Alhamdulillah, saya masih lagi ingat posting saya yang lalu di mana saya telah menulis artikel mengenai perkara yang saya lakukan untuk menjadikan anak saya seorang yang GENIUS. Saya berjanji yang saya akan menulis artikel di Part 2 pula. So ..here I am! Syukur pada Tuhan, saya masih lagi melakukan aktiviti yang saya tulis di dalam artikel tersebut. Jika anda masih belum berkesempatan membacanya, mungkin anda boleh klik DI SINI.
Saya memang suka berkongsi info dengan semua rakan-rakan tak kiralah siapa anda, asalkan ada anak (anak sendiri ker, anak buah ker, anak orang lain ker, semua Ok!) Jadi bolehlah kita bertukar-tukar fikiran bagaimana ingin menjadikan bayi kita BIJAK kan! Saya harap semua ibu-ibu atau bapa bapa yang masuk ke blog ini berfikiran terbuka dan tidaklah merasakan yang saya ini berlagak pandai atau menunjuk-nunjuk pula. Demi Allah, sikit pun tidak terlintas di fikiran saya untuk bersifat demikian. Saya anggap, apa yang saya lakukan juga adalah satu ibadah. Menghabiskan masa di depan PC, menulis sesuatu yang saya suka dan dalam masa yang sama, dapat memberikan inspirasi dan panduan pada orang lain. Saya juga suka melayari blog-blog yang bermanfaat dan mendapat ilmu darinya.
Ok. Straight to the point. These are the other things that I've done to make my baby GENIUS. Saya kongsikannya dengan anda supaya kita semua mendapat manfaat darinya! Jika anda masih belum membuat aktiviti di bawah, bolehlah cuba yer!
4. Menyusu Badan Sepenuhnya
- Sejak Qarissa lahir hingga kini (setakat artikel ini ditulis, usia Qarissa 10 bulan, 2 minggu & 4 hari) , saya masih lagi menyusu Qarissa sepenuhnya dengan susu badan saya. Saya sesungguhnya PERCAYA yang susu badan ini dapat memberikan extra benefit untuk anak saya. Melalui artikel-artikel parenting yang saya baca dan layari sebelum ini, banyak info yang mengatakan, bayi yang menyusu badan LEBIH BIJAK dari bayi yang minum susu formula & I REALLY BELIEVE IT! So, that is what I did to my dearest Qarissa. Sampai bila? Insya Allah, kalau tiada aral melintang, sampai 2 tahun lah! Dapat PHD lah anak saya nanti...Hehehe..Mmmm...susah? Tak lah ..very mobile, di mana-mana, bila-bila masa, sentiasa tersedia..Tak percaya? Tgk nih...
Saya pun tak perasan yg suami saya asyik mengambil gambar kami @ Aquaria KLCC. Bila tgk betul-betul, Aikk..3 in 1 lah! Berjalan, tengok serangga dan ...ehem ehem..ahaks!
5. Gymboree Class & Play @ Bangsar Shopping Complex
- Saya sudah berangan-angan sejak Qarissa dalam perut lagi yang saya pasti akan mendaftarkan dirinya ke kelas Gymboree apabila lahir kelak. Kalau ikut hati saya, seminggu lepas lahir jer terus nak register, tapi kita orang Melayu kan berpantang. Jadi, mau tak mahu, saya terpaksalah tunggu selepas 2 bulan. Bulan ketiga saya nak daftarkan tapi kebetulan pula Hari Raya,satu bulan memang sibuk, jadi saya daftarkan Qarissa ketika usianya 4 bulan. Mengapa Gymboree? Kerana HANYA GYMBOREE lah satu-satunya tempat yang menerima bayi berusia 0-6 bulan menjadi "pelajar" nya. Beberapa tempat saya survey, paling tidak mesti berumur 6 bulan ke atas. Saya tidak mahu menunggu sehingga 6 bulan untuk Qarissa. Saya rasa lama sangat. Apa yang Qarissa buat? Uishh...banyak aktivitinya. Stimulate! Stimulate! Stimulate! Insya Allah, saya akan uploadkan video-video Qarissa @ Gymboree dr awal hingga kini supaya anda boleh mempraktikkannya kepada anak anda! Kalau nak di ikutkan, dengan mulut saya yang becok macam bertih jagung ni, saya boleh mengajar Qarissa sendiri dirumah, tetapi saya tetap nak masukkan jugak Q ke kelas Gymboree sebab bagi saya, itu adalah harinya untuk "bersosial". Jumpa dengan rakan-rakan sebaya, bermain dan bersuka ria. Supaya Qarissa tidak takut, so that she can behave dan dapat membentuk peribadinya dari kecil . Seperti yang saya duga, di awal kelasnya, Qarissa agak takut-takut untuk bergaul (tak biasa katakan, takder rakan sebaya kat rumah, heheheh), tapi selepas 2 minggu, Qarissa begitu gembira dan seronok setiap kali hari Gymboree nya tiba! Dari masa ke semasa, saya melihat perkembangan Qarissa dengan penuh keterujaan dan hati yang lapang. Alhamdulillah, pelaburan saya tidak sia-sia.
6. Stimulate! Stimulate! Stimulate!
- Yes! That's the word yang semua ibu-ibu kena ingat dan buat pada anak kecil mereka. Stimulate the eyes,brain, hand, feet, senang cerita, semuanya lah yang anda nampak pada anggota badannya! Stimulasi ini saya lakukan SETIAP HARI, ketika, main, makan, menonton TV, VCD malah sebelum tidur setiap hari kami akan bermain bersama (jangan hairan kalau banyak video yang saya rakamkan semua atas katil kami, sebab waktu malam di atas katil adalah waktu yang paling Qarissa suka untuk bermain! Kacau Mummy, henyak Daddy, pusing satu katil dan macam-macam lagi aktiviti dia nak buat!). Cara-cara untuk stimulate pula kebanyakannya saya pelajari dari kelas Qarissa, dan saya yang kreatif ini akan menambah dan mengubahsuai permainan stimulasi ini mengikut kehendak hati saya, yang mana saya rasa sesuai. Yang penting, permata hati saya gembira & dapat menambah kebijaksanaannya dan saya juga akan belajar sesuatu yang baru dari Qarissa. Yang seronoknya, suami saya juga begitu sporting membantu sama untuk menstimulasikan Qarissa. Video di bawah ini adalah salah satu aktiviti kami di waktu malam!
7. Watching VCD Together! (saya benar-benar maksudkannya - BERSAMA!)
- Setiap hari saya akan luangkan masa sekurang-kurangnya habis satu VCD GOGO @ Jolly Kids @ Baby Einstein @ apa-apa sahajalah VCD bersama dengan Qarissa. Dan saya benar-benar maksudkannya - BERSAMA! Saya duduk disebelahnya, sambil memeluknya, dan saya akan menonton bersamanya TANPA melakukan sebarang kerja "sambilan" yang lain. Saya akan sama-sama bercerita dengan Qarissa tentang apa yang kami sedang kami tonton itu. Saya tidak nafikan, ada ketikanya saya biarkan Qarissa to have her own sweet time depan TV sambil saya membuat kerja lain, tetapi seperti yang saya katakan, paling tidak SEKALI dalam sehari saya akan menonton TV bersamanya, dekat dengannya. Sehari dalam hidup anak saya penuh dengan aktiviti menonton TV, VCD, makan, minum, tidur dan bermain. Satu hari pelbagai cerita yang ditonton Qarissa. Takkan satu cerita pun saya tak boleh tonton bersama kan! (Wah, baru saya perasan saya memang dah lama tak tengok CSI, Prison Break malah AF! Perghh...tapi saya hafal betul kartun Dibo, Little Einstein,Tigger & Pooh dan tak lupa - Thomas & Friends!) Memang kuat penangan Qarissa nih...
8. Alert tentang perkembangan terbaru anak & latih dengan lebih kuat lagi.
- Saya percaya setiap hari adalah hari yang baru untuk anak saya (sama seperti cerita "50 First Date!" Remember??) Jadi, jika terdapat sebarang perkembangan terbaru yang Qarissa lakukan, saya akan teruja dan terus menerus akan melatihnya membuat perkara yang sama tanpa jemu setiap hari sehinggalah Qarissa bosan dan sudah tidak merasakan perkara yang dibuat itu sesuatu yang biasa sahaja. Maksud saya, dia sudah pakar dalam membuat aksi itu dan aksi itu sudah tidak mendatangkan "spark" kepadanya. Dalam masa saya melatihnya, seperti kanak-kanak lain, sometimes di suka, sometimes dia tak mahu ikut. Bergantung kepada moodnya, tetapi saya tidak jemu dalam misi saya. Again & again saya akan buat perkara yang sama. Biar Qarissa nampak dan secara tak langsung saya menggalakkannnya untuk mencapai her maximum potential. So far, apa yang saya lakukan setakat ini semua berjaya. memang kena rajin dan buat tanpa jemu. Jangan separuh jalan. Insya Allah akan nampak hasilnya.
Begitulah serba sedikit info yang saya ingin kongsikan bersama anda hari ini. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya. Mulai hari ini, saya akan upload video-video yang saya rasakan sesuai untuk kita berkongsi bersama dalam You Tube dan bolehlah anda mengikut aktiviti ini bersama anak anda. Kalau ada any perkembangan yang menggalakkan selepas aktiviti dibuat, bolehlah berkongsi dengan saya yer! Sampai jumpa lagi!
Salam Motivasi,
3 comments:
salam Mama Qarissa,
very impressive!
thanks for sharing this. you're truly supermom!
kimsalam mwah mwah kat Qarissa genius!
oh ya, come and join us here .. http://mysuperkids.net/forum
bole share2 & turunkan ilmu nak jadikan anak2 kita genius :)
Hi Mommy Lyna,
Tq so much for your comment. Really appreciate it.! Sorry lambat sket reply. I semangat buatkan template baru utk my friend sampai lupa nak check blog Q. Sure i will join the forum yeah ...
:) thanks again!
Post a Comment