Wednesday, June 3, 2009

Happy 57th B'day Abah Tersayang - Abdul Aziz


Abah & Mak di Hari Lahir Mak yang ke 57 @ Tarbush

2 June setiap tahun merupakan hari yang sama pentingnya dengan 30 April. Hheheheh..apa lagi kalau bukan Hari Lahir ayah tercinta - Abdul Aziz Abas. Istimewanya keluarga ku ini, pada bulan June sahaja, sebanyak 5 Hari Lahir akan disambut (wah ..banyaknya..) iaitu Hari Lahir Abah (2 hb), Angah (4hb), Syamsul (8hb), anakku tersayang Qarissa (26 June) dan abang iparku Helmi (28 June). Meriah sungguh dek non... (nasib baik banyak dah kerja kalau tak, bengkok nak kuar duit beli hadiah ..hahahh) Itu belum lagi termasuk Hari Bapa 21 June nih...

Mmm..memang tak sah kalau we all tak menyambut Hari Lahir Abah ni. Insya Allah, selagi Abah masih bernafas di bumi Allah ini, anak-anak TIDAK AKAN pernah melupakan Abah. Walaupun aku kini tinggal agak "jauh" sedikit dr Bangsar, telefon tetap ada untuk mendekatkan kami. Malam menjelang Hari Lahir Abah, adik beradikku yg lain membuat kejutan untuk Abah. Kebetulan pula, aku tgh online, jadi sempatlah ber YM dengan adikku Lieya.  Untunglah sebab keluarga Along & Mak tinggal "sangat" dekat. Baling batu pecah tingkap lah org kata .. hehehhe.. jadi aku hanya mampu melihat dan merasai kegembiraan & kekecohan malam itu dari jauh sahaja ..hu hu ..(tak jauh mana pun .hehhehe). 

Dengar cerita, adik bongsu ku, si Irfan @ Pak Tam yang kini berusia 7 tahun tu, sampai menangis2 kesyahduan malam tuh..Hhahah..nak gelak (mmg gelak pun) aku dengar Along & Lieya cerita. Sampai Abah aku pun join sama menangis!!! Semuanya kerana Irfan ingatkan malam tuh B'day Mak (sebab my siblings semua bgtau dia malam tuh nak sambut b'day Mak, terpaksa tipu sunat sebab Irfan nih kecoh sket, tak leh simpan rahsia). Seperti yg dijangka, si Pak Tam tuh terus serbu bilik mak dan bgtau .."Mak, malam ni nak sambut B'day Mak tau ..Dorang dah beli kek!!"...Pergh...sabar jer lah ... Hhahaha...dia tak tahu dia dah kena kelentong! 

Bila Abah balik malam tuh, bukak jer pintu, dorang terus nyanyi Lagu B'day utk Abah. Tgh bersukaria tuh, tau tau jer si gemok tuh hilang..Rupanya member "baeekkk punyaaaa" nangis teresak-esak kat luar... Bila org tanya, takmo jawab. Menangis giler-giler punya sedih...Lawak btol. Bila dia dah cool sikit, baru dia bgtau kenapa dia nangis. Dia kata, sumthing like this lah .."Kata b'day Mak, napa nyanyi untuk Abah jer, tak nyanyi untuk Mak sekali?" Hhahaha...Irfan..Irfan ..memang adik bongsuku ini penyeri dalam keluarga betul. Orangnya memang bersifat macam tu. Walaupun kadang-kadang nakal (biasalah budak 7 tahun kan ..) tapi keletahnya tuh, buatkan orang tergelak dan happy dengan kehadirannya dalam keluarga kami. 

Insya Allah, malam ni (3 June 2009), kami sekeluarga akan menyambut Hari Lahir Abah. Kalau sebelum ini, kami sekeluarga menyambutnya di Restoran Tarbush @ Sunway, tapi untuk B'day Abah, aku & Along dah bercadang untuk bawa Abah ke RED Box Ria @ Sogo. Abah memang suka sesangat karaoke. Jadi memang sesuwai lah sangat kalau kami bawak Abah "meronggeng" malam ni. Anak-anak Abah pun sama ..layan karaoke ...mesti seronok kan ..:) Kebetulan pula suamiku cuti! Dah banyak plan menunggu hari ni. Pergi Gymboree, then nak beli baju untuk majlis B'day Qarissa, pastu gi meronggeng @ REDBOX Ria Sogo..Yeehhaaa...


Tunggu malam ni yeah!!

Aku dah siap2 beli Hadiah untuk Abah, termasuklah Hadiah Fathers Day sekali. Tak sabar rasanya nak bg malam ni. Harap Abah suka pemberian aku sekeluarga nih. Memandangkan hadiah yang aku bg nih kecil dan senang nak hilang, aku harap Abah akan jaga dengan penuh kasih sayang ..Hahhaha..(Abah aku nih selalu hilang HP, heheheh) . Apa hadiahnya, tak leh lah tayang sekarang. Nanti tak suprise kalau Abah baca blog ni. Hehhehe..Tunggu malam nanti wokeh!!

To My Dearest Abah, semoga dengan kehadiran hari yang bahagia ini, Abah akan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah SWT selamanya. Terima kasih di atas segala kasih sayang yang Abah curahkan kepada kami sekeluarga. Semoga keluarga kita akan lebih bahagia dan di rahmati Allah SWT. We love U Forever & Ever. Muahss... 


Malam ni, Mak plak cium Abah! hehhehe

Dari Hati Yang Ikhlas, 
Watie, Saiful & Miss Cool  - Qarissa (Abah panggil cucu dia nih Miss Cool, Hehehe)


2 comments:

defina said...

watie,
aku xsempat baca entri ni. nnt aku jengah balik....xleh nak tinggal tamu lama2....

note: km slm kat family ko juga happy belated besday kat abah ko

Watie Aziz said...

hai naimah .. hehehhe..no worries beb ..kang kalau tak layan mesti dorang pelik..apa kak naimah nih wat ngadap pc sokmo..heheh..penat meronggeng semala kat karaoke sampai sakit mulut aku nyanyi..ahhhaa

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading