Monday, May 11, 2009

Mother's Day 09 - First Time Celebration As "Mummy"!

10 Mei 2009 adalah satu hari yang bersejarah buat diriku kerana buat pertama kalinya dalam hidupku, di kala umurku mencecah hampir 29 tahun, aku telah diraikan oleh suami dan anak tercinta. Memang bahagia rasanya menyambut Hari Ibu. Aku kini mengerti mengapa setiap Ibu di dunia amat gembira apabila tibanya Hari Ibu ini. Bukan hadiah besar yang diharapkan oleh seorang Ibu, cukuplah dengan ucapan "Selamat Hari Ibu" dari suami & anak tersayang. Ia sudah cukup menggembirakan kami.

Pagi kami di Hari Ibu ini dimulakan dengan ceria. Masakan tidak, suami kesayanganku membuat suprise dengan menampal kad serta2 batang coklat yang comel di PC @ my office! How Romantic! Macam tau-tau jer tempat pertama yang akan isterinya tuju setiap kali bangun pagi. Terkejut juga aku melihat sekeping kad yang agak besar tergantung di depan PC. Dengan semangatnya aku terus buka & baca. Lebih mengharukan, kad tersebut khas untuk "First Time Mother". Aku tahu suamiku mencari kad ini dengan susah payah kerana dapat ku lihat ada sedikit bekas kemek di kad tersebut menandakan tiada lagi stok kad seperti itu. Ternyata ianya benar apabila suamiku kemudiannya mengatakan kad tersebut adalah satu-satunya kad yang tinggal & beliau jumpa di Subang Parade. Terharu sungguh aku melihat kesungguhan suamiku mencari kad yang sesuai untukku selaku "Ibu Pertama Kali". Terima Kasih Sayang...I Really Appreciate It...


Kad yang membuatkan aku tersenyum sepanjang hari!

Terharunya melihat tangan bayi & ibunya tu..Tq sayang..!

Pandai suamiku menghias "love-love" kat kad tuh! hehhe

2 batang coklat khas untuk Mummy sahaja!

Sempena Hari Ibu ini, suamiku mengambil cuti separuh hari (kesian my hubby, kena kerja jugak on Sunday coz on shift basis) dan pulang ke rumah dalam pukul 11.30 pagi. Aku & Qarissa bersiap-siap untuk ke rumah Cik Dah ( makcik suamiku) untuk bertemu Mak (kakak kepada ayah Saiful merangkap makcik Saiful juga tetapi lebih manja dengan panggilan Mak). Sudah sebulan lebih Mak berada di rumah Cik Dah tapi baru kami tahu yang mak ada di sana. Terus kami sekeluarga melawat Mak. Kami menghabiskan masa kira-kira 1-2 jam di rumah Cik Dah untuk berborak dengan Mak. Sempat juga lah Mak bermain dengan Qarissa selepas puteriku ini tidur dengan nyenyaknya. Kebetulan pula, Qarissa tidak berapa sihat hari ini. Selsema & sedikit batuk.

Selepas melawat Mak, kami membawa ke Gymboree @ Bangsar untuk sessi kelasnya. Seperti biasa, Qarissa sangatlah teruja & gembira bila berjumpa kawan-kawan sekelasnya. Siap main "sayang-sayang" lagi.. Kami sempat merakamkan semua aktiviti yang Qarissa lakukan hari ini menggunakan camera Lumix Panasonic yang sudah siap aku cas baterinya. Siap beli 4 Gb memory card lagi. Maklumlah, sejak aku bergiat aktif dalam penulisan blog untuk puteriku ini, kamera menjadi teman rapatku. Aku perlukan storage yang besar untuk merakamkan aktiviti Qarissa. Mesti dia bangga bila besar dan dapat lihat perkembangan dirinya kan? Tak sabar aku menantikan saat itu.

Seusai kelas, kami meneruskan perjalan terus ke KLCC. Sejak dari rumah lagi, suamiku ini sibuk bertanyakan hadiah yang aku inginkan sempena Hari Ibu. Menurut katanya, sudah penat dia berjalan ke 3 shopping complex untuk mencari hadiah yang sesuai buatku tapi tetap tidak ketemu. Aku sejujurnya tidak tahu apa yang aku inginkan. Semua sudah cukup aku rasa. Tak seronok rasanya membazirkan wang suami tanpa tujuan penting. Tiba-tiba suamiku berkata, "I nak beli mekap set untuk U, tapi i tgk ur Estee Lauder set ada lagi, macam mana yerk? Apa barang mekap u yang dah habis yer? Hari tuh u ada bgtau I bedak you dah habis kan?" Aku serta merta teringatkan powder foundation duo mat jenama Make Up For Ever ku yang telah kehabisan. Bangga juga rasa hati kerana suamiku ini masih ingat tentang barang mekapku yang kehabisan. Maklumlah, isterinya ini, sejak jadi suri rumah profesional, memang jarang bermekap-mekapan, jadi barang habis pun lupa. Bila nak pakai, baru teringat powder dah habis. Hmm..guna bedak baby jer lah selalu...hhehehe..


I love it !!

Hadiah dr suami tercinta sempena Hari Ibu

Aku apa lagi, terus berkata, "Ya Rite Sayang ..memang dah habis!! Ok I nak Make Up Forever! After Gymboree class, kita pergi KLCC ok.." (MakeUp Forever nih pun satu, ada 2 cawangan jer - KLCC dan OU. Leceh btol..) Di KLCC, aku melihat ramai orang tua bersama anak-anak mereka. Sukar juga melihat pemandangan begini jika bukan sebab Mothers Day. Di kaunter Make Up Forever, sempat lagi suamiku yang sporting nih merakamkan aksi aku "di mekapkan" oleh jurusolek. Trying to be pro lah my hubby masa amik gambar...hehehe. Selepas sessi percubaan, suamiku membayar harga mekap tersebut. RM 130.Niat di hati nak beli jugak HD Makeup Base Foundation keluaran terkini Makeup Forever yang beharga RM 150, tapi tak sampai hati nak perabih duit hubby. hehhee.. Hubby aku plak selamba jer kata .."Nak amik lah .." tapi aku masih tak sampai hati...lagipun make up base masih ada stok dan aku pun jarang bermekap, so rasa tak perlu lagi barang tu (sekali bila balik rumah hubby kata yang dia plan nak beli Estee Lauder tuh dalam RM 300 harganya ..caiittt!! Kalau aku tau dia budget RM 300, mesti aku beli HD Make Up Base tuh....huk huk...)


Ready for make up test!

My hubby trying to be pro!

Selepas membelikan hadiah buatku (terima kasih Sayang..) kami meneruskan perjalanan ke rumah Mak di Pantai Hill Park. Aku excited juga sebab dah prepare hadiah untuk mak awal-awal lagi. Mak kelihatan gembira dengan hadiah pemberian kami sekeluarga. Irfan adik bongsuku pun tukang suka sama. Kami berehat di rumah Mak sampailah ke lewat petang. Aku kemudian bersiap-siap untuk makan malam bersama suami dan anakku. kami masih belum lagi menetapkan arah tuju restaurant malam itu, cuma plan ke Sunway Pyramid sahaja.

Kami sekeluarga sampai ke Sunway Pyramid dalam pukul 8.30 malam. Jalan-jalan cari kedai makan. Sempat juga aku & suami membuat ujian Anlene untuk tulang yang kebetulan mengadakan exhibition di Sunway Pyramid. Aduii, tulangku ini berada dalam risiko sederhana kekuatannya. Aku yakin sebab aku menyusu badan dan jarang juga minum susu untuk menggantikan kalsium yang hilang. Terus aku beli 3 pek Anlene Concentration di exhibition tu.


Me & Lovely Hubby @ TGIF

The restaurant of the nite..



Tokey of the Nite ..Muka serius nak kena kuar duit utk Mummy! hehehhe

Penat berjalan, akhirnya, kami redah jer TGI Friday di sebelah Jusco tu. Siap kena beratur lagi! Nasib baik tak ramai. Tapi yang tak seronoknya, tempat yang kami duduk tuh agak panas (laluan org ramai) dan Qarissa tak selesa. Mungkin juga sebab anakku ini tak berapa sihat. Kami menikmati makan malam sambil pembantu rumahku membawa Qarissa berjalan-jalan di kawasan yang sejuk dalam restoran itu. Sempat jugalah Qarissa menyedut sayur brokoli dan makan daging ayam. Kesian jugak maid aku tuh, sampai makanannya kena "tapau" sebab dia pun dah kurang selera.





Strawberry Leomande Slush for Saiful! Sedap sampai aku pun curik rasa!


Qarissa menyedut Brokoli!

Selepas makan, kami sekeluarga pun bertolak pulang. Sebelum balik, sambil jalan-jalan ke parking lot, aku dan suami pun bergambar lah dengan si kenit ni. Mula-mula dia takder mood, sekali bila dah seronok, naik syeikh pulak, asyiklah menjelir lidah dan tergelak-gelak jer masa amik gambar tu. Masuk jer kereta, bagi nenen, my princess pun terlena sampailah ke rumah...









Hari yang sungguh menggembirakan aku & keluarga. Pada suamiku yang tersayang, terima kasih kerana menghargai Mummy sebagai isteri dan ibu kepada anak kita. I love u sayang, may we live happily ever after..





Being Your Wife & Mother to Qarissa are the best thing that ever happen to me ..! Thanks Sayang !


Thanks My Dear Qarissa & Daddy!

4 comments:

Debbie M said...

wah... so much fun.

Watie Aziz said...

Hi Debbie,

Ya rite..! memang excited my 1st day celebration as mother nih...

Lovely Mommy... said...

wa... aku rasa present paling best is always makeup la kan senang.

best moms day u had la... my gift was a day off from jaga diya ahahah. cukup pukul 12 jer muk kata hari ibu dah habis, nah diya berak!

Watie Aziz said...

Sue,

Hahahhaa..gelak aku sorang2 kat sini, notty lah muk tuh ..lain kali, ko celetkan sikit jer kat muka dia ..cakap, hadiah sebab sudi jaga Diya 12 jam! hahaha..

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading