Thursday, May 14, 2009

Latest Q's Development-Salam,Tolak,Angguk & Panjat!




Q: "Aduii, habislah kena pecah tabung nak belanja Mummy makan!" heheh..

Alhamdulillah, puteri kesayangan saya semakin membesar dengan sihat & bijak sekali. Seperti kanak-kanak yang seusia dengannya, batuk, selsema dan sesekali demam itu lumrah tetapi alhamdulillah, mungkin berkat susu ibu, walaupun tidak 100% fit, saya dapati dalam pada tidak sihat ini, Qarissa begitu aktif bermain. Kita yang risau takut dia sakit, tapi dia bukannya peduli pun. Main macam org sihat. Yang pelik tuh, dalam sakit-sakit, saya rasa Qarissa makin berat @ org tua kata "semangat". Tulang dia mak aiii... ..mengah juga dukung walaupun nampak taklah gemuk sangat puteri saya ni.


Dalam pada demam-demam ni, saya masih sempat melihat perkembangan Qarissa di usianya 10 bulan. Niat di hati nak tulis di blog cepat-cepat supaya saya tak terlupa kemudian tapi dah semangat mencantikkan blog anak di tambah dengan kerja-kerja seharian, hari ini baru saya berkesempatan menulis artikel ini.


Perkembangan 1: Bersalaman

Dalam 2 minggu lepas, pembantu rumah saya begitu teruja memberitahu saya yang Qarissa sudah pandai bersalaman. Saya dengar pun jadi excited. Kebetulan pula adik saya, Nana pun ada.Terus saya suruh Nor tunjukkan saya sambil Nana mendukungnya. Sempat pula saya berlari ke atas mengambil camera Lumix dan teres merekodkan aksinya itu. Nor menghulur tangan dan Qarissa menyambut tangan itu dan menarik ke arah hidungnya! Ohhhh...how sweet...!! Saya suka bukan main ...kami tergelak gelak dan Qarissa pula macam paham-paham yang kami kesukaan. Dia lagi kuat mengagah agah sambil menepuk tangan...ntah sama suka, atau marah, atau tensen, saya pun tak tahu...saya terbayang cerita Baby's Talk yang pernah saya tonton dulu. Baby dgn baby berborak, org tua excited giler tgk that baby, then the baby talk to each other sumthing like this lah .."Ak ek lah ..lawak ah org tua ni..tgk aksi aku camni pun dah excited "terlebih sudah", padahal ni baru sikit aku tunjuk!" . hahhahaa..ntah ntah Qarissa pun rasa cam tuh tgk we all, sebab tuh dia menjerit jerit sama. Hahhah... Sejak itu, rajin lah kami suami isteri suruh dia salam tapi Q ni pandai, kalau setakat saja suka-suka nak suruh tunjuk, kadang kadang dia nak, kadang kadang dia tak mau. Tapi kalau everytime nak balik dr rumah my mum, atau nak berjalan, when we ask her to shake hand, then dia akan salam .. Gud girl, well done my baby! Mummy is proud of u!!



Perkembangan 2: Menganggukkan kepala tanda mahu.

Perkembangan yang ni, saya perasan bila saya nak bukak VCD Jolly Kids pada Qarissa. Pagi-pagi, si kenit ni bangun, dia akan melepak lepok di badan saya, kacau saya suruh bangun bersamanya. Saya pun melayan lah kerenah si kecil di atas katil. Penat bermain, saya tanya pada dia, "Qarissa nak tgk Jolly Kids Song?" Terkejut saya bila Qarissa memandang muka saya sambil menganguk-anggukkan kepalanya! Saya terus tergelak sebab bukan setakat anggukkan kepala, tetapi dengan mulut-mulutnya sekali, ngan pipi tembam, ngan kepala terteleng-teleng macam orang India cakap "Ammmma"! So cute & cheeky. Sebelum ni, memang dalam apa-apa hal sekalipun, saya akan tanya pada Qarissa. Saya layan dia seperti anak yang sudah memahami apa yang saya katakan walaupun saya sendiri tidak pasti Q betul-betul paham atau tidak. Setiap kali bercakap dengannya, secara spontan kita akan mengangguk dan buat mimik muka kan? Saya rasa selama ni Q perhatikan saya tanpa saya sedari dan bila tiba masanya, dia pun ikut aksi kita & apa kita buat. Hahhaha.. Saya bgtau pada hubby dan tunjuk pada dia apa Q buat. Bila kena pada timenya, hubby saya pula bertanya pada Q, dan holla..! Dia juga tergelak melihat aksi poyo itu! Hhehhee


Perkembangan 3: Menolak & memanjat badan bila di dukung.

Actually perkembangan ni dah lama saya perhatikan tetapi tak terfikir nak tulis sampailah suami saya membebel, "Anak awak ni dah pandai tolak-tolak badan badan I bila I dukung dia tau! Dah tolak, pastu dia panjat pulak badan saya!" Hhehehe..Daddy dukung tak sedap lah tu! Mummy dukung ok jer ..menggelenyar kesukaan sambil tergelak-gelak jer time Mummy dukung. Memang kena pegang kuat-kuat takut terlepas!


Perkembangan 4: Memanjat Tangga Dari Tangga Pertama Sampai Tangga Teratas!
Wah .ini memang memenatkan. Dari tahap MASTER, Q dah dapat PHD dah dalam merangkak ni. Mula-mula dulu takut, paling tinggi 3 anak tangga jer dia daki. Sekarang? Amboi amboi amboi..(ala ala Azwan Ali) , dari anak tangga pertama, sampailah yang paling atas, siap buat
"lawatan sambil belajar" lagi ke opis saya, living room, master bedroom dan guest room kat tingkat atas!! Semuanya bermula apabila saya ingin melihat "sejauh" mana Qarissa berani pergi. Saya ikut dari belakang untuk memastikan dia tidak jatuh. Saya biarkan dia explore sejauh mungkin apa yang dia boleh buat dan hollllaaa...habis satu rumah dia jelajah! Yang kelakar tu, masa naik tangga-tangga yang tinggi & banyak tu, siap boleh mengeluh-ngeluh kepenatan! Hahhaha....kelakar betul! Dan kini, dah pandai pulak ketuk-ketuk dan tolak pintu bilik opis dan master bedroom bila nak masuk. Hehhehe...bijak bijak...penat saya Nor layankan si comel ni!

Semoga perkembangan ini akan berterusan dengan lebih positif lagi. Tiba-tiba saya teringat ex-office mate saya kata, "Anak u dah pandai tulis blog ker..? Wah ..boleh masuk Guiness World Book Of Record" lah macam ni!" Hahhahaa..kalau betul Q yang menulis sendiri, memang TV3 dah datang rumah dah!! Anda semua dapatlah tgk muka maknya di TV! Blog ni pun tak dapatlah nak update sebab bz bawak Qarissa ke hulu ke hilir satu Malaysia! Hhahaha..Silap-silap kena pasang bodyguard takut anak I kena culik you....hehehe..


Apapun, we will let Qarissa explore herself as much as she want, show her maximum potential and we will guide her, Insya Allah ..


2 comments:

defina said...

watie,
aku ni mengqada' balik mana2 post yg aku tak sompat nak baca....hahahaha

seronok kan tengok perkembangan anak, terutama kalu 1st time dia buat. aku ni pun masa kashful mula2 mengiringkan badan masa nak tukar diapers pun rasa exited, dah tak sabar nak tengok dia meniarap. pastu bising jer duk citer kat hubby...hehehehe

Watie Aziz said...

hahhaha..tuh lah pasal..apa jer yg dia wat 1st time ..mesti kita hoverrr ...teruja lah kunun..hahahah

tuh lah aku tulis dalam nih..nanti senang nak ingat balik..hahahah

hang bila lagi nak nulis???

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading