Wednesday, May 13, 2009

Finally My Bonita Club Blog Is Online!


Click the picture to shop @ Bonita Club!

Alhamdulillah, akhirnya, setelah beberapa hari tergendala pembinaannya. akhirnya blog terbaru saya, Bonita Club dapat dimuat turun hari ini secara RASMI. Lega rasanya. Masakan tidak, blog ini sudah dibina awal bulan ini iaitu pada 6/5/2009 tetapi hari ini barulah saya sempat mengemaskini barang-barang yang ingin dijual. Kenapa lambat? Hmmm.. semuanya kerana anak kesayangan saya lah, si comel Qarissa tu. Saya leka "mencantikkan" & meng "giltterkan" kan blog yang sedang anda tatap ini! Sampai 2 hari saya menatap blog Qarissa tanpa jemu. Dari pagi sampai tengah malam!

Hari ini, barulah dapat saya curi masa untuk mencantikkan blog Bonita Club pula. Nasib baik jari jemari saya ni cepat menaip, Alhamdulillah, kalau tak mesti terkial-kial. Thanks to UTM juga sebab saya pernah bergelar siswi dalam bidang komputer di sini, so bolehlah bega bega sikit blog ni. Tak lah buta IT langsung. Hehehe..

Kepada kawan-kawan semua, feel free to visit my new blog ok. Saya namakan nya Bonita Club. Kenapa? Sebab tu lah nama yang terlintas di fikiran ketika sibuk memilih nama blog baru. Susah jugak nak pilih sebab dah berjuta nama kat blogger nih. Lucky me sebab nama ni still available. Mungkin juga saya ingin mengambil kesempatan menggunakan nama BONITA yang famous di kalangan wanita tu. Siapa tak tahu BONITA tuh memang kesian lah kan ...? Hhehehe.. Lagipun, kebanyakan barang yang saya jual berkaitan dengan aksesori wanita (tapi saya bukan duta @ staff @ jual barang dr kedai BONITA tau!)

Di blog ini juga saya menjual barang-barang Preloved (senang citer 2nd hand item lah ..glamer sket pakai nama Preloved kan ..hehehe). Kebanyakannya barang-barang peribadi seperti baju, aksesori, barangan rumah, barangan bayi dan macam-macam lagi yang saya rasa tak mahu lagi (tapi masih cantik dipakai atau masih boleh digunakan). Harga pun saya jual murah-murah jer ..sebab memang nak let go kan..(tapi setakat entry ini ditulis, saya masih belum berkesempatan untuk masukkan barang Preloved ni, belum sempat ambil gambar pun. hehhee.. Insya Allah minggu depan ok..)

So to all my beloved friends, I proudly invite you all to surf my new blog - BONITA CLUB - Everything Under One Roof! Sambil surfing, sambil shopping ok! Any question, boleh lah emel ke mybonitaclub@gmail.com. Insya Allah I will reply in ASAP...

Happy Surfing!

No comments:

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading