suruh staff tunjuk semua cara penggunaan produk tuh..

Anonymous said...

watie,

mgkinlah tu, aku survey online pun tul2 cam high chair jer...x prasan pun blh buat baring tuh. xper, nnt blh g tengok. kat sini mmg ader brand Combi tu. car seat ngan stroller pun aku beli brand combi coz ringan dan kecik skit compare brand lain yg gedabak2 tuh.

anyway, thanks for the info...

naimah

Watie Aziz said...

Naimah,

tu lah pasal..u wont notice kalau takder org inform tau! hehehe..kat sini COMB mahal dude, kalau kat sana murah ..baiklah ko beli brand tuh banyak2 utk barang2 budak..bawak balik Malaysia mmg berbaloi siut..ramai anak leh pakai..heheh(kena wat anak ramai2 lah maknanya tuh!) hehe

una said...

hi watie, ehehhe...time kacih bebyk sbb buat entry psl kepeningan sy nak pilih high chair atau bumbo seat. mcm menarik combi tu tp harganya pon menarik la kan..eheh..niway, thanks again 4 the info yer..

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading