Sunday, June 21, 2009

Qarissa - The "Brainy Baby" Dancing Queen!

Selain dari GOGO Education DVD yang Q suka tengok, aku selalu juga buka kan dia DVD Brainy Baby. Qarissa ni, aku perasan, kalau ada sesuatu DVD baru yang aku buka, selain dari GOGO, dia cam akan terleka & terpaku sikit. Dia tahu tu bukan DVD GOGO & she will keep looking at the new movie. After few times of watching, then she will get use to it & start to love it. Senanglah aku leh tukar-tukar sikit cerita lain. Kalau tak, adui, letihnya asyik GOGO jer .Hahahha...


Aksi ketika menonton DVD kegemaran

Dia suka betul DVD Brainy Baby - Laugh & Learn. Tapi memang best pun DVD nih, aku pun suka layan. Hahaha.. . Dia ada banyak series, yang Laugh & Learn adalah salah satu daripadanya. Dalam DVD nih, secara asasnya, dia mengajar dan dalam masa yang sama bergembira. So seronoklah Q asyik gelak. Ada macam-macam activities dalam DVD nih dan setiap satunya berbeza. Ada few parts, menyanyi, lawak, abc dan macam-macamlah .. cam contoh, aku tulis apa aku ingat kay ..:

  • First part - ada baby main sily sunglasses, cool sunglasses, baby pakai cekak, pakai spek mata bodo-bodo yang ada sekali ngan nose..kelakar lah ...
  • Then dia suruh teka gambar. Dia fokus dekat, then lama-lama jauh, so kita nampak lah apa mender tuh ..Aku pun suruhlah Q teka. Then aku bgtau tuh apa. Walaupun Q tak pandai cakap lagi, tapi aku treat dia macam dia paham. Aku tanya, aku jawab balik. Tapi aku tujukan kat Q lah ..Hehehhe..
  • Then ada gak Mummy & Daddy nyanyikan untuk their children. Anak duduk kat lap. Q suka betul especially part Daddy nyanyi lagu Itsy Bitsy Spider. She will try to follow the Daddy's action, dan aku perasan DIA MESTI TEPUK TANGAN lepas habis Daddy tuh nyanyi. Mula-mula aku bukak DVD tu, dia tak tepuk tau! Dalam 3 - 4 kali aku bukak, then aku perasan dia start to clap. Sebabnya - Daddy tu nyanyi sampai habis, then dia tepuk tangan. Tapi, anaknya cam tak excited nak tepuk. Then Daddy nih kata lah, "Clap..clap..common clap". Then anak dia baru ikut betul-betul. Sambil cakap, Daddy dia tolak-tolak manja lah badan anak dia. Aku pun ikutlah tolak Q sama! Dan ikut macam Daddy tuh cakap. Hahaahah...mula-mula, Q senyum jer ..tapi bila dah few times cam tu, tetiba satu hari, masa dalam baby cot dia, tetiba aku tgk dia tepuk kuat giler.Lagu belum habis dah tepuk. hahaha..aku tgk TV, rupanya time lagu Itsy Bitsy tuh..hahahah..after that is history lah kan ..tepukan wajib namanya! Ahaks..
  • Ada gak ajar abc & ABC (small & capital letter). Part ni aku tgk, mulut Q becok sangat, tapi bahasa baby lah. Pun bukan on the spot dia becok. After few times tgk baru nampak. Sebab tuh aku suka ulang-ulang DVD. Walaupun boring, aku ulang jugak. Sebab aku nak kuatkan ingatan Q terhadap ilmu yg diterima. Terpaksalah wat pengorbanan telinga & mata. Hahahhaa..Yang seronoknya, aku nampak, Q semangat ikut sambil pandang TV, sambil kuarkan bunyi "Ahh..Ihh..Uhh.." setiap kali narrator tuh bacakan huruf-huruf tu. Tapi intonasinya berbeza. Seolah-olah dia sedang baca ABC, tapi bahasa dia sendiri. Yang aku dengar "Ahh..Ihh..Uhh.." je lah ..hahahaha..Mula-mula dia baca, aku excited tgk, tapi bila dia nampak aku tgk dia, terus jadi distraction plak. So sekarang, bila dia bebel-bebel time part ABC tuh, aku buat-buat tak nampak, tapi curi-curi tgk dr ekor mata, hehehe..comey lah rasa!
  • Ada part fish berenang - yang nih memang peberet si Q. Sampai berdiri-diri tunjuk fish. sampai mintak aku dukung. Bila aku dah dukung, aku bawak depan-depan TV tuh, dia pun start lah pointing ke semua ikan-ikan tu. Tapi kadang-kadang jer aku bawak depan TV, takut mata dia rabun plak nanti kalau asyik tgk dekat-dekat.
  • Then, dia ada ajar small, medium saiz & big size untuk few things macam ball, box, bead & fish. Ada juga ditunjukkan perbezaan antara yang besar & yang kecil. Then narrator tu macam tanya lah- "Can we put the big fish in the box? No, we can't, It's too big", Can we put the small fish in the box? Yes, we can," cam tu lah lebih kurang. Sambil-sambil dia explain, aku pun buat lah aksi YES & NO kat Q dengan harapan dia faham apa maksud YES & apa maksud NO.
  • Dan, yang terakhir aku ingat & aku jadikan tajuk dalam entry nih (sebab dapat capture moment tu..ahahaha) adalah part dancing. Ada dua ekor binatang berbulu (tak tahu aku apa namanya) jenis puppet toys tu menari-nari dengan sangat gediksnya. Kepala, kaki & tangan semua bergerak. Mula-mula aku tak perasan si Q rupanya ada hati nak tiru pergerakan ni. Bila dah selalu tgk DVD nih, aku perasan setiap kali menatang ni joget, dia pun terkinja-kinja dalam baby cot. Hahahah..aku diamkan jer & tgk dari jauh. Comey sgt dengan kaki dia tergelek-gelek tu.
Satu malam, masa we all letak dia atas katil, sebelum tidur, as usual kena tgk DVD dulu, so aku bukaklah Baby Brainy ni..bila sampai part puppet toys ni, member terus berdiri, pastu baeekkkk punyaaaa gelek...hahahaa..excited giler beb! Dah jatuh terduduk pun boleh bangun balik!! Sambung joget! Hahahahha..Aku apa lagi, amik camera, terus rakam video ni. Siap aku rewind balik few times part ni sebab nak capture aksi dia dr pelbagai sudut! Hahha..Member tak kesah beb..terus menerus joget setiap kali aku rewind! Siap boleh bye-bye lagi hokayyy (video ketiga). Ahaks...suka betul dia ...suka sebab Mummy memahami perasaan anaknya ..wohooo!!

Kesimpulannya, kalau anak kita suka tgk certain-certain DVD (tapi latihlah anak tgk Education DVD instead of cartoon yang merapu-rapu tu..), kita buka kan selalu untuk dorang. Ulang, ulang, ulang sampailah DVD tuh rosak! Hahahha...pastu kita beli baru, dan bagi lagi dia tgk...tapi kali nih, kita wat copy siap2 guna DVD writer! Jadi tak lah bazir duit kita asyik kena beli baru jer kan!! Ok tak idea mak ni noks? Idea jimat kos namanya! Hhahahaaa....

No lah, just joking but i strongly believe baby tak pernah jemu untuk tgk benda yang sama walaupun beribu kali kita bukak & tunjukkan. Qarissa selalu tunjuk muka excited & happy bila aku bukak DVD-DVD kegemarannya!. Sebab tuh aku tak sampai hati nak tutup atau tgk ASTRO bila dia bangun. Unless dia tidur, baru aku layan ASTRO jap. Sambil berblog of course. Hehehe..


Ready to dance bebey!!

Aku percaya kalau baby tgk video education yang bagus setiap hari, they will follow whatever they heard & see from the video. Sebab tu semua DVD yang aku belikan untuk Qarissa adalah on education material. Yang movie-movie cam Strawberry Shortcake, Barbie, Cars, Ice Age @ yang sewaktu dengannya, hanya sekali sekala jer aku bukak.Itupun waktu malam (tapi selalunya, kesudahannya, aku ngan hubby yg layanzzz, Q dah sedap berdengkur..ahahah). Maybe kalau dia dah besar sikit, dalam 2-3 tahun, baru aku akan beralih pada that kind of DVD (yang memberikan pengajaran & nilai moral yang tinggi dalam setiap movie, so aku leh share ngan dia values yang cuba disampaikan) . Sekarang memang totally on education lah, aku bg dia tgk. Aku takut gak dia boring, sebab life tak macam orang lain..(hahaha..yer ker??) Tapi aku tgk dia suka jer..siap sebut "GOGO" sambil pandang TV lagi setiap kali Nor bawak turun bawah. Belum sampai bawah pun, baru sampai tangga, mulut dah sebut GOGO!! Kecik hati aku, Mummy tak sebut-sebut pon, "GOGO" dulu dia sebut noks! Sedih hati den ..Penat aku meneran tau!! Takper ah, Mak redha jer ..hahahaha...

As for me, mana-mana baby pun, dorang bukannya tahu apa-apa kan ..They are pure, suci (lagi menyucikan..heheh) dan murni. Apa kita suap, tuh lah dia makan & yang penting, dia suka makanan dia tu, so aku sumbatlah lagi macam-macam makanan yang seumpama dengannya!! Setiap hari, setiap masa. Walaupun sama ceritanya, janji anak aku suka, janji anak aku gemokkss!! Hhehehe..Meh layan video 3 penjuru nih!!


Video 1
Video 2
Video 3

Mari kita bergelek,

7 comments:

defina said...

mak aiii Q, bukan main happy lagi menari tu, joget lambak ka? hahahahaha

cute sangat tengok Q joget tu....

watie, mmg betul, baby tak jemu belajar berulang2. cuma kadang2 jer ade mood2 tertentu. keep teaching lovely mummy!!!

Intan said...

Ewahhhh gelek anak mummy sowang nie ehhh....leh ajar aunty gelek tak sayang ;)

Watie Aziz said...

Naimah, tuh lah pasal...yg nih confirm haku tak ajar yerh!! burung tuh yang ajar dia ..hahahah... tau tau dah pandai jer ..ahaks! so gedikss...

Intan, oooo...sudah semestinya auntie ..nanti Q ajar ..tapi lagik best gelek ngan Arissa! ahhaha...(tapi nanti Arissa terkedek2 tinggalkan Q plak...hua hua ...

Ummi Salsabila said...

amboi..terornye Q joget! haha.suke die tgk cd tu.i pun br je beli kan aufa brainy bby cds tu.kat midvalley ritulah.hha.aufa pu suke sgt.tercongok diam je.mata fokus je tgk tv smpi cd abis.iuh,tergelak2 i tgk die.nnt i upload pic die ek.bile time nyanyi, die gelak n claps hands je.xpndi gelek mcm Q lg la..ha3

Watie Aziz said...

US,aah, dia memang suka tgk DVD tuh, tau2 jer dah pandai gelek ..hahahah...Braiby Baby nih adabanyak siri, Watie beli masa kat Bali dulu...nanti lama2 aufa tgk, if dia dah pandai diri ..mesti dia pun joget gak .hahhaha..

defina said...

watie,
kebanyakan education cd yg ko beli tu keluaran local ke overseas? cam best jer...

Watie Aziz said...

semua obersea yang oi..confirm kat sana ada ...ko kena carik je kat sana yang ..hahah..mana lah nak ada DVD best2 with good english accent kat malaysia nih ..ehhehe...semua luar punya yang ...macam baby enistein, baby brainy, baby babble .. aku beli semua kat Bali ..hehehe..

We're Meant To Be Together..

My Baby Can Read!

early reading